atau

Bagaimana Agoda Boleh Membantu ?

Sebelum anda menghubungi kami, sila rujuk pada laman Soalan Lazim untuk melihat sama ada pihak kami telah menjawap soalan yang sama. Kemaskini terakhir laman Soalan Lazim adalah pada 07/02/2014.
  • Buat Tempahan Baru 
    • Adakah kadar bilik telah disertakan cukai dan caj perkhidmatan? 
       
      Kadar yang dinyatakan pada laman web adalah kadar purata bagi satu malam, setiap bilik, untuk setiap jenis bilik yang dipaparkan. Kadar ini tidak termasuk cukai dan caj perkhidmatan dan juga kadar caj lebihan (jika berkaitan) seperti katil tambahan, majlis makan malam gala, bar mini, atau mana-mana caj bukan bilik lain. Sarapan tidak termasuk kecuali dinyatakan. Untuk memeriksa kadar dengan cukai dan servis perkhidmatan, sila klik pada butang "Klik untuk tempah" untuk pergi ke borang tempahan. Maklumat Tempahan di sebelah kanan akan mempunyai keseluruhan kadar. Sila semak maklumat tempahan anda dan jumlah keseluruhan sebelum anda mengemukakan tempahan. Sila ambil perhatian dengan memilih butang "Klik untuk tempah" anda masih tidak menyerahkan tempahan.
    • Apakah yang dimaksudkan dengan caj untuk cukai & perkhidmatan? 
       
      Bagi memudahkan transaksi hotel anda, caj yang dikenakan kepada kad kredit akan disertakan bersama caj bagi cukai dan juga yuran. Caj ini termasuk jumlah anggaran untuk mendapatkan semula jumlah yang kami bayar kepada hotel berhubungan dengan tempahan anda terhadap cukai terhutang dengan hotel termasuk, tanpa sebarang had, cukai jualan dan penggunaan, cukai penghunian, cukai bilik, cukai eksais, cukai nilai tambah dan/atau cukai lain yang seakan-akan sama. Pada lokasi tertentu, jumlah cukai mungkin juga termasuk yuran perkhidmatan yang dikenakan oleh kerajaan atau yuran lain yang tidak dibayar secara terus kepada pihak berkuasa pencukaian tetapi dari segi undang-undang hotel perlu mengutipnya. Jumlah yang dibayar kepada hotel berhubungan dengan tempahan anda bagi cukai mungkin berbeza daripada jumlah yang kami anggarkan dan masukkan ke dalam caj kepada anda. Lebihan caj bagi cukai dan yuran adalah yuran kami yang simpan sebagai sebahagian daripada yang pampasan untuk perkhidmatan kami dan untuk menjelaskan kos tempahan anda, termasuk, sebagai contoh, kos khidmat pelanggan. Caj bagi Cukai dan Yuran berbeza berdasarkan kepada jumlah faktor termasuk, tanpa sebarang had, jumlah yang kami bayar kepada hotel dan lokasi hotel di mana anda akan menginap, dan mungkin termasuk keuntungan yang kami simpan.

      Kecuali yang diterangkan di bawah, kami bukan pembekal perkhidmatan yang memungut dan mengirimkan cukai kepada pihak berkuasa pencukaian. Pembekal hotel kami, sebagai pembekal perkhidmatan, memasukkan semua cukai yang berkaitan dalam jumlah yang dibilkan kepada kami dan kami membayar jumlah sebegitu terus kepada pembekal perkhidmatan. Kami bukan pembekal perkhidmatan bersama yang bergabung dengan pembekal perkhidmatan serta orang yang kami tempah atau yang mengatur perjalanan pelanggan kami. Nilai boleh dikenakan cukai dan kadar cukai yang setimpal dan jenis cukai yang berkaitan sangat berbeza mengikut lokasi.

      Bagi transaksi yang melibatkan penempatan hotel mengikut bidang kuasa tertentu, caj kepada kad kredit anda bagi cukai dan yuran mungkin telah termasuk bayaran cukai yang kami perlu kutip dan kirimkan kepada bidang kuasa bagi cukai terhutang pada jumlah yang kami simpan sebagai pampasan untukperkhidmatan kami.

    • Mengapakah terdapat lebih daripada satu kadar untuk jenis bilik yang sama? 
       
      Hotel-hotel menawarkan kadar berbeza mengikut promosi. Perbezaan ini ditentukan oleh hotel.
    • Bagaimana saya boleh tahu jika diskaun telah diberikan? 
       
      Semua kadar promosi yang dipaparkan telah didiskaunkan. Maklumat mengenai promosi hotel tertentu juga dipaparkan pada borang tempahan. Untuk maklumat lanjut, sila teruskan dengan borang tempahan.
    • Apakah yang dimaksudkan dengan “Tawaran Panas”, “Tidak Boleh Dibayar Balik” “Syarat Istimewa” dan sebagainya disebelah jenis bilik saya? 
       
      “Tawaran Panas”, “Tidak Boleh Dibayar Balik”, “Syarat Istimewa” dan sebagainya adalah satu petunjuk promosi istimewa dengan beberapa bentuk diskaun bagi hotel tertentu, jenis bilik atau tempoh penginapan. Tempahan bagi promosi kebiasaannya mempunyai polisi pembatalan yang sangat ketat yang mana mengakibatkan kadar penuh dicaj. Sila pastikan anda membaca syarat-syarat tempahan dengan teliti sebelum mengemukakan tempahan.
    • Adakah kadar bilik berdasarkan kepada setiap orang atau setiap bilik? 
       
      Kadar yang dinyatakan adalah bagi setiap bilik, BUKAN bagi setiap orang. Adalah penting untuk anda memasukkan jumlah tetamu selaras dengan tempahan ini memandangkan kadar mungkin berubah berdasarkan kepada kependudukan. Sebagai contoh, sebuah hotel menghadkan jumlah tetamu bagi setiap bilik. Untuk mengelakkan caj tambahan semasa anda mendaftar masuk, jumlah tetamu mestilah tepat.
    • Bolehkah agoda.com.my mencadangkan saya sebuah hotel? 
       
      Agoda.com.my tidak menyediakan nasihat mengenai perjalanan. Kami mencadangkan anda menyemak laman hotel, laman jenis bilik serta ulasan hotel untuk membantu anda membuat keputusan.
    • Bolehkah saya menambah katil tambahan/katil bayi di dalam bilik saya? 
       
      Kebanyakan hotel membenarkan kanak-kanak tinggal sebilik dengan ibu bapa mereka sama ada dengan atau tanpa katil tambahan. Kebiasaannya polisi hotel tidak akan meletakkan caj untuk kanak-kanak jika umur mereka dibawah dua belas tahun. Beberapa hotel akan menghadkan kependudukan bagi sebuah bilik kepada 2 orang dewasa dan seorang kanak-kanak. Hanya beberapa hotel akan menyediakan katil tambahan untuk kanak-kanak, ini bermakna satu katil tambahan biasanya diperlukan. Kebanyakan hotel akan mengenakan bayaran untuk katil tambahan ini. Biasanya hotel akan menyediakan sarapan apabila terdapat caj untuk katil tambahan. Walaubagaimanapun, ianya bergantung kepada setiap polisi-polisi harta dan prosedur. Sebuah katil bayi boleh disediakan secara percuma, oleh beberapa hotel, untuk kanak-kanak berumur bawah daripada 2 tahun.
    • Bolehkah saya menempah jenis bilik yang tidak disenaraikan di agoda.com.my? 
       
      Tidak. Hanya jenis bilik yang tersedia sahaja akan dipaparkan selepas anda memasukkan keperluan perjalanan anda.
    • Bolehkah saya membuat tempahan daftar masuk untuk tarikh hari ini pada laman web agoda.com.my 
       
      Ya, ia boleh dilakukan selagi bilik yang tersedia pada laman web agoda.com.my apabila anda membuat carian.
    • Bolehkah saya membuat tempahan secara terus melalui hotel? 
       
      Ya. Sila ambil perhatian bahawa kadar yang dinyatakan pada laman web agoda.com.my hanya boleh didapati melalui perkhidmatan kami. Kadar yang ditawarkan secara terus oleh hotel lazimnya 10% sehingga 50% lebih tinggi. Sebagai tambahan, anda akan mendapat faedah dari Mata Ganjaran Agoda yang boleh digunakan untuk tempahan akan datang pada mana-mana Kadar Istimewa Agoda - Bayar dalam talian hotel yang tersedia melalui laman web kami.
    • Bolehkah saya membuang perkhidmatan pertukaran jika saya tidak menginginkannya? 
       
      Apabila perkhidmatan pemindahan disenaraikan, biasanya ia adalah suatu keperluan untuk mendapatkan hotel pilihan anda. Anda boleh memilih untuk tidak menggunakan perkhidmatan ini tetapi hotel akan keberatan untuk membuang yuran tersebut. Anda perlu membuat perundingan dengan hotel semasa ketibaan.
    • Adakah anda menawarkan diskaun istimewa kepada warga tua, pekerja syarikat penerbangan atau pegawai Kerajaan? 
       
      Tiada diskaun boleh didapati kecuali dinyatakan pada laman hotel.
    • Bagaimana saya boleh mencari untuk hotel bajet? 
       
      Pada laman agoda.com.my, masukkan kriteria carian kemudian klik pada 'Cari'. Pada laman Hasil Carian, pada'Susun ikut' sila pilih 'Bintang (1...5)'. Sistem akan menyusun hotel menurut penarafan terendah kepada yang tertinggi.
    • Bagaimana saya boleh menyemak kadar pada laman web anda? 
       
      Sila ambil perhatian bahawa kadar dan ketersediaan bilik tertakluk kepada perubahan pada bila-bila masa.
      Agoda.com.my tidak menyediakan anda dengan satu kadar yang disebut disebabkan oleh variasi ini.
      Anda boleh mendapatkan kadar yang paling terkini dan ketersediaan dengan cara pergi ke laman web dan melengkapkan maklumat perjalanan anda.
    • Bolehkah saya dapatkan 1 malam percuma ketika membuat tempahan dengan promosi "Kadar termasuk diskaun bernilai 1 malam" 
       
      Semua kadar promosi telah diberikan diskaun. Jika malam percuma disertakan bersama di dalam tempahan, anda akan menerima diskaun yang bernilai bagi satu malam. Anda tidak akan menerima lebih daripada satu malam sebagai tambahan kepada apa yang anda telah tempah pada laman web. Maklumat promosi mengenai hotel tertentu akan dipaparkan pada borang tempahan. Untuk maklumat lanjut, sila teruskan kepada borang tempahan.
    • Bagaimana saya boleh melihat kadar bilik di dalam mata wang pilihan saya? 
       
      Sebaik sahaja anda menetapkan tempoh penginapan anda, anda boleh memilih mata wang pilihan dengan klik pada kotak Papar Kadar pada laman hotel. Sebaik sahaja anda membuat pilihan mata wang akan dikemaskini secara automatik untuk menunjukkan mata wang yang telah dipilih.
    • Bagaimana saya boleh membuat tempahan? 
       
      Sila ambil perhatian bahawa kadar dan ketersediaan bilik tertakluk kepada perubahan pada bila-bila masa.
      Agoda.com.my tidak menyediakan anda dengan satu kadar nyata disebabkan oleh variasi ini.
      Anda boleh mendapatkan kadar yang paling terkini dan ketersediaan dengan cara pergi ke laman web dan melengkapkan maklumat perjalanan anda.

      PENTING: Sila pastikan bahawa nama tetamu utama dimasukkan dengan betul.
    • Berapa lamakah masa yang diambil untuk memeriksa sama ada terdapat bilik kosong? 
       
      Ketersediaan diperiksa berdasarkan kepada kriteria carian anda. Semua bilik yang dipaparkan adalah tersedia dan boleh didapati pada masa anda membuat carian.
    • Berapa banyak bilik yang tersedia? 
       
      Bilangan bilik yang tersedia di dalam tempoh penginapan anda dipaparkan pada halaman hotel selepas anda memasukkan keperluan perjalanan anda (tarikh & destinasi).
      Jika anda ingin menempah lebih bilik daripada bilik yang tersedia, anda perlu memisahkannya kepada jenis bilik yang berlainan atau mencari hotel yang lain. Sila ambil perhatian bahawa kami mungkin tidak dapat mengesahkan ketersediaan untuk sebarang bilik tambahan pada sebarang tambahan tempahan, kerana bilik boleh diambil pada bila-bila masa.
    • Saya telah membuat tempahan pada laman agoda.com.my tetapi saya terjumpa kadar yang lebih murah 
       
      Agoda.com.my menawarkan "Jaminan Harga Terbaik". Jika anda telah menempah bilik hotel melalui agoda.com.my dan kemudian membuktikan kepada kami yang anda boleh menempah bilik yang sama untuk tarikh yang sama dengan syarat yang sama pada harga yang lebih rendah daripada yang boleh dilihat dan ditempah pada laman web lain. Kami akan sama ada menandingi kadar tersebut atau mengalahkannya. Sila klik pada pautan berikut untuk maklumat lanjut : http://www.agoda.com.my/info/agoda_policies.html#1
    • Adakah terdapat caj tambahan untuk kanak-kanak apabila berkongsi bilik dengan ibu bapa mereka? 
       
