atau

Agoda dalam Berita

agoda.com menyiarkan kadar istimewa Musim Bunga Sakura!

SINGAPURA (21 Mac, 2012)

agoda.com, peneraju utama laman tempahan hotel global dan sebahagian daripada Kumpulan Priceline yang disenaraikan di Nasdaq (Nasdaq: PCLN), hari ini mengumumkan kadar-kadar istimewa untuk hotel-hotel Jepun tepat pada masanya bagi musim bunga sakura menerusi agoda.com.my.

Bunga sakura, adalah sesuatu yang tidak dapat dipisahkan dari budaya dan identiti Jepun. Dipuja dalam seluruh sejarah Jepun baik seni, puisi mahupun lagu, kelopak-kelopak halus lambang kebangsaan ini cuma muncul untuk seketika setiap tahun. Ketibaannya menukarkan dahan-dahan yang tidak berdaun pada musim sejuk menjadi rimbun bak awan, memberikan inspirasi untuk aktiviti yang dikenali sebagai hanami.

Hanami adalah amalan melihat pokok-pokok bunga sakura yang sedang kembang mekar – satu adat yang dipengaruhi oleh abad ke-3 China, di mana para bangsawan berkelah di bawah pokok-pokok plum blossom. Hari ini, parti-parti hanami diadakan di mana sahaja terdapat bunga sakura yang mekar untuk dihayati, dengan kumpulan-kumpulan sahabat, keluarga dan rakan sekerja berkumpul di bawah dedahan untuk berkongsi makanan dan mendengar muzik.

Hanami bermula di taman-taman di Tokyo ketika menghala ke penghujung bulan Mac, dengan sakura di wilayah paling utara Hokkaido adalah yang paling akhir kembang, bunga-bunga sakura muncul ketika pertengahan hingga ke hujung bulan Mei. Makanan terkenal ketika hanami termasuklah dumpling (dango) dan set kotak bento kerana mudah dibawa, manakala sake juga selalu dinikmati ketika parti di waktu malam.

Terdapat beberapa lokasi di seluruh Jepun yang merupakan tempat terbaik untuk melihat bunga sakura. Di Tokyo, Taman Ueno mempunyai lebih daripada seribu pokok sakura. Di Kyoto, tebing-tebing Sungai Kamogawa dibarisi sakura, dan di Osaka, orang ramai berkumpul di Istana Osaka di mana terdapat 4, 000 pokok bunga sakura berkembang mekar di seluruh taman.

Agoda.com mempunyai tawaran-tawaran musim bunga yang menakjubkan bagi para pelancong yang ingin melihat bunga sakura yang sedang mekar. Promosi-promosi yang disenaraikan di bawah adalah bagi hotel-hotel di kawasan hanami utama di Jepun – sesetengah tawaran hanya tersedia untuk beberapa minggu sahaja.

Tawaran-Tawaran Hotel Sakura Hebat Agoda.com!

Tokyo

Hotel Ryumeikan Tokyo 4* - diskaun 15%!
Dari RM 421 setiap malam. Mesti tempah dalam masa 7 hari dari tarikh daftar masuk. Sah sehingga 31 Ogos, 2012.

Shinjuku Washington Hotel 3* - diskaun 40%!
Dari RM 238 setiap malam. Minimum penginapan 4 malam. Sah sehingga 27 September, 2012.

Cerulean Tower Tokyu Hotel 5* - diskaun 20%!
Dari RM 861 setiap malam. Minimum penginapan 3 malam. Sah sehingga 31 Mei, 2012.

Narita Excel Hotel Tokyu 4* - diskaun 20%!
Dari RM 177 setiap malam. Tempah sebelum April, menginap sebelum 20 April, 2012.

Omori Tokyu Inn 2* - diskaun 30%!
Dari RM 293 setiap malam. Mesti tempah dalam masa 7 hari dari tarikh daftar masuk. Sah sehingga 31 Disember, 2012.

Hotel Monterey Ginza 3* - diskaun 30%!
Dari RM 430 setiap malam. Sah sehingga 27 September, 2012.

Hotel Monterey La Soeur Ginza 3* - diskaun 30%!
Dari RM 430 setiap malam. Sah sehingga 27 September, 2012.

Hotel Monterey Akasaka 3*- Bayar 2 Tinggal 3!
Dari RM 394 setiap malam. Minimum penginapan 3 malam. Sah sehingga 30 Mac, 2013.

Hotel Monterey Hanzomon 3.5* - diskaun 25%!
Dari RM 384 setiap malam. Minimum penginapan 3 malam. Sah sehingga 31 Mac, 2013.

Hotel Sun Members Tokyo Shinjuku 3* - diskaun 17%!
Dari RM 302 setiap malam. Minimum penginapan 4 malam. Sah sehingga 30 Disember, 2012.

Osaka

Hotel Granvia Osaka 4* - diskaun 20%!
Dari RM 415 setiap malam. Ahad dan Isnin sahaja, sah sehingga 31 Disember, 2012.

Swissotel Nankai Osaka Hotel 5*
Dari RM 552 setiap malam. Minimum penginapan 2 malam.

Hotel Monterey Grasmere Osaka 4* - diskaun 30%!
Dari RM 516 setiap malam. Minimum penginapan 3 malam. Sah sehingga 31 Disember, 2012.

Osaka Floral Inn Namba 3* - diskaun 10%!
Dari RM 259 setiap malam. Minimum penginapan 3 malam. Sah sehingga 31 Disember, 2012.

Best Western Hotel Kansai Airport 3* - diskaun 10%!
Dari RM 195 setiap malam. Mesti tempah sekurang-kurangnya 14 hari lebih awal. Sah sehingga 31 Disember, 2012.

Kyoto

Reiah Hotel Ohtsu Ishiyama 3* - diskaun 30%!
Dari RM 247 setiap malam. Mesti tempah sekurang-kurangnya 14 hari lebih awal. Sah sehingga 31 Disember, 2012.

Hotel Granvia Kyoto 5* - diskaun 20%!
Dari RM 546 setiap malam. Minimum penginapan 2 malam. Sah sehingga 31 Disember, 2012.

Kyoto Royal Hotel & Spa 4* - diskaun 15%!
Dari RM 299 setiap malam. Mesti tempah sekurang-kurangnya 14 hari lebih awal. Sah sehingga 31 Disember, 2012.

Hotel Hokke Club Kyoto 3* - diskaun 15%!
Dari RM 229 setiap malam. Sah sehingga 31 Disember, 2012.

Seikoro Ryokan 5* - diskaun 20%!
Dari RM 742 setiap malam. Sah sehingga 31 Disember, 2012.



AS-AGWEB-3A01