atau

Agoda dalam Berita

agoda.com bekerjasama dengan NightsBridge pengurus saluran Afrika Selatan

SINGAPURA (14 Disember, 2011)

Agoda.com, peneraju utama laman tempahan hotel global dan sebahagian daripada Kumpulan Priceline yang disenaraikan di Nasdaq (Nasdaq: PCLN), hari ini mengumumkan kerjasama baru dengan pengurus saluran NightsBridge.

Dengan pejabat-pejabat di Afrika Selatan, Afrika Timur dan Namibia, NightsBridge ialah pengedar utama bilik-bilik untuk B&B, guesthouse-guesthouse, hotel-hotel butik dan lodge-lodge di Afrika. Dilancarkan pada 2005, syarikat ini menawarkan perisian pengurusan inventori kepada pemilik hartanah persendirian, membolehkan mereka meningkatkan pendedahan di web dan memaksimumkan hasil.

Terima kasih kepada kerjasama ini, hotelier-hotelier yang menggunakan NightsBridge boleh dihubungkan dengan mudah kepada agoda.com. Dengan laman tempatan dalam 37 bahasa berbeza dan jumlah pelanggan seramai lebih empat juta orang, hotel-hotel NightsBridge boleh menikmati pendedahan ke pasaran dunia. Kerjasama ini juga akan menghubungkan pelanggan-pelanggan agoda.com ke hartanah-hartanah butik premium di Afrika, menawarkan mereka promosi hebat, pengesahan segera untuk tempahan-tempahan dan Mata Ganjaran agoda.com.

Pengarah Hotel-hotel – Global di agoda.com, Encik Errol Cooke, berkata: “Kerjasama dengan NightsBridge ini merupakan peluang hebat kepada kedua-dua syarikat. Hartanah-hartanah NightsBridge akan menikmati peningkatan pendedahan melalui laman-laman bahasa tempatan kami, manakala pelanggan-pelanggan agoda.com yang menempah tawaran hebat di hartanah butik di Afrika Selatan boleh melakukannya dengan mudah dan selamat melalui jenama yang mereka percayai.”

Theresa Emerick, Pengarah Urusan NightsBridge, berkata: “Kami gembira untuk bekerjasama dengan agoda.com dan menantikan pendedahan kepada pasaran baru untuk klien-klien kami. Akses kepada pelancong-pelancong Asia merupakan berita baik kepada klien-klien kami di seluruh Afrika. Integrasi mudah di antara sistem NightsBridge dan agoda.com akan menjadikannya mudah kepada hotel-hotel kecil untuk berhubung, meningkatkan rangkaian produk yang tersedia dalam talian di destinasi-destinasi Afrika.”


AS-AGWEB-3C03