Cari Hotel di Melaka, Malaysia

1029 rumah percutian dan hotel

  • Harga (semalam)
    MYR 0 - MYR 1,280 +
  • Markah oleh tetamu
    Semua
  • Taraf bintang
    & lebih
Tapis carian anda

1

Pilih program kesetiaan

PointsMAX
Bahasa
Program Kesetiaan A Program Kesetiaan A
Program Kesetiaan B

Klik PointsMAX pada Menu dan pilih program kesetiaan kegemaran anda.

2

Pilih tawaran mata ganjaran

Bilik Hotel A
Maklumat Bilik
Terima
5,000 mata ganjaran

Pilih bilik dan pilihan mata ganjaran untuk penginapan.

3

Masukkan ID keahlian

Negara pasport
ID Keahlian Program
1234

Masukkan nombor keahlian untuk program pilihan semasa membuat tempahan. Mata ganjaran kan ditambah ke akaun anda selepas anda mendaftar keluar.

Mula di sini dan pilih program pilihan anda:

Baru Ditempah


Baru dilihat oleh pengguna Agoda


Cari kawasan sekitar di Melaka


Maklumat lanjut Melaka

Melaka merupakan bandar bersejarah yang terletak di pantai barat Semenanjung Malaysia. Bandar yang kaya dengan keunikan sejarah ini telah disenaraikan oleh UNESCO sebagai bandar peninggalan sejarah. Di peringkat awalnya, bandar ini dibuka oleh Parameswara yang berasal dari Palembang yang lari ke Melaka pada akhir abad ke-14. Pilihan Parameswara untuk membuka negeri di Melaka adalah pilihan yang tepat sekali kerana kedudukan Melaka yang strategik. Lokasi Selat Melaka yang menghubungkan negara China ke India dan Timur telah menjadikannya sebagai pusat perdagangan dan pelabuhan entrepot dan persinggahan untuk pedagang Eropah yang melalui Selat Melaka. Kini Melaka terkenal dengan keunikan senibina bangunan bersejarah, makanan dan barangan antik yang pastinya menarik minat para pelancong.

Antara tempat tarikan di Melaka termasuklah Gereja Protestant tertua di Malaysia; Gereja St. Paul. Gereja ini dibina oleh Duarte Coelho, kapten angkatan Portugis pada tahun 1521 dan dikenali sebagai "Nosa Senhora"- Our Lady of the Hill sebelum kedatangan Belanda pada tahun 1641 yang menukarkan namanya kepada bukit St. Paul. Antara lainnya adalah kubu St. John yang mempunyai ciri- ciri menarik seperti meriamnya menghala ke daratan bukan ke arah lautan kerana pada zaman itu lazimnya serangan ke atas Melaka datang dari daratan dan bukannya lautan. Porta de Santiago (A' Famosa) - kubu lama yang dibina oleh laksamana Portugis, Alfonso d'Albuquerque pada tahun 1511. Sebahagian daripada kubu berkenaan musnah ketika diserang pihak Belanda pada tahun 1641. Tempat bersejarah ini dapat dikunjungi dengan hanya berjalan kaki kerana lokasinya yang berdekatan di antara satu sama lain.

Untuk menikmati pemandangan bandar Melaka secara 360-darjah, pengunjung boleh ke Menara Taming Sari. Pada ketinggian 110 meter di udara,dan mengambil masa selama enam minit untuk membuat putaran menyeluruh, pengunjung berpeluang melihat pemandangan indah bandar Melaka termasuklah Bukit St. Paul, Muzium Samudera, Flor De La Mar, Sungai Melaka, Dataran Pahlawan, Masjid Pulau Selat, Pulau Besar dan Selat Melaka. Bagi tujuan membeli-belah, pasar peranakan Baba Nyonya Jonker Street menyediakan pelbagai pilihan barangan antik dan unik yang jarang didapati di tempat lain. Masakan ala Cina, Portugis, Belanda, India, Melayu dan peranakan Baba Nyonya boleh didapati dengan pelbagai variasi juadah halal dan juga vegetarian. Tepuk dada tanya selera!

Bandar yang terletak hanya 150 kilometer dari bandaraya Kuala Lumpur ini boleh dikunjungi melalui kereta, bas, KTM komuter atau penerbangan domestik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Batu Berendam,yang hanya beberapa minit perjalanan melalui kereta. Untuk maklumat lanjut berkenaan hotel dan tempat-tempat menarik lainnya di Melaka, sila klik pada peta Melaka di sebelah kiri halaman anda.

Untuk tip lainnya : syurga penggemar makanan Malaysia.
<Sebelum
November 2017
IsSeRaKhJuSaAh
  12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930   
Selepas>
Disember 2017
IsSeRaKhJuSaAh
    123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031