Tempah Sekarang: Century Helang Hotel

Sangat Bagus
Berdasarkan 3964 ulasanLihat ulasan tetamu
7.3
/
10

Reviews of Ulasan Century Helang Hotel from real guests

Rating keseluruhan
7.2
Sangat Bagus
Berdasarkan 4289 ulasan
Disediakan oleh pengunjung sahih dari
Ulasan Agoda (3964)Ulasan Booking.com (16)
Rating Agoda7.3
/
10
Sangat Bagus
Kebersihan7.2
Kemudahan6.1
Lokasi7.6
Kualiti dan keselesaan bilik7.5
Perkhidmatan7.4
Berbaloi dengan harga7.7
Markah
9+ Luar Biasa (409)
8-9 Cemerlang (687)
7-8 Sangat Bagus (1187)
6-7 Bagus (752)
<6 Kurang Memuaskan (879)
Waktu dalam tahun
Mac - Mei (861)
Jun - Ogo (980)
Sep - Nov (731)
Dis - Feb (1342)
Semua jenis pengunjung (3964)
Semua jenis bilik
Semua bahasa

Tunjuk ulasan yang menunjukkan 

Tunjuk 3914 komen dari tetamu sebenar
8.3
Hebat
MOHD dari Malaysia
Keluarga dengan anak kecil
Deluxe King
Menginap 3 malam di Disember 2015

CENTURY HELANG THE BEST”

BILIK YANG BESAR , BERSIH DAN SELESA

Sangat berbaloi menetap di hotel ini . Biliknya sangat besar ,selesa dan bersih dengan harga yang berpatutan. Selain dari itu, lokasinya juga sangat dekat dengan Lapangan Terbang . Saya pasti akan menetap lagi di sini pada masa akan datang

Diulas 17 Disember 2015
10.0
Sangat Hebat
NADIAILANI dari Malaysia
Kumpulan
Deluxe King
Menginap 3 malam di September 2015

BERPUAS HATI”

MAKANAN, TEMPAT TINGGAL STAFF

* Kami memnyewa bilik tanpa breakfast ttp diberikan breakfast percuma selama 3 hari, banyak variasi makanan,main dishes bertukar setiap hari. * Bilik yg besar, cantik dan selesa serta bersih, house keeping menjalankan tugas seperti biasa, cuma karpet diluar bilik terlalu usang dan perlu ditukar. * Staff ramah mesra.

Diulas 18 September 2015
8.7
Hebat
zool dari Malaysia
Keluarga dengan anak remaja
Deluxe Twin
Menginap 2 malam di Jun 2013

sangat berpuas hati”

lokasi , bilik selesa, parking banyak

lokasi one hotel helang langkawi hanya bersebelahan dengan lapangan terbang antarabangsa langkawi. hanya mengambil masa 5 minit berjalan kaki. urusan daftar masuk sangat mudah. bilik di sediakan mengikut permintaan iaitu berdekatan dengan lif. bilik sangat luas dan terdapat 2 katil queen. urusan keluar pun senang yang mana pihak hotel sangat perihatin dengan permintaan pelanggan.

Diulas 06 Julai 2013
8.0
Hebat
MOHD dari Malaysia
Keluarga dengan anak remaja
Deluxe Twin
Menginap 2 malam di Januari 2013

hotel menarik Dan perkhidmatan dengan senyuman”

bilik hotel yang luas

dengan layanan yang memuaskan dari pihak hotel dan suasana lobby hotel yang luas membuat kan percutian saya sungguh menarik. keadaan bilik hotel yang luas dan bersih juga menjadi faktor utama untuk saya kembali bercuti di hotel berkenaan kembali. tempat parking kereta juga banyak dan senang untuk dipilih. Lagi pun hotel tersebut berdekatan dengan pantai Dan tempat makan.

Diulas 29 Januari 2013
10.0
Sangat Hebat
MOHD dari Malaysia
Pasangan
Deluxe Twin
Menginap 2 malam di April 2012

Hotel menarik dan perkhidmatan dengan senyuman”

cantik

Hotel menarik dan perkhidmatan dengan senyuman Hotel menarik dan perkhidmatan dengan senyuman, Hotel menarik dan perkhidmatan dengan senyuman Hotel menarik dan perkhidmatan dengan senyumanHotel menarik dan perkhidmatan dengan senyumanHotel menarik dan perkhidmatan dengan senyuman

Diulas 22 September 2012
8.3
Hebat
JULIE dari Malaysia
Keluarga dengan anak remaja
Menginap 2 malam di Februari 2012

Harga yang menarik dengan bilik yang besar”

Bilik yang besar dan 2 katil queen

One Hotel Helang tempat yang tak dapat dilupakan kerana harga yang murah dan bilik yang disedikan sungguh besar dng 2 katil queen. Lokasi dekat dng airport dan senang untuk ke pantai cenang dan pekan Kuah. Good trip with wonderful moment.

Diulas 22 Jun 2012
8.0
Hebat
Lim dari Malaysia
Pasangan
Menginap 2 malam di Januari 2012

Hotel menarik dan lobbinya cantik.”

lobbi yang besar

Bilik hotel yang menarik, besar dan bersih. Lokasi yang berdekatan dengan lapangan terbang dan berdekatan dengan pantai-pantai yang menarik. Sarapan pagi yang cukup menarik dan puas dimakan. perkhidmatan yang mesra dan selesa. Hotel juga mempunyai kawasan parking yang cukup.

Diulas 18 Jun 2012
6.7
Baik
Mohammad dari Malaysia
Keluarga dengan anak kecil
Deluxe King
Menginap 2 malam di Disember 2015

Percutian yang amat mengembirakan”

1. Dekat dengan airport 2. Dekat dengan kawasan pelancongan 3. Pekerja yang ramah dan baik

Dari hari pertama segala urusan daftar masuk sungguh cekap dan mesra. Lift hanya satu sahaja yang beroperasi. Bilik yang disediakan sama seperti yang ditempah. Kekemasan didalam bilik boleh pertingkatkan lagi. Terdapat air bertakung di lantai bilik mandi. Kolam renang halus di selenggara dengan baik terdapaty daun dan ulat yang mati di dasar kolam. Terima kasih kami akan datang lagi dengan harapan hotel akan lebih baik di masa akan datang.

