atau

Polisi Privasi Agoda


Pengenalan

Kemas Kini Terakhir pada 20 Jun 2013

Agoda.com dimiliki dan diusahakan oleh Agoda Company Pte.Ltd. (“Agoda” atau "kami"). Polisi Privasi berikut menerangkan cara kami sebagai pengawal data mengumpul, menggunakan, mendedahkan dan selain itu memproses maklumat yang boleh dikenali secara peribadi yang kami kumpul mengenai individu (“Data Peribadi”) berkaitan dengan perkhidmatan yang disediakan oleh Agoda melalui laman web www.agoda.com("Laman"). Rujukan ke Laman ini disifatkan sebagai termasuk terbitan daripadanya, termasuk tetapi tidak semestinya terhad kepada laman web dan aplikasi mudah alih. Dengan melawat Laman tersebut, anda mengizinkan pengumpulan, penggunaan, pendedahan dan pemprosesan Data Peribadi anda seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi ini. Semua data yang kami kumpul dan proses disimpan pada pelayan yang terletak di Hong Kong SAR, satu bidang kuasa yang mungkin tidak menyediakan tahap perlindungan data yang setara dengan undang-undang di bidang kuasa negara anda.

Kadang-kadang, Agoda mungkin menyemak semula Polisi Privasi ini untuk menggambarkan perubahan dalam undang-undang, amalan kami dalam pengumpulan dan penggunaan Data Peribadi, ciri-ciri Laman kami atau kemajuan dalam teknologi. Jika kami membuat penyemakan yang mengubah cara kami mengumpul atau menggunakan Data Peribadi anda, perubahan tersebut akan dipaparkan dalam Polisi Privasi ini dan tarikh ia berkuat kuasa akan tertera di bahagian awal Polisi Privasi ini. Oleh itu, anda patut mengkaji semula Polisi Privasi ini dari semasa ke semasa supaya anda mengetahui polisi dan amalan terkini kami. Agoda juga akan mempamerkan perubahan penting sedemikian dengan ketara sebelum melaksanakan perubahan tersebut. Jika anda tidak bersetuju dengan apa-apa perubahan atau pengubahsuaian kepada Polisi Privasi ini, sila hentikan penggunaan Laman ini. Anda akan dianggap sebagai telah bersetuju dengan apa-apa pengubahsuaian terhadap Polisi Privasi apabila anda menggunakan Laman ini selepas tarikh berkuatkuasa pengubahsuaian.

Maklumat Yang Kami Kumpul

Kami mengumpul Data Peribadi mengenai anda yang anda berikan kepada kami semasa menggunakan Laman tersebut. Data Peribadi mungkin termasuk nama anda, alamat, nombor telefon, nombor kad kredit, alamat e-mel, nama hotel, lokasi hotel dan/atau tempoh penginapan. Kami juga mengumpul maklumat yang tidak boleh dikenali secara peribadi yang mungkin dikaitkan dengan Data Peribadi anda, termasuk nama log masuk, alamat IP, data geografi, jenis sistem operasi, kewarganegaraan dan kata laluan anda, serta pilihan carian berkaitan dengan carian spesifik, juga data berkaitan penggunaan Internert generik lain.

Melindungi Data Peribadi Anda

Bagi menghalang akses tanpa izin, kami mengekalkan prosedur fizikal, elektronik dan organisasi yang munasabah untuk melindungi Data Peribadi terhadap pemusnahan secara tidak sengaja atau yang menyalahi undang-undang atau kehilangan secara tidak sengaja, pengubahan, atau pendedahan atau akses tanpa izin. Bagi melindungi transaksi kad kredit, Agoda.com menggunakan teknologi Lapisan Soket Selamat buat masa ini untuk menyulitkan maklumat kad kredit semasa penghantaran.

