atau

Agoda dalam Berita

agoda.com tawaran Las Vegas dari USD 80 setiap malam!

SINGAPURA (18 Januari, 2012)

agoda.com, peneraju utama laman tempahan hotel global dan sebahagian daripada Kumpulan Priceline yang disenaraikan di Nasdaq (Nasdaq: PCLN), hari ini mengumumkan beberapa tawaran hebat untuk masa terhad di hotel-hotel di Las Vegas.

Latar belakang neon terkenal untuk pengembaraan-pengembaraan yang tidak terkira banyaknya, Las Vegas menjanjikan pengalaman percutian yang tidak mungkin dilupakan. Digelar Ibu Negara Hiburan Dunia, Vegas menawarkan para pelawat acara hebat setiap malam dengan persembahan terkenal, muzikal kelas dunia, konsert, dan acara kelab.

Hotel-hotel yang menonjol di Las Vegas mempunyai tarikan mereka tersendiri. Venetian Resort & Casino dengan stail Renaissance dimodelkan seperti Venice, lengkap dengan terusan dan gondola. Ia juga menempatkan muzium lilin Madame Tussauds dan menganjurkan produksi ‘Phantom’ pada setiap malam.

Ceasar’s Palace merupakan satu lagi hotel lima-bintang, menawarkan ‘Garden of the Gods’ – lapan kolam renang meliputi kawasan seluas lima ekar. Celine Dion, Bette Midler, Elton John, Rod Stewart, Jerry Seinfeld dan penyanyi Taiwan Wakin Chau adalah antara bintang-bintang yang bakal membuat persembahan di sini pada 2012.

Kasino terbesar di Las Vegas (dan ketiga terbesar di dunia), MGM Grand menempatkan pusat konvensyen, arena acara, habitat singa, dan kasino terbesar di negara ini. Para pelawat boleh menyaksikan persembahan dari Cirque Du Soleil atau ahli silap mata David Copperfield, atau menyertai CSI: The Experience untuk menguji kemahiran menyelesaikan jenayah mereka.

Persembahan-persembahan lain di Las Vegas pada 2012 termasuk Garth Brooks di Wynn Las Vegas, ahli hipnotis Anthony Cools di Paris Hotel, dan kumpulan indie Foster the People yang bakal membuat persembahan secara langsung di hotel hip The Cosmopolitan.

Sebagai hab hiburan tanpa henti, Las Vegas juga merupakan destinasi terkenal untuk persidangan-persidangan, menganjurkan beratus-ratus ekspo dan pameran perdagangan setiap tahun. Acara-acara besar yang bakal berlangsung termasuk Pasar Musim Sejuk Las Vegas 2012, Ekspo Sukan Permotoran yang julung kali diadakan, Persidangan dan Pameran Perdagangan Kelab Malam & Bar, dan Seminar Penulisan Superstar.

Di luar segala persidangan dan acara-acara khas, terdapat banyak pengalaman klasik Las Vegas untuk memenuhi jadual perjalanan. Terdapat pertunjukan air pancut di luar Bellagio pada setiap malam, persembahan multimedia Freemont Street Experience dan letusan gunung berapi di Mirage, serta banyak peluang untuk perkahwinan spontan atau pembaharuan ikrar perkahwinan.

Para pelancong yang merancang perjalanan ke Las Vegas pada 2012 boleh mengambil kesempatan dari tawaran-tawaran hotel untuk masa terhad dari agoda.com ini, bermula serendah USD 80 setiap malam.

agoda.com Tawaran Hotel Las Vegas

MGM Grand Hotel and Casino 4*
Dari RM297 setiap malam. Nikmati diskaun 20%. Tempah sebelum 16 Februari, 2012. Menginap sebelum 6 September, 2012.

Aria Resort and Casino 5*
Dari RM435 setiap malam. Nikmati diskaun 20%. Tempah sebelum 16 Februari, 2012. Menginap sebelum 6 September, 2012.

Trump International Hotel Las Vegas 5*
Dari RM369 setiap malam. Minimum 2 malam penginapan. Jimat 15%. Sah sehingga 30 Mac, 2012.

Wynn Las Vegas Hotel 5*
Dari RM811 setiap malam. Minimum 2 malam penginapan. Jimat 25%. Mesti tempah sekurang-kurangnya 60 hari lebih awal. Sah sehingga 30 September, 2012.

Encore at Wynn Las Vegas Hotel 5*
Dari RM1030 setiap malam. Minimum 2 malam penginapan. Jimat 25%. Mesti tempah sekurang-kurangnya 60 hari lebih awal. Sah sehingga 30 September, 2012.

Venetian Resort Hotel Casino 5*
Dari RM545 setiap malam. Jimat 10%. Mesti tempah sekurang-kurangnya 60 hari lebih awal. Sah sehingga 30 Oktober, 2012.

The Cosmopolitan of Las Vegas 5*
Dari RM435 setiap malam. Jimat 20%. Minimum 2 malam penginapan. Mesti tempah sekurang-kurangnya 30 hari lebih awal. Tempah sebelum 31 Mac, 2012. Menginap sebelum 30 September, 2012.

Paris Las Vegas Hotel & Casino   4*
Dari RM250 setiap malam. Jimat 20%. Minimum 2 malam penginapan. Sah sehingga 30 September, 2012.

Caesars Palace Hotel 5*      
Dari RM423 setiap malam. Jimat 20%. Minimum 2 malam penginapan. Sah sehingga 30 September, 2012.


AS-AGWEB-3A04