Diulas 03 Januari 2016
8.0
Hebat
Anuar dari Malaysia
Keluarga dengan anak remaja
Deluxe King
Menginap 3 malam di November 2015

Akan kembali lagi...”

1) Bilik yang luas, 2) Sajian sarapan yang enak dan pelbagai, 3) Staf yang sedia membantu dan peramah

Secara keseluruhannya, pengalaman yang menarik semasa menginap di hotel ini. Dengan kemudahan yang baik disamping layanan staf yang baik telah meninggalkan kenangan yang indah semasa kami menginap di hotel ini. Tahniah kepada pengurusan hotel yang berusaha ke arah kecemerlangan dalam perkhidmatan.

Diulas 30 November 2015
8.0
Hebat
soon dari Malaysia
Keluarga dengan anak remaja
Deluxe Twin
Menginap 2 malam di Jun 2014

good”

baik selesa cantik

hotel ini merupakan satu pilihan popular bagi para pelawat. Hotel ini terletak 1 Km dari pusat bandar dan menyediakan akses kepada kemudahan bandar yang penting. Syurga untuk berehat dan bersantai, hotel ini akan menawarkan pembaharuan penuh hanya beberapa langkah dari pelbagai daya tarikan bandar Kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh hotel ini memastikan penginapan yang menyenangkan bagi para tetamu. Untuk menamakan beberapa kemudahan di hotel ini, terdapat Wi-Fi percuma dalam semua bilik, meja penyambut tetamu 24-jam, perkhidmatan di bilik 24-jam, kemudahan bagi tetamu kurang upaya, simpanan bagasi.

Diulas 21 Mei 2015
7.7
Sangat Bagus
Redman dari Malaysia
Pengembara bisnes
Deluxe Twin
Menginap satu malam di Mei 2015

Sesuai untuk persinggahan”

Lokasi yg dekat dgn lapangan terbang, sarapan pagi pelbagai pilihan dan bilik yang luas.

Keseluruhannya adalah baik.. Pelanggan diberi pilihan untuk melanjutkan waktu check out dengan bayaran tambahan.. Ini adalah bagus kerana kebanyakkan pelanggan yang menginap di hotel ini mempunyai urusan berhampiran lapangan terbang..

Diulas 08 Mei 2015
8.7
Hebat
Maizah dari Malaysia
Keluarga dengan anak kecil
Menginap satu malam di Januari 2015

penginapan berdekatan lapangan terbang”

walaupun berdekatan airport, tiada bunyi bising dari.kapal.terbang

Makanan & kebersihan memuaskan, namun sebagai hotel bertaraf 4 bintang, seharusnya menyediakan penyambuy tetamu di pintu masuk & kemudahan bell boy membawa brg pengunjung ke bilik, untuk hotel bertaraf 4 bintang jugak, saya berharap penghawa dingin dinaik taraf kpd pnghwa dingin berkawaln jauh. Namun suasana sunyi dan senyap mmg menenangkan tidur malam di sana.

Diulas 21 Januari 2015
9.7
Sangat Hebat
DAUT dari Malaysia
Keluarga dengan anak remaja
Deluxe King
Menginap satu malam di Disember 2014

Terbaik”

Lokasi yang terdekat dengan airport, selamat dan selesa

Saya menghadapi masalah apabila tempahan saya pada malam kedua tidak dapat disahkan oleh pekerja di kaunter apabila saya gagal menghubugi pihak kaunter hote ( saya agak sibuk mencaari keanderaan dn mengatur perjaalanan kami sekeluarga dari awal pagi sampai kembali ke hotel sehingga terlupa menghubugi pihak kaunter hotel). Memang salah saya sebab tidak menghubungi pihak hotel ini. Saya cuma mengharapkan makluman saya pada malam pertama saya menginap di hotel saya berjumpa kaunter dan memberitahu pihak kaunter bahawa saya akan menginap pada malam berikutnya.Salah saya lagi, awal pagi saya check out dan meninggalkan barang kami sekeluarga di kaunter dan terlupa memberitahu utk mengesahkan tempahan saya ke bilik lain pada malam berikutnya itu.Apabila balik ke hotel pada jam 7.00 malam pihak kaunter memberitahu saya bahawa hotel sudah penuh dan mengatakan saya yang salah tidak menghubungi pihak kaunter untuk mengesahkan tempahan saya pada malam itu. saya dan keluarga terpaksa membawa barang2 keluar mencari tempat penginapan pada malam itu dalam keadaan hujan lebat tidak berhenti. Jam 10.00 mlm baharu kami mendapat bilik tumpangan penduduk kampong sekitar kawasan Beras Terbakar.Keesokannya kami sekeluarga berangkat balik dengan penerbangan dari langkawi ke Penang. Apa yg saya tertanya2, kenapa pihak kaunter tidak menghubungi nombor saya (sebab saya mengisi borang check in dgn memberi nombor handphone saya)untuk mendapat kepastian sama ada saya hendak menginap atau tidak pada malam hari tersebut. Persepsi saya pihak kaunter kurang prihatin dgn pelanggannya. walaupun saya tau mereka sibuk melayan pelanggan lain, tetapi saya juga adalah pelanggan mereka, bukan! Mungkin pengalaman saya ini juga adalah berguna untuk menilai sejauh mana keprihatian pihak hotel terhadap pelanggan mereka.Dan saya harap hal begini tidak berulang kpd pelanggan2 lain.

Diulas 04 Januari 2015
7.3
Sangat Bagus
NUR dari Malaysia
Pasangan
Menginap 3 malam di Disember 2014

toilet equipment.”

katil, bilik yg besar.

Bilik sangat besar & bersih.. Tetapi pancuran air kat toilet rosak & suhu x dpt dikawal panas / sejuk.. Perlu sentiasa check untuk kepuasa pengguna. Lain semua baik & sangat dekat ngan tempat di chenang..

Diulas 26 Disember 2014
4.7
nurul dari Malaysia
Pasangan
Menginap satu malam di September 2014

disspointed”

strategic

sangat bising,seringkali bilik diganggu dengan guess yang silap bilik disebabkan staff beri card room yang sama dengan bilik saya. saya order online guna agoda tetapi perlu tunggu hingga jam 4 baru boleh masuk bilik

Diulas 17 September 2014
9.0
Sangat Hebat
Nurul dari Malaysia
Kumpulan
Menginap 2 malam di Ogos 2014

Hotel yang paling cantik dan selesa”

Saya sukakan kebersihan pada hotel ini,keselesaan pada biliknya yang cantik dan besar. Toiletnya bersih dan besar.Saya terpikat dengan pemandangannya yang mengadap swimming pool.

Saya sangat2 berpuas hati sepanjang 3 hari 2 malam.Ia merupakan pengalaman yang cukup menyeronokkan dan paling manis sepanjang saya bermalam di hotel ini.Saya recommend orang ramai untuk bermalam dan memilih hotel ini.

Diulas 01 September 2014
9.0
Sangat Hebat
Suzieyana dari Malaysia
Keluarga dengan anak kecil
Deluxe Twin
Menginap 5 malam di Jun 2014

Selesa, mudah dan sangat berpuas hati”

Bilik yang luas dan selesa, kakitangan yang peramah dan cekap, suasana hotel yang damai

Kali ke ke-2 menginap di hotel ini. Meninap di hotel ini selama 5 malam sangat selesa, saya akan memilih untuk tinggal di hotel ini pada masa akan datang. pada bulan puasa ada Bazar Ramadhan betul-betul di seberang jalan hotel. hanya berjalan kaki ke sana. Waktu sahur, kakitangan hotel akan menghantar juadah sahur ke bilik.

Diulas 07 Julai 2014
8.0
Hebat
Mohd dari Malaysia
Pasangan
Menginap 2 malam di Jun 2014

Selesa dan aman”

selesa,sunyi,berhampiran airport

selesa,mudah ke airport,kereta sewa mudah didapati,berhampiran kedai makan ikan bakar di padang matsirat dan laksa ikan sekoq,keadaan hotel sunyi sesuai untuk berehat,wifi percuma di setiap bilik,cuma jauh sikit dari bandar.

Diulas 16 Jun 2014
9.7
Sangat Hebat
SALEHIN dari Malaysia
Keluarga dengan anak kecil
Deluxe King
Menginap 2 malam di Januari 2014

saya sangat berpuas hati”

bilik , kolam renang dan lokasi dari airport

secara keseluruhannya penginapan kami di hotel helang sangat selesa , dengan bilikyang besar , bersih , makanan yang lazat dan banyak pilihan .ditambah pula dengan servis yang sangat pantas dan mesra .saya akan memilih hotel helang untuk percutian akan datng di langkawi.

Diulas 27 Januari 2014
8.7
Hebat
MOHD dari Malaysia
Keluarga dengan anak remaja
Deluxe Twin
Menginap 3 malam di Disember 2013

hotel yg bagus ,berpatutan dan lokasi yg strategik”

bilik yg luas, kolam yg sesuai untuk kanak2

penginapan yang memberi pulangan wang, suasana selesa dengan bilik yang luas serta lokasi yg strategik untuk menjelajah keseluruhan pulau.walau bagaimana pun menu untuk sarapan pagi perlu dipelbagaikan lagi. sekian terima kasih

Diulas 17 Disember 2013
8.0
Hebat
Nizam dari Malaysia
Pasangan
Menginap 3 malam di November 2013

Sangat memuaskan!”

Selesa, Cantik, strategik.

Seronok dan amat selesa. Lokasi hotel yg mudah dicari walaupun pertama kali kami ke Langkawi. Krmudahan yang lengkap dan berada dalam keadaan yang baik (tidak usang). Sesuai untuk pelancongan keluarga dan pasangan apatah lagi untuk tujuan bisnes serta solo. Nilai wang yg sederhana menambah faktor kepada mengapa anda perlu menginap di sini.

Diulas 17 November 2013
9.3
Sangat Hebat
elmi
Keluarga dengan anak kecil
Deluxe Twin
Menginap 2 malam di November 2013

hotel yang hebat dan selesa..berbaloi dengan wang.”

kolam renang, katil yang selesa, sesuai untuk keluarga

menginap disini sangat berbaloi dengan harga yang dibayar. bilik luas dan sangat selesa. tempat letak kereta yang sesuai. layanan staf sangat mesra. cuma pilihan makanan untuk sarapan agak terhad. kolam renang sangat sesuai untuk sekeluarga. walaupun terletak disebelah lapangan terbang tetapi bilik dilengkapi cermin kalis bunyi.sebuah hotel yang superb walaupun agak jauh dari pekan kuah tapi dekat dengan pantai cenang.

Diulas 09 November 2013
6.7
Baik
Shamsul dari Malaysia
Keluarga dengan anak kecil
Deluxe Twin
Menginap 2 malam di September 2013

Sederhana tetapi memuaskan”

Servis Daftar Masuk / Keluar pantas, Lokasi berhampiran Lapangan Terbang dan Kolam Renang yang mesra kanak-kanak.

Keseluruhannya hanyalah sederhana. Keadaan bilik tidak begitu bagus. Katil yang berbunyi-bunyi. Televisyen mempunyai gambar yang tidak jelas dan berbintik-bintik. Keadaan bathtub agak menyedihkan. Walaubagaimanapun, kawasan keseluruhan hotel memuaskan. Lokasinya berdekatan lapangan terbang membuatkan ianya akan jadi pilihan orang ramai.

Diulas 23 September 2013
8.0
Hebat
Siti dari Malaysia
Pasangan
Menginap satu malam di Ogos 2013

tenang, nyaman dan sesuai untuk berehat”

Hotel yang bersih, sunyi dan tenang

Menginap di hotel One Hotel Helang menjadi satu keseronakan kepada saya kerana tempatnya jauh dari kesibukan. Walaupun bersebelahan dengan airport tetapi bilik yang kalis bunyi tidak menggangu ketenangan. Melihat kapalterbang turun naik dari tingkap adalah satu fonemena yang jarang kita lihat. Saya suka dan akan menginap lagi do hotel itu lagi jika ada kesempatan.

