Sangat Bagus 7.8
berdasarkan 1048 ulasan

Komen terkini daripada pengunjung

Pilih Jenis Pengunjung
Sangat Bagus



daripada 1048 ulasan
  • Kebersihan 8.3
  • Kemudahan 7.8
  • Lokasi 8.1
  • Keselesaan/Standard Bilik 8.4
  • Layanan Kakitangan 8.0
  • Berbaloi dengan harga 7.9
  • Makanan/Tempat Makan 5.7
Saring ikut

SITI dari Malaysia
Keluarga dengan anak remaja
Studio Pemier
Menginap 2 malam di Ogos 2014
Akan datang lagi
Bertaraf lima bintang
Ini adalah kunjungan kedua kali saya di hotel ini.sangat puas hati.hotel yang selesa,bersih,kemudahan bilik sangat memuaskan.kawasan hotel berdepan dengan shopping centre,manakala tingkat bawah ada supermaket.dalam kebanyakkan negeri dalam malaysia inilah satu satunya hotel yang yang pernah saya lihat lain dari yang lain.dalam bilik siap ada tempat masak,pingan mangkok,sudu,cawan,periok semuanya ada.harga yang berpatutan.check in dan check out yang cepat.pertugas yang mesra.saya akan datang lagi...
Diulas 09 Ogos 2014

Kamarul dari Malaysia
Pengembara bisnes
Premier 1 Bilik Tidur
Menginap 2 malam di Jun 2014
keselesaan maksimum
senyap, bersih dan mewah
keadaan persekitaran yang sangat baik dan memuaskan. dekor biliknya moden dan sangat bersih. mempunyai kemudahan seperti gymnasium, kolam renang dan dobi layan diri (walaupun agak mahal & perlu berjalan ke merata tempat sebelum mengetahui bahawa urusan adalah di kaunter penyambut tetamu). keadaan berkongsi bangunan dengan kompleks membeli belah yang belum dibuka sepenuhnya sedikit sebanyak mengganggu pemandangan.
Diulas 18 Julai 2014

SITI dari Malaysia
Keluarga dengan anak remaja
Studio Pemier
Menginap 3 malam di Julai 2014
saya sangat puas hati,bilik yang bersih.
Inilah pertama kali menginap satu satunya hotel di malaysia yang punyai peti sejuk yang besar.sungguh menakjubkan.
Tidak ada masalah semasa menginap di sini.saya amat terperanjat melihat kecantikan dalaman hotel ini yang setaraf 6 bintang.murah dan sangat berbaloi.saya seperti menginap hotel2 diluar negara yang maju....terimakasih pada semua petugas2 disini yang sangat ambil berat pada pelangan yang menginap disini..3 hari saya disini,rasanya tidak puas...saya akan datang lagi membawa keluarga saya....SUKA,SUKA,SUKA,SUKA,SUKA,SUKA,SUKA TAK TERKIRA.....!!!
Diulas 16 Julai 2014

Young dari Malaysia
Pengembara solo
Studio Pemier
Menginap satu malam di Jun 2014
Baik, selesa
Kebersihan, keselesaan dan lokasi hotel adalah baik.
secara amnya ok dan selesa, cuma... jika disediakan shower cap dan banyakkan sedikit pilihan dalam sarapan pagi adalah lebih baik.
Diulas 09 Jun 2014

NORHABIBAH dari Malaysia
Keluarga dengan anak kecil
Studio Pemier
Menginap 2 malam di Mei 2014
Penginapan dan kemudahan yang cemerlang
Kemudah memasak yang lengkap di dalam bilik hotel. Bangunan baru dan moden. Mempunyai jejantas terus ke spring mall.
Sangat berpuas hati dengan harga yang ditawarkan jauh lebih rendah berbanding kemudahan serba moden yang disediakan.
Diulas 05 Jun 2014

alia dari Malaysia
Keluarga dengan anak remaja
Premier 2 Bilik Tidur
Menginap 2 malam di Mei 2014
Hotel baru yang selesa, sesuai bagi berkumpulan
lokasi, harga dan bersih
Hotel ini amat sesuai bagi mereka yang melancong berkumpulan, hotel apartment ini baru, bersih dan sangat selesa. Bilik yang selesa dengan kemudahan yang mencukupi. Rasa seperti berada di rumah dengan kelengakap yang cukup. Sesuai untuk mereka yang inginkan keselesaan dirumah, dan mereka yang perlu menginap lebih dari seminggu kerana tersedia ketuhar mikro, mesin basuh, dapur dan sebagainya. sesuai juga bagi ahli keluarga dengan anak kecil atau dewasa.
Diulas 04 Jun 2014

ABDUL dari Malaysia
Pasangan
Studio Pemier
Menginap 2 malam di Mei 2014
Penginapan saya di Citadines begitu mengasyikkan
1) Dekat dgn airport 2) Dekat dengan pusat belibelah 3) Dekat panggung wayang
Menyeronokkan dan pasti jadi kenangan indah yang tidak akan dilupakan hingga hari tua kami.
Diulas 21 Mei 2014

Suhaiba dari Malaysia
Keluarga dengan anak remaja
Premier 2 Bilik Tidur
Menginap 3 malam di Mei 2014
Bagus dan menepati citarasa
Bersih Perkhidmatan yang cekap Kemudahan yang lengkap
Sangat selesa kecuali menu sarapan pagi yang tidak ada pilihan
Diulas 15 Mei 2014

Noorman dari Malaysia
Keluarga dengan anak kecil
Eksekutif - 1 Bilik Tidur
Menginap 5 malam di April 2014
Sangat selesa dan sesuai untuk pasangan @ famili
Dapur yang dilengkapi kemudahan asas,hiasan yang simple & moden,swimming pool,shopping mall hanya di seberang jalan
90% adalah memuaskan.....hanya 10% tidak memuaskan iaitu sarapan yang tidak banyak pilihan
Diulas 04 Mei 2014

JOELIA dari Malaysia
Keluarga dengan anak remaja
Eksekutif 2 Bilik Tidur
Menginap satu malam di Mac 2014
Percutian yang sangat berbaloi
Peralatan memasak yang sangat lengkap, kedudukan hotel berdepan dengan shopping kompleks, susun atur perabot yang menarik dan moden
Harga bilik yang ditawarkan sangat berbaloi. Ini kerana hotel ini menyediakan susun atur perabot yang moden dan terkini. Sekiranya kita membawa keluarga, dapat menjimatkan wang dengan memasak di bilik hotel ini kerana peralatan memasak yang disediakan sangat lengkap. Kami pasti akan ke sini untuk percutian yang akan datang
Diulas 17 April 2014


1

Pilih program kesetiaan

PointsMAX
Bahasa
Program Kesetiaan A Program Kesetiaan A
Program Kesetiaan B

Klik PointsMAX pada Menu dan pilih program kesetiaan kegemaran anda.

2

Pilih tawaran mata ganjaran

Bilik Hotel A
Maklumat Bilik
Terima
5,000 mata ganjaran

Pilih bilik dan pilihan mata ganjaran untuk penginapan.

3

Masukkan ID keahlian

Negara pasport
ID Keahlian Program
1234

Masukkan nombor keahlian untuk program pilihan semasa membuat tempahan. Mata ganjaran kan ditambah ke akaun anda selepas anda mendaftar keluar.

Mula di sini dan pilih program pilihan anda: