Akaun Saya (daftar masuk)

Agoda dalam Berita

agoda.com Jualan Hebat Tahun Naga – potongan sehingga 56% bagi hotel-hotel di China

SINGAPURA (4 Januari, 2012)

Agoda.com, peneraju utama laman tempahan hotel global dan sebahagian daripada Kumpulan Priceline yang disenaraikan di Nasdaq (Nasdaq: PCLN), hari ini mengumumkan tawaran hotel istimewa di Beijing dan Shanghai bagi membantu para pelancong berjimat di Tahun Baru Cina ini.

Dikenali penduduk tempatan sebagai Festival Musim Bunga, Tahun Baru Cina adalah perayaan terbesar di China. Disambut tahun ini pada 23 Januari dan berakhir pada 6 Februari, ini adalah masa keluarga dan sahabat taulan berkumpul untuk menyambut tahun baru. Walaupun merupakan waktu yang mungkin sibuk dan mencabar untuk melawat China, ia adalah salah satu masa yang berbaloi dilawati dari segi kebudayaan, dengan menawarkan peluang untuk memerhati dan menyertai adat tempatan.

Sambutan Tahun Baru Cina dipenuhi dengan mitos dan simbolisma, digambarkan dalam banyak aspek perayaan ini, dari jenis hidangan yang dimakan hingga acara-acara yang berlangsung. Tarian singa dan mercun yang bising – dianggap membawa tuah dan menghindari kejahatan – adalah kebiasaan ketika Tahun Baru Cina. Hidangan istimewa seperti kuih diperbuat daripada pulut (nian gao), pangsit berbentuk bulan sabit (jiao zi), dan oren (ji) – semuanya dianggap bertuah untuk dimakan pada tahun baru dan kanak-kanak diberikan duit dalam sampul merah.

Pesta-pesta tokong adalah cara menyeronokkan bagi para pelawat untuk mengalami Tahun Baru Cina. Tokong Changdian berdekatan Balet Nasional menjadi tuan rumah pesta terbesar di Beijing, bermula tahun ini dari 3 hingga 21 Februari. Bermula sejak Dinasti Ming, pesta ini menarik perhatian pelawat dengan opera Peking, pasar seni tradisi, greai-gerai makanan, pertunjukan akrobatik, persembahan silap mata, dan persembahan-persembahan moden dan tradisional.

Di Shanghai, jalan raya meriah dengan warna merah tanglung-tanglung, simbol-simbol ‘Fu’ dari kertas, skrol dan mercun yang menghiasi rumah-rumah dan tempat awam di seluruh bandaraya.Pesta Tokong Longhua adalah cara yang bagus untuk pelancong antarabangsa menyertai sambutan, menawarkan gerai makanan, pasar-pasar dan persembahan tradisi untuk semua peringkat umur.

Tahun Baru Cina adalah perayaan utama di China dan pengangkutan awam di China mungkin agak sesak. Untuk membantu para pelancong menikmati percutian Tahun Baru Cina mereka sepenuhnya, agoda.com telah mendapatkan tawaran-tawaran hotel berikut di pusat bandar Beijing dan Shanghai – sah untuk masa terhad sahaja.

agoda.com tawaran hangat untuk Tahun Baru Cina 2012

Beijing

Howard Johnson Regal Court Hotel 5*
Kadar dari RM 167 setiap malam. Jimat 40%. Sah untuk penginapan bermula 15 hingga 31 Januari, 2012.

Radegast Lake View Hotel 5*
Kadar dari RM 215 setiap malam. Jimat 30%. Sah hingga 6 Februari, 2012.

Courtyard 7 Hotel 4*
**Potongan 50%!** Kadar dari RM 180 setiap malam. Tempah sebelum 31 Januari, 2012. Menginap sebelum 6 Februari, 2012.

Raffles Beijing Hotel 5*
Kadar dari RM 562 setiap malam. Jimat 44%. Sah hingga 31 Januari, 2012.

Intercontinental Financial Street Hotel 5*
**Potongan 50%!** Kadar dari RM 376 setiap malam. Tempah sebelum 31 Januari, 2012. Menginap di antara 15 hingga 31 Januari, 2012.

Regent Beijing 5*
**Potongan 50%!** Kadar dari RM 559 setiap malam. Minimum penginapan 3 malam. Sah sehingga 29 Februari, 2012.

Jade Garden Hotel 4*
**Potongan 50%!** Kadar dari RM 218 setiap malam. Sah hingga 29 Februari, 2012.

King Parkview Hotel 3*
**Potongan 50%!** Kadar dari RM 120 setiap malam. Tempah sebelum 31 Januari, 2012. Menginap sebelum 31 Disember, 2012.

Prime Hotel Beijing Wangfujing 5*
Kadar dari RM 303 setiap malam. Jimat 35%. Sah hingga 29 Februari, 2012.

Marco Polo Parkside Hotel 5*
**Potongan 50%!** Kadar dari RM 290 setiap malam. Tempah sebelum 31 Januari, 2012. Menginap sebelum 29 Februari, 2012.

Shanghai

Pullman Shanghai Skyway 5*
Kadar dari RM 338 setiap malam. Jimat 30%. Sah hingga 29 Februari, 2012.

Howard Johnson Plaza 5*
**Potongan 50%!** Kadar dari RM 347 setiap malam. Sah sehingga 29 Februari, 2012.

Pacific Hotel 4*
Kadar dari RM 151 setiap malam. Jimat 30%. Minimum penginapan 2 malam. Sah hingga 29 Februari, 2012.

Shanghai Imperial Palace Club 4*
Kadar dari RM 477 setiap malam. Minimum penginapan 2 malam. Sah hingga 29 Februari, 2012.

JIA 5*
**Potongan 50%!** Kadar dari RM 493 setiap malam. Sah sehingga 29 Februari, 2012.

Ramada Plaza Peace 4*
Kadar dari RM 151setiap malam. Jimat 40%. Sah hingga 29 Februari, 2012.

SSAW Central Star Hotel 4*
**Potongan 50%!** Kadar dari RM 94 setiap malam. Sah sehingga 29 Februari, 2012.

Pei Mansion 5*
**Potongan 56%!** Kadar dari RM 376 setiap malam. Minimum penginapan 2 malam . Sah sehingga 29 Februari, 2012.

Moller Villa 5*
**Potongan 50%!** Kadar dari RM 341 setiap malam. Minimum penginapan 2 malam . Sah sehingga 29 Februari, 2012.

Ocean Hotel 5*
**Potongan 50%!** Kadar dari RM 173 setiap malam. Sah sehingga 29 Februari, 2012.


AS-AGWEB-3C07