Cari Hotel di Ayutthaya, Thailand

175 rumah percutian dan hotel

  • Harga (setiap malam)
    MYR 0 - MYR 1,280 +
  • Markah oleh tetamu
    Semua
  • Taraf bintang
    & lebih
Tapis carian anda

Baru Ditempah


Baru dilihat oleh pengguna Agoda


Cari kawasan sekitar di Ayutthaya


Maklumat lanjut Ayutthaya

Ayutthaya pernah menjadi ibu negara Kerajaan Siam beberapa ratus tahun dahulu. Pada masa kini ia menjadi kawasan tinggalan sejarah utama negara Thai dimana ia memiliki koleksi kesan runtuhan kerajaan silam di tengah-tengah bandar. Pelancong yang datang dari Bangkok dengan bas atau keretapi boleh menginap di sepanjang Jalan Naresuan yang popular.

Kerajaan Ayutthaya wujud pada pertengahan kurun ke-14 di lembangan Sungai Chao Phraya. Serangan kerajaan Burma pada tahun 1767 membawa kepada kejatuhan Ayutthaya setahun kemudian. Namun begitu, kegemilangan kerajaan ini masih boleh dilihat pada tinggalan binaannya.

Kawasan tumpuan utama pelancong di Ayutthaya terletak di atas sebuah pulau yang terbentuk akibat daripada lekukan sungai. Kawasan sejarah ini yang terdiri daripada binaan kuil-kuil dan imej agung Buddha telah diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO. Pelancong boleh menjelajah ke seluruh pelusok pulau dengan berjalan kaki atau menaiki basikal sambil menikmati kedamaian di sini. Menara tinggi (dipanggil prangs) yang terdapat di taman ini adalah tinggalan kerajaan silam Kemboja dimana ia turut dikaitkan sebagai runtuhan versi Angkor Wat.

Pelbagai jenis aktiviti dianjurkan di Ayutthaya untuk pelancong. Kebanyakan hotel di pinggiran sungai menyediakan perkhidmatan sewa basikal bagi memudahkan pelancong menerokai taman ini atau bersiar-siar dilaluan sepanjang sungai.Aktiviti menunggang gajah sangat popular di kalangan pelancong dan bagi pencinta pakiderma, mestilah melawat Kem Gajah Ayutthaya.

Perkhidmatan keretapi dari Bangkok adalah pengangkutan yang menjadi pilihan di kalangan pelancong di mana ia mengambil masa selama 90 minit. Stesen keretapi Ayutthaya terletak di timur pusat bandar dan pelancong harus berjalan seketika serta menggunakan khidmat feri untuk sampai ke seberang sungai sungai di mana terletaknya hotel-hotel di Ayuthayya.


Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan hotel dan kawasan di sekitar Ayuthayya, sila klik pada peta Ayutthaya di sebelah kiri halaman.
<Sebelum
Mac 2018
IsSeRaKhJuSaAh
   1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031 
Selepas>
April 2018
IsSeRaKhJuSaAh
      1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30