Cara Kami Menggunakan Maklumat Yang Kami Kumpul

Kami menggunakan Data Peribadi dan maklumat lain yang dikumpulkan melalui Laman tersebut untuk mendaftarkan anda dengan Laman (a) tersebut dan program Ganjaran Agoda kami seperti yang diminta oleh anda, (b) untuk menyediakan kepada anda produk dan perkhidmatan yang diminta (terutamanya untuk memproses tempahan anda), (c) untuk menyediakan kepada anda dengan maklumat mengenai produk dan perkhidmatan kami di Laman tersebut atau di laman web lain dan untuk berkomunikasi dengan anda setakat yang perlu untuk menyediakan produk dan perkhidmatan tersebut, (d) untuk membina ciri-ciri yang akan menjadikan perkhidmatan yang disediakan di Laman ini lebih mudah untuk digunakan dan (e) untuk pengalaman pengguna yang lebih baik dan kegunaan-kegunaan pengoptimuman am. Ini termasuk permintaan belian yang lebih pantas, sokongan pelanggan yang lebih baik dan notis perkhidmatan baru serta tawaran istimewa yang tepat pada masanya. Dari semasa ke semasa, Agoda mungkin menghubungi anda untuk mendapatkan maklum balas mengenai pengalaman anda menggunakan Laman tersebut, untuk membantu kami memperbaiki Laman tersebut atau menawarkan penjimatan atau promosi istimewa kepada anda sebagai pengguna Laman tersebut apabila anda telah memberikan keizinan anda untuk menerima komunikasi sedemikian. Jika anda tidak ingin menerima notis penjimatan atau promosi istimewa, anda hanya perlu memilih untuk tidak menerima notis tersebut dengan memberitahu kepada Agoda menggunakan hiperpautan yang disediakan dalam notis ini.

Berkongsi Data Peribadi Anda

Agoda mungkin berkongsi Data Peribadi anda dengan pihak ketiga yang kami lantik untuk menjalankan perkhidmatan bagi pihak kami, seperti perkhidmatan pengehosan web, analisis data, memasarkan produk dan perkhidmatan kami, juga di laman web pihak ketiga tersebut, mengendalikan transaksi kad kredit dan selain itu membekalkan kepada anda dengan khidmat pelanggan. Semua pihak ketiga sedemikian bertanggungjawab untuk mengekalkan keselamatan dan kerahsiaan Data Peribadi serta memproses Data Peribadi tersebut hanya mengikut arahan kami.

Melainkan untuk pendedahan yang dinyatakan dalam Polisi Privasi ini atau sebagaimana yang dikehendaki oleh undang-undang dalam mana-mana bidang kuasa berkaitan seperti yang dinyatakan di bawah, dan pendedahan Data Peribadi anda dan maklumat yang diperlukan untuk melengkapkan tempahan anda dengan hotel pilihan anda dan perkongsian Data Peribadi tertentu dengan rakan niaga terpilih dalam hal yang relevan (butiran anda akan digunakan untuk tujuan laporan dan analisis sahaja), kami tidak akan mendedahkan Data Peribadi anda kepada pihak ketiga tanpa kebenaran anda. Walau bagaimanapun, kami berhak untuk mendedahkan Data Peribadi anda kepada (kumpulan) syarikat sekutu kami (di dalam dan di luar negara asal anda), termasuk pekerja (kumpulan) syarikat sekutu kami dan ejen yang dipercayai dan wakil-wakil yang mempunyai akses kepada maklumat ini dengan kebenaran kami dan yang perlu tahu atau mempunyai akses kepada maklumat ini untuk melaksanakan perkhidmatan yang diminta oleh anda (termasuk perkhidmatan pelanggan) dan penyiasatan (audit / pematuhan) dalaman.

Agoda mungkin, dalam pematuhan terhadap undang-undang yang berkenaan, mendedahkan Data Peribadi untuk melindungi diri kami terhadap liabiliti, menjawab sepina, proses kehakiman, permintaan sah daripada pegawai penguat kuasa undang-undang atau sebagaimana yang diperlukan atau dikehendaki untuk mematuhi undang-undang yang diguna pakai, atau kepada pembeli berkaitan dengan sebarang jualan, penyerahan atau pemindahan lain kesemua atau sebahagian daripada perniagaan atau syarikat kami. Kami juga mungkin, dalam mematuhi undang-undang yang terpakai, mendedahkan Data Peribadi untuk menguatkuasakan atau mengenakan terma dan syarat yang berkaitan dengan produk dan perkhidmatan kami, atau melindungi hak, harta atau keselamatan Agoda, pengguna kami atau orang lain.

