Cari Hotel di Koh Tao, Thailand

302 rumah percutian dan hotel

  • Harga (setiap malam)
    MYR 0 - MYR 1,280 +
  • Markah oleh tetamu
    Semua
  • Taraf bintang
    & lebih
Tapis carian anda

Baru Ditempah


Baru dilihat oleh pengguna Agoda


Cari kawasan sekitar di Koh Tao


Maklumat lanjut Koh Tao

Koh Tao - Pulau Penyu - adalah sebuah pulau kecil terletak di Teluk Thailand. Ia pernah menjadi pusat tahanan bagi banduan politik tetapi sekarang Koh Tao adalah salah sebuah tempat menyelam terbaik di Thailand, dengan air yang tenang dan jernih serta hidupan laut yang pelbagai.

Industri pelancongan di pulau ini tertumpu kepada menyelam, tetapi ia juga menarik kedatangan pengunjung kerana kawasan pantainya yang indah dan menjadi sangat sibuk dengan pelancong domestik semasa musim cuti. Pengunjung lebih gemar menginap di hotel berhampiran Pantai Sairee atau Teluk Mango.

Pulau ini tidak memiliki kemudahan lapangan terbang dan untuk ke sini pengunjung mesti menggunakan bot. Bot laju dan katamaran berlepas dari Chumporn, Suratthanni dan Samui, kesemua tempat ini mempunyai lapangan terbang. Setibanya di pulau ini, kebanyakan pengunjung menggunakan motosikal untuk ke mana-mana, tetapi ia harus digunakan dengan berhati-hati kerana keadaan jalan di pulau ini berliku-liku.

Untuk snorkeling dan menyelam, perairan Koh Tao adalah dikategorikan sukar hingga lebih baik. Hidupan laut termasuk ikan pari, penyu, ikan buntal dan jerung serta batu karang yang berwarna-warni terletak di luar pesisir pantai. Chumporn Pinnacle, Japanese Gardens, Hin Wong Pinnacle, dan Sail Rock adalah antara lokasi menyelam yang terdapat di sekitar Koh Tao. Bagi penyelam yang tidak berpengalaman dan mahu belajar, terdapat pengajar juruselam di setiap pantai utama.

Selain menyelam, terdapat aktiviti lain yang boleh dilakukan di Koh Tao antaranya memanjat gunung yang popular di pulau ini, kembara, belayar dan berkayak. Gim Muay Thai dan kem juga terdapat di serata pulau.

Bagi mendapatkan lebih informasi mengenai hotel dan mercu tanda lain di Koh Tao sila klik pada peta Koh Tao di sebelah kiri halaman.
<Sebelum
Julai 2018
IsSeRaKhJuSaAh
      1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031     
Selepas>
Ogos 2018
IsSeRaKhJuSaAh
  12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031