Diulas 03 September 2013
6.7
Baik
Mohd dari Malaysia
Keluarga dengan anak kecil
Menginap satu malam di Julai 2013

Santai dan Rilek serta Jimat untuk wang anda”

Bilik Besar, Dekat dgn Lapangan Terbang, Kurang Kesesakan Lalu Lintas

Penginapan yang selesa dan selamat, makanan yang sedang-sedang sahaja, senang access ke lapangan terbang, sup tulang/gear box sedap 2km dr hotel... berdekatan litar go kart mofaz... dekat dgn pantai cenang lebih kurang 7km, sesuai utk kami gunakan sebangai hotel transit sebelum ke hotel berikutnya.

Diulas 10 Julai 2013
9.0
Sangat Hebat
HARLINA dari Malaysia
Keluarga dengan anak kecil
Deluxe Twin
Menginap satu malam di Jun 2013

Bersih, besar dan cantik”

Bersih, besar dan cantik

Sangat berpuas hati dengan kebersihan bilik. Biliknya besar dan selesa. Sangat berbaloi dengan penginapan semalaman yang bernilai kurang dr rm150 per night. Kami bercuti bersama 4 org anak dan still rasa selesa kerana biliknya yang besar dan mempunyai 2 katil single yang besar. HIghly recommended!

Diulas 28 Jun 2013
9.3
Sangat Hebat
muhammad dari Malaysia
Pasangan
Menginap 2 malam di Mei 2013

amazing!!!”

Large, friendly staff, nice pool

bilik amat mengagumkan, cantik..lantai yang berbatu marmar, kurang carpet dan bagus supaya bilik tidak berhabuk. bathroom yang superb, ada bath tub...makanan average....apapun, sy akan datang semula jika ke LANGKAWI!!!!!!

Diulas 04 Jun 2013
9.0
Sangat Hebat
Muhammad dari Malaysia
Keluarga dengan anak kecil
Menginap 3 malam di Mei 2013

Mudah, Mesra & Selesa”

Berdekatan dengan Airport, Petugas yang mesra dan sangat membantu, Persekitaran yang tenang, bersih dan bilik yang luas.

Penginapan yang hebat. Petugas yang mesra dan sangat membantu. Persekitaran bersih dan menenangkan. Bilik yang luas dan sangat sesuai untuk keluarga. Bilik air yang bersih dan luas. Ruang rehat serta meja kerja yang tersusun. Pemandangan gunung dan pantai yang indah. Penyaman udara yang berfungsi dengan baik. Suasana tenang dan sunyi walaupun berdekatan airport. Menu sarapan yang baik tapi perlu ditingkatkan lagi. Lokasi yang menarik.

Diulas 02 Jun 2013
9.0
Sangat Hebat
Siti dari Malaysia
Pasangan
Menginap 2 malam di Mei 2013

Terbaik”

Bilik yang luas dan selesa, kemudahan yang disediakan lengkap dan suasana hotel yang menenagkan

Secara keseluruhannya, saya amat berpuas hati. Lokasi hotel yang mudah dicari. Layanan staf yang mesra. Setiap sudut untuk ke bilik disediakan tempat rehat iaitu sofa. Bilik yang sangat luas, selesa, katil yang empuk dan besar, bilik air yang besar (mempunyai tab mandi dan tempat mandi pancuran air yang berasingan) dan televisyen LCD. Kemudahan dalam bilik yang lengkap iaitu kemudahan untuk menggosok pakaian, peti sujuk, kemudahan membuat air di dalam bilik, ada sofa seater dan meja beserta kerusi untuk menulis/membaca. Suasana hotel yang sangat tenang dan relex. Memang terbaik.

Diulas 16 Mei 2013
9.0
Sangat Hebat
Khairulnizam dari Malaysia
Keluarga dengan anak kecil
Menginap 3 malam di Februari 2013

Big room and nice staff”

big room for rest

Penginapan yang selesa dihotel helang, bilik yang luas dan amat selesa. Sesuai seperti saya yang berkeluarga bersama anak-anak yang masih kecil. Hidangan yang disediakan sesuai bagi masyarakat malaysia. Staff yang bertugas juga memberi maklumbalas yang baik. Mungkin pada sesetengah keadaannya yang terlalu hampir dengan lapangan terbang agak mengganggu, tetapi bagi saya ianya bukanlah satu masalah yang besar memandangkan keadaan bilik yang disediakan bersih dan selesa bagi kami sekeluarga

Diulas 21 Februari 2013
10.0
Sangat Hebat
haffeez dari Malaysia
Keluarga dengan anak remaja
Menginap satu malam di Januari 2013

Hotel menarik dan perkhidmatan sangat memuaskan”

Bilik yang luas, dekat dengan Lapangan Terbang, makanan yang mempunyai banyak pilihan dan perkhidmatan pelanggan yang baik

Sangat memuaskan dengan mutu perkhidmatan yang berkualiti, pilihan makanan yang menarik bilik yang besar, sangat sesuai bagi family yang ramai. hotel ini juga tidak jauh untuk kita ke tempat-tempat menarik di Pulau Langkawi. Pasti saya akan menginap di hotel ini semula sekiranya berkesempatan ke Pulau Langkawi pada masa akan datang.

Diulas 23 Januari 2013
8.3
Hebat
HANIMAH dari Malaysia
Keluarga dengan anak kecil
Menginap 2 malam di Jun 2012

Percutian Bersama keluarga tercinta”

suasana bilik yang sangat selesa

asaya berasa sangat seronok datang ke pulau langkawi kerana terdapat banyak tempat-tempat yang menarik untuk dikunjungi. banyak tempat-tempat bersejarah, kawasan rekreasi dan pulau-pulau peranginan yang boleh dilawati. perkhidmatan yang ada di sini juga sangat memuaskan hati. sepanjang berada di sini, saya tidak mempunyai sebarang masalah. segala urusan dari mula sampai hingga balik semuanya berjalan lancar. harga barang-barang yang dijual di sini tidak mahal dan berpatutan. penginapan saya di one hotel helang juga tidak mengecewakan. bilik yang disediakan sangat luas dan selesa. harga pula sangat berpatutan. saya pasti akan menginap semula di hotel yang sama sekiranya datang ke langkawi. syabas one hotel helang.