      Kebanyakan hotel membenarkan kanak-kanak tinggal sebilik dengan ibu bapa mereka sama ada dengan atau tanpa katil tambahan. Kebiasaannya polisi hotel tidak akan meletakkan caj untuk kanak-kanak jika umur mereka dibawah dua belas tahun. Beberapa hotel akan menghadkan kependudukan bagi sebuah bilik kepada 2 orang dewasa dan seorang kanak-kanak. Hanya beberapa hotel akan menyediakan katil tambahan untuk kanak-kanak, ini bermakna satu katil tambahan biasanya diperlukan. Kebanyakan hotel akan mengenakan bayaran untuk katil tambahan ini. Biasanya hotel akan menyediakan sarapan apabila terdapat caj untuk katil tambahan. Walaubagaimanapun, ianya bergantung kepada setiap polisi-polisi harta dan prosedur. Sebuah katil bayi boleh disediakan secara percuma, oleh beberapa hotel, untuk kanak-kanak berumur bawah daripada 2 tahun.
    • Saya ingin menginap lebih daripada 30 hari/malam 
       
      Jika anda ingin menginap lebih daripada 30 hari, anda perlu membuat 2 tempahan berasingan. Sebagai contoh, penginapan bagi 35 malam perlu untuk dipecahkan kepada 2 tempahan, 1 untuk 30 hari, selebihnya untuk 5 hari.
    • Nasihat Perjalanan dan Berita Lain 
       
      Pelbagai peristiwa berlaku di seluruh dunia dan, sekali-sekala, destinasi perjalanan anda mungkin terkena kesan peristiwa yang tidak dapat dijangkakan. Selain daripada itu, anda perlu membiasakan diri anda dengan negara yang anda ingin lawati, baik daripada segi adat dan kebiasaan, tetapi juga mengenai potensi risiko. Oleh kerana itu, Agoda mengesyorkan agar pelanggannya mengikuti perkembangan berita dan merujuk Kedutaan, Kementerian Luar Negeri atau sumber Kerajaan masing-masing untuk mendapatkan nasihat perjalanan mengenai negara tertentu. Kami telah meletakkan beberapa pautan terpilih di bawah ini untuk kemudahan anda. Sekali-sekala kami juga akan meletakkan maklumat mengenai peristiwa semasa di halaman ini, tetapi ini tidak seharusnya sama-sekali dilihat sebagai sama seperti nasihat rasmi.
    • Apakah yang sepatutnya saya lakukan jika saya ingin membuat tempahan melebihi daripada 9 bilik? 
       
      Anda boleh menempah sehingga 9 bilik bagi setiap tempahan. Jika anda memerlukan lebih banyak bilik, sila buat tambahan tempahan. Sila ambil perhatian bahawa bilik adalah tertakluk kepada ketersediaan. Jika anda cuba untuk membuat tempahan jenis ini tetapi tiada bilik tambahan seperti yang anda mahukan, sila hubungi Pegawai Khidmat Pelanggan agoda.com.my
    • Apabila saya memeriksa laman web menunjukkan tiada ketersediaan, adakah ini bermakna tempahan hotel tersebut telah penuh? 
       
      Malangnya tiada bilik yang tersedia pada Hotel pilihan anda pada kadar tersebut. Sila pilih salah satu daripada pilihan berikut:
      Kembali ke Hotel pilihan anda dan tukar kriteria carian anda
      ATAU
      Cari lebih banyak hotel yang tersedia pada destinasi pilihan anda
    • Dimana saya boleh mencari polisi pembatalan? 
       
      Apabila anda mencari jenis bilik, syarat tempahan akan berada di bawah maklumat jenis bilik. Untuk melihat secara lanjut, anda juga boleh klik pada butang "KLIK UNTUK TEMPAH" yang akan membawa anda terus ke borang tempahan. Pautan bagi pembatalan polisi/syarat tempahan boleh dilihat pada pertengahan setiap laman borang tempahan. Ia juga akan dinyatakan di dalam e-mel pengesahan yang telah dihantar oleh kami. Jika anda membatalkan tempahan anda melalui khidmat layan diri polisi pembatalan akan ditunjukkan semula semasa pembatalan.

      Nota: Maklumat dan syarat di dalam polisi pembatalan akan berbeza untuk setiap tempahan bergantung kepada hotel, tempoh penginapan, jenis bilik dan sebagainya. Sila baca dengan teliti sebelum menyerahkan tempahan anda.
    • Mengapa kadar bilik telah berubah? 
       
      Rakan kerjasama hotel kami berhak untuk mengubah kadar dan promosi pada bila-bila masa. Keadaan pasaran, perubahan strategi dan ketersediaan merupakan antara beberapa sebab anda mungkin mengalami turun naik kadar ini.
    • Mengapakah bukan tahun semasa dipaparkan pada menu kotak pilihan untuk tarikh Daftar Masuk dan Daftar Keluar? 
       
      Tarikh pilihan anda boleh didapati pada laman kami secara terus dipautkan kepada tarikh dan masa yang ditetapkan pada komputer anda. Sila sahkan komputer anda yang ditetapkan kepada tarikh dan masa semasa.

      Klik pada menu Start, pilih Settings ⇒ Control Panel. Pada tetingkap Control Panel, pilih ikon Date and Time untuk membuka tetingkap Date and Time Properties.

      Pada tetingkap Date and Time Properties, pilih tab Date & Time untuk melihat tetapkan semasa. Sahkan bulan, tahun, hari, jam dan zon masa yang tepat seperti yang dipaparkan. Jika ciri-ciri ini tidak dikemaskini, anda mesti menukarnya untuk melihat tahun semasa di dalam menu dropdown tarikh Daftar-Masuk dan Daftar-Keluar pada laman Agoda. Untuk menukar zon masa semasa, pertama pilih tab Time Zone dan klik pada anak panah dropdown, pilih zon masa daripada senarai, dan klik pada butang apply.
    • Apakah yang dimaksudkan dengan "Tempah Dahulu Bayar Kemudian"? 
       
      Tempah Dahulu Bayar Kemudian adalah anda perlu membuat tempahan terlebih dahulu, dan bayar kemudian. Seperti mana tempahan Agoda.com yang lain, ianya akan disahkan dengan serta-merta. Mengambil masa lebih kurang 2-3 hari sebelum syarat-syarat tempahan menjadi aktif, kad kredit anda akan dikenakan caj bagi jumlah penuh. Sangat mudah.

      Jika bilik boleh ditempah pada masa tersebut dan pembayaran dibuat kemudian, teks "Tempah sekarang dan tidak perlu bayar apa-apa sehingga (tarikh, bulan dan tahun)" akan dipaparkan di bawah ruangan gambar bilik. Sila pastikan anda pilih "Bayar Kemudian" apabila memasukkan maklumat kad kredit.

      Syarat Tempah Dahulu Bayar Kemudian adalah berdasarkan kepada polisi pembatalan hotel, semak tarikh dan ketersediaan bilik. Jika anda tidak melihat teks ini di halaman bilik tersebut, ini bermakna ianya tidak tersedia.
    • Kenapa saya tidak dapat melihat kadar Tempah Dahulu Bayar Kemudian pada semua hotel? 
       
      Tempah Dahulu Bayar Kemudian adalah berdasarkan kepada polisi pembatalan hotel, semak tarikh dan ketersediaan bilik. Jika anda tidak melihat ianya muncul apabila anda membuat carian, ini adalah bermakna bahawa hotel tersebut tidak tersedia pada waktu yang anda cari.
    Lihat lebih banyak soalan
  • Pemulangan Pembayaran 
    • Bolehkah saya membayar secara tunai di hotel untuk tempahan saya? 
       
      Agoda.com buat masa ini hanya menerima kad kredit (Visa, MasterCard, AMEX, JCB, IDEAL dan Carte Bleue) dan PayPal.

      1) Kadar per bilik per malam - Bayar dalam talian: Jika sebuah bilik tersedia dan anda telah menyerahkan butir kad kredit dan bersetuju kepada syarat-syarat pada borang tempahan, tempahan kemudiannya akan disahkan dan baucar hotel akan dihantar secara automatik kepada alamat e-mel anda. Baucar hotel hanya akan dikeluarkan selepas kami mengesahkan dan mengecaj kredit kad anda. Baucar hotel DAN kredit kad mesti dikemukakan semasa daftar-masuk di hotel, bersama dengan IC anda yang sah.

      2) Tempah Sekarang Bayar Kemudian – Bayar dalam talian: Itulah Tempah Sekarang Bayar Kemudian, buat tempahan sekarang, bayar kemudian. Tempahan tersebut akan disahkan serta merta. Syarat-syarat tempahan (polisi pembatalan) akan menentukan bila anda akan dikenakan bayaran. Tarikh caj sebenar adalah lebih kurang 2-3 hari sebelum syarat-syarat tempahan menjadi aktif. Pada masa itu anda akan dikenakan caj amaun penuh. Pilihan ini hanya tersedia bagi Visa, MasterCard, AMEX dan JCB. Sila pastikan anda memilih “Bayar Kemudian” apabila anda memasukkan butiran-butiran kad kredit anda.

      3) Kadar Istimewa - Bayar pada hotel: Agoda.com bekerjasama dengan syarikat lain untuk memastikan kami menawarkan kadar yang terbaik. Jika anda memilih untuk tinggal pada hotel di mana rakan agoda.com menyediakan kadar yang paling rendah, kami akan mengesahkan tempahan anda dan mengeluarkan e-mel pengesahan. Dalam kes tertentu kami tidak akan mengenakan bayaran kepada kad anda. Anda dikehendaki untuk membayar terus kepada hotel semasa daftar-masuk dan hotel berhak menetapkan polisi pembatalan. Gelaran bahagian kadar untuk hotel ini adalah 'Kadar Istimewa' berbanding dengan 'Kadar per bilik per malam'.

      Untuk makluman: Beberapa hotel mungkin mengenakan bayaran dengan amaun penuh semasa pengesahan. Ini kebanyakannya untuk kes dimana tempahan adalah tidak boleh dipulangkan semula.
    • Bolehkah saya bayar dengan menggunakan Kad Debit atau pindahan bank untuk tempahan saya? 
       
      Agoda.com.my hanya menerima kad kredit (Visa, MasterCard, AMEX, JCB, IDEAL dan Carte Bleue) dan PayPal. Anda dikehendaki mengisi butiran maklumat kad kredit atau log masuk ke akaun PayPal anda untuk menyelesaikan proses tempahan. Buat masa sekarang, semua kaedah-kaedah lain tidak diterima.
    • Bilakah saya perlu bayar untuk tempahan saya? 
       
      Ianya bergantung kepada jenis pembayaran anda:

      1) Kadar per bilik per malam - Bayar dalam talian: Jika sebuah bilik tersedia dan anda telah menyerahkan butir kad kredit dan bersetuju kepada syarat-syarat pada borang tempahan, tempahan kemudiannya akan disahkan dan baucar hotel akan dihantar secara automatik kepada alamat e-mel anda. Baucar hotel hanya akan dikeluarkan selepas kami mengesahkan dan mengecaj kredit kad anda. Baucar hotel DAN kredit kad mesti dikemukakan semasa daftar-masuk di hotel, bersama dengan IC anda yang sah.

      2) Tempah Sekarang Bayar Kemudian – Bayar dalam talian: Itulah Tempah Sekarang Bayar Kemudian, buat tempahan sekarang, bayar kemudian. Tempahan tersebut akan disahkan serta merta. Syarat-syarat tempahan (polisi pembatalan) akan menentukan bila anda akan dikenakan bayaran. Tarikh caj sebenar adalah lebih kurang 2-3 hari sebelum syarat-syarat tempahan menjadi aktif. Pada masa itu anda akan dikenakan caj amaun penuh. Pilihan ini hanya tersedia bagi Visa, MasterCard, AMEX dan JCB. Sila pastikan anda memilih “Bayar Kemudian” apabila anda memasukkan butiran-butiran kad kredit anda.

      3) Kadar Istimewa - Bayar pada hotel: Agoda.com bekerjasama dengan syarikat lain untuk memastikan kami menawarkan kadar yang terbaik. Jika anda memilih untuk tinggal pada hotel di mana rakan agoda.com menyediakan kadar yang paling rendah, kami akan mengesahkan tempahan anda dan mengeluarkan e-mel pengesahan. 
      Untuk makluman: Pihak hotel berhak untuk memantau / mengenakan bayaran kepada kad kredit anda sebelum ketibaan. Masa dan jumlah caj adalah sejajar dengan syarat-syarat tempahan anda.
    • Adakah saya akan mendapat bayaran balik? 
       
