atau

Agoda dalam Berita

agoda.com menawarkan Pengalaman Mutlak Cape Town – bilik-bilik dari RM 55!

SINGAPURA (22 Februari, 2012)

agoda.com, peneraju utama laman tempahan hotel global dan sebahagian daripada Kumpulan Priceline yang disenaraikan di Nasdaq (Nasdaq: PCLN), hari ini mengumumkan beberapa tawaran bernilai hebat di bandar Cape Town di tepi laut yang indah.

Cape Town pantas menjadi salah satu destinasi pelancongan terhangat di dunia. Sejarah kebudayaan yang kaya dan pemandangan menarik menjadi pentas yang penuh kejutan kepada para pemburu percutian, dari tempat makan bergaya ke lawatan muzium ke sukan-sukan lasak.

Di sebalik V&A Waterfront yang mempesonakan dan bayangan Gunung Table yang megah, berikut adalah lima aktiviti penting untuk pengalaman Cape Town yang mutlak.

  • Jelajah wilayah wain
    Ladang-ladang anggur terpencil Cape Town menghasilkan antara beberapa jenis wain ‘New World’ yang paling menonjol. Ladang anggur tertua dan paling terkenal adalah di Stellenbosch, Constantia Valley dan Franschhoek Valley, di mana kotej-kotej kecil menyerlah di sebalik banjaran yang menggunung. Para pelawat boleh menjelajah melalui laluan wain sedia ada bermula dari Cape Town, atau terbalikkan pengalaman ini dan mulakan ekspedisi mereka dari rumah tumpangan di ladang anggur.

  • Lawatan Pulau Robben
    Lawatan berpemandu di pulau penjara terkenal ini menawarkan gambaran penuh kesedaran tentang sejarah politik Afrika Selatan, dengan sejarah menahan banduan-banduan selama lebih 400 tahun. Selain daripada kepentingan budaya, Pulau Robben juga secara ekologinya penting, dilindungi oleh UNESCO dan rumah kepada koloni-koloni anjing laut dan penguin-penguin Afrika.

  • Melihat pemandangan
    Signal Hill, Lion's Head dan dataran Gunung Table semuanya menawarkan pemandangan menakjubkan bagi Cape Town dan seolah merayu untuk didaki. Setiap satu mempunyai cerita tersendiri dan laluan mendaki ke puncak, dan Kereta Kabel Udara Gunung Table yang bersejarah menawarkan perjalanan lebih mudah ke puncak bagi yang tidak mahu mendaki.

  • Berehat di tepi pantai
    Cape Town mempunyai pantai-pantai yang menawarkan pelbagai persekitaran pantai berbeza. Terdapat pondok-pondok pantai dari kayu balak di St. James dan Muizenberg, di mana senario meluncur Cape Town dikatakan bermula, juga ada pantai Fish Hoek yang terkenal, di mana penduduk tempatan dan para pelancong datang untuk belayar, berenang dan memancing, dan terdapat lautan Atlantik yang cantik, dengan pemandangan matahari terbenam yang menawan.

  • Pergi ke safari
    Di mana sahaja di Afrika para pengunjung tahu bahawa mereka sangat dekat dengan haiwan-haiwan liar yang menarik. Para pengunjung Cape Town boleh mengalaminya sendiri di salah satu kawasan simpanan hidupan liar yang terletak cuma beberapa jam memandu dari pusat bandar. Selain melihat hidupan liar, kebanyakan kawasan simpanan juga mempunyai contoh-contoh seni batu purba di tengah-tengah kawasan pergunungan.

  • Untuk membantu para pengunjung menikmati pengalaman yang tidak dapat dilupakan di Cape Town, Agoda.com telah mendapatkan tawaran-tawaran berikut di seluruh ibu kota.

    Tawaran-tawaran hotel Cape Town Agoda.com

    Cape Town Lodge Hotel 4*
    Dari RM 443 setiap malam. Diskaun 25%. Minimum penginapan 4 malam. Tempah sebelum 31 Mac, 2012. Kadar tanpa pulangan wang.

    The Capetonian Hotel 4*
    Dari RM 178 setiap malam. Diskaun 75%. Sah sehingga Januari 2013.

    Radisson Blu Waterfront Cape Town 4*
    Dari RM 1,203 setiap malam. Diskaun 10%. Minimum penginapan 3 malam. Sah sehingga 24 Disember, 2012.

    The Commodore Hotel 4*
    Dari RM 769 setiap malam. Diskaun 10%. Sah sehingga 31 Disember, 2012.

    Adderley Hotel Cape Town 4*
    Dari RM 337 setiap malam. Diskaun 10%. Tempah sebelum 24 Ogos, 2012.

    African Pride 15 On Orange Hotel 5*
    Dari RM 715 setiap malam. Diskaun 30%. Minimum penginapan 5 malam. Sah sehingga 31 Disember, 2012.

    Protea Hotel Vineyards Estate 3*
    Dari RM 395 setiap malam. Diskaun 25%. Minimum penginapan 4 malam. Sah sehingga 30 Julai, 2012.

    27 Bellevue Street 2*   
    Dari RM 54 setiap malam. Diskaun 20%. Kadar tanpa pulangan wang. Sah sehingga 13 Julai, 2012.

    Fish Hoek Luxury Self-Catering Apartments 4*
    Dari RM 295 setiap malam. Kadar Saat Akhir: diskaun 40% -- mesti tempah sekurang-kurangnya 2 malam dalam tempoh 3 hari tarikh daftar masuk. Sah sehingga 9 Disember, 2012.

    Winchester Mansions 4*
    Dari RM 534 setiap malam. Bayar 3 malam, tinggal 4 malam – minimum penginapan 4 malam. Sah sehingga 25 September, 2012.


    AS-AGWEB-3B07