atau

Agoda Dalam Berita

Agoda.com memulakan sambutan awal untuk Pasar-pasar Krismas Munich!

SINGAPURA (19 Oktober, 2011)

Agoda.com, peneraju utama laman tempahan hotel sedunia dan sebahagian daripada Kumpulan Priceline, sebuah syarikat yang disenaraikan di Nasdaq (Nasdaq: PCLN), hari ini menyiarkan kadar-kadar hotel di Munich bagi sepanjang tempoh Pasar-pasar Krismas yang terkenal menerusi agoda.com.my.

Diadakan setiap tahun bermula musim Advent hingga malam sebelum Krismas (24 November-24 Disember), pasar-pasar Krismas ini merupakan tarikan di beberapa bandaraya Eropah. Memenuhi dataran bandar bersejarah Munich, Marienplatz, dengan lampu kelip-kelip, hiasan-hiasan perayaan dan barisan-barisan gerai terbuka, pasar-pasar Krismas ini mewujudkan satu pemandangan indah musim salju di luar dewan bandaran.

Pasar-pasar Krismas ini berasal dari Eropah ketika Zaman Pertengahan, di mana pasar-pasar pertama dicatatkan pada kurun ke-14. Dipanggil Christkindlesmarkt di Jerman, tradisi berkurun yang menarik ini bermula di Munich sekitar 1642 ketika suasana asli memenuhi dataran dan ole-ole paling terkenal ialah ‘gingerbread’.

Hari ini, Christkindlesmarkt mempamerkan lebih daripada 150 gerai-gerai berhias mengelilingi pokok Krismas yang tinggi dan bercahaya. Setiap gerai dikendalikan oleh artisan berbeza yang menjual kraftangan tradisional seperti permainan kanak-kanak buatan tangan, ukiran kayu, barangan kristal, lilin dan hiasan pokok Krismas diperbuat daripada pewter. Makanan Bavaria yang enak, cuka epal manis dan wain berempah suam juga boleh didapati dengan mudah, tersedia untuk memanaskan badan para pembeli di malam musim salju yang dingin.

Tidak jauh dari Christkindlesmarkt berlangsung Festival Tollwood, di mana para pelancong boleh melalui satu pengalaman yang sangat berbeza di Munich. Festival Musim Sejuk Tollwood ialah satu acara mesra alam yang mendedahkan muzik antarabangsa, persembahan teater, ‘Pasar Idea-Idea’ yang menjual makanan organik, simposium saintifik dan sosial, program kanak-kanak, dan Parti Tahun Baru bersama ‘live band’, DJ-DJ, dan tarian waltz tengah malam tradisi. Festival Tollwood berlangsung dari 23 November hingga 31 Disember, 2011.

Bagi mendapatkan kadar terbaik untuk hotel-hotel di Munich, pelancong yang berhasrat melancong ketika menghampiri Krismas dan Tahun Baru perlu menempah bilik-bilik dengan segera. Agoda.com telah memilih hotel-hotel berikut di Munich – kadar sah sehingga 31 Disember, 2011.

Pasar-pasar Krismas Munich agoda.com

Maritim Hotel München  4*
Kadar bermula dari MYR 369 untuk satu malam. Istimewa ‘Early-bird’: tempahan mesti dibuat sekurang-kurangnya 14 hari lebih awal.

Regent Hotel  4*
Diskaun 15%! Kadar bermula dari MYR 279 untuk satu malam bagi bilik Standard. Minimum 3 malam penginapan.

NH Muenchen Deutscher Kaiser  4*  
Kadar bermula dari MYR 295 untuk satu malam bagi bilik Standard. Minimum 3 malam penginapan.

Eurostars Grand Central Hotel  4*
Diskaun 10%! Kadar bermula dari MYR 385 untuk satu malam. Tempahan mesti dibuat sekurang-kurangnya 5 hari lebih awal.

Hotel Monaco  2*
Diskaun 5%! Kadar bermula dari MYR 363 untuk satu malam.

Helvetia City Center Hotel  3*
Kadar bermula dari MYR 289 untuk satu malam.

Hotel Meier City Munchen  3*
Kadar bermula dari MYR 382 untuk satu malam..

Hotel Alfa City Centre  3*
Kadar bermula dari MYR 366 untuk satu malam.

Hotel Germania  3*
Kadar bermula dari MYR 282 untuk satu malam.

Citadines Munich Arnulfpark Hotel  3*
Kadar bermula dari MYR 372 untuk satu malam. .

Leonardo Hotel Munchen City Center  4*
Kadar bermula dari MYR 267 untuk satu malam.

Anna Hotel  4*
Kadar bermula dari MYR 693 untuk satu malam.


AS-AGWEB-3B07