      Bayaran balik, jika berkaitan, akan diserahkan kepada pihak bank secepat mungkin. Melalui penyerahan/tarikh bayaran balik kebiasaannya mengambil masa 10 hari bekerja untuk memproses pembayaran bayaran balik dan membuat pemindahan dana ke akaun pelanggan. Sila ambil perhatian, beberapa bank kebiasaannya mengambil masa 15-30 hari, atau sehingga kitaran pembayaran seterusnya. Bayaran balik seharusnya ditukar kepada mata wang tempatan oleh syarikat kad kredit anda. Bagaimana tempahan anda diproses akan ditunjukkan pada penyata kad anda. Walaubagaimanapun, penyata anda akan SELALUNYA menunjukkan "Agoda" sebagai subjek utama. 
    • Apakah yang dimaksudkan dengan caj untuk cukai & perkhidmatan? 
       
      Bagi memudahkan transaksi hotel anda, caj yang dikenakan kepada kad kredit akan disertakan bersama caj bagi cukai dan juga yuran. Caj ini termasuk jumlah anggaran untuk mendapatkan semula jumlah yang kami bayar kepada hotel berhubungan dengan tempahan anda terhadap cukai terhutang dengan hotel termasuk, tanpa sebarang had, cukai jualan dan penggunaan, cukai penghunian, cukai bilik, cukai eksais, cukai nilai tambah dan/atau cukai lain yang seakan-akan sama. Pada lokasi tertentu, jumlah cukai mungkin juga termasuk yuran perkhidmatan yang dikenakan oleh kerajaan atau yuran lain yang tidak dibayar secara terus kepada pihak berkuasa pencukaian tetapi dari segi undang-undang hotel perlu mengutipnya. Jumlah yang dibayar kepada hotel berhubungan dengan tempahan anda bagi cukai mungkin berbeza daripada jumlah yang kami anggarkan dan masukkan ke dalam caj kepada anda. Lebihan caj bagi cukai dan yuran adalah yuran kami yang simpan sebagai sebahagian daripada yang pampasan untuk perkhidmatan kami dan untuk menjelaskan kos tempahan anda, termasuk, sebagai contoh, kos khidmat pelanggan. Caj bagi Cukai dan Yuran berbeza berdasarkan kepada jumlah faktor termasuk, tanpa sebarang had, jumlah yang kami bayar kepada hotel dan lokasi hotel di mana anda akan menginap, dan mungkin termasuk keuntungan yang kami simpan.

      Kecuali yang diterangkan di bawah, kami bukan pembekal perkhidmatan yang memungut dan mengirimkan cukai kepada pihak berkuasa pencukaian. Pembekal hotel kami, sebagai pembekal perkhidmatan, memasukkan semua cukai yang berkaitan dalam jumlah yang dibilkan kepada kami dan kami membayar jumlah sebegitu terus kepada pembekal perkhidmatan. Kami bukan pembekal perkhidmatan bersama yang bergabung dengan pembekal perkhidmatan serta orang yang kami tempah atau yang mengatur perjalanan pelanggan kami. Nilai boleh dikenakan cukai dan kadar cukai yang setimpal dan jenis cukai yang berkaitan sangat berbeza mengikut lokasi.

      Bagi transaksi yang melibatkan penempatan hotel mengikut bidang kuasa tertentu, caj kepada kad kredit anda bagi cukai dan yuran mungkin telah termasuk bayaran cukai yang kami perlu kutip dan kirimkan kepada bidang kuasa bagi cukai terhutang pada jumlah yang kami simpan sebagai pampasan untuk perkhidmatan kami.

    • Bolehkah saya membuat tempahan menggunakan kad kredit rakan saya? 
       
      Ya. Sila ambil perhatian bahawa kami akan menghubungi anda untuk tujuan keselamatan apabila anda membuat tempahan parti ketiga.
    • Adakah anda mengenakan bayaran kepada kad kredit secara terus semasa pengesahan? 
       
      1) Kadar per bilik per malam - Bayar dalam talian: Jika sebuah bilik tersedia dan anda telah menyerahkan butir kad kredit dan bersetuju kepada syarat-syarat pada borang tempahan, tempahan kemudiannya akan disahkan dan baucar hotel akan dihantar secara automatik kepada alamat e-mel anda. Baucar hotel hanya akan dikeluarkan selepas kami mengesahkan dan mengecaj kredit kad anda. Baucar hotel DAN kredit kad mesti dikemukakan semasa daftar-masuk di hotel, bersama dengan IC anda yang sah.

      2) Tempah Sekarang Bayar Kemudian – Bayar dalam talian: Itulah Tempah Sekarang Bayar Kemudian, buat tempahan sekarang, bayar kemudian. Tempahan tersebut akan disahkan serta merta. Syarat-syarat tempahan (polisi pembatalan) akan menentukan bila anda akan dikenakan bayaran. Tarikh caj sebenar adalah lebih kurang 2-3 hari sebelum syarat-syarat tempahan menjadi aktif. Pada masa itu anda akan dikenakan caj amaun penuh. Pilihan ini hanya tersedia bagi Visa, MasterCard, AMEX dan JCB. Sila pastikan anda memilih “Bayar Kemudian” apabila anda memasukkan butiran-butiran kad kredit anda.

      3) Kadar Istimewa - Bayar pada hotel: Agoda.com bekerjasama dengan syarikat lain untuk memastikan kami menawarkan kadar yang terbaik. Jika anda memilih untuk tinggal pada hotel di mana rakan agoda.com menyediakan kadar yang paling rendah, kami akan mengesahkan tempahan anda dan mengeluarkan e-mel pengesahan. Dalam kes tertentu kami tidak akan mengenakan bayaran kepada kad anda. Anda dikehendaki untuk membayar terus kepada hotel semasa daftar-masuk dan hotel berhak menetapkan polisi pembatalan. Gelaran kadar bahagian untuk hotel ini adalah 'Kadar Istimewa' berbanding dengan 'Kadar per bilik per malam'.

      Untuk makluman: Beberapa hotel mungkin mengenakan bayaran dengan amaun penuh semasa pengesahan. Ini kebanyakannya untuk kes dimana tempahan adalah tidak boleh dipulangkan semula.
    • Adakah hotel memerlukan deposit atau bayaran pendahuluan? 
       
      Ianya bergantung kepada jenis pembayaran anda:

      1) Kadar Istimewa Agoda - Bayar dalam talian: Jika sebuah bilik tersedia dan anda telah menyerahkan butir kad kredit dan bersetuju kepada syarat-syarat pada borang tempahan, tempahan kemudiannya akan disahkan dan baucar hotel akan dihantar secara automatik kepada alamat e-mel anda. Baucar hotel hanya akan dikeluarkan selepas kami mengesahkan dan mengecaj kredit kad anda. Baucar hotel DAN kredit kad mesti dikemukakan semasa daftar-masuk di hotel, bersama dengan IC anda yang sah.

      2) Tempah Sekarang Bayar Kemudian – Bayar dalam talian: Itulah Tempah Sekarang Bayar Kemudian, buat tempahan sekarang, bayar kemudian. Tempahan tersebut akan disahkan serta merta. Syarat-syarat tempahan (polisi pembatalan) akan menentukan bila anda akan dikenakan bayaran. Tarikh caj sebenar adalah lebih kurang 2-3 hari sebelum syarat-syarat tempahan menjadi aktif. Pada masa itu anda akan dikenakan caj amaun penuh. Pilihan ini hanya tersedia bagi Visa, MasterCard, AMEX dan JCB. Sila pastikan anda memilih “Bayar Kemudian” apabila anda memasukkan butiran-butiran kad kredit anda.

      3) Kadar Istimewa - Bayar pada hotel: Agoda.com bekerjasama dengan syarikat lain untuk memastikan kami menawarkan kadar yang terbaik. Jika anda memilih untuk tinggal pada hotel di mana rakan agoda.com menyediakan kadar yang paling rendah, kami akan mengesahkan tempahan anda dan mengeluarkan e-mel pengesahan. 

      Untuk makluman: Pihak hotel berhak untuk memantau / mengenakan bayaran kepada kad kredit anda sebelum ketibaan. Masa dan jumlah caj adalah sejajar dengan syarat-syarat tempahan anda.
    • Saya telah membuat tempahan saya. Bolehkah saya menukar mata wang yang digunakan? 
       
      Malangnya kami tidak boleh mengubah mata wang yang dipilih setelah pembayaran dibuat. Sila pastikan yang mata wang yang dipilih adalah tepat sebelum meneruskan tempahan anda.
    • Saya tidak akan pergi. Bolehkah kawan saya menggunakan tempahan tersebut? 
       
      Anda perlu mengubah nama tempahan anda seterusnya menghubungi agoda.com.my secepat mungkin. Jika anda tidak menghubungi kami untuk menukar nama tetamu pihak hotel berhak untuk tidak menerima anda semasa mendaftar masuk.
    • Adakah selamat untuk memasukkan maklumat kad kredit saya? 
       
      Agoda.com.my menggunakan teknologi Secure Socket Layer (SSL) untuk encrypt semua maklumat. Untuk memeriksa ketulenan laman kami dan untuk mengesahkan kesahihan garis komunikasi dan pertukaran maklumat, sila klik https://sealinfo.verisign.com/splash?form_file=fdf/splash.fdf&dn=RESERVATION.agoda.com&en

      Kad kredit anda akan dikenakan bayaran oleh Agoda Company Pte Ltd, syarikat yang menguruskan semua transaksi kad kredit untuk syarikat-syarikat Agoda Travel Network termasuklah www.agoda.com.my. Jika anda mempunyai soalan-soalan berkaitan dengan caj kat kredit anda, sila hubungi Pusat Khidmat agoda.com.my kami.
    • Adakah terdapat cara pembayaran lain selain daripada menggunakan kad kredit? 
       
      Agoda.com.my hanya menerima kad kredit (Visa, MasterCard, AMEX, JCB, IDEAL dan Carte Bleue) dan PayPal. Sila ambil perhatian bahawa kaedah pembayaran ini hanya tersedia pada beberapa laman web bahasa agoda.com.my. Beberapa hotel hanya membenarkan anda membayar secara terus kepada hotel semasa daftar masuk. Ini secara khususnya dipaparkan pada borang tempahan. Walaubagaimanapun, kad kredit yang sah atau akaun PayPal masih diperlukan untuk setiap tempahan, walau dalam kes-kes tertentu dimana anda harus membayar secara terus kepada hotel. Ini adalah penting untuk jaminan kepada tempahan anda.
    • Patutkah saya bercakap dengan bank saya sebelum membuat tempahan? 
       
      Secara umum sepatutnya anda tidak perlu bercakap kepada bank anda sebelum membuat tempahan. Walaubagaimanapun, jika anda mengisi borang tempahan melalui negara yang berbeza mungkin bank anda akan menahan pembayaran untuk keselamatan. Jika anda menggunakan kad anda diluar dari negara anda adalah digalakkan untuk memberitahu mereka untuk mencegah sebarang kesulitan.
    • Hotel telah mengenakan bayaran kepada kad kredit saya. 
       
      Kecuali dinyatakan, Hotel tidak sepatutnya mengenakan bayaran kepada kad anda. Jika ini terjadi, sama ada a)telefon kami segera atau b)hantar e-mel kepada CustomerService@agoda.com.my. Kami akan melakukan penyiasatan secepat mungkin.
    • Apa yang patut saya lakukan jika kad kredit saya menunjukkan perbezaan caj daripada apa yang ditunjukkan pada resit saya? 
       
      Perbezaan yuran oleh bank mungkin menyebabkan transaksi ini. Krisis kewangan global, berserta dengan undang-undang terkini di Amerika Syarikat telah meletakkan tekanan pada kadar keuntungan perbankan dan industri kad kredit. Akibatnya, kebanyakan bank meningkatkan bayaran yang berkaitan secara drastik dengan transaksi antarabangsa dalam percubaan untuk mendapatkan semula kerugian di kawasan lain. Amalan perniagaan yang sebegini malangnya diluar kemampuan kami. Jika ia berlaku kepada anda, sila beritahu kami dan kami akan lakukan sedaya upaya untuk membantu anda mendapatkan semula bayaran ini dengan pihak bank.
    • Bolehkan saya membuat pembayaran untuk Tempah Dahulu Bayar Kemudian pada bila-bila masa yang saya mahu? 
       
      Tidak, anda tidak boleh menukar masa pembayaran setelah tempahan disahkan. Sila pastikan anda memilih "Bayar Kemudian" apabila anda memasukkan butiran kad kredit anda.
    • Mengapakah kad kredit saya dikenakan bayaran 1 USD untuk Tempah Dahulu Bayar Kemudian? 
       
