Cari Hotel di Osaka, Jepun

8570 rumah percutian dan hotel

  • Harga (setiap malam)
    MYR 0 - MYR 1,280 +
  • Markah oleh tetamu
    Semua
  • Taraf bintang
    & lebih
Tapis carian anda

Baru Ditempah


Baru dilihat oleh pengguna Agoda


Tanggapan pengunjung terhadap Osaka


Cari kawasan sekitar di Osaka


Maklumat lanjut Osaka

Osaka mula mendapat perhatian apabila sebuah istana besar dibina pada tahun 1500an. Serentak dengan itu, wujudnya golongan kelas mewah pedagang dan bandar ini mula berkembang dalam masa yang singkat. Bandar kedua terbesar di Jepun ini masih lagi menjadi tempat di mana masyarakatnya menghargai makanan lazat dan barangan berjenama. Walaupun Osaka tidak dapat menandingi Tokyo dari segi saiz, tetapi ia memiliki reputasi sebagai tempat yang elok untuk didiami.

Kebanyakan hotel di Osaka tertumpu di Umeda, berdekatan dengan stesen keretapi laju Osaka, termasuk hotel antarabangsa yang memiliki cawangan di kawasan yang turut terkenal sebagai kawasan hiburan. Hotel-hotel ini menjadi pilihan kepada golongan pelancong dan ahli perniagaan.

Suasana bandar kosmopolitan tidak begitu ketara berbanding Tokyo tetapi dalam masa yang singkat bandar ini dapat memberi perasaan kekaguman kepada pelancong. Pada luarannya bandar ini kelihatan seperti bandar besar yang lain tetapi sebenarnya ia menyembunyikan arked membeli-belah bawah tanah bersaiz gergasi. Antaranya termasuk beberapa buah pasaraya yang terbesar di Jepun yang tidak kelihatan. Butik-butik di permukaan terletak di kawasan Namba dan Shinsaibashi. Dapat dilihat mengapa pelancong tempatan Jepun menjadikan membeli-belah sebagai agenda mereka apabila ke sini.

Pelancong antarabangsa datang ke bandar ini untuk mengunjungi Kastil Osaka. Tarikan pelancong lain termasuklah taman tema Universal Studio dan Akuarium Osaka yang bersaiz besar. selain itu, ia turut memiliki taman dan kawasan bersejarah yang mengambil masa dua ke tiga hari untuk habis dikunjungi.

Pintu masuk antarabangsa Osaka adalah Lapangan Terbang Kansai, yang turut memainkan peranan bagi bandar Kobe dan Kyoto. Terminal utama adalah sepanjang sebatu dan dilengkapi dengan kemudahan medan makan dan membeli-belah. Lapangan terbang ini terletak berhampiran dengan beberapa hotel, tetapi ia memiliki landasan keretapi yang menghubungkan ke pusat bandar.

Bagi mendapatkan lebih informasi mengenai hotel dan mercu tanda lain di Osaka, sila klik pada peta Osaka interaktif di sebelah kiri halaman.
<Sebelum
Mac 2018
IsSeRaKhJuSaAh
   1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031 
Selepas>
April 2018
IsSeRaKhJuSaAh
      1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30