Terima mata bagi program kesetiaan anda!
number of reviews

Pelanggan kami menyukai Kyoto berdasarkan 51,000 ulasan

  1. Destinasi
  2. Lebih lanjut tentang Kyoto

Cari kawasan sekitar di Kyoto

Tunjuk peta Jepun
Lihat peta semua penginapan kami di Kyoto

Kyoto

Kyoto adalah sebuah bandar penting dalam sejarah Jepun, pernah menjadi ibu negara empayar Jepun. Banyak bangunan dan istana di Kyoto berusia ribuan tahun dan bandar ini dianggap sebagai yang paling indah di Jepun. Kyoto memiliki 17 kawasan yang disenarai sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO, kebanyakan adalah kuil dan tokong.

Stesen Kyoto adalah laluan masuk ke bandar ini yang popular, dan sepertimana bandar lain di Jepun, rangkaian keretapi menghubungkan tempat-tempat penting di bandar ini. Terdapat dua buah istana rehat yang mengagumkan terletak di central Kyoto iaitu Istana Imperial dan Istana Imperial Sent. Taman-taman adalah luas dan sangat cantik terutamanya sewaktu musim sakura dan pada musim luruh apabila warna daun bertukar.

Villa Imperial Katsura terletak di barat Kyoto dan Villa Imperial Shugakuin berada di utara. Adalah sesuatu yang penting untuk diberi perhatian bahawa walaupun tiada yuran masuk dikenakan untuk ke istana-istana ini tetapi tempahan mesti dibuat sebelumnya.

Kyoto satu-satunya tempat di dunia yang masih mengamalkan seni damascening. Damascening adalah di mana satu logam ditatah ke atas logam lain - biasanya emas atau perak ke dalam logam yang mempunyai latar belakang gelap. Di Jepun, seni ini dikenali sebagai zouban, dan di sekitar Kyoto terdapat banyak kedai yang menjual barang kemas damascene, pasu dan pinggan bercorak. Bagi yang mencari cenderahati, terdapat banyak senjata Jepun dan kimono yang dijual di Kiyomizudera.

Hiburan malam di Kyoto tertumpu di sekitar Kiyamachi di central Kyoto. Beratus-ratus bar dari pub hingga kepada bar eksklusif yang boleh didapati di kawasan ini, begitu juga restoran dan kelab malam.

Bagi mendapatkan lebih informasi mengenai hotel dan mercu tanda lain di Kyoto, sila klik pada peta Kyoto di sebelah kiri halaman.