Sangat Bagus
Skor lokasi
Pengangkutan lapangan terbang
penyaman udara
pengemasan harian
bar
beranda/teres
Berbaloi dengan harga | 7.2 |
Jarak ke pusat bandar | 30. Km |
Rating lokasi | 7.1 |
Lapangan terbang terhampir | Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah (KUA) |
Jarak ke lapangan terbang | 12.4 km |
Daftar masuk adalah dari 03:00 PM. dan masa daftar keluar adalah sehingga 12:30 PM. Anda boleh memohon daftar masuk awal atau daftar keluar lewat semasa membuat tempahan, tertakluk kepada ketersediaan. Tetamu yang mendaftar masuk atau keluar sebelum atau selepas tempoh khusus boleh dikenakan bayaran tambahan. Meja depan sentiasa dibuka pada siang hari atau malam.
Arabian Bay Resort Bukit Gambang Resort City mudah diakses dari lapangan terbang. Malah, anda juga boleh menempah pemindahan lapangan terbang lebih awal dengan caj tambahan sebanyak 100 MYR. Gunakan ruang "Permintaan Khas" di halaman tempahan untuk memaklumkan resort anda ingin perkhidmatan pengangkutan, dan mereka akan menghubungi anda menerusi perkhidmatan mesej Agoda. Jika anda menginap di Arabian Bay Resort Bukit Gambang Resort City anda juga boleh bersiar-siar di kawasan sekitar hotel menerusi perkhidmatan shuttle yang disediakan resort. Untuk mereka yang membawa kereta sendiri, Arabian Bay Resort Bukit Gambang Resort City mempunyai tempat letak kereta berhampiran penginapan. Tempat letak kenderaan adalah percuma untuk tetamu.
Arabian Bay Resort Bukit Gambang Resort City membenarkan merokok di sesetengah kawasan dan bukan 100% larangan merokok.
Bagi para pelawat yang ingin menikmati sepenuhnya pengalaman di Kuantan, Arabian Bay Resort Bukit Gambang Resort City merupakan pilihan tepat. Keseronokan pusat bandar hanya sejauh 30. Km sahaja. Bagi anda yang ingin pergi agak jauh, Bukit Gambang Waterpark Resort, Taman Air Bukit Gambang, Sungai Pandan Waterfall merupakan beberapa daya tarikan untuk pelawat.
Di Arabian Bay Resort Bukit Gambang Resort City, perkhidmatan yang cemerlang dan kemudahan yang unggul menjadikan penginapan anda tidak dapat dilupakan. Untuk menamakan beberapa kemudahan di hotel ini, terdapat meja depan 24 jam, fasiliti tetamu kurang upaya, Wi-Fi di tempat awam, tempat letak kereta, pengangkutan lapangan terbang.
Semua penginapan bagi tetamu menawarkan kemudahan yang difikirkan dengan teliti bagi memastikan rasa selesa yang sukar ditandingi. Sepanjang hari anda boleh menikmati suasana yang santai dengan taman tema, taman air, pusat kecergasan, kolam renang terbuka, kolam renang (kanak-kanak). Arabian Bay Resort Bukit Gambang Resort City adalah destinasi sehenti anda bagi penginapan hotel berkualiti di Kuantan.
Kanak-kanak dan katil tambahan
Katil tambahan adalah bergantung kepada bilik yang anda pilih, sila periksa polisi bilik individu untuk maklumat lebih lanjut.
Semua kanak-kanak dialu-alukan.