      Untuk Tempah Dahulu Bayar Kemudian, kadar bayaran 1 USD dikenakan untuk memastikan kad kredit anda adalah sah. Sila ambil perhatian bahawa ini adalah bukan untuk bayaran tambahan.
    • Mengapakah saya tidak boleh menggunakan PayPal atau Alipay untuk Tempah Dahulu Bayar Kemudian? 
       
      Sila ambil perhatian bahawa kadar Tempah Dahulu Bayar Kemudian hanya boleh didapati untuk pembayaran berjenis kad kredit.
    • Saya mempunyai tempahan Tempah Dahulu Bayar Kemudian. Mengapakah saya perlu membuat bayaran sebelum tarikh saya dikenakan bayaran? 
       
      Kami hanya akan mengenakan caj kad kredit sebelum tarikh caj dikenakan disebabkan 3 senario berikut: 1) Anda meminta untuk menukar tarikh daftar masuk yang mana kad kredit anda akan tamat sebelum tarikh daftar masuk tersebut. 2) Anda meminta untuk menukar tempahan dan polisi hotel berubah kepada tidak boleh dikembalikan. 3) Anda meminta untuk menukar tarikh daftar masuk kepada lebih awal oleh itu tarikh dikenakan caj juga akan diawalkan.
    • Bolehkah saya mendapatkan resit dibawah nama dan alamat syarikat saya? 
       
      Jika anda mahukan resit, sila gunakan khidmat layan diri agoda.com.my. Sila ambil perhatian bahawa kami hanya menawarkan resit elektronik di dalam format PDF.

      Khidmat layan diri membenarkan anda untuk mendapatkan resit dibawah nama syarikat dan alamat anda. Anda juga boleh membuat permintaan dengan cara log masuk ke 'uruskan tempahan saya' pada laman web.
    • Bagaimana saya boleh mendapatkan resit? 
       
      Jika anda mahukan resit, sila gunakan khidmat layan diri agoda.com.my. Sila ambil perhatian bahawa kami hanya menawarkan resit elektronik di dalam format PDF.

      Khidmat layan diri membenarkan anda untuk mendapatkan resit dibawah nama syarikat dan alamat anda. Anda juga boleh membuat permintaan dengan cara log masuk ke 'uruskan tempahan saya' pada laman web.
    • Bolehkah saya mendapatkan resit cetakan yang dihantar secara pos? 
       
      Sila ambil perhatian bahawa kami hanya menawarkan resit elektronik yang dalam format PDF.
    Lihat lebih banyak soalan
  • Semak Status Tempahan 
    • Bagaimana saya boleh mendapatkan e-mel pengesahan? 
       
      Pada kes tertentu, anda akan menerima e-mel bersama dengan Baucar Hotel (fail PDF) dalam jangkamasa 30 minit selepas anda membuat tempahan. Jika anda tidak menerimanya selepas masa tersebut sila semak mel junk dan/atau filter spam. Anda juga boleh menyemak status tempahan dengan cara log masuk ke 'urus tempahan saya' melalui laman web.
    • Dimanakah saya boleh menyemak maklumat tempahan dan status? 
       
      Anda boleh memeriksa status tempahan dengan cara log masuk ke 'uruskan tempahan saya' melalui laman web. Secara alternatifnya anda boleh akses maklumat ini dengan log masuk ke dalam akaun anda melalui khidmat layan diri pada e-mel pengesahan anda.
    • Bagaimana saya boleh tahu jika tempahan saya telah disahkan? 
       
      Pada kes tertentu, anda akan menerima e-mel bersama dengan Baucar Hotel (fail PDF) dalam jangkamasa 30 minit selepas anda membuat tempahan. Baucar Hotel menentukan yang anda telah mengesahkan tempahan dengan agoda.com.my. Jika anda tidak menerimanya selepas masa tersebut sila semak mel junk dan/atau filter spam. Anda juga boleh menyemak status tempahan dengan cara log masuk ke 'urus tempahan saya' melalui laman web.
    • Mengapa tiada rekod pada hotel? 
       
      Semua tempahan akan disahkan serta merta. Jika hotel tidak mempunyai rekod tempahan anda, sila hubungi agoda.com.my segera. Maklumat untuk menghubungi kami dipaparkan pada baucar hotel. Sila minta pihak hotel untuk menghubungi kami secara terus dan beri telefon anda atau anda boleh hubungi sendiri. Caj jarak jauh mungkin dikenakan tetapi kami tidak akan membayar balik kos panggilan anda. Apa yang anda perlu kemukakan adalah resit.
    • Mengapakah saya perlu menghantar maklumat kad kredit saya kepada agoda.com.my? Saya tidak menerima baucar hotel saya. 
       
      Kebiasaannya kami akan menghantar satu permintaan untuk dokumen tambahan. Pengesahan ini adalah sebahagian daripada prosedur keselamatan kad kredit kami. Jika maklumat tambahan tidak diberikan, agoda.com.my tidak akan mengesahkan tempahan dan permintaan akan dibatalkan secara automatik. Sila ambil perhatian bahawa permintaan tempahan anda akan ditahan sehingga kami menerima dokumen yang diperlukan. TIADA caj akan dibuat kepada kad anda. Sebaik sahaja dokumen diterima dan dilihat, kami akan menghantar e-mel pengesahan dengan baucar hotel yang disertakan dan caj kad anda adalah tertakluk untuk meneruskan ketersediaan. Kami akan menghubungi anda dalam masa 24 jam setelah menerima dokumen anda. Sila hubungi kami jika anda tidak menerima pengesahan pada masa itu.
    • Bolehkah saya tukar nama pada tempahan saya? 
       
      Anda perlu mengubah nama tempahan anda seterusnya menghubungi agoda.com.my secepat mungkin. Jika anda tidak menghubungi kami untuk menukar nama tetamu pihak hotel berhak untuk tidak menerima anda semasa mendaftar masuk.
    • Bolehkah saya daftar-masuk tanpa baucar hotel? 
       
      Jika anda tidak menunjukkan baucar hotel kepada hotel, anda mungkin anda mengalami masalah ketika mendaftar masuk. Sila cetak baucar sebaik sahaja anda menerima E-mel Pengesahan.
    • Bolehkah saya dapatkan pengesahan rasmi daripada hotel untuk tujuan VISA? 
       
      Agoda.com.my akan mengeluarkan Baucar Hotel dengan maklumat tempahan anda dan ini merupakan pengesahan rasmi kami. Jika kedutaan tidak menerima ini sebagai bukti untuk permohonan VISA, anda perlu menghubungi pihak hotel secara terus untuk hotel mengeluarkan surat jaminan tempahan anda.
    • Bolehkah anda menghantar semula baucar Hotel kepada saya? 
       
      Agoda.com.my kini menyediakan anda dengan pilihan Khidmat Layan Diri. Hanya dengan cara klik pada pautan Khidmat Layan Diri yang disediakan pada e-mel pengesahan, akan boleh menghantar semula baucar hotel anda.

      Anda juga boleh menghantar semula baucar anda dengan log masuk ke 'uruskan tempahan saya' melalui laman web.
    • Bagaimana saya boleh mengetahui dokumen telah diterima oleh agoda.com.my 
       
      Setelah anda menghantar dokumen yang diminta, kami akan menghantar e-mel resit pengesahan dalam tempoh 24 jam.
    • Saya tidak mahu menghantar dokumen saya. Bolehkah saya membayar secara terus di hotel? 
       
      Tidak. Kadar yang disenaraikan pada laman web agoda.com.my hanya tersedia melalui perkhidmatan kami. Kadar yang ditawarkan secara terus oleh hotel lazimnya 10% sehingga 50% lebih tinggi. Sebagai tambahan, anda akan mendapat faedah dari Mata Ganjaran Agoda yang boleh digunakan untuk tempahan akan datang pada mana-mana Kadar Istimewa Agoda - Bayar dalam talian hotel yang tersedia melalui laman web kami. Kami tidak memberi jaminan bahawa kadar atau ketersediaan tempahan yang anda telah buat secara terus dengan pihak hotel.
    • Saya tidak mahu menghantar dokumen saya. Bolehkah saya tunjukkan kepada mereka di hotel secara terus? 
       
      Tidak. Kebiasaannya, jika kami telah meminta dokumentasi tambahan, kami tidak mampu menyelesaikan tempahan anda tanpa dokumen yang diperlukan.
    • Saya telah menghantar tempahan tetapi tidak menerima baucar hotel 
       
      Pada kes tertentu, anda akan menerima e-mel bersama dengan Baucar Hotel (fail PDF) dalam jangkamasa 30 minit selepas anda membuat tempahan. Jika anda tidak menerimanya selepas masa tersebut sila semak mel junk dan/atau filter spam. Anda juga boleh menyemak status tempahan dengan cara log masuk ke 'urus tempahan saya' melalui laman web.
    • Adakah selamat untuk menghantar dokumen saya? 
       
      Agoda.com.my menggunakan teknologi Secure Socket Layer (SSL) untuk encrypt semua maklumat.

      Sila klik http://www.agoda.com.my/info/agoda_policies.html#2 untuk maklumat lanjut mengenai Kedai Selamat dan Jaminan Privasi.

      Pautan adalah selamat dan maklumat yang anda beri akan dikaji semula oleh unit ahli terlatih Pencegahan Penipuan kami. Kumpulan ini akan memastikan adakah anda sebenarnya yang telah membuat tempahan ini.

      Pengesahan ini adalah untuk perlindungan.
    • Laman web memberitahu saya yang terdapat tempahan berganda. Bagaimana saya boleh teruskan? 
       
      Tempahan berganda tidak akan diproses dan dicaj melainkan yang anda mengesahkan yang ianya bukan kesalahan. Untuk mengelakkan status tempahan berganda sila pastikan yang nama yang mendaftar masuk adalah nama sebenar tetamu. Tempahan berganda akan berlaku apabila nama tetamu utama, alamat e-mel dan tarikh penginapan adalah sama atau bertindih.
    • Apakah yang perlu saya tunjukkan ketika daftar masuk di hotel? 
       
      Anda perlu menunjukkan:
      - Baucar hotel
      - Kad kredit sama yang digunakan semasa tempahan
      - Kad pengenalan yang sah
      Jika anda telah menghantar dokumen tambahan atau menggunakan PayPal untuk membayar tempahan anda kad kredit adalah tidak diperlukan.
    • Apakah baucar hotel? 
       
      Baucar Hotel menunjukkan anda telah membuat tempahan dengan agoda.com.my. Lampiran PDF telah dihantar bersama dengan E-mel Pengesahan. Ianya mesti ditunjukkan kepada hotel pada masa anda mendaftar masuk. Pada kes tertentu, anda akan menerima e-mel bersama dengan Baucar Hotel (fail PDF) dalam jangkamasa 30 minit selepas anda membuat tempahan. Jika anda tidak menerimanya selepas masa tersebut sila semak mel junk dan/atau filter spam. Anda juga boleh menyemak status tempahan dengan cara log masuk ke 'urus tempahan saya' melalui laman web.
    • Apakah yang sepatutnya saya lakukan jika kad kredit yang saya gunakan untuk membuat tempahan adalah tidak sah atau telah dibatalkan? 
       
      Jika kad anda tidak sah atau telah dibatalkan sila hubungi kami untuk mengelakkan sebarang masalah ketika mendaftar masuk.
    • Dimanakah dokumen saya disimpan selepas saya menyerahkannya? 
       
      Agoda.com.my tidak menyimpan dokumen anda. Sebagai sebahagian daripada komitmen kami untuk keselamatan anda kami menurut arahan dari majlis piawaian keselamatan PCI. Untuk maklumat lanjut sila pergi ke https://www.pcisecuritystandards.org
    • Mengapakah saya perlu memberi maklumat kad kredit saya kepada agoda.com.my melalui telefon? 
       
      Kebiasaannya kami akan menghubungi anda untuk mengesahkan maklumat anda melalui telefon. Pengesahan ini adalah sebahagian daripada prosedur keselamatan kad kredit. Jika maklumat tambahan tidak diberi, agoda.com.my berhak untuk membatalkan tempahan dan bayaran balik akan dibuat kepada kad kredit original.
    • Mengapakah saya perlu menghantar maklumat kad kredit saya kepada agoda.com.my? Saya telah menerima baucar hotel saya. 
       
      Kebiasaannya kami akan menghantar satu permintaan untuk dokumen tambahan. Pengesahan ini adalah sebahagian daripada prosedur keselamatan kad kredit kami. Jika maklumat tambahan tidak diperuntukkan, agoda.com.my berhak membatalkan tempahan anda dan bayaran balik akan dibuat kepada kad kredit original. Kami akan menghubungi anda dalam masa 24 jam setelah menerima dokumen anda untuk mengesahkan yang tempahan anda akan diselesaikan. Sila hubungi kami jika anda tidak menerima pengesahan selepas masa itu.
    Lihat lebih banyak soalan
  • Hotel Umum 
    • Bolehkah saya menambah katil tambahan/katil bayi di dalam bilik saya? 
       
