Kembali ke maklumat hotel

Hebat 8.2
berdasarkan 2790 ulasan

Komen terkini daripada pengunjung

Pilih Jenis Pengunjung
Hebat



daripada 2790 ulasan
  • Keadaan Hotel/Kebersihan 8.6
  • Kemudahan 7.4
  • Lokasi 8.6
  • Keselesaan/Standard Bilik 8.4
  • Layanan Kakitangan 8.2
  • Berbaloi dengan harga 8.0
  • Makanan/Tempat Makan 7.4

Zalma A. dari Malaysia
Keluarga dengan anak remaja
Menginap satu malam di Mac 2014
Penginapan yang menarik
Bilik yang kemas dan bersih serta pelbagai pilihan makanan yang lazat
Percutian yang menarik dan perkhidmatan hotel yang baik. Lobby hotel juga luas dan selesa untuk tetamu.
Diulas 02 April 2014

Omar A. dari Brunei Darussalam
Pasangan
Menginap 4 malam di Mac 2014
Hotel dan persekitaran yg selesa.
Lokasi yang baik, bersih dan selesa.
Kad kunci lift perlu di kemas-kinikan. Pekerja di Restaurant perlu mengambil perhatian mengenai makanan yg di hidangkan. Isteri saya semasa sarapan pagi termakan makanan yg basi (nasi goreng). Apabila di maklumkan, pertugas mengambil tindakkan cepat utk mengeluarkan makanan tersebut dari di hidang.
Diulas 31 Mac 2014

Jurina M. dari Malaysia
Pelancong bisnes
Menginap satu malam di Februari 2014
berbaloi
cantik, mewah, selesa
Diulas 22 Februari 2014

Md N. dari Malaysia
Keluarga dengan anak remaja
Menginap 2 malam di Disember 2013
percutian yang singkat
berdekatan dengan tempat tempat makan dan tempat pelancongan
saya tidak berpuas hati. tidak berpatutan dengan harganya. dengan seterika yang rosak dan apabila saya hendak mencari pen untuk menulis pen pun tidak ada. staff untuk bilik juga tidak refill barang barang seperti shampoo bath gel dan sebagainya memandangkan saya duduk di sana selama 2 malam. sangat mendukacitakan.
Diulas 13 Disember 2013

Mohd Z. dari Malaysia
Pasangan
Menginap satu malam di November 2013
Selesa
Keluasan bilik, permandangan cantik sekitar bandar, keluasan bilik air
Bilik selesa dengan saiz yang agak besar namun begitu masih banyak perkara yang perlu diberi perhatian terutamanya keadaan furniture yang kurang memuaskan kerana berkemungkinan selalu diguna pakai tanpa diselenggara, perkhidmatan kaunter perlu lebih pantas dan efisen serta bagi pengguna muslim perlu disediakan tikar sembahyang@sejadah.
Diulas 06 Disember 2013

Baharuddin B. dari Malaysia
Keluarga dengan anak remaja
Menginap satu malam di Ogos 2013
Very nice botel
Bilik hotel yg besar & selesa, bersih serta dekorasi bilik yg menarik
Sangat puas hati..bilik yg bersih serta selesa. Bilik air besar, katil yg selesa. Dekorasi dalam bilik sangat cantik. Pemandangan daripada bilik sangat menarik. Jika ke kuching lagi, akan tinggal di sini. Terima kasih kepada pekerja hotel yg sangat peramah.
Diulas 14 September 2013

Mohammad R. dari Malaysia
Kumpulan
Menginap satu malam di September 2013
Seronok bersama rakan
Kemas Luas Selesa
Bercuti ke kuching bersama rakan rakan memilih utk tinggal di Pullman Kuching. lokasi strategik terletak di tengah bandar kuching. agak kecewa diberi bilik ditingkat 15 sedangkan saya sudah meminta untuk bilik kamar di tingkat yg lebih tinggi. terpesona dengan kebesaran dan keluasan bilik. toiletnya nang superb sekali. aku suka. akan tetapi tv kualiti agak kurang. kemudahan selesa bagi saya. dari gym ke swimming pool semuanya ada.
Diulas 12 September 2013

Muhamad Y. dari Malaysia
Pelancong bisnes
Menginap satu malam di Ogos 2013
memuaskan
ruang legar yang besar, staf yang peramah, bilik yang baik
Tiada masalah serious, tetapi wifi internet sudah seharusnya boleh dicapai dari dalam bilik
Diulas 02 September 2013

BOON T. dari Malaysia
Keluarga dengan anak kecil
Menginap satu malam di Julai 2013
bilik besar dan selesa, harga berpatutan,
bilik selesa, petugas mesra, harga berpatutan
Amat puas hati dengan keadaan bilik dan sikap petugas yang mesra. Pasti akan menginap di sini lagi.
Diulas 01 Ogos 2013

saliza S. dari Malaysia
Pasangan
Menginap 2 malam di Julai 2013
selesa apabila menginap di hotel tersebut
selesa cantik menawan
Hotel ini sangat selesa dan mempunyai suasana yang indah pada waktu malam kerana bilik mengadap bandaraya. Hotel ini juga dekat dengan makanan laut yang boleh dinikmati pada waktu malam.
Diulas 18 Julai 2013