Cari Hotel di Beijing, China

3033 rumah percutian dan hotel


1

Pilih program kesetiaan

PointsMAX
Bahasa
Program Kesetiaan A Program Kesetiaan A
Program Kesetiaan B

Klik PointsMAX pada Menu dan pilih program kesetiaan kegemaran anda.

2

Pilih tawaran mata ganjaran

Bilik Hotel A
Maklumat Bilik
Terima
5,000 mata ganjaran

Pilih bilik dan pilihan mata ganjaran untuk penginapan.

3

Masukkan ID keahlian

Negara pasport
ID Keahlian Program
1234

Masukkan nombor keahlian untuk program pilihan semasa membuat tempahan. Mata ganjaran kan ditambah ke akaun anda selepas anda mendaftar keluar.

Mula di sini dan pilih program pilihan anda:

Baru Ditempah


Hotel yang baru saya lihat


Tanggapan pengunjung terhadap Beijing


Cari kawasan sekitar di Beijing


Tentang Beijing

Setelah bertahun lamanya menarik minat dari sektor pelancongan global, Beijing secara tiba-tiba muncul di persada dunia sebagai penganjur sukan Olimpik 2008. Seluruh dunia memberi tumpuan kepada Beijing- sebuah bandar moden penuh dengan warisan silam yang kaya dengan paradoks, minat dan budaya. Sukar untuk negara komunis di dunia ini memberi peluang kepada peninggalan hebat untuk terus kekal seperti Kota Larangan atau Kuil Syurga, tetapi itulah yang berlaku di Beijing.

Hab pelancongan tempatan di Beijing adalah Lapangan Terbang Antarabangsa Capital yang baru menjalani pembesaran. Terdapat tiga terminal yang menghubungkan ke setiap bandar utama dunia. Dengan kadar pertumbuhan ekonomi yang meningkat, terdapat banyak peluang perniagaan yang menjadi buruan peniaga. Golongan ini menggunakan kemudahan penginapan yang baru dibuka di lapangan terbang Beijing. Hotel berhampiran stesen keretapi Beijing juga menjadi tumpuan terutama kepada mereka yang menggunakan perkhidmatan keretapi trans-Siberia menghubungkan Beijing dan Moscow.

Kerajaan juga telah melonggarkan peraturan berkenaan hotel dan ini membolehkan pelancong asing menginap di mana sahaja. Persaingan di kalangan pengusaha hotel di Beijing menyebabkan harga bilik berpatutan dan perkhidmatan yang bagus diberikan.

Kawasan membeli belah yang menjadi tumpuan di sini adalah Wang Fu Jing Street, sebuah kawasan yang memiliki banyak gedung jualan. Sebahagian jalan Wang Fu Jing ditutup kepada kenderaan dan sesetengah orang melawat tempat ini untuk melarikan diri dari kesibukan trafik. Walau bagaimanapun, banyak perkara yang boleh dilakukan selain bersiar-siar di jalan ini kerana ia memiliki pasaraya besar, Oriental Plaza dan kedai-kedai buku yang menjual bahan bacaan Inggeris yang terbaik di seluruh Beijing. Terdapat juga penginapan mewah yang wujud di sepanjang jalan ini.

Daerah Chaoyang Timur memiliki kawasan penempatan termewah di Beijing dan turut menjadi tapak tumpuan tempat hiburan terkenal. Pengunjung yang menikmati kemeriahan malam di bar dan kelab di sini biasanya menempah penginapan di Chaoyang Timur terutamanya di sekitar Sanlitun dan jalan-jalan berhampirannya. Dahulu kawasan ini merupakan satu-satunya tempat untuk berparti tetapi sekarang telah banyak tempat yang menawarkan pelbagai pilihan.

Bagi mendapatkan informasi berkenaan hotel dan mercu tanda lain di Beijing, sila klik peta Beijing yang berada di sebelah kiri halaman.