Akaun Saya (daftar masuk)

Agoda dalam Berita

agoda.com bekerjasama dengan Syarikat Penerbangan Kos Rendah Korea Selatan Jeju Air

SINGAPURA (2 Mei, 2012)

agoda.com, peneraju utama laman tempahan hotel global dan sebahagian daripada Kumpulan Priceline yang disenaraikan di Nasdaq (Nasdaq: PCLN), hari ini mengumumkan kerjasama dengan syarikat penerbangan Korea Selatan, Jeju Air.

Jeju Air merupakan syarikat penerbangan kos rendah utama terbesar di Korea Selatan, menjadikan perjalanan ke Pulau Jeju lebih mudah sejak pelancaran syarikat ini pada 2005. Bertapak di luar Pulau Jeju, syarikat penerbangan ini memberi perkhidmatan ke hab-hab di Hong Kong, Jepun, Filipina, Thailand, Vietnam dan China, menawarkan kemudahan dan penerbangan dengan harga berpatutan untuk para pengembara yang menuju ke beberapa destinasi di seluruh Korea Selatan.

Terima kasih kepada kerjasama ini, para pelanggan Jeju Air sekarang dapat menikmati diskaun sehingga 75 peratus di hotel-hotel Agoda.com seluruh dunia dengan membuat tempahan menerusi www.agoda.com/jejuairen. Agoda.com menyenaraikan lebih daripada 800 hartanah di seluruh Korea Selatan, termasuk tempat percutian utama di Pulau Jeju, dengan lebih daripada 34,000 ulasan hotel dari para pelanggan tentang rantau ini tersedia untuk membantu para pelancong membuat keputusan hotel mana paling sesuai untuk mereka.

Presiden Agoda.com Encik Robert Rosenstein memberikan komen berkenaan kerjasama ini: “Kami sangat bersukacita kerana dapat memberikan tawaran hotel serantau kami yang tiada tandingan kepada para pelanggan Jeju Air dan untuk bekerja dengan lebih rapat bersama mereka bagi menjadikan perjalanan di antara Korea dengan seluruh Asia lebih mudah dan berpatutan.”

Ketua Pengarah Operasi / Bahagian Komersial Jeju Air Encik BooYoung Um berkata: “Kami gembira untuk mengurangkan kos perjalanan ke Korea Selatan dengan menyediakan bukan hanya servis tempahan penerbangan dengan harga berpatutan kepada para pelanggan kami, tetapi juga menyediakan servis tempahan hotel berpatutan menerusi kerjasama dengan Agoda.com ini. Tambahan pula, memandangkan kedua-dua syarikat menyediakan servis dalam talian, kami harap dapat bekerjasama dengan lebih kerap di masa akan datang.”

Agoda.com menyenaraikan lebih daripada 170,000 hartanah di lebih daripada 22,000 bandar di seluruh dunia, menawarkan tawaran-tawaran yang dikemaskini setiap hari untuk para pelanggan dalam 37 bahasa berbeza. Bagi setiap tempahan yang dibuat, para pelanggan mendapat Mata Ganjaran yang boleh digunakan untuk mengurangkan harga tempahan akan datang atau disimpan untuk membayar keseluruhan penginapan.

Untuk maklumat lebih lanjut dan tawaran-tawaran terbaru, berhubung dengan Agoda.com menerusi facebook.com/agoda.



AS-AGWEB-3C05