atau

Agoda dalam Berita

agoda.com: Istimewa Bandaraya Hebat Asia!

SINGAPURA (11 April, 2012)

agoda.com, peneraju utama laman tempahan hotel global dan sebahagian daripada Kumpulan Priceline yang disenaraikan di Nasdaq (Nasdaq: PCLN), hari ini mengumumkan tawaran-tawaran bandar hebat di antara beberapa destinasi urban paling menarik di Asia.

Bercakap tentang bandar-bandar besar, terdapat banyak sekali di Asia. Dipenuhi lampu-lampu neon, bunyi bising dan orang ramai, tiada yang serupa dengan lawatan ke salah satu bandaraya hebat di rantau ini untuk terlibat dan mencabar deria diri. Meskipun percutian pantai dan persinggahan di desa adalah baik untuk cuti yang lebih panjang, percutian bandar pendek atau ‘staycation’ mewah juga boleh menjadi cukup bermakna – dan cukup santai – sebagaimana percutian panjang di destinasi terpencil.

Berikut adalah antara beberapa pusat urban terulung di Asia. Penuh tenaga dan keseronokan tetapi pada masa yang sama menawarkan pelbagai peluang untuk berehat dan bersantai, bandaraya-bandaraya ini ada semuanya: makanan eksotik, teknologi terkini, tempat membeli-belah hebat, spa-spa menenangkan, dan gabungan senibina moden dan tradisional penuh inspirasi.

Agoda.com telah mendapatkan kadar-kadar yang sukar dijumpai di setiap destinasi – tempah satu sekarang untuk percutian urban anda yang akan datang! *Semua kadar untuk setiap malam. Kadar setiap malam berbeza bergantung kepada tarikh perjalanan dan ketersediaan.

Tokyo

Lihat: Tokyo Sky Tree, Makam Meiji, Harajuku, lintasan Shibuya

Beli: Harajuku untuk pakaian, Akihabara untuk barang elektronik murah, Ginza untuk jenama mewah, kedai-kedai 100 Yen untuk barang perhiasan murah.

Makan: Ramen makan berdiri, sushi Michelin tiga-bintang dan sashimi, (minum) sake panas

Akasaka Excel Hotel Tokyu RM 458

Narita Tobu Hotel Airport RM 284

Hotel JAL City Yotsuya Tokyo RM 360

Tokyo Dome Hotel RM 577

the b roppongi RM 397

Hearton Hotel Higashi Shinagawa RM 268

Hong Kong

Lihat: Victoria Harbor melalui Star Ferry cruise, tangga bergerak terpanjang di dunia, Victoria Peak menggunakan funikular.

Beli: Central di pulau Hong Kong untuk barang mewah, Mongkok untuk barang elektronik dan ‘Ladies’ Market’

Makan: Dim sum, bubur nasi

Regal Hong Kong Hotel RM751

Eaton Smart Hong Kong RM 461

The Mira Hotel RM 748

Cosmopolitan Hotel RM 479

Shenzhen

Lihat: Kampung Budaya Rakyat China, Window of the World, Pantai Dameisha

Beli: Jalan Pejalan Kaki Don Men, Bandar Komersial Luohu

Makan: Cuba pelbagai jenis hidangan serantau China di serata bandaraya: Kantonis, Hunan, Yunnan dll. Jangan lupakan snek tepi jalan.

Royal Suites and Towers RM 259

Shangri-La Hotel RM 519

Macau

Lihat: Bangunan-bangunan lama Portugis di Macau, Katedral Sao Paulo, Macau Tower

Beli: The Venetian Macau, Fisherman’s Wharf

Makan: Tart telur Portugis, makanan fusion Macau

Royal Hotel RM 342

Grand Waldo RM 103

Emperor Hotel RM 299

Pousada de Coloane Beach Hotel RM 305

Guangzhou

Lihat: Taman Yuexiu, Dewan Memorial Sun Yat-Sen, Gunung Baiyun, Sungai Pearl

Beli: Jalan Pejalan Kaki Beijing Lu, Jalan Pejalan Kaki Shangxiajiu

Makan: Makanan kantonis: Yum cha, barbeque, ayam putih potong

Rosedale Hotel and Suite RM 531

Hotel Landmark Canton RM 556

Guangdong Victory Hotel RM 537

Q - City Hotel RM 284



AS-AGWEB-3B06