Agoda Hero Banner

Cari Hotel di Penang, Malaysia

3280 rumah percutian dan hotel

10 hotel terbaik di Penang

Taraf bintang
Skor ulasan
Pilihan terbaik kami
Harga paling rendah dahulu
Berhampiran dengan
Ulasan