Dalam keadaan yang diterangkan di atas, penerima Data Peribadi mungkin berada di bidang kuasa yang mungkin tidak menyediakan tahap perlindungan data yang setara dengan undang-undang di bidang kuasa negara anda.

Polisi Kami Mengenai Kuki dan Tag Piksel

Laman kami menggunakan sesi dan kuki berterusan serta tag piksel (juga dipanggil gif nyata) untuk mengumpul dan menyimpan maklumat tertentu mengenai anda. Kuki adalah sebahagian kecil data yang dihantar ke komputer anda daripada Laman dan disimpan dalam cakera keras komputer anda. Kuki sesi adalah perlu untuk memastikan anda terus log masuk semasa lawatan ke Laman ini anda dan ia lenyap dari komputer anda apabila anda menutup pelayar. Kuki berterusan kekal di komputer anda selepas pelayar telah ditutup, tetapi boleh dipadam pada bila-bila masa melalui tetapan pelayar anda.

Dengan melawat Laman kami, anda bersetuju kepada penggunaan kuki dan tag pixel seperti yang diterangkan di bawah. Jika anda ingin menghalang pelayar anda daripada menerima kuki, jika anda ingin dimaklumkan apabila kuki disimpan pada komputer anda atau jika anda mahu memadamkan kuki daripada komputer anda, sila lakukan perubahan yang perlu dalam tetapan pelayar Internet anda, biasanya di bawah bahagian "Help" atau "Internet Options". Jika anda menyahdayakan atau memadamkan kuki dalam tetapan pelayar Internet anda, anda mungkin tidak dapat mengakses fungsi atau ciri penting Laman ini, anda akan dikehendaki untuk memasukkan semula butiran log masuk anda dan penggunaan anda di Laman mungkin terhad. Sila ambil perhatian bahawa mengecualikan kuki pihak ketiga (lihat di bawah) tidak bermakna bahawa anda tidak lagi akan menerima atau tertakluk kepada pengiklanan dalam talian atau analisis pemasaran. Ia bermakna bahawa rangkaian yang anda pilih untuk kecualikan tidak lagi akan menyampaikan iklan yang disesuaikan dengan pilihan web dan corak penggunaan anda. Sila ambil perhatian juga bahawa jika anda mengosongkan semua kuki dalam pelayar anda, atau menggunakan pelayar atau komputer berbeza, anda perlu melengkapkan prosedur 'opt-out' sekali lagi.

Kuki Agoda

Agoda menggunakan kuki sesi untuk memastikan anda dilog masuk sepanjang lawatan anda ke Laman ini.

Agoda menggunakan kuki berterusan untuk "memperibadikan" Laman ini untuk setiap pengguna dengan mengingati maklumat mengenai lawatan pengguna ke Laman ini, contohnya, bahasa yang anda pilih, butiran log masuk anda secara terperinci supaya anda tidak tidak perlu untuk masukkan semula butiran itu pada lawatan akan datang anda ke Laman dan kriteria carian dan hasil carian anda.

Agoda juga menggunakan kuki berterusan atau tag piksel untuk menganalisis tingkah laku anda semasa melayari dan lawatan anda kepada Laman membolehkan kami untuk memperbaiki Laman dan perkhidmatan kami serta menyesuaikan pengiklanan kami (melalui e-mel, pada Laman kami, dan di laman web lain) mengikut kepentingan pengguna kami. Kuki dan tag piksel sedemikian mengumpul maklumat mengenai halaman yang anda lawati di Laman dan carian yang anda lakukan.

Analisis Laman Web

Syarikat pihak ketiga mungkin menggunakan kuki berterusan untuk menganalisis tingkah laku anda semasa melayari laman web dan lawatan anda ke Laman ini serta laman web lain yang membolehkan kami untuk memperbaiki Laman dan perkhidmatan kami. Untuk meminta dikecualikan daripada pengumpulan maklumat oleh pihak ketiga untuk tujuan analisis, sila klik pada satu atau lebih daripada pautan pihak ketiga yang berikut:

https://tools.google.com/dlpage/gaoptout?hl=en;
http://www.google.com/intl/en/policies/privacy/cookies/managing/;
http://www.microsoft.com/privacystatement/en-us/bing/default.aspx#;
http://help.yahoo.com/kb/index?page=content&y=PROD_MAIL_CLASSIC&locale=en_US&id=SLN3253;
http://advertising.yahoo.com/smallbusiness/ysm;
http://help.yahoo.co.jp/common/sys/sys-26.html;
http://www.baidu.com/duty/safe_control.html;
http://www.appsflyer.com/opt-out dan apa-apa pautan lain yang mungkin Agoda tambah dari semasa ke semasa.

