atau

Agoda dalam Berita

agoda.com mengumumkan tawaran Krismas yang sangat meriah untuk Rome

SINGAPURA (30 November, 2011)

Agoda.com, peneraju utama laman tempahan hotel global dan sebahagian daripada Kumpulan Priceline yang disenaraikan di Nasdaq (Nasdaq: PCLN), hari ini mengumumkan tawaran-tawaran istimewa Krismas untuk hotel-hotel di Rome melalui agoda.com.my.

Walaupun status Rome sebagai destinasi pilihan terkenal tidak disangkalkan lagi, para pelancong boleh mengalami acara unik untuk Bandaraya Kekal ini sepanjang waktu Krismas. Ketika suhu mula jatuh dan lampu-lampu mula berkelipan di jalan-jalan dan dataran, para Roman Katolik tidak sabar-sabar lagi menantikan acara terbesar tahunan: Mass Malam Krismas di Vatican.

Setiap tahun, Mass Tengah Malam diadakan di Gereja St. Peter, diketuai oleh Pope Benedict XVI. Para pelawat boleh menempah lebih awal tiket-tiket percuma untuk menghadiri mass di dalam gereja atau menyertai perhimpunan ribuan manusia di Dataran St. Peter. Mass Tengah Malam melibatkan khutbah Papal, bacaan doa, puji-pujian oleh Koir Vatican dan pembongkaran presepio – adegan hari kelahiran bersaiz sebenar yang direka semula setiap tahun.

Pembuatan presepio, atau crèche hari kelahiran, adalah tradisi Itali sejak sekian lama. Untuk menyambut adat Krismas ini, satu pameran tahunan – 100 Presepi – diadakan di Dewan Bramantes Santa Maria del Popolo. Presepi dari 25 negara berbeza dipamerkan di pameran ini setiap tahun, termasuk adegan-adegan yang dibuat di Thailand, Tanzania dan Brazil.

Mass Tengah Malam dan presepi cuma secebis daripada apa yang menjadikan Rome istimewa ketika Krismas. Para pelancong yang mahu menerokai aspek-aspek lain bandaraya ini, seperti sejarah, hidangan, atau membeli-belah, akan menemui keadaan yang sangat ideal untuk menerokai Rome dengan berjalan kaki.

Ketika Krismas, jumlah pelancong menurun dan kedai-kedai, restoran serta bas mengurangkan waktu servis, menjadikan jalan-jalan tenang dan sunyi. Para pelancong boleh berjalan-jalan di sekitar bandar dengan lebih santai dan menikmati petang yang dingin melalui dataran-dataran dipenuhi gerai-gerai hadiah berwarna-warni dan lampu-lampu hiasan. Siangnya disinari cahaya matahari, dan tarikan-tarikan seperti Air Pancut Trevi dan Kolosseum lebih mudah dinikmati tanpa perlu bersesak-sesak di tengah panas terik dengan pelancong-pelancong lain di musim panas.

Seperti biasa, Rome umpama peti harta karun kepada para pencinta seni. Galleria Borghese menyimpan koleksi purba skulptur-skulptur dan lukisan-lukisan Roman oleh para handalan, termasuk beberapa klasik Baroque oleh Caravaggio.  Gereja di Sant’Agostino abad ke 15, berdekatan Piazza Navona, juga berbaloi diterokai. Di dalamnya, para pelawat akan menemui lukisan dinding, termasuk ‘Nabi Yesaya’ oleh Raphael, serta beberapa hasilan Baroque, termasuk ‘Madonna di Loreto’ oleh Caravaggio.

Untuk menikmati Rome di musim perayaan ini, baik bagi muzium-muzium atau Mass Tengah Malam, agoda.com.my telah mendapatkan tawaran-tawaran yang sukar ditemui di Rome.

agoda.com tawaran istimewa hotel untuk Krismas di Rome

NH Leonardo Da Vinci 4*
Kadar dari RM 455 untuk satu malam. Minimum penginapan 3 malam. Jimat 16%

Visconti Palace Hotel 4*
Kadar dari RM 379 untuk satu malam. Minimum penginapan 3 malam.

Hotel Alessandrino 3*
Kadar dari RM 321 untuk satu malam. Mesti tempah sekurang-kurangnya 15 hari lebih awal. Jimat 15%

Hotel Dei Mellini 4*
Kadar dari RM 672 untuk satu malam. Minimum penginapan 2 malam. Jimat 10%

Beldes Hotel 3*
Kadar dari RM 408 untuk satu malam. Tiada pulangan wang. Jimat 18%

Hotel Cicerone 4*
Kadar dari RM 369untuk satu malam. Tiada pulangan wang. Jimat 10%

Hotel Isa 4*
Kadar dari RM 567 untuk satu malam. Minimum penginapan 3 malam. Jimat 5%

Orange Hotel 4*
Kadar dari RM 478 untuk satu malam. Minimum penginapan 3 malam. Jimat 20%

Waldorf Hotel 3*
Kadar dari RM 204 untuk satu malam. Minimum penginapan 3 malam. Jimat 10%

NH Giustiniano 4*
Kadar dari RM 494 untuk satu malam. Minimum penginapan 3 malam. Jimat 16%


AS-AGWEB-3B08