      Kebanyakan hotel membenarkan kanak-kanak tinggal sebilik dengan ibu bapa mereka sama ada dengan atau tanpa katil tambahan. Kebiasaannya polisi hotel tidak akan meletakkan caj untuk kanak-kanak jika umur mereka dibawah dua belas tahun. Beberapa hotel akan menghadkan kependudukan bagi sebuah bilik kepada 2 orang dewasa dan seorang kanak-kanak. Hanya beberapa hotel akan menyediakan katil tambahan untuk kanak-kanak, ini bermakna satu katil tambahan biasanya diperlukan. Kebanyakan hotel akan mengenakan bayaran untuk katil tambahan ini. Biasanya hotel akan menyediakan sarapan apabila terdapat caj untuk katil tambahan. Walaubagaimanapun, ianya bergantung kepada setiap polisi-polisi harta dan prosedur. Sebuah katil bayi boleh disediakan secara percuma, oleh beberapa hotel, untuk kanak-kanak berumur bawah daripada 2 tahun.
    • Dimanakah saya boleh mencari kadar katil tambahan? 
       
      Kadar katil tambahan akan dipaparkan pada borang tempahan semasa jumlah tetamu mencapai standard kependudukan untuk jenis bilik atau semasa anda mencari hotel yang tersedia berdasarkan kepada 3 orang bagi setiap bilik. Jika orang ketiga adalah kanak-kanak berumur bawah 12 tahun anda perlu menanda kotak katil tambahan pada borang tempahan dahulu untuk membenarkan kadar dipaparkan.
    • Bolehkah saya membatalkan makan malam Tahun Baru atau makan malam Gala Krismas? 
       
      Ianya merupakan amalan biasa bagi hotel-hotel di Asia untuk menyertakan sekali Makan Malam Gala semasa sambutan Krismas serta sambutan lain dan juga sambutan Tahun Baru Cina. Malam malam ini adalah diwajibkan dan ianya tidak boleh dibatalkan.
    • Adakah hotel menyediakan perkhidmatan pengangkutan? 
       
      Malangnya, Agoda.com.my hanya menyediakan perkhidmatan tempahan hotel. Apabila anda membuat carian anda boleh pilih 'Hotel/Perkhidmatan Pengangkutan' pada bahagian ruangan kemudahan untuk membantu carian anda. Hotel juga menyediakan maklumat pada ruangan "Informasi Berguna" yang dipaparkan pada laman web.

      Beberapa bilik datang dengan perkhidmatan pengangkutan percuma. Oleh yang demikian jenis bilik akan dicatat dalam jumlah besar pada borang tempahan.

      Perkhidmatan pengangkutan kebiasaannya tertakluk kepada caj. Jika anda ingin menguruskan perkhidmatan pengangkutan, sila hubungi pihak secara terus setelah anda menerima e-mel pengesahan.Nombor telefon mereka akan disenaraikan pada baucar hotel. Secara alternatifnya anda boleh menghantar permintaan melalui khidmat layan diri. Pautan khidtmat layan diri ini disediakan pada e-mel pengesahan anda.

      Anda juga boleh menghantar permintaan ini dengan cara log masuk ke 'uruskan tempahan saya' melalui laman web.
    • Adakah sarapan disertakan bersama dengan kadar bilik? 
       
      Jika sarapan disediakan, ia akan memaparkan "Sarapan Disediakan" di bawah jenis bilik. Jika tidak dinyatakan, ini bermakna hotel tidak menyertakan sarapan untuk jenis bilik ini pada kadar yang dinyatakan. Ketersediaan sarapan ditentukan oleh pihak hotel. Jika anda ingin menanyakan sama ada sarapan disediakan, kami sarankan anda menghubungi pihak hotel semasa mendaftar masuk.
    • Bolehkah saya tambah sarapan pada kadar bilik saya? 
       
      Ya, tetapi pada kebiasaannya caj tambahan akan dikenakan untuk permintaan ini. Jika sarapan tidak disertakan bersama semasa proses tempahan anda perlu menghubungi pihak hotel secara terus. Ianya bergantung kepada hotel untuk menentukan sam ada kadar termasuk sarapan dipaparkan.
    • Bolehkah saya pilih semua yang termasuk, full board, half board atau hidangan tambahan? 
       
      Malangnya, agoda.com.my hanya menyediakan perkhidmatan tempahan hotel. Melainkan jika dinyatakan pada jenis bilik yang ianya adalah tidak disediakan.
    • Bolehkan saya memilih jenis katil yang saya mahu? 
       
      Pada borang tempahan anda boleh membuat Permintaan Khas pada Laman Maklumat Bilik, dimana anda perlu mengisi nama tetamu dan pilih jenis kewarganegaraan. Sila klik pada "Permintaan Khas (Pilihan)" dan kemudian taipkan permintaan anda. Permintaan ini akan dihantar terus kepada pihak hotel. Sila ambil perhatian bahawa semua Permintaan Khas adalah tertakluk kepada ketersediaan dan tidak boleh dijamin oleh Agoda.com.my. Jika tersedia, permintaan anda akan disahkan semasa ketibaan.

      Jika anda mahu mengemukakan lebih permintaan, sila semak PAUTAN Khidmat Layan Diri bertempat pada e-mel pengesahan anda akan terima sebaik sahaja tempahan anda lengkap. Anda juga boleh meminta permintaan dengan log masuk ke 'uruskan tempahan saya' melalui laman web.
    • Bolehkan saya meminta suite atau bilik hotel yang mempunyai set dapur kecil? 
       
      Sementara agoda.com.my mempunyai pembekal hotel yang menawarkan bilik suite dan bilik yang mempunyai set dapur kecil, kami tidak menghadkan carian kami kepada hotel yang menawarkan jenis bilik ini. Jika anda berminat untuk mempunyai suite atau set dapur kecil, kami mencadangkan anda untuk pilih pada ciri dan jenis bilik yang ada dengan kemudahan yang diperlukan. Anda boleh melihat maklumat kemudahan yang ditawarkan oleh hotel pada maklumat bilik.
    • Bolehkan hotel menyimpan bagasi sebelum daftar masuk atau selepas daftar keluar? 
       
      Kebanyakan hotel menyediakan perkhidmatan storan bagasi sebelum daftar-masuk dan selepas daftar-keluar sama ada dengan atau tanpa caj. Sila semak dengan penyambut tetamu hotel semasa ketibaan untuk maklumat lanjut mengenai prosedur ini.
    • Adakah pihak hotel membenarkan haiwan peliharaan? 
       
      Apabila membuat carian anda boleh pilih 'Haiwan Peliharaan Dibenarkan' dalam bahagian kemudahan untuk membantu anda membuat carian. Pihak hotel akan menyediakan maklumat ini pada bahagian "Maklumat Berguna" yang dipaparkan pada laman web.
    • Adakah caj hotel untuk tempat letak kereta, gim, sauna dan sebagainya? 
       
      Beberapa hotel meletakkan caj untuk kemudahan sedangkan hotel lain mungkin memberinya sebagai percuma kepada tetamu mereka. Ini adalah tertakluk kepada hotel-hotel tertentu. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi hotel secara terus.
    • Bagaimana saya boleh menambah katil tambahan untuk anak saya? 
       
      Katil tambahan adalah diwajibkan untuk dewasa. Jika orang ketiga adalah kanak-kanak dibawah umur 12 tahun anda perlu menanda atau membuang tanda katil tambahan pada borang tempahan selepas anda menentukan umur kanak-kanak.
    • Bagaimana saya boleh mengetahui berapa banyak bilik tidur di dalam apartment? 
       
      Maklumat bilik dipaparkan semasa anda klik pada [Foto / Maklumat] bersebelahan dengan jenis bilik yang dipilih.
    • Bagaimana saya boleh membuang katil tambahan? 
       
      Katil tambahan adalah diwajibkan untuk dewasa. Jika orang ketiga adalah kanak-kanak dibawah umur 12 tahun anda perlu menanda atau membuang tanda katil tambahan pada borang tempahan selepas anda menentukan umur kanak-kanak.
    • Bagaimana saya boleh melihat semua perbezaan jenis bilik yang ditawarkan? 
       
      Pada halaman maklumat hotel, klik pada 'Papar maklumat lanjut jenis bilik' dan sistem akan menunjukkan semua jenis bilik yang ada pada hotel yang anda telah pilih. Jika jenis bilik tertentu yang anda cari tidak ditunjukkan pada laman hotel, ianya tidak tersedia untuk tarikh yang anda telah pilih.
    • Bagaimana saya boleh mengetahui jika hotel mempunyai fasiliti atau kemudahan tertentu? 
       
      Apabila membuat carian anda boleh pilih daripada senarai pilihan kami pada bahagian kemudahan untuk membantu dengan carian anda. Pihak hotel akan menyediakan maklumat ini pada bahagian "Maklumat Berguna" yang dipaparkan pada laman web.
    • Bagaimana saya ingin mengetahui mengenai kemudahan tempat letak kereta? 
       
      Apabila membuat carian anda boleh pilih 'Tempat Letak Kereta' dalam bahagian kemudahan untuk membantu anda membuat carian. Pihak hotel akan menyediakan maklumat ini pada bahagian "Maklumat Berguna" yang dipaparkan pada laman web.
    • Saya tidak mahu sarapan, bolehkah saya membuang caj ini? 
       
      Semua kadar bilik telah ditetapkan bersama dengan sarapan, tiada pengurangan kadar jika sarapan tidak dimakan. Agoda.com.my tidak boleh keupayaan untuk membuang caj sarapan.
    • Adakah sarapan termasuk sekali untuk anak saya? 
       
      Dalam kes dimana sarapan termasuk sekali pada harga bilik, sarapan tidak disertakan untuk kanak-kanak semasa perkongsian bilik dengan ibu bapa mereka tanpa katil tambahan. Dalam kes seperti itu, pihak hotel akan mengenakan bayaran untuk sarapan kanak-kanak tersebut secara terus. Sarapan biasanya termasuk sekali di dalam kadar katil tambahan.
    • Adakah terdapat caj tambahan untuk kanak-kanak apabila berkongsi bilik dengan ibu bapa mereka? 
       
      Kebanyakan hotel membenarkan kanak-kanak tinggal sebilik dengan ibu bapa mereka sama ada dengan atau tanpa katil tambahan. Kebiasaannya polisi hotel tidak akan meletakkan caj untuk kanak-kanak jika umur mereka dibawah dua belas tahun. Beberapa hotel akan menghadkan kependudukan bagi sebuah bilik kepada 2 orang dewasa dan seorang kanak-kanak. Hanya beberapa hotel akan menyediakan katil tambahan untuk kanak-kanak, ini bermakna satu katil tambahan biasanya diperlukan. Kebanyakan hotel akan mengenakan bayaran untuk katil tambahan ini. Biasanya hotel akan menyediakan sarapan apabila terdapat caj untuk katil tambahan. Walaubagaimanapun, ianya bergantung kepada setiap polisi-polisi harta dan prosedur. Sebuah katil bayi boleh disediakan secara percuma, oleh beberapa hotel, untuk kanak-kanak berumur bawah daripada 2 tahun.
    • Apakah yang hotel tawarkan? 
       
      Untuk maklumat lanjut mengenai hotel pilihan sila semak laman ciri-ciri hotel, huraian hotel dan juga maklumat berguna.
    • Apakah bilik Semi double? 
       
      Bilik jenis Semi Double kebanyakannya disediakan oleh hotel-hotel di Jepun. Saiz bilik dianggap lebih kecil berbanding dengan bilik standard. Kategori bilik Semi Double ini adalah sesuai untuk kependudukan tunggal.
    • Apakah bilik Semi? 
       
      Bilik jenis Semi kebanyakkan disediakan oleh hotel di Jepun. Saiz bilik dianggap lebih kecil berbanding bilik biasa. Kategori bilik jenis Semi adalah sesuai untuk seorang kependudukan.
    • Apakah bilik Triple? 
       
      Bilik triple mungkin sesuai untuk tiga orang dewasa dan aturan katil akan diuruskan untuk menempatkan 3 orang. Ini mungkin terdapat satu katil double dan satu katil single atau tiga katil single.
    • Apakah masa bagi daftar masuk dan daftar keluar hotel? 
       
      Masa daftar-masuk kebiasaannya dari jam 14.00. Masa daftar-keluar pula adalah sebelum jam 12.00. Daftar-masuk awal dan daftar-keluar lambat adalah tertakluk kepada ketersediaan bilik, ianya tidak boleh dijamin dan kebiasaannya bukan percuma.
    • Apakah perbezaan antara Katil Semi dan Katil Single? 
       
      Katil jenis ini sesuai untuk seorang kependudukan kerana katil Semi adalah lebih kecil saiznya berbanding katil Standard double. Kebanyakan hotel di Jepun menawarkan katil jenis ini.
    • Apakah perbezaan di antara bilik Single, bilik Double dan bilik Twin? 
       