Diulas 30 Julai 2012
10.0
Sangat Hebat
FARID dari Malaysia
Pengembara bisnes
Menginap satu malam di Julai 2012

Cuti yang menyeronokkan”

Bilik hotel yang lua dan selesa pada kadar harga yang berpatutan

saya berasa sangat seronok datang ke pulau langkawi kerana terdapat banyak tempat-tempat yang menarik untuk dikunjungi. banyak tempat-tempat bersejarah, kawasan rekreasi dan pulau-pulau peranginan yang boleh dilawati. perkhidmatan yang ada di sini juga sangat memuaskan hati. sepanjang berada di sini, saya tidak mempunyai sebarang masalah. segala urusan dari mula sampai hingga balik semuanya berjalan lancar. harga barang-barang yang dijual di sini tidak mahal dan berpatutan. penginapan saya di one hotel helang juga tidak mengecewakan. bilik yang disediakan sangat luas dan selesa. harga pula sangat berpatutan. saya pasti akan menginap semula di hotel yang sama sekiranya datang ke langkawi. syabas one hotel helang.

Diulas 18 Julai 2012
9.0
Sangat Hebat
Lisoffuan dari Malaysia
Pasangan
Menginap 2 malam di Mac 2012

Hotel yang tenang dengan pemandangan yang relaks”

Best features Of The hotel

Kali pertama menetap di hotel helang. Pada mulanya agak teragak agak untuk memilih hotel ini menjadi tempat penginapan kami memandangkan kedudukannya agak jauh dari bandar juga pantai. Namun setelah menetap di sana selama dua malam, ternyata dari segi suasananya amat menenang dan menenangkan. Ia ya tidak begitu jauh dari tempat lawatan. Sekolah olah ia berada di tengah tengah antara bandar, pantai dan tempat peranginan.

Diulas 06 Mei 2012
9.0
Sangat Hebat
Zalha dari Malaysia
Keluarga dengan anak kecil
Menginap 3 malam di April 2012

Bilik yang besar dan lokasi yang sangat strategik”

Berhadapan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi 5 minit berjalan kaki

Hotel One Helang yang kami duduki amat selesa sekali. Mempunyai bilik yang besar dan harga yang kami dapat melalui tempahan di Agoda.com adalah amat berbaloi dan sangat murah. 5 minit perjalanan dari Lapangan Terbang Antrabangsa Langkawi, adalah sesuatu yang mengujakan. Tak perlu pening mencari peta lokasi kedudukan hotel tersebut. Pergerakan dari hotel One Helang ke lokasi-lokasi lain yang menarik di Langkawi adalah amat mudah. Kami sekeluarga hanya berkesempatan untuk berserapan pagi sekali sahaja di Hotel tersebut. Variati makanan adalah biasa saja. Tiada menu yang istimewa. Ketika kami masuk ke Hotel tersebut, Keadaan hotel agak tidak tersusun kerana mereka sedang menjalankan kerja ubah suai. Namun pada keseluruhannya saya berpuashati dengan Hotel One Helang Langkasi

Diulas 03 Mei 2012
5.7
Ahmad dari Malaysia
Keluarga dengan anak kecil
Menginap satu malam di Mac 2012

Bilik yang besar”

saya menginap dihotel ini bersama isteri dan 4 orang anak saya yang masih kecil. apabila sampai kakitangan hotel memberi perkhidmatan yang bagus. Namun hotel ini buat masa ini sedang proses ubahsuai di bahagian lobby. Ia sangat tidak memberi keselesaan kepada saya sekeluarga. Tambahan pulak, hotel ini tidak mempunyai kedai serbanika dan malangnya juga saya tidak menyewa sebuah kereta. Saya terpaksa berjalan sejauh 500 meter ke kedai yang terdekat untuk membeli roti untuk anak saya. rasa menyesal tinggal dihotel ini.

Diulas 25 Mac 2012
9.3
Sangat Hebat
NORLIZA dari Malaysia
Keluarga dengan anak remaja
Menginap 2 malam di Mac 2012

selasa dan pekerja sangat peramah”

bilik yang selesa

kami sudah beberapa kali menginap di hotel one helang sebelum ini. hotel ini menjadi pilihan utama kami sekiranya kami ke langkawi. kami juga mencadangkan kepada rakan-rakan dan saudara untuk menetap di sana. tetapi semasa kami ke sana baru-baru ini, hotel ini dalam kerja-kerja baikpulih. kami tidak dapat menggunakan kemudahan yang ada. walaubagaimanapun, kami tetap berpuashati dengan layanan pekerja di sana.

Diulas 21 Mac 2012
4.3
Paisal dari Malaysia
Keluarga dengan anak kecil
Menginap 3 malam di Mac 2012

hotel yg menarik dgn bilik yang luas”

Lokasi yang stategik

Lokasi hotel yang strategik tetapi layanan staff yang tidak cekap dan juga kurang mesra. Kakitangan hotel didapati kurang pengalaman dan sentiasa buat silap. Makanan yang disediakan tidak banyak pilihan

Diulas 18 Mac 2012
8.7
Hebat
chin dari Malaysia
Keluarga dengan anak remaja
Menginap satu malam di Mac 2012

hotel bersih dan perkhidmatan dengan mesra”

kolam renang

Penginapan di hotel sangat menarik kerana bilik yang besar dan selesa. Di samping itu , layanan yang sungguh mesra diberikan.Apa yang lebih menarik ialah kolam renang cukup besar dan sesuai untuk berenang tetapi hotel ini masih dalam ubahsesuai dan keadaan adalah bising. Boleh kata penginapan di hotel ini sangat memuaskan dan di lain hari apabila semua kerja ubahsuai sudah siap,hotel ini pasti akan lebih menarik dan mendapat perhatian orang ramai.

Diulas 17 Mac 2012
9.3
Sangat Hebat
rasida dari Malaysia
Keluarga dengan anak kecil
Menginap 2 malam di Februari 2012

Hotel yang menarik ”

dekat dengan airport

Hotel ini berdekatan dengan airport langkawi..just 10 minit jer boleh sampai. bilik memang ok ..bilik air pun ok sangat. untuk breakfast pun ok cuma kene pelbagaikan menu lagi. dari segi keseluruhan hotel ini amat bagus untuk ditempah..

