Cari Hotel di Bandung, Indonesia

1512 rumah percutian dan hotel


1

Pilih program kesetiaan

PointsMAX
Bahasa
Program Kesetiaan A Program Kesetiaan A
Program Kesetiaan B

Klik PointsMAX pada Menu dan pilih program kesetiaan kegemaran anda.

2

Pilih tawaran mata ganjaran

Bilik Hotel A
Maklumat Bilik
Terima
5,000 mata ganjaran

Pilih bilik dan pilihan mata ganjaran untuk penginapan.

3

Masukkan ID keahlian

Negara pasport
ID Keahlian Program
1234

Masukkan nombor keahlian untuk program pilihan semasa membuat tempahan. Mata ganjaran kan ditambah ke akaun anda selepas anda mendaftar keluar.

Mula di sini dan pilih program pilihan anda:

Baru ditempah oleh pengguna Agoda


Baru dilihat oleh pengguna Agoda


Tanggapan pengunjung terhadap Bandung


Cari kawasan sekitar di Bandung


Maklumat lanjut Bandung

Bandung, ibu negeri Jawa Barat adalah sebuah pelabuhan Belanda yang berkembang sewaktu zaman penjajahan. Ia dikenali sebagai 'Paris di Jawa' kerana hotel mewahnya, cafe dan butik. Kini, Bandung adalah sebuah bandar yang dinamik dan bersejarah dengan menawarkan tempat yang hebat untuk membeli belah, makan dan hiburan malam. Bagi mengekalkan kegemilangan silamnya, hotel di Bandung merangkumi kesemua aspek kemewahan dan sesuai untuk dikunjungi oleh pelancong bisnes, pelancong berada dan pengembara biasa.

Pelancong dari Jakarta yang biasanya berkunjung pada hujung minggu menghargai Bandung kerana kedai-kedai yang memasarkan barangan terus dari kilang, terutamanya yang banyak terdapat di kawasan Setiabudhi. Kedai-kedai yang dihias dengan cantik ini menawarkan barangan seperti tekstil dengan harga yang rendah dan pelancong Barat terutamanya menikmati nilai yang hebat untuk wang. Pusat pengedaran (dipanggil 'distro') tumbuh dengan cepatnya akhir-akhir ini, memasarkan fesyen bercitarasa tinggi yang direka oleh pereka tempatan.

Selepas sehari suntuk membeli belah, fokus kemudiannya beralih ke kelab tarian dan bar. Ekspatriat, pelancong dan orang kaya tempatan berkumpul di kelab dan lounge yang berada di hotel-hotel mewah sekitar Bandung. Penjualan alkohol di Bandung mempunyai peraturan yang ketat menyebabkan kelab-kelab ini hidup dan popular.

Di sebalik aktiviti komersial yang berkembang, Bandung masih mengekalkan warisan zaman penjajah. Di bahagian bandar lama, terdapat bangunan Art Deco yang hebat telah ditukarkan kepada hotel butik terbaik di Bandung. Bangunan seperti Gedung Sate atau Grand Hotel Preanger adalah dua mercu tanda yang terkenal.

Setelah menikmati segalanya yang ditawarkan di pusat kosmopolitan Bandung, pelancong boleh menyewa kereta dan bergerak ke desa. Daerah ini yang terkenal kerana terletak di kawasan tinggi mempunyai suhu yang nyaman sepanjang tahun, sesuai untuk lawatan ke ladang teh, mendaki gunung berapi dorman atau berhenti seketika di kawasan mata air panas.

Lapangan Terbang Antarabangsa Husein Sastranegara terletak tiga batu di luar pusat bandar Bandung dan kebanyakan hotel utama menawarkan kemudahan pengangkutan yang percuma dari balai ketibaan. Untuk ke tempat penginapan yang terletak di luar kota Bandung adalah lebih mudah dengan menaiki teksi atau menyewa kereta, kedua-dua perkhidmatan ini boleh didapati di mana-mana sahaja.

Bagi mendapatkan lebih informasi mengenai hotel dan mercu tanda lain di Bandung sila klik pada peta Bandung di sebelah kiri halaman.
<Sebelum
Jun 2017
IsSeRaKhJuSaAh
   1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  
Selepas>
Julai 2017
IsSeRaKhJuSaAh
     12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31