Terima mata bagi program kesetiaan anda!
number of reviews

Pelanggan kami menyukai Hua Hin / Cha-am berdasarkan 154,000 ulasan

  1. Destinasi
  2. Lebih lanjut tentang Hua Hin / Cha-am

Cari kawasan sekitar di Hua Hin / Cha-am

Tunjuk peta Thailand
Lihat peta semua penginapan kami di Hua Hin / Cha-am

Hua Hin / Cha-am

Dalam tahun 1920-an, Raja Siam telah mengarahkan pembinaan rumah rehat diraja di Hua Hin yang telah mengubah sama sekali cara kehidupan di perkampungan nelayan ini. Rakyat Thai mengikut jejak baginda dan menjadikan kawasan ini sebagai tempat percutian terlaris. Hanya dalam tahun 1980-an barulah terdapat rangkaian hotel antarabangsa dunia dibuka di sini yang menyaksikan pertambahan hotel pada tahun-tahun berikutnya menjadikan Hua Hin dan Cha am sebagai pendahulu dalam industri pelancongan Thailand. Pembukaan Lapangan Terbang Hua Hin memberi pilihan kepada pelancong untuk terbang ke sini walaupun jaraknya dari Bangkok hanya mengambil masa tiga jam.

Pantai utama di Hua Hin dibina dengan hotel-hotel tinggi dan resort gaya terkini, juga terdapat banglo dan chalet di kedua - dua bahagian pantai. Kehidupan di atas pantai berbentuk bulan sabit ini amat menenangkan. Daripada kerusi pantai, air yang tenang menutupi ufuk sehinggalah kepada pemandangan berlatarbelakangkan gunung Takiap. Terdapat perkhidmatan bas dari kawasan pantai ke kuil di puncak gunung yang memberi pemandangan mengagumkan resort di Cha am dan Hua Hin serta kawasan di sekitarnya.

Semakin Hua Hin menjadi semakin kosmopolitan dan tumpuan restoran restoran dan kelab malam kelas pertama. Pelancong boleh menghabiskan masa bersantai di pantai dan berdansa diiringi muzik yang hangat atau bertemankan sebuah peta dan motosikal, ke kawasan penempatan yang lebih damai terletak ke selatan kawasan pantai.

Oleh sebab resort di Hua Hin meraih semakin banyak perhatian daripada masyarakat antarabangsa, penduduk Thai sekarang beralih ke bawah ke kawasan pantai yang lebih senyap. Di Pranburi wujud daerah resort butik yang menjadi pilihan di kalangan pelancong domestik. Bergerak jauh ke selatan, daerah yang lebih senyap dapat dijumpai seperti Bang Saphan dan Tab Sakae. Tab Sakae menjadi tuan rumah kepada resort pantai Huay Yang dan air terjun yang bersebelahannya.

Ketenangan yang sepenuhnya boleh didapati di Taman Negara Samroiyod di mana pemandangan bertukar ganti antara lambaian hutan bakau, pantai yang menakjubkan dan hutan konifer.

Sebarang informasi lanjut berkenaan hotel dan mercu tanda lain di Hua Hin / Cha-am, hanya perlu klik pada peta Hua Hin / Cha-am yang terdapat pada sebelah kiri halaman.