Diulas 07 Mac 2012
10.0
Sangat Hebat
Suzieyana dari Malaysia
Keluarga dengan anak remaja
Menginap 3 malam di Februari 2012

Hotel selesa dan kakitangan mesra dan amanah”

Hotel yang bersih, bilik hotel Luas, selesa, makanan di restauran sedap, kakitangan yang mesra

saya sangat berpuas hati menginap di hotel one helang langkawi. kami sekeluarga menginap 3 malam disana. bilik yang bersih, luas dan cantik. kakitangan disana sangat mesra dan peramah. makanan di restorannya juga not bad. chef najib juga telah memberi info mengenai tempat-tempat menarik yang boleh kami pergi dan tempat-tempat makan yang best di sekitar langkawi. dan perkara paling kami sekeluarga hargai dan tidak akan kami lupakan, kakitangan hotel yang amanah kerana telah memulangkan ipad kami yang tertinggal di bilik hotel sewaktu kami check-out dari hotel. pihak hotel telah courier ipad tersebut ke rumah kami di shah alam. kami sangat bernasib baik kerana menemui mereka yang amanah di hotel tersebut.

Diulas 05 Mac 2012
5.0
Shaiful dari Malaysia
Keluarga dengan anak remaja
Menginap 2 malam di Februari 2012

Lokasi menarik tetapi perkerja tidak amanah.”

Berdekatan lapangan terbang

kami sekeluarga menginap di one hotel helang dari 15/02/12 - 17/02/12. kami mendapati beberapa barangan kami seperti coklat telah di curi. dan kami sekeluarga mensyaki pihak yang dapat mengakses ke bilik kami bertanggungjawa. laporan di buat ke pihak hotel, pihak pengurusan hotel memberi jawapan dan mempersoalkan laporan di buat selepas hari ke 4 dari tarikh daftar keluar. siasatan mereka menunjukkan staf terbabit telah bertugas selama 5 tahun dan mempunyai rekod bersih. dan mereka tidak mempunyai bukti. saya kesal dan tidak mensyorkan hotel terbabit kepada orang ramai kerana kejadian kecurian boleh berlaku terhadap anda semua.

Diulas 21 Februari 2012
8.3
Hebat
AZIZEE dari Malaysia
Keluarga dengan anak remaja
Menginap 2 malam di Disember 2011

Hotel menarik dengan bilik yang luas dan selesa”

lokasi yang berhampiran dengan airport, pantai chenang dan mudah untuk akses ke tempat tarikan

memudahkan kepada saya untuk akses kemana mana tempat berbanding ke pekan kuah. Selain itu, keluasan bilik hotel yang boleh menempatkan bilangan anak2 yang ramai dengan harga yang berpatutan. Kedudukan yang strategik bagi memudahkan saya dan keluarga untuk datang ke langkawi menaniki kapal terbang

Diulas 28 Disember 2011
9.7
Sangat Hebat
Chin dari Malaysia
Keluarga dengan anak remaja
Menginap 2 malam di Disember 2011

Hotel Simple but Nice”

Sarapan pagi sangat sedap and banyak pilihan

-lokasi dekat airport, tetapi pergi kuah agak jauh. -bilik sangat besar, 2 katik besar and cantik. -perkihidmatan baik, keluarga saya sangat puas hati. -sarapan pagi banyak pilihan and sedap. --ve komen: kolam renang tutup selepas 7pm, tak ada free wifi.

Diulas 27 Disember 2011
5.7
SHAMSIAH dari Malaysia
Keluarga dengan anak remaja
Menginap 3 malam di Oktober 2011

lokasi baik tapi bilik perlu dibaiki”

berhampiran airpot

hotel bagus tetapi perlu diubah suai atau dibaiki kerana bilik sudah kelihatan agak kurang kemas dan bilik air ada kebocoran pada kepala paip sinki.parking kereta agak susah pada waktu malam kerana kekurangan lot parking.sarapan pagi biasa saja tetapi banyak.dekat dengan airpot tetapi agak jauh dari pekan kuah.

Diulas 24 November 2011
10.0
Sangat Hebat
SHAIFUL dari Malaysia
Pasangan
Menginap 3 malam di November 2011

hotel begitu menarik dan saya amat berpuas hati”

bilik yang begitu besar, fasiliti yg baik dan dekat dengan airport

saya amat berpuas hati dengan kemudahan hotel yang disediakan, bilik nye begitu luas, bersebalahan dengan airport, lokasi yg begitu strategik, makanan yang sedap, layanan ayang amat baik....tahniah....

Diulas 22 November 2011
8.0
Hebat
Mastura dari Malaysia
Keluarga dengan anak remaja
Menginap 3 malam di November 2011

Bilik besar dan selesa”

Bilik besar

One Hotel Helang menyediakan penginapan yg selesa dengan saiz bilik yang besar dan kemudahan bilik yang cukup. Menu sarapan tidak mengecewakan dengan menu yang berlainan setiap hari. Saya pasti akan memilih hotel ini lagi sekiranya saya berkunjung ke Langkawi lagi.

Diulas 15 November 2011
6.3
Baik
Rohana dari Malaysia
Pasangan
Menginap satu malam di November 2011

Hotel yg menarik dan lokasi yg strategik”

Bilik yg cantik

Saya telah memilih deluxe with breakfast. Keseluruhan agak berpuas hati dgn perkhidmatan hotel ini.xBilik yg selesa dan cantik. Cuma dari segi makanan yg disediakan (breakfast) diharap dpt mempelbagaikan lagi menu yg sesuai untuk semua peringkat umur.

Diulas 09 November 2011
9.3
Sangat Hebat
Norahsikin dari Malaysia
Kumpulan
Menginap 2 malam di Julai 2011

Hotel menarik dan perkhidmatan sangat bagus.”

hotel yang luas, tempat sangat strategi dan perhatian pekerja hotel yang begitu baik.

walau pun nama hotel nampak mcm klasik namun,Saya sangat berpuas hati dengan bilik yang luas, permandangan yg cantik dan pelayan hotel yang begitu ramah. saya memang amat sukakan kretiviti yang ada disekitar kawasan hotel. tak sabar nak bercuti kali ke 2.