Umur tetamu | Katil tambahan |
---|---|
Bayi dari 0 hingga 3 tahun [termasuk] | Menginap percuma jika menggunakan katil sedia ada. Katil tambahan boleh diminta terus dari penginapan. |
Kanak-kanak dari 4 hingga 12 tahun [termasuk] | Menginap percuma jika menggunakan katil sedia ada. Jika anda perlukan katil tambahan, caj tambahan akan dikenakan. |
Tetamu yang berumur 13 tahun dan ke atas dianggap sebagai orang dewasa. | Harus guna katil tambahan yang akan dikenakan caj tambahan. |
Lain-lain
![]() Arabian Bay Resort Bukit Gambang Resort City | ![]() | Berbaloi! ![]() | ![]() | |
Tempat Makan | Sarapan disediakan | Sarapan disediakan | Sarapan disediakan | Dapur |
Markah oleh tetamu | Sangat Bagus 2817 ulasan 7.0 Lokasi 7.1 | Baik 3094 ulasan 6.6 Lokasi 6.9 | Sangat Bagus 3667 ulasan 8.0 Lokasi 8.2 | Baik 7 ulasan 6.6 Lokasi 7.5 |
Kawasan | Gambang | Gambang | Beserah | Balok |
Tunjuk ulasan yang menunjukkan
Ok tempat menarik boleh ler santai bersama keluarga”
Layanan slow sedikit Wi-Fi lembab tingkatkan kualiti sedikit
Just nice . Harga berpatutan.”
Menarik. Antara yang terbaik di Gambang, Pahang
Sangat Bagus”
Harga walk-in lagi murah
Lokasi ok”
Staff x ok, housekeeping lembab
Percutian yang ringkas dan menarik”
Percutian tanpa di rancang, tempahan 1 jam sebelu check in.Dengan sistem Agoda yang pantas saya telah dapat bercuti dengan anak-anak dengan selesa di sini.Kami tidak memasuki taman tema kerana anak-anak sudah puas bermain dan mandi di kolam renang penginapan kami .Kolam yang bersih, selesa dan selamat. Satu masalah di sini iaah tempat pakir kereta yg berbukit untuk memunggah barang.
Bilik ok tapi mahal”
Oleh kerana kawasan yang sangat luas, perjalanan menjadi susah kerana terpaksa membawa kereta. Bilik sangat besar dengan balkoni tetapi tidak ada apa yang menarik. Channel TV juga tidak menarik. Kebetulan semasa di bilik tiada tuala. terpasa menunggu lama untuk mendapat tuala. Tak berbaloi bayar mahal.
Percutian Bajet Lengkap”
Hotel - harga agak berpatutan tetapi kurang dari segi kebersihan sbg contoh lantai berhabuk dan ada sisa rambut. Safari Park - sangat menarik terutama yg bawa anak kecil untuk alami dan merasai kehijauan hutan dan melihat hidupan liar Taman Air - permainan untuk keluarga banyak pilihan TETAPI kurang life guard di setiap kawasan kanak2. Glasier River contohnya amat berbahaya kerana kedalaman air yang agak dalam (1.5m) serta tiada life guard yg memantau. Selain itu tandas dan tempat persalinan amatlah kotor, memualkan dan berbau busuk. Kemudahan Makan - bagi kedua-dua tempat makan di Safari & Taman Air harga makanan terlalu mahal (contohnya Milo Cup RM4.80) dan tiada banyak pilihan. Premis makanan juga kurang bersih dan menarik. Keseluruhannya memuaskan tetapi pihak hotel perlu tambah baik fasiliti, tahap kebersihan serta kurangkan harga makanan yg melampau kepada pelanggan terutamanya yg menginap.
En Mohd, Terima di atas maklum balas anda. Kami akan ajukan kepada pihak pengurusan bagi menambahbaik kemudahan dan perkhidmatan kami.
Service ”
-Service front office & room service slow..Sila tambah staff bila hari public. X perlu beratur pjg. -Water park & swiming pool (apartment Arabian) kotor. Perlu tingkatkan kebersihan. -sepatutnye tube utk water park dah include skli dgn tiket. Bkn nye sewa n byr lain asing2
proses check-in agak lambat”
harga ok, lokasi dan kemudahan bagus. kaunter perkhidmatan pelanggan agak lambat proses untuk check in. Penjaga kaunter bahagian ambil access card agak tidak mesra pelanggan. Masa saya stay juga ada beberapa kali masalah tak boleh guna access card. Tapi staf bertindak cepat untuk buka pintu. Harap dapat perbaiki mana yang kurang supaya pelanggan lebih berpuas hati.