Lihat di atas untuk penjelasan mengenai pengumpulan maklumat untuk tujuan analisis dalaman kami.

Pengiklanan pihak ketiga

Syarikat-syarikat pengiklanan pihak ketiga kami mungkin meletakkan kuki atau tag piksel pada beberapa halaman yang anda lawati di Laman. Kuki atau pixel tag ini direka untuk mengumpul maklumat bukan peribadi yang dikenal pasti untuk menganalisis minat dan carian anda ketika melawat Laman kami dan untuk memberi anda perkhidmatan iklan yang khusus untuk kepentingan dan carian anda apabila anda melawat Laman kami atau laman web lain. Maklumat bukan peribadi yang dikumpul melalui kuki dan tag piksel mungkin akan dikongsi bersama dengan pihak ketiga yang lain bagi tujuan menguruskan dan mensasarkan iklan dan analisis penyelidikan pasaran.

Jika anda inginkan maklumat lanjut mengenai amalan pengumpulan maklumat oleh syarikat pengiklanan pihak ketiga dan pilihan anda untuk mengecualikan maklumat ini daripada digunakan oleh syarikat-syarikat ini atau anda mahu dikecualikan daripada pemasaran keutamaan dalam talian, klik di sini: http://www.networkadvertising.org/consumer/opt_out.asp dan/atau di sini: http://www.vizury.com/website/optout.html dan dengan mengambil kira aplikasi mudah alih kami, klik di sini: https://ad-x.co.uk/dont_track.php.

Jika anda ingin mengemas kini sebarang Data Peribadi yang sebelumnya telah anda disediakan, atau melaksanakan sebarang hak akses, pembetulan, penghapusan, atau tentangan terhadap pemprosesan Data Peribadi yang anda mungkin miliki di bawah undang-undang yang terpakai, sila hubungi kami melalui halaman Khidmat Pelanggan kami. Untuk melindungi privasi dan keselamatan anda, kami akan mengesahkan identiti anda sebelum memberikan akses atau membuat perubahan kepada Data Peribadi anda. Sebarang permintaan untuk mengakses Data Peribadi anda akan akan dijawab dalam tempoh masa yang munasabah. Anda juga mungkin boleh membantah pemprosesan Data Peribadi anda untuk tujuan pengiklanan dan pasaran dan penyelidikan pendapat.

Jika anda ingin menghubungi wakil-wakil perkhidmatan pelanggan kami mengenai isu-isu privasi melalui e-mel, anda boleh menghantar e-mel ke:

privacy@agoda.com

Selain itu anda boleh menghantar surat berdaftar ke pejabat Agoda di alamat berikut:

Privacy C/O Agoda Co. Pte Ltd
20 Cecil Street #14-01
Singapura 49705

Anda juga boleh menghubungi ejen khidmat pelanggan kami 24/7 melalui telefon di nombor berikut: +44 20 3027 7900 (caj antarabangsa dikenakan).

Nota Khusus Mengenai Kanak-Kanak di Bawah Umur

Individu di bawah umur 18 tahun tidak layak menggunakan perkhidmatan tempahan penginapan pada Laman kami. Anak di bawah umur biasanya boleh menemani ibu bapa mereka yang telah menempah penginapan, kecuali jika dinyatakan sebaliknya dalam dasar hotel.

Bahasa

Privasi Polisi ini pada asalnya disediakan dalam bahasa Inggeris. Terjemahan dalam bahasa-bahasa lain tersedia untuk kemudahan anda. Jika terdapat sebarang percanggahan di antara versi bahasa Inggeris dan versi terjemahan, versi bahasa Inggeris akan diguna pakai.

Terma Penggunaan

Sila merujuk kepada Terma Penggunaan Agoda untuk maklumat lanjut mengenai penggunaan Laman kami.


AS-AGWEB-3C05