Diulas 03 Ogos 2011
8.0
Hebat
Mohd dari Malaysia
Pasangan
Menginap 2 malam di Julai 2011

Bilik Hotel yg amat luas”

Bilik yg luas

Memuaskan, hotel mempunyai bilik yg luas, privacy walaupun berdkatan dgn airport. tiada dgr kapal terbang langsung semasa dalam bilik, berdekatan dgn pekan cenang, pantaikok, beras terbakar, kawasan makan malam dekat (area padang matsirat), pendekata amatmemuaskan laerrr....thanks agoda

Diulas 29 Julai 2011
7.0
Sangat Bagus
Aida dari Malaysia
Keluarga dengan anak remaja
Menginap 2 malam di Julai 2011

Lokasi yang menarik dengan bilik yang luas”

Bilik yang luas, hanya berjalan kaki ke hotel.

Secara keseluruhan hotel ni bagus untuk penginapan sekeluarga. Biliknya luas dan selesa. Lokasinya yang berdekatan dengan lapangan terbang memudahkan kami sekeluarga yang tiba pada malam hari sampai ke hotel dalam masa yang singkat. Pilihan makanan mungkin perlu ditingkatkan. Namun anda mempunyai pilihan untuk ke kedai-kedai makan disekitar hotel dengan mudah.

Diulas 14 Julai 2011
8.7
Hebat
Baharudin dari Malaysia
Keluarga dengan anak kecil
Menginap 2 malam di Disember 2010

Lokasi yang strategik”

Bilik hotel yang luas dengan berbagai fasiliti

Penginapan kami di hotel ini semasa bercuti di Langkawi sangat menyeronokan. Anak-anak saya amat gemarkan kolam renang yang luas di samping bilik rekreasi serta berbagai kemudahan lain di hotel ini. keddukan hotel yang berdekatan dengan pekan amat memudahkan kami sekeluarga untuk mengunjungi tempat menjamu selera. Kedudukan yang berhampiran dengan airport amat memudahkan pergerakan kami sekeluarga juga untuk membeli belah. Makanan hotel yang sederhana amat menyelerakan. Kami juga berkesempatan mengunjungi tempat-tempat menarik di sekitar pulau kerana kedudukan hotel yang berada ditengah pulau. Perjalanan untuk membeli belah di pekan Kuah juga tidak terlalu jauh.

Diulas 27 Mac 2011
8.7
Hebat
Abdullah dari Malaysia
Pasangan
Menginap 2 malam di Mac 2011

Hotel Lambang Megah Sang Helang”

Bilik luas,sarapan yang berjenis,kolam renang & perkhidmatan bilik yang bagus

Hotel yang paling hampir dengan lapangan terbang & mudah untuk diduduki,bilik yang luas & saluran TV yang sesuai.Cuma jika perlu,harap dapat disediakan Wi-Fi percuma kerana majoriti hotel bertaraf 4 bintang yang saya duduiki,telah ada wi-fi percuma dalam bilik.

Diulas 14 Mac 2011
9.3
Sangat Hebat
SITI dari Malaysia
Keluarga dengan anak remaja
Menginap 2 malam di Mac 2010

Hotel Helang, destinasi terbaik penginapan anda”

Harga yang berpatutan,Bilik yg luas, selesa dan bersih
Kolam kanak-kanak tidak diselenggara dengan baik. Air kolam keruh.

Percutian ke langkawi pada kali ke-2 ini sangat bermakna dan menyeronokkan kerana pilihan hotel yang dibuat pada ketika itu sangat memenuhi citarasa kami sekeluarga.Dengan harga yang murah dan kaedah tempahan secara online memudahkan persiapan dibuat lebih awal. Keadaan hotel juga amat selesa.Biliknya yang besar dan kemudahan yang disediakan di dalam bilik adalah sangat memuaskan hati. Kedudukan hotel iaitu di Padang MatSirat dan bersebelahan dangan Airport memudahkan sesiapa yang datang menggunakan kapalterbang. Apa yang lebih menyeronokkan, terdapat byk pilihan tempat makan. Harga yang berpatutan, dengan rombongan kami seramai 9 org, memang berbaloi. Pantai yang berdekatan ialah Pantai Tengan dan Pantai Cenang. Tapi kami tidak mandi di pantai kerana keadaan cuaca yang sangat panas dan air laut yang surut, menyebabkan kami hanya mandi di kolam hotel. Sekiranya hendak ke Langkawi, pilihlah Hotel Helang kerana harganya berpatutan dan amat selesa.

Diulas 08 April 2010
8.0
Hebat
Fazliza dari Malaysia
Pasangan
Menginap 2 malam di Februari 2010

Helang Hotel”

hotel diantara pekan langkawi dan ke pantai cenang
banyak kan lagi kawasan parking kereta, customer service perlu melayan pelanggan dengan senyuman dan tutur cara yang boleh menambat hati pelancong.

berpuas hati dengan kawasan hotel, bilik juga memuaskan hati saya dan suami.sarapan pagi juga amat memauskan.kalau boleh cuba dapatkan bilik yang menghadap swimming pool untuk ahli yang mendaftar dan booking secara online.Harga yang ditawarkan cukup memuaskan berbanding dengan travel agent yang lain.purata keseluruhan saya amat berpuas hati menginap di hotel helang yang kerana ini adalah pakej bulan madu yang kedua untuk saya dan suami.

Diulas 23 Februari 2010
9.3
Sangat Hebat
Rozita dari Malaysia
Pasangan
Menginap 2 malam di Februari 2010

Selesa Pada Harga Berpatutan”

Bilik yang selesa, ruang lobi yang ringkas tapi selesa dan kolam renang yang cantik di kelilingi susunatur taman yang cantik
Ruang katalog dan kerusi meja untuk tujuan membaca dan mencari informasi pelancungan perlu diberi perhatian kerana terbiar dan mencacatkan keindahan hotel.

