Terima mata bagi program kesetiaan anda!
number of reviews

Pelanggan kami menyukai Pulau Boracay berdasarkan 70,000 ulasan

  1. Destinasi
  2. Lebih lanjut tentang Pulau Boracay

Cari kawasan sekitar di Pulau Boracay

Tunjuk peta Filipina
Lihat peta semua penginapan kami di Pulau Boracay

Pulau Boracay

Boracay mula terlibat di dalam industri pelancongan pada tahun 1970an, namun kehadirannya tidak disedari oleh hotel besar global sehinggalah baru-baru ini. Sebagai akibatnya, berlaku percambahan hotel dan resort milik persendirian di Boracay yang memberi perkhidmatan bertaraf lima bintang dan suasana pulau asli. Pulau kecil ini hanya berkeluasan empat batu panjang dan kurang setengah batu lebar, tetapi pantainya sering kali tersenarai sebagai 'terbaik di dunia' sejak beberapa tahun lepas.

Pantai Putih adalah destinasi pelancongan yang sangat popular yang menyediakan perkhidmatan dan kemudahan lengkap membuatkan pengunjung mahu menghabiskan masa sepanjang percutian mereka di sini. Hotel Boracay tempatan adalah sangat hampir dengan Stesen Bot 2 dan Stesen Bot 1, di mana bot pam dari Caticlan tiba empat kali dalam sejam semasa musim puncak.Lapangan Terbang Caticlan adalah hab penting bagi pelancong dari Manila. Dari sini ia hanya mengambil masa beberapa minit berjalan kaki atau menaiki beca ke jeti.

Meskipun suasana resort di Pantai Putih sentiasa sibuk, tetapi ia hanya mengambil masa beberapa minit untuk ke teluk kecil dan pantai yang tersembunyi dengan menaiki bot sewa. Berdekatan Diniwid, pantai Baling-Hai adalah tempatnya untuk snorkeling manakala tebing tinggi bersebelahannya memiliki restoran makanan laut dengan pemandangan mengagumkan. Di seberang segenting yang sempit dari Pantai Putih adalah Pantai Bulabog, mempunyai muka bumi yang berbukit dan kurang dikunjungi tetapi tempat terbaik untuk luncur angin.

Meskipun Boracay adalah pulau yang kecil, tetapi ia menguasai ilmu pelancongan berskala besar. Sama ada menyertai sukan air lasak di Pantai Putih, menyelam skuba di Angol Point atau menyewa skuter dan menerokai pantai sebelah timur, Boracay memiliki aktiviti yang lengkap di setiap sudut bagi mengisi percutian pengunjung.

Bagi mendapatkan lebih informasi mengenai hotel dan mercu tanda lain di Boracay, sila klik pada peta Boracay di sebelah kiri halaman.