Sangat Hebat”
Terbaik...
Nice stay”
Harga berbaloi. Bilik luas & selesa cuma jauh sedikit dpd swimming pool.
Bilik bagus tapi layanan staff & sistem perlu dinaik taraf”
Bilik besar dan selesa. Tapi terpaksa beratur selama sejam lebih untuk check in. Staff asyik tinggalkan kaunter dan biarkan customer beratur lama. Pihak resort perlu mengambil serius tentang hal ini..sistem yang digunakan juga tidak efisin. Terpaksa beratur lama untuk membeli tiket reload walaupun tidak ramai orang. Tidak akan repeat stay jika pengurusan masih sama.
berbaloi”
friendly staff di semua department.. ms. hidayah di FO 👍 breakfast & dinner food was awesome bilik kemas dan bersih. byk aktiviti selain di waterpark dan safari.. waktu malam phk hotel ada sediakan tygn filem utk tontonan overall we are so happy to stay here
terbaik dan harga berpatutan”
staff yang peramah dan banyak mmebantu, makanan sedap n pelbagai, banyak aktiviti yang boleh dilakukan di BGRC.wild safari the best, dapat tgk binatang buas dari dekat...waterpark ok..maybe perlu sedikit penambahbaikan, secara keseluruhan: terbaik dan harga berpatutan.
kesimpulan”
sangat baik....cuma terpaksa tunggu 3 jam baru dapat masuk bilik masa check out kena bayar bil breakfast untuk kanak kanak pada hal telah dibayar masa tiba di kafe.....untuk confirm pembayaran telah dibuat terpaksa tunggu lagi setengah jam.
good dan sesuai untuk family aktiviti”
keseluruhan OK. Cuma 1) Please tambah staff during public/school holiday. Dah inform check in late, tapi kami sampai bilik masih belum ready. Bilik ready after 7.30pm 2) Buka kaunter ticket to Gambang water park/safari untuk yang menginap di resort. 4) 3g and Resort Wifi sangat slow
penginapan mesra keluarga”
resort yang menyediakan kemudahan serta aktiviti yang lengkap utk keluarga. terdapat, water park dan safari yang sesuai utk segenap peringkat umur. Mini fun fair untuk anak kecil dan aktiviti lasak untuk anak-anak remaja dan dewasa.
Percutian 3 hari 2 malam yang hebat untuk keluarga”
Destinasi amat sesuai untuk percutian keluarga. Tidak dijangka urusan daftar masuk begitu cepat sekali walaupun saya datang pada hari yang sebok iaitu hari sabtu. Analk-anak sangat gembira bermain pelbagai permainan yang disediakan kawasan Taman Tema Air. Walaupun orang agak ramai tetapi kami sekeluarga gembira dapat berada di Bukit Gambang Resort dan menikmati semua kemudahan yang ditawarkan. Sudah tentu ini bukan percutian kami yang pertama dan terakhir ke Bukit Gambang Resort.
Lokasi yang strategik dan menyamankan”
Ini kali kedua saya sekeluarga menginap di sini selepas pertama di Carribean. Cuma mungkin Arabian resort baru, kelengkapan di bilik amat kurang seperti tuala tidak mencukupi, cecair sabun juga kosong didalam bekasnya sehingga terpaksa panggil house keeping utk refill. Lain2 amat memuaskan.
hotel & lokasi menarik”
Sesuai lokasi percutiaan keluarga. Kemudahan hotel yang baru di bina. Bilik hotel amat bersih dan tilam yang empuk.Lokasi amat dekat dengan Bukit Gambang Water Park.Satu percutian bersama keluarga yang amat berbaloi.Bilik hotel juga amat besar.