      Bilik single direka bentuk untuk hanya untuk seorang sahaja. Bilik double pula adalah untuk dua orang kependudukan yang mana terdapat satu double (saiz king atau queen) atau dua katil single. Bilik double boleh juga digunakan oleh seorang kependudukan. Bilik twin juga boleh digunakan untuk dua orang kependudukan tetapi hanya mempunyai 2 katil single.
    • Apakah jenis sarapan yang pihak hotel sediakan? 
       
      Jenis sarapan yang ditawarkan bergantung kepada hotel setiap individu. Agoda.com.my tidak mempunyai akses kepada maklumat ini.
    • Apakah jenis konfigurasi tatarajah bilik datang bersama? 
       
      Bilik dan jenis bilik adalah dijamin tetapi jenis katil adalah tidak. Sebagai contoh, bilik Superior boleh datang dengan satu katil double (king atau queen) atau dua katil single. Anda boleh membuat permintaan khas untuk jenis katil tetapi ketersediaannya tertakluk semasa ketibaan.
    • Dimanakah boleh saya lihat cara untuk hubungi nombor atau alamat hotel? 
       
      Alamat hotel akan ditunjukkan pada laman maklumat hotel pada laman web kami. Selepas tempahan disahkan, alamat hotel dan nombor telefon akan dipaparkan pada baucar hotel. Alamat juga akan dipaparkan dalam bahasa tempatan hotel.
    • Dimana saya boleh lihat maklumat bilik? 
       
      Maklumat bilik dipaparkan semasa anda klik pada [Foto / Maklumat] bersebelahan dengan jenis bilik yang dipilih.
    • Mengapakah jenis bilik dan tatarajah adalah berbeza? 
       
      Jenis bilik mungkin berbeza dari hotel ke hotel, walaubagaimanapun hotel-hotel kebiasaannya mempunyai bilik Standard, Deluxe, Superior, Club dan Suite. Perbezaan utama mungkin berbeza dari segi saiz bilik dan kemudahan. Anda boleh memeriksa maklumat lanjut dengan klik pada [Foto / Maklumat] bersebelahan dengan jenis bilik yang dipilih.
    Lihat lebih banyak soalan
  • Ganjaran Saya 
    • Bagaimana saya boleh menebus Mata Ganjaran Agoda saya? 
       
      Setelah memilih bilik anda, secara automatik anda akan diteruskan ke langkah yang dinamakan "Butiran Tempahan Anda".

      Pada langkah ini, log masuk ke akaun anda pada bahagian yang dinamakan "Log Masuk Ahli Agoda".

      Setelah anda log masuk, sila pilih jumlah mata ganjaran yang anda ingin tebus.

      Akhir sekali, klik pada butang "Kemaskini Jumlah" untuk mendapatkan nilai tempahan selepas diskaun.

      Sila ambil maklum bahawa anda memerlukan sekurang-kurangnya 12,500 mata ganjaran untuk menebus bagi tempahan. Perlukan bantuan bagaimana untuk log masuk ke akaun anda? Sila rujuk di bahagian log masuk pada Soalan Lazim.
    • Mengapa saya tidak boleh menebus mata ganjaran? 
       
      Anda perlu mempunyai sekurang-kurangnya 12,500 mata ganjaran untuk menebusnya bagi tempahan.

      Nama terakhir tetamu mestilah sama dengan nama terakhir pemilik akaun.

      Sila ambil perhatian bahawa anda tidak boleh menebus mata ganjaran hotel yang memaparkan mesej berikut" Agoda tidak akan mengecaj kad kredit anda untuk tempahan ini. Anda akan dikenakan bayaran oleh hotel secara terus dalam mata wang tempatan". Dalam kes ini, anda dikehendaki untuk membuat pembayaran semasa di hotel.
    • Bagaimana saya boleh menebus mata ganjaran untuk tempahan selepas saya menyiapkannya? 
       
      Anda boleh menebus mata ganjaran sebelum mengisi sebarang tempahan.
    • Saya telah menggunakan mata ganjaran untuk tempahan. Adakah mata ganjaran saya dipulangkan semula jika saya membatalkannya? 
       
      Jika anda membatalkan tempahan sebelum tarikh akhir pembatalan yang dinyatakan pada e-mel pengesahan, mata ganjaran yang digunakan untuk tempahan akan dipulangkan semula.

      Jika anda membatalkan tempahan selepas tarikh akhir pembatalan yang dinyatakan pada e-mel pengesahan, mata ganjaran yang anda gunakan untuk tempahan akan dikembalikan mengikut dasar pembatalan tempahan anda.

      Jika anda membatalkan tempahan yang tidak boleh dikembalikan, mata ganjaran yang anda gunakan untuk tempahan tidak akan dipulangkan.
    • Bagaimana saya boleh mendapat mata ganjaran dan berapa banyak mata ganjaran saya boleh perolehi bagi setiap tempahan?  
       
      Anda boleh mendapatkan mata ganjaran dengan tempahan hotel di laman web Agoda atau di aplikasi mudah alih Agoda.

      Jumlah mata ganjaran yang dikumpul adalah berdasarkan kepada nilai yang dicaj kepada kad kredit anda, bergantung kepada tahap keahlian anda
          - Ahli premium mendapat 20 mata ganjaran bagi setiap USD yang dicaj kepada kad kredit mereka.
          - Ahli Elite mendapat 31.25 mata ganjaran bagi setiap USD yang dicaj kepada kad kredit mereka.

      Dalam usaha untuk mendapatkan mata ganjaran anda perlu
          - Log masuk ke akaun anda dengan memasukkan nama pengguna dan kata laluan yang sah.
          - Telah membuat tempahan dengan Agoda sebelum 1 April 2014
    • Adakah saya menerima Mata Ganjaran Agoda apabila saya membuat Tempah Dahulu Bayar Kemudian? 
       
      Ya. Mata Ganjaran Agoda akan diberikan kepada tempahan yang telah disahkan di bawah Tempah Dahulu Bayar Kemudian.
    • Berapa lama masa yang diambil sebelum Mata Ganjaran Agoda saya akan dikreditkan ke akaun saya? 
       
      Mata Ganjaran dikreditkan ke akaun anda 30 hari selepas anda daftar keluar dari hotel.
    • Berapa lama Mata Ganjaran saya sah dan boleh digunakan? 
       
      Mata Ganjaran Agoda adalah sah selama hampir 2 tahun: semua mata ganjaran yang diperolehi pada mana-mana bulan pada tahun ini akan tamat pada 31 Disember tahun yang berikutnya.

      Mata ganjaran yang tamat tempoh tidak boleh dikembalikan semula dan akan dipadamkan dari akaun anda.
    • Bolehkah saya membeli mata? 
       
      Mata Ganjaran Agoda tidak boleh dibeli.
    • Bagaimanakah boleh saya menyemak baki mata ganjaran saya dan maklumat transaksi? 
       
      Log masuk ke akaun anda dan gunakan pautan berikut untuk mengakses baki mata ganjaran anda dan butiran transaksi: www.agoda.com/ms-my/rewards/transactions.html
    • Apakah tahap keahlian Mata Ganjaran Agoda? 
       
      Mata Ganjaran Agoda mempunyai dua tahap keahlian: Premier dan Elite.

      Premier
          - Semua ahli baru akan didaftarkan secara automatik kepada Keahlian Premier.
          - Ahli Premier mendapat 20 mata ganjaran untuk setiap USD yang dicaj kepada kad kredit mereka.

      Elite
          - Jika anda mendapat 75,000 mata ganjaran daripada 1 Januari sehingga 31 Disember pada tahun yang sama, anda akan dinaikkan ke tahap keahlian Elite bagi tahun yang berikutnya.
          - Jika anda memenuhi syarat-syarat dan menjadi ahli elite dalam tahun semasa, katakan pada tahun 2014, anda akan kepada pada tahap keahlian elite sehingga akhir tahun berikutnya, iaitu 2015.
          - Jika anda gagal untuk mendapatkan 75,000 mata ganjaran dalam tahun 2015, tahap keahlian elite anda akan kembali kepada keahlian premier pada awal tahun 2016.
          - Ahli Elite mendapat 31.25 mata ganjaran untuk setiap USD yang dicaj kepada kad kredit mereka.
    • Saya mempunyai dua akaun, bolehkah saya memindahkan mata ganjaran daripada satu akaun ke akaun yang lain? 
       
      Anda boleh memindahkan mata ganjaran antara akaun hanya dengan menggabungkan akaun anda.

      Semua aktiviti tempahan dan baki mata ganjaran anda akan dipindahkan ke satu akaun. Akaun yang satu lagi akan ditamatkan.

      Untuk berbuat demikian, mohon penggabungan akaun melalui emel kepada rewards@agoda.com.

      Atas sebab-sebab keselamatan, sila ambil perhatian bahawa anda perlu mengesahkan pemilikan akaun dengan menyediakan nama yang didaftarkan dan butiran hubungan untuk kedua-dua akaun.

      Contoh
          - Akaun A (7 tempahan, 12,000 mata ganjaran tersedia)
          - Akaun B (4 tempahan, 3,000 mata ganjaran tersedia)
          - Anda meminta untuk menggabungkan akaun A ke akaun B
          - Anda menyimpan akaun B, dengan 11 tempahan dan 15,000 mata ganjaran tersedia
          - Akaun A ditamatkan
    Lihat lebih banyak soalan
  • Batal Tempahan Saya 
    • Dimana saya boleh mencari polisi pembatalan? 
       
      Apabila anda mencari jenis bilik, syarat tempahan akan berada di bawah maklumat jenis bilik. Untuk melihat secara lanjut, anda juga boleh klik pada butang "KLIK UNTUK TEMPAH" yang akan membawa anda terus ke borang tempahan. Pautan bagi pembatalan polisi/syarat tempahan boleh dilihat pada pertengahan setiap laman borang tempahan. Ia juga akan dinyatakan di dalam e-mel pengesahan yang telah dihantar oleh kami. Jika anda membatalkan tempahan anda melalui khidmat layan diri polisi pembatalan akan ditunjukkan semula semasa pembatalan.

      Nota: Maklumat dan syarat di dalam polisi pembatalan akan berbeza untuk setiap tempahan bergantung kepada hotel, tempoh penginapan, jenis bilik dan sebagainya. Sila baca dengan teliti sebelum menyerahkan tempahan anda.
    • Adakah saya akan dikenakan caj jika saya membatalkan tempahan? 
       
      Maklumat dan syarat-syarat polisi pembatalan adalah berbeza untuk setiap tempahan bergantung kepada hotel, tempoh penginapan, jenis bilik, promosi dan sebagainya.

      Apabila anda membuat carian kadar bilik, syarat-syarat tempahan akan berada pada belah kanan di bawah huraian jenis blik. Untuk melihat lebih lanjut, anda boleh klik pada butang "KLIK UNTUK TEMPAH" yang akan membawa anda terus ke borang tempahan. Pautan polisi pembatalan/syarat-syarat tempahan boleh dijumpai di bahagian tengah setiap laman borang tempahan. Ianya juga akan dinyatakan dalam e-mel pengesahan yang kami hantar kepada anda. Jika anda membatalkan tempahan melalui khidmat layan diri polisi pembatalan akan dipaparkan semula semasa pembatalan.
    • Adakah saya akan mendapat bayaran balik? 
       
      Bayaran balik, jika berkaitan, akan diserahkan kepada pihak bank secepat mungkin. Melalui penyerahan/tarikh bayaran balik kebiasaannya mengambil masa 10 hari bekerja untuk memproses pembayaran bayaran balik dan membuat pemindahan dana ke akaun pelanggan. Sila ambil perhatian, beberapa bank kebiasaannya mengambil masa 15-30 hari, atau sehingga kitaran pembayaran seterusnya. Bayaran balik seharusnya ditukar kepada mata wang tempatan oleh syarikat kad kredit anda. Bagaimana tempahan anda diproses akan ditunjukkan pada penyata kad anda. Walaubagaimanapun, penyata anda akan SELALUNYA menunjukkan "Agoda" sebagai subjek utama. 
    • Bagaimana saya boleh membatalkan tempahan? 
       
      Agoda.com.my kini menyediakan anda dengan pilihan Khidmat Layan Diri. Hanya dengan cara klik pada pautan Khidmat Layan Diri yang disediakan pada e-mel pengesahan, akan boleh membatalkan tempahan anda

      Anda juga boleh membatalkan tempahan anda dengan log masuk ke 'uruskan tempahan saya' melalui laman web.
    • Bagaimana saya boleh mengira tarikh pembatalan yang betul? 
       
      Pembatalan tarikh tamat adalah berdasarkan kepada masa mendaftar masuk waktu tempatan.
    • Saya telah membuat tempahan menggunakan mata saya dan ingin membatalkannya atau memendekkan penginapan saya. Adakah mata saya akan dibayar balik? 
       
