atau

Agoda dalam Berita

agoda.com Tawaran Hebat Musim Panas Australia – Masa Terhad sahaja!

SINGAPURA (21 Disember, 2011)

Agoda.com, peneraju utama laman tempahan hotel global dan sebahagian daripada Kumpulan Priceline yang disenaraikan di Nasdaq (Nasdaq: PCLN), hari ini mengumumkan seleksi hebat tawaran istimewa hotel-hotel bagi musim panas di Australia melalui agoda.com.my.

Memberikan para pelancong dari hemisfera utara tempat untuk melarikan diri daripada bulan-bulan paling sejuk mereka, musim panas Australia adalah sesuatu yang perlu dialami oleh para penggemar cahaya matahari. Bukan sahaja cuaca ini sempurna untuk berenang dan berjalan-jalan, pelbagai jenis acara luar juga diadakan di seluruh negara.

Sydney begitu menyerlah di musim panas. Pelabuhan menjadi tumpuan utama yang menarik, kapal layar dan feri penumpang menyeberangi dua mercu tanda ikonik: Jambatan Harbour dan Opera House. Pantai Bondi dipenuhi orang ramai pada hujung minggu dan teluk-teluk terlindung kecil yang membarisi laluan air menyediakan tempat sesuai untuk kriket ‘backyard’, BBQ dan perkelahan.

Walaupun tidak selalu dianggap bandaraya ‘outdoor’, hari-hari musim panas di Melbourne tiada kurang hebatnya, dengan festival muzik, acara-acara sukan, pesta dan filem-filem yang dipentaskan di kawasan terbuka pada bulan-bulan yang lebih panas. Seperti biasa, Melbourne ialah destinasi utama bagi pencinta budaya, dengan dunia seni yang berkembang, bar dan café yang begitu banyak, dan restoran pelbagai pilihan. Pantai St.Kilda adalah pilihan utama di Melbourne bagi musim panas, dengan bersiar-siar sepanjang dermaga, tempat makan al fresco , dan melihat gelagat manusia merupakan antara aktiviti paling popular.

Untuk sesuatu lebih tropikal, Cairns di jauh ke utara Australia menyediakan akses pantas ke pulau-pulau indah yang terpencil, Great Barrier Reef dan Hutan Hujan Daintree yang luas. Cairns adalah pangkalan hebat bagi pelancong yang mahu mengalami kepelbagaian dan skop medan Australia, dengan pendakian, percutian pantai, lawatan ke pedalaman, menyelam dan belayar tersedia ada dari sini. Terjunan udara, berakit di jeram dan ‘hang gliding’ juga ditawarkan bagi penggemar aktiviti lasak, sementara membeli-belah, makan-makan dan berenang di lagun buatan manusia di bandar ini memberikan percutian yang lebih santai.

Untuk masa yang terhad sahaja, agoda.com.my menawarkan tawaran hotel musim panas istimewa di bandar-bandar menarik Australia ini. Untuk melawat Sydney, Melbourne atau Cairns dengan kos lebih rendah, para pelancong boleh menempah salah satu tawaran berikut bermula sekarang hingga 7 Januari, 2012.

agoda.com tawaran hotel

Sydney

Radisson Blu Hotel Sydney 5*
Kadar dari RM 665 setiap malam. Tempah sekurang-kurangnya 21 hari lebih awal dan jimat 25%. Sah untuk penginapan hingga 31 Mac, 2012.

Swissotel Sydney 5*
Kadar dari RM 681 setiap malam. Tempah sekurang-kurangnya 30 hari lebih awal dan jimat 20%. Sah untuk penginapan hingga 30 Jun, 2012.

Aarons Hotel 3*
Kadar dari RM 380 setiap malam. Tempah sekurang-kurangnya 30 hari lebih awal dan jimat 25%. Sah untuk penginapan hingga 30 April, 2012.

Manly Oceanside Accommodation 2.5*
Kadar dari RM 440 setiap malam. Menginap sekurang-kurangnya 2 malam dan jimat USD10. Sah untuk penginapan hingga 30 November, 2012.

Melbourne

Metro Apartments on Bank Place 4*
Kadar dari RM 367 setiap malam. Minimum penginapan 2 malam. Jimat 20%. Sah untuk penginapan hingga 20 April, 2012.

Medina Executive St Kilda Apartments 4.5*
Kadar dari RM 380 setiap malam. Minimum penginapan 5 malam. Jimat 20%. Sah untuk penginapan hingga 21 Jun, 2012.

**KADAR SAAT-AKHIR!**
Rendezvous Hotel Melbourne 4.5*
Kadar dari RM 421 setiap malam. Minimum penginapan 3 malam. Jimat 30%. Sah untuk penginapan hingga 30 Disember, 2011.

**KADAR SAAT-AKHIR!**
Stamford Plaza Melbourne 5*
Kadar dari RM 592 setiap malam. Mesti tempah sekurang-kurangnya 10 hari lebih awal. Sah untuk penginapan hingga 15 Januari, 2012

Cairns

Sebel Cairns Hotel 5*
Diskaun 25%! Kadar dari RM 491 setiap malam. Minimum penginapan 4 malam. Sah untuk penginapan hingga 31 Mac, 2013.

Bay Village Tropical Retreat 4*
Diskaun 30%! Kadar dari RM 323 setiap malam. Minimum penginapan 3 malam. Sah untuk penginapan hingga 31 Mei, 2012.

Rydges Esplanade Resort Apartments 4*
Diskaun 33%! Kadar dari RM 304 setiap malam. Minimum penginapan 3 malam. Sah untuk penginapan hingga 30 Jun, 2012.

Coral Tree Inn4*
Diskaun 20%! Kadar dari RM 225 setiap malam. Mesti tempah sekurang-kurangnya 8 hari lebih awal. Sah untuk penginapan hingga 30 Jun, 2012.


AS-AGWEB-3C05