Secara keseluruhannya saya amat berpuashati dengan hotel ini yang ada semua kemudahan asas dengan ruang bilik yang selesa, keadaan kolam renang yang ringkas tapi indah. Tempahan secara online juga amat praktikal bagi keluarga saya yang pada dasarnya selesa membuat tempahan sendiri daripada melalui mana-mana agen. Saya sudah pun merancang akan menginap di sini setiap kali melawat Langkawi dan bercadang membawa keluarga serta mencadangkan ia kepada rakan-rakan. Lokasi yang strategi dengan lapangan terbang, kedudukan di tengah-tengah antara pantai, lokasi-2 lawatan dan pekan kuah amat praktikal. Berehat di sini amat menenangkan selepas beriadah di lokasi-lokasi lain di Langkawi. Benar-benar selesa, dan semuga hotel ini dapat menawan hati pelancung dari luar negara juga. Tingkatkan perkhidmatan hotel ini dan saya pasti akan menjadi pelanggan tetap di masa akan datang.

Diulas 20 Februari 2010
8.7
Hebat
nor dari Malaysia
Keluarga dengan anak kecil
Menginap 3 malam di Disember 2009

kakitangan yang mesra”

meskipun bersebelahan airport namun rehat anda tidak akan terganggu.sepanjang 3 malam saya disana tidak sekalipun rehat saya diganggu oleh bunyi engin kapal terbang.very peacefull
no

4h 3m percutian yg memuaskan.layanan staff yg mesra,tidak lokek dgn senyuman dan suasana hotel yang tenang dapat release tension.makanan also quite good.yg plg penting saya x rasa saya tinggal bersebelahan aioport.next time i will come again..hotel helang..

Diulas 18 Februari 2010
8.0
Hebat
Ahmad dari Malaysia
Keluarga dengan anak remaja
Menginap 3 malam di Disember 2009

bercuti yang meyegarkan”

Katil yang memuaskan dan susunan yang baik.Kemas dan bersih.
1).Keadaan lantai bilik air yang kurang memuaskan,air bertakung dilantai dlm bilik air. 2).Penerimaan siaran TV (percuma) spt TV8,TV9 dan TV7 tiada.

Saya mengucapkan terima kaseh segala percutian saya dalam keadaan memuaskan kehendak saya,walaupun ada berapa perkara yang minor tetapi segala berjalan lancar,keadaan persekitaran pun juga memuaskan.Yang paling disukai tiada kebisingan derungan kapalterbang.Untuk itu jika ada rakan-rakan yang ingin bercuti dilangkawi saya akan syorkan hotel ini.Segala kemudahan yang disediakan dalam keadaan baik.Bagi saya merasakan berpuas hati menginap dihotel ini,mungkin dimasa-masa mendatang akan cuba mendapat hotel ini.

Diulas 21 Disember 2009
9.3
Sangat Hebat
AIZAT dari Malaysia
Pasangan
Menginap 2 malam di November 2009

Memuaskan”

Lokasinya yang strategik iaitu hampir di tengah2 langkawi dan di tepi airport memudahkan pengguna untuk pergi ke destinasi yang lain.
Rancangan TV perlu ditambah untuk menambahkan lagi tarikan minat pengguna.

Hotel Helang memang bagus kerana lokasinya di tepi lapangan terbang dan juga ditengah2 lokasi untuk ke destinasi2 yang lain di Pulau Langkawi. Keadaan bilik juga besar dan berpatutan dengan harga yang dibayar.

Diulas 30 November 2009
8.0
Hebat
Rosli dari Malaysia
Pasangan
Deluxe King
Menginap satu malam di Mei 2017

Selesa untuk didiami”

Bilik sangat luas dan bersih. Sarapan juga memuaskan. Lokasi agak jauh dari pantai dan pekan kuah tetapi tiada masalah kalau ada kereta.

Diulas 12 Mei 2017
8.8
Hebat
azzarul dari Malaysia
Keluarga dengan anak kecil
Deluxe King
Menginap satu malam di Mei 2016

lift rosak”

jalan jauh dr bilik

Diulas 03 Mac 2017
10.0
Sangat Hebat
mohd dari Malaysia
Pengembara bisnes
Menginap 2 malam di Disember 2015

memang terbaik”

selesa, bersih dan strategik

terbaik

Diulas 05 Januari 2016
8.7
Hebat
siti dari Malaysia
Keluarga dengan anak kecil
Deluxe Twin
Menginap satu malam di November 2015

hotel ini selesa tetapi jauh drpd tempt pengunjung”

bersih.. bilik besar dan selesa.. layanan yg ok

everything ok tapi makanan utk brfst sgt2 kurang... tingkat kan prestasi n bnyk kan menu yg menarik

Diulas 23 November 2015
9.3
Sangat Hebat
Mohd dari Malaysia
Pasangan
Menginap satu malam di Julai 2015

Penginapan yang selesa dan luas”

bilik yang luas, bilik air baik serta kedudukan hotel sebelah airport

Saya berpuashati dengan penginapan saya di one hotel helang

Diulas 25 Julai 2015
8.0
Hebat
Muhammad dari Malaysia
Keluarga dengan anak kecil
Menginap satu malam di Februari 2015

sesuai dgn bintang”

Bilik Lokasi
Diulas 21 Februari 2015
10.0
Sangat Hebat
mariani dari Malaysia
Kumpulan
Menginap satu malam di Disember 2014

comment”

selesa, luas & loakasi yang baik
Diulas 24 Disember 2014
9.0
Sangat Hebat
Shah dari Malaysia
Pengembara bisnes
Menginap satu malam di September 2014

Hotel yang berdekatan dgn Airport”

Bersesuaian, Terbaik, Selesa

Bersesuaian, Terbaik, Selesa. Ruang bilik yang besar & selesa

Diulas 13 Disember 2014
8.7
Hebat
Shah dari Malaysia
Pengembara bisnes
Menginap satu malam di September 2014

Hotel yang terdekat dgn airport”

Bersesuaian, Terbaik, Selesa

Bersesuaian, Terbaik, Selesa. Ruang bilik yang besar & cantik

Diulas 13 Disember 2014
8.0
Hebat
Nurain dari Malaysia
Keluarga dengan anak remaja
Deluxe King
Menginap satu malam di Oktober 2014

Hotel yg selesa”

1- dekat dengan airport, 2- bilik yg luas , 3- swimming pool yg bersih

baik

Diulas 27 Oktober 2014
8.0
Hebat
Nur dari Malaysia
Keluarga dengan anak kecil
Menginap 2 malam di September 2014

bilik besar dan selesa”

berdekatan airport, pool besar

Mudah bg yg menaiki kapal terbang.

Diulas 17 Oktober 2014