      Jika anda membatalkan tempahan yang dibuat menggunakan mata anda, mata anda akan dibayar balik selepas pembatalan tempahan tersebut. Mata yang ditebus ketika melakukan tempahan yang tidak boleh dipulangkan tidak akan dikembalikan jika berlaku pembatalan. Untuk tempahan bagi penginapan yang dipendekkan di mana Agoda perlu membayar balik jumlah nilai tempahan terkurang kepada anda, mata yang anda gunakan untuk membuat tempahan tersebut akan dibayar balik dahulu. Jika jumlah yang perlu dibayar balik melebihi nilai mata yang anda gunakan, anda akan dibayar balik dalam bentuk tunai tambahan kepada mata tersebut.
    • Mengapakah terdapat tempoh penuh dikenakan? 
       
      Ini adalah berdasarkan kepada polisi pembatalan hotel. Caj penuh akan dibuat bagi promosi tempahan atau pada musim kemuncak. Polisi ini mungkin berbeza daripada satu sama lain. Apabila anda menghantar tempahan, sila semak Syarat Tempahan di bawah jenis bilik dan pada borang tempahan.
    Lihat lebih banyak soalan
  • Permintaan Khusus 
    • Bagaimana saya boleh tahu jika permintaan khas saya disahkan? 
       
      Semua Permintaan Khas adalah tertakluk kepada ketersediaan dan tidak boleh dijamin oleh agoda.com.my.
      Agoda.com.my akan memgemukakan permintaan anda kepada hotel pilihan anda semasa penerimaan resit.
      Sila susuli dengan hotel semasa ketibaan.
    • Bolehkah saya meminta untuk daftar masuk awal/daftar keluar lambat? 
       
      Daftar-masuk awal dan daftar-keluar lambat adalah tertakluk kepada ketersediaan bilik, ianya tidak boleh dijamin oleh agoda.com.my dan kebiasaannya bukan percuma. Jika anda memerlukan permintaan ini sila klik pada "Permintaan Khas (Pilihan)" dan kemudian taipkan permintaan anda. Permintaan ini akan dihantar terus kepada pihak hotel. Sila ambil perhatian bahawa semua Permintaan Khas adalah tertakluk kepada ketersediaan dan tidak boleh dijamin oleh agoda.com.my. Jika boleh didapati, permintaan anda akan disahkan semasa ketibaan.

      Jika anda mahu mengemukakan lebih permintaan, sila semak PAUTAN Khidmat Layan Diri bertempat pada e-mel pengesahan anda akan terima sebaik sahaja tempahan anda lengkap. Anda juga boleh meminta permintaan dengan log masuk ke 'uruskan Tempahan Saya' melalui laman web.
    • Jika saya ingin membuat permintaan khas untuk tempahan saya, apa yang perlu saya buat? 
       
      Pada borang tempahan anda boleh membuat Permintaan Khas pada Laman Maklumat Bilik, dimana anda perlu mengisi nama tetamu dan pilih jenis kewarganegaraan. Sila klik pada "Permintaan Khas (Pilihan)" dan kemudian taipkan permintaan anda. Permintaan ini akan dihantar terus kepada pihak hotel. Sila ambil perhatian bahawa semua Permintaan Khas adalah tertakluk kepada ketersediaan dan tidak boleh dijamin oleh Agoda.com.my. Jika tersedia, permintaan anda akan disahkan semasa ketibaan.

      Jika anda mahu mengemukakan lebih permintaan, sila semak PAUTAN Khidmat Layan Diri bertempat pada e-mel pengesahan anda akan terima sebaik sahaja tempahan anda lengkap. Anda juga boleh meminta permintaan dengan log masuk ke 'uruskan tempahan saya' melalui laman web.
    • Bolehkah saya meminta Perkhidmatan Pengangkutan? 
       
      Malangnya, Agoda.com.my hanya menyediakan perkhidmatan tempahan hotel. Beberapa bilik datang dengan pindaan perkhidmatan pengangkutan. Mereka akan sentiasa menyatakan jumlah besar pembayaran pada borang tempahan. Jika bilik tidak mempunyai perkhidmatan pengangkutan, dan anda memerlukannya, sila hubungi pihak hotel secara terus.
    • Bolehkan saya memilih jenis katil yang saya mahu? 
       
      Pada borang tempahan anda boleh membuat Permintaan Khas pada Laman Maklumat Bilik, dimana anda perlu mengisi nama tetamu dan pilih jenis kewarganegaraan. Sila klik pada "Permintaan Khas (Pilihan)" dan kemudian taipkan permintaan anda. Permintaan ini akan dihantar terus kepada pihak hotel. Sila ambil perhatian bahawa semua Permintaan Khas adalah tertakluk kepada ketersediaan dan tidak boleh dijamin oleh Agoda.com.my. Jika tersedia, permintaan anda akan disahkan semasa ketibaan.

      Jika anda mahu mengemukakan lebih permintaan, sila semak PAUTAN Khidmat Layan Diri bertempat pada e-mel pengesahan anda akan terima sebaik sahaja tempahan anda lengkap. Anda juga boleh meminta permintaan dengan log masuk ke 'uruskan tempahan saya' melalui laman web.
    • Bolehkah saya menambah katil tambahan/katil bayi di dalam bilik saya? 
       
      Kebanyakan hotel membenarkan kanak-kanak tinggal sebilik dengan ibu bapa mereka sama ada dengan atau tanpa katil tambahan. Kebiasaannya polisi hotel tidak akan meletakkan caj untuk kanak-kanak jika umur mereka dibawah dua belas tahun. Beberapa hotel akan menghadkan kependudukan bagi sebuah bilik kepada 2 orang dewasa dan seorang kanak-kanak. Hanya beberapa hotel akan menyediakan katil tambahan untuk kanak-kanak, ini bermakna satu katil tambahan biasanya diperlukan. Kebanyakan hotel akan mengenakan bayaran untuk katil tambahan ini. Biasanya hotel akan menyediakan sarapan apabila terdapat caj untuk katil tambahan. Walaubagaimanapun, ianya bergantung kepada setiap polisi-polisi harta dan prosedur. Sebuah katil bayi boleh disediakan secara percuma, oleh beberapa hotel, untuk kanak-kanak berumur bawah daripada 2 tahun.
    • Bolehkah saya meminta hotel untuk memberikan saya bilik larangan merokok atau bilik merokok? 
       
      Pada borang tempahan anda boleh membuat Permintaan Khas pada Laman Maklumat Bilik, dimana anda perlu penuhkan nama tetamu dan pilih jenis kewarganegaraan. Sila klik pada "Permintaan Khas (Pilihan)" dan kemudian taipkan permintaan anda. Permintaan ini akan dihantar terus kepada pihak hotel. Sila ambil perhatian bahawa semua Permintaan Khas adalah tertakluk kepada ketersediaan dan tidak boleh dijamin oleh Agoda.com.my. Jika boleh didapati, permintaan anda akan disahkan semasa ketibaan.

      Jika anda mahu mengemukakan lebih permintaan, sila semak PAUTAN Layan Diri bertempat pada e-mel pengesahan anda akan terima sebaik sahaja tempahan anda lengkap. Anda juga boleh meminta permintaan dengan log masuk ke 'Uruskan Tempahan Saya' melalui laman web.
    • Adakah anda menawarkan apa-apa pelancongan atau tambang udara? 
       
      Malangnya, Agoda.com.my hanya menyediakan perkhidmatan tempahan hotel.
    • Bolehkah saya buat permintaan khas? 
       
      Pada borang tempahan anda boleh membuat Permintaan Khas pada Laman Maklumat Bilik, dimana anda perlu mengisi nama tetamu dan pilih jenis kewarganegaraan. Sila klik pada "Permintaan Khas (Pilihan)" dan kemudian taipkan permintaan anda. Permintaan ini akan dihantar terus kepada pihak hotel. Sila ambil perhatian bahawa semua Permintaan Khas adalah tertakluk kepada ketersediaan dan tidak boleh dijamin oleh Agoda.com.my. Jika tersedia, permintaan anda akan disahkan semasa ketibaan.

      Jika anda mahu mengemukakan lebih permintaan, sila semak PAUTAN Khidmat Layan Diri bertempat pada e-mel pengesahan anda akan terima sebaik sahaja tempahan anda lengkap. Anda juga boleh meminta permintaan dengan log masuk ke 'uruskan tempahan saya' melalui laman web.
    • Saya ingin membuat permintaan untuk menghubungkan bilik untuk keluarga saya, apa yang harus saya lakukan? 
       
      Pada borang tempahan anda boleh membuat Permintaan Khas pada Laman Maklumat Bilik, dimana anda perlu mengisi nama tetamu dan pilih jenis kewarganegaraan. Sila klik pada "Permintaan Khas (Pilihan)" dan kemudian taipkan permintaan anda. Permintaan ini akan dihantar terus kepada pihak hotel. Sila ambil perhatian bahawa semua Permintaan Khas adalah tertakluk kepada ketersediaan dan tidak boleh dijamin oleh Agoda.com.my. Jika tersedia, permintaan anda akan disahkan semasa ketibaan.

      Jika anda mahu mengemukakan lebih permintaan, sila semak PAUTAN Khidmat Layan Diri bertempat pada e-mel pengesahan anda akan terima sebaik sahaja tempahan anda lengkap. Anda juga boleh meminta permintaan dengan log masuk ke 'uruskan tempahan saya' melalui laman web.
    Lihat lebih banyak soalan
  • Tukar Tempahan Saya 
    • Saya ingin menukar tarikh tempahan saya, bagaimana saya ingin membuatnya? 
       
      Agoda.com.my kini menyediakan anda dengan pilihan Khidmat Layan Diri. Hanya dengan cara klik pada pautan Khidmat Layan Diri yang disediakan pada e-mel pengesahan, akan boleh mengubah tempahan anda.

      Anda juga boleh mengubah tempahan anda dengan log masuk ke 'uruskan tempahan saya' melalui laman web.
    • Apakah caj pindaan dan bagaimana saya ingin mencarinya? 
       
      Segala caj tambahan atau bayaran balik akan dipaparkan pada jumlah besar pada muka laman khidmat layan diri. Anda boleh menjumpainya dengan klik pada pautan khidmat layan diri yang disediakan pada e-mel pengesahan anda.
      Anda juga boleh melihat maklumat ini dengan cara log masuk pada 'uruskan tempahan saya' melalui laman web.
    • Mengapakah terdapat caj pindaan? 
       
      Pindaan yang dibuat pada tempahan anda akan menyebabkan perubahan kadar. Permintaan anda tidak boleh diproses kecuali pertukaran kadar boleh dicaj. Jika kadar berkurangan, bayaran balik akan dikeluarkan tertakluk kepada polisi pembatalan/polisi pindaan.
    • Bagaimana saya boleh melanjutkan penginapan saya? 
       
      Sila cipta satu tempahan baru untuk tempoh yang anda mahu lanjutkan pada laman web. Kebiasaannya hotel akan menyusun bilik secara automatik jadi adalah tidak perlu untuk menukar bilik bagi tarikh lanjutan.
    • Bagaimana saya boleh memendekkan penginapan saya? 
       
      Agoda.com.my kini menyediakan anda dengan pilihan Khidmat Layan Diri. Hanya dengan cara klik pada pautan Khidmat Layan Diri yang disediakan pada e-mel pengesahan, akan boleh mengubah tempahan anda.

      Anda juga boleh mengubah tempahan anda dengan log masuk ke 'uruskan tempahan saya' melalui laman web.
    • Adakah permintaan pindaan saya disahkan? 
       
      Segala pemindahan oleh khidmat layan diri akan disahkan secara merta. Sekiranya pindaan tidak dapat lakukan anda akan dinasihatkan untuk menghubungi agoda.com.my.
    • Bolehkah saya tambah malam tambahan kepada tempahan saya? 
       
      Sila cipta satu tempahan baru untuk tempoh yang anda mahu lanjutkan pada laman web. Kebiasaannya hotel akan menyusun bilik secara automatik jadi adalah tidak perlu untuk menukar bilik bagi tarikh lanjutan.
    • Bolehkah saya menambah bilik kepada tempahan saya? 
       
      Sila kemukakan tempahan baru untuk bilik tambahan. Untuk mengelakkan salinan atau pertindihan status tempahan sila pastikan yang nama anda adalah nama sebenar tetamu semasa mendaftar masuk. Tempahan yang mempunyai pertindihan akan menyebabkan masalah pada nama tetamu utama, alamat e-mel dan tarikh yang tidak tepat dan bertindih.
    • Bagaimana saya boleh menukar hotel? 
       
