Keadaan bilik selesa, tilam yang empuk, kemudahan mencukupi, dan lokasi yang strategik. Cuma receptionist (wanita) yang bertugas pada 16 Oktober 2019 (Rabu) jam 4.00 petang tidak mesra langsung. Sepatah ditanya sepatah dijawab dan tiada senyuman langsung pada kami. Kemudian bilik yang diberi pula adalah bilik kotor yang masih belum dikemas oleh Housekeeper. Terpaksa patah balik ke kaunter dan beliau boleh minta kami pilih bilik mana yang kami mahu. Sepatutnya dalam sistem Capsule Hotel boleh tahukan bilik mana yang dah bersih atau belum. Bukan bertanya pada kami, nombor bilik mana yang kami mahukan. Mohon jangan datang bekerja jika ada masalah peribadi/rumahtangga. Ia akan menjejaskan kualiti Capsule Hotel yang saya rasakan terbaik dari segi penginapan dan kemudahan. Sekian, terima kasih.