      Untuk menukar hotel anda perlu untuk membatalkan tempahan asal dan membuat tempahan baru. Sila ambil perhatian bahawa pembatalan adalah tertakluk kepada polisi pembatalan hotel. Sebarang tempahan baru adalah bergantung kepada ketersediaan. Tempahan asal perlu dibatalkan terlebih dahulu untuk mencegah daripada sistem memberhentikan tempahan anda dan mengistiharkannya sebagai 'salinan'.
    Lihat lebih banyak soalan
  • Masalah Teknikal 
    • Masalah dengan Baucar Hotel 
       
      Dalam kebanyakan kes, anda akan menerima e-mel pengesahan berserta dengan Baucar Hotel (Fail PDF) dalam tempoh 30 minit selepas anda membuat tempahan. Sekiranya anda masih tidak menerimanya selepas waktu tersebut, sila semak mel spam dan/atau filter spam anda. Anda juga boleh menyemak status tempahan anda dengan cara log masuk dan klik pada 'uruskan tempahan saya' melalui laman web.
    • Masalah dengan Caj Kad Kredit / Mata Wang 
       
      Caj yang dipaparkan pada penyata anda akan ditukarkan ke mata wang tempatan oleh syarikat kad kredit anda. Perbezaannya adalah yuran yang bank telah kenakan ke atas urus niaga anda. Krisis kewangan global, dicampur kombinasi dengan undang-undang terkini di Amerika Syarikat telah memberikan tekanan yang ketara terhadap keuntungan industri perbankan dan kad kredit. Oleh yang demikian, kebanyakan bank secara drastik telah menaikkan bayaran yang berkaitan dengan urus niaga antarabangsa dalam usaha untuk menampung kerugian di kawasan-kawasan lain. Perihal perniagaan yang meragukan ini, malangnya berada di luar kawalan kami.
    • Masalah dengan Yuran Pembatalan 
       
      Maklumat dan syarat-syarat polisi pembatalan adalah berbeza untuk setiap tempahan bergantung kepada hotel, tempoh penginapan, bilik jenis, promosi dan sebagainya. Apabila anda mencari kadar bilik, syarat tempahan akan berada betul-betul di bawah keterangan jenis bilik. Untuk melihat perkara ini sila pointkan kursor anda ke 'Pembatalan Percuma?' Anda juga boleh klik pada butang "Tempah!" yang akan membawa anda ke borang tempahan. Dasar pembatalan hotel boleh didapati pada bahagian tengah halaman borang tempahan. Ianya juga akan dinyatakan pada e-mel pengesahan yang akan kami hantar kepada anda. Jika anda ingin membatalkan tempahan melalui perkhidmatan layan diri, polisi pembatalan akan ditunjukkan sekali lagi sebelum pembatalan dibuat.
    • Masalah dengan Sarapan Pagi 
       
      Jika sarapan disediakan, ianya akan memaparkan "Sarapan Disediakan" di bawah jenis bilik. Jika tidak disebut, maka hotel ini tidak menyertakan sarapan pagi pada bilik ini dengan kadar ini. Ketersediaan sarapan ditentukan oleh hotel. Jika anda ingin bertanya sama ada sarapan disediakan, kami menyarankan agar anda menghubungi pihak hotel semasa anda daftar masuk.
    • Masalah dengan Tempahan 
       
      Membuat perubahan untuk tempahan anda mungkin akan dikenakan bayaran. Sila lihat semula syarat-syarat tempahan yang terletak pada e-mel pengesahan anda. - Jika anda ingin menukar tarikh tempahan anda, sila klik pautan Layan Diri yang terletak pada e-mel pengesahan anda atau log masuk ke Urus Tempahan Saya di laman web. - Jika anda ingin menukar hotel, anda mesti membatalkan tempahan anda terlebih dahulu melalui pautan Layan Diri yang terletak di dalam e-mel pengesahan anda atau log masuk ke Urus Tempahan Saya di laman web. - Segala permintaan lain, seperti menambah bilangan penghuni, mendapatkan katil tambahan, perlu dibuat dengan membuat panggilan ke +44 (0) 20 3027 7900. Caj antarabangsa akan dikenakan.
    • Masalah dengan Kad Kredit (tidak dapat membuat tempahan) 
       
      Jika kami tidak dapat mengesahkan kad kredit anda, maka tempahan tidak boleh dibuat. Sila hubungi syarikat kad kredit untuk memeriksa status kad anda.
    • Masalah dengan kata laluan Ganjaran 
       
      Kata laluan anda adalah case-sensitive, oleh yang demikian sila pastikan anda memasukkan kata laluan yang betul. Anda boleh mendapatkan semula kata laluan dengan menggunakan pautan 'Lupa kata laluan anda?' seperti berikut: http://www.agoda.com.my/rewards/login_problems.html
    • Masalah dengan profil Ganjaran 
       
      Jika anda ingin mengemaskini profil (alamat e-mel, alamat rumah, dll), sila log masuk dengan menggunakan alamat e-mel dan kata laluan anda di sini: http://www.agoda.com.my/rewards/login.html Kata laluan anda adalah case-sensitive, oleh yang demikian sila pastikan anda memasukkan kata laluan yang betul. Anda boleh mendapatkan semula kata laluan dengan menggunakan pautan 'Lupa kata laluan anda?' seperti berikut: http://www.agoda.com.my/rewards/login_problems.html
    • Masalah dengan Penghunian Bilik (Bilangan dewasa/kanak-kanak) 
       
      Setiap jenis bilik mempunyai bilangan maksimum tetamu yang dibenarkan untuk tinggal di dalam bilik tersebut. Ini dapat dilihat dengan menggerakkan kursor ke icon berbentuk 'orang' pada kolum maksimum. Bagi kebanyakan jenis bilik, anda boleh menambah katil tambahan melalui borang tempahan. Yuran akan ditunjukkan sebelum anda mengesahkan tempahan. Untuk mengelakkan bayaran tambahan apabila anda mendaftar masuk, sila pastikan bahawa anda menempah jenis bilik yang betul. Jika anda tidak dapat mencari bilik untuk dipadankan dengan bilangan tetamu, sila tempah bilik tambahan.
    • Masalah dengan Cukai dan Caj Perkhidmatan 
       
      Berkaitan dengan transaksi hotel anda, caj kepada kad kredit anda akan termasuk dengan caj bagi Cukai dan Yuran. Bayaran ini adalah termasuk dengan jumlah anggaran untuk mendapatkan semula jumlah yang kami bayar kepada hotel berkaitan dengan tempahan anda untuk cukai yang terhutang oleh hotel termasuk, tanpa had, cukai jualan dan penggunaan, cukai penghunian, cukai bilik, cukai eksais, nilai ditambah cukai dan/atau lain-lain cukai yang sama. Di lokasi tertentu, jumlah cukai juga mungkin termasuk yuran perkhidmatan yang dikenakan oleh kerajaan atau cukai lain yang tidak dibayar terus kepada pihak berkuasa yang memungut cukai, tetapi dikehendaki oleh undang-undang yang akan dipungut oleh hotel. Amaun yang dibayar kepada hotel berkaitan dengan tempahan anda untuk cukai mungkin berbeza daripada jumlah yang kami anggarkan dan termasuk dengan caj yang akan dikenakan kepada anda. Baki caj bagi Cukai dan Yuran yang kami kekalkan adalah sebahagian daripada pampasan bagi perkhidmatan kami untuk menampung kos tempahan anda, termasuk, sebagai contoh, kos perkhidmatan pelanggan. Caj bagi Cukai dan Yuran adalah berbeza berdasarkan kepada beberapa faktor termasuk, tanpa had, jumlah yang kami bayar hotel dan lokasi hotel di mana anda akan menginap, dan mungkin termasuk keuntungan yang kami perolehi. Kecuali seperti yang dinyatakan di bawah, kami bukan vendor yang mengumpul dan meremit cukai kepada pihak berkuasa berkenaan. Pembekal hotel kami, sebagai vendor, memasukkan semua cukai yang dikenakan dalam jumlah yang dibilkan kepada kami dan kami akan membayar jumlah itu terus kepada vendor. Kami bukan co-vendor yang dikaitkan dengan vendor atau dengan sesiapa yang kami tempah aturan perjalanan pelanggan kami. Pengenaan cukai dan kadar cukai yang sesuai dan jenis cukai yang dikenakan adalah berbeza mengikut lokasi. Bagi urus niaga yang melibatkan hotel yang terletak di dalam bidang kuasa tertentu, caj ke kad kredit anda untuk Cukai dan Yuran mungkin termasuk pembayaran cukai yang kami perlu kumpulkan dan meremitkan kepada bidang kuasa cukai pada jumlah yang kami kekalkan sebagai pampasan bagi perkhidmatan kami.
    Lihat lebih banyak soalan
  • Ulasan Hotel 
    • Bolehkah saya membuat ulasan bagi hotel? 
       
      Hanya pelanggan agoda.com dengan tempahan yang sah dibenarkan untuk menyerahkan ulasan hotel. Ini adalah dijamin, tidak seperti laman pelancongan lain, jadi anda membaca 100% maklumbalas yang sah. Kira-kira 3 hari selepas anda meninggalkan hotel, anda akan menerima e-mel yang mengajak anda untuk berkongsi penginapan anda dengan ahli agoda.com yang lain. E-mel tersebut mengandungi pautan unik yang membawa anda kepada borang penyerahan ulasan. Anda juga boleh log masuk ke akaun agoda anda melihat senarai hotel-hotel yang anda telah menginap dan belum membuat ulasan lagi.
    • Siapakah yang menulis ulasan-ulasan di agoda.com? 
       
      Hanya pelanggan agoda.com dengan tempahan yang sah dibenarkan untuk menghantar ulasan hotel. Ini adalah dijamin, tidak seperti laman pelancongan lain, anda membaca 100% maklumbalas yang sah. Kira-kira 3 hari selepas anda meninggalkan hotel, anda akan menerima e-mel yang menjemput anda untuk berkongsi pengalaman penginapan anda dengan ahli agoda.com yang lain. E-mel tersebut mengandungi pautan unik yang membawa anda kepada borang penyerahan ulasan. Anda juga boleh log masuk ke akaun keahlian agoda anda melihat senarai hotel-hotel yang anda telah menginap dan belum membuat ulasan lagi.
    • Mengapakah ulasan saya terhadap hotel tidak diposkan pada laman web? 
       
      Semua ulasan hotel adalah dipantau oleh editor kami sebelum diposkan kepada laman web untuk memastikan kandungan dipatuhi dengan garis panduan ulasan kami. Segala ulasan yang dianggap tidak sesuai untuk penerbitan untuk sebab yang tertentu tidak akan dipos kepada laman web. kami bekerja keras untuk meluluskan ulasan anda secepat mungkin. Ulasan kebiasaannya akan dipaparkan pada laman web dalam jangkamasa 7 - 14 hari, bergantung kepada volum.
    Lihat lebih banyak soalan
  • Log masuk 
    • Apakah yang perlu saya lakukan jika saya tidak boleh log masuk ke akaun saya atau lupa nama pengguna dan kata laluan saya?  
       
      Kata laluan anda adalah sensitif-huruf, sila pastikan anda menggunakan aksara huruf besar dan juga huruf kecil apabila anda memasukkan kata laluan.

      Anda boleh menetapkan kata laluan baru pada bila-bila masa dengan menggunakan pautan “Lupa Kata Laluan Anda?” berikut: www.agoda.com/ms-my/rewards/login_problems.html
    • Bagaimana saya boleh menebus Mata Ganjaran Agoda saya?  
       
      Setelah memilih bilik anda, secara automatik anda akan diteruskan ke langkah yang dinamakan "Butiran Tempahan Anda".

      Pada langkah ini, log masuk ke akaun anda pada bahagian yang dinamakan "Log Masuk Ahli Agoda".

      Setelah anda log masuk, sila pilih jumlah mata ganjaran yang anda ingin tebus.

      Akhir sekali, klik pada butang "Kemaskini Jumlah" untuk mendapatkan nilai tempahan selepas diskaun.

      Sila ambil maklum bahawa anda memerlukan sekurang-kurangnya 12,500 mata ganjaran untuk menebus bagi tempahan. Perlukan bantuan bagaimana untuk log masuk ke akaun anda? Sila rujuk di bahagian log masuk pada Soalan Lazim.
    Lihat lebih banyak soalan

Jika anda tidak menjumpai apa yang anda cari dalam Soalan-Soalan Lazim kami, jangan segan untuk menghubungi kami.

Hubungi Ejen Langsung 24/7
Menelefon kami adalah cara termudah untuk berhubung. Kami di sini 24/7 365 hari setahun.

Anda akan memerlukan ID Tempahan Agoda anda dan nombor 4 digit terakhir kredit kad yang anda gunakan untuk membuat tempahan

(Caj Antarabangsa mungkin dikenakan)

+44 20 3027 7900

Emel Kami
Jika anda memilih untuk menghantar emel kepada kami, kami akan berusaha untuk menjawab emel anda dalam masa kurang daripada 24 jam.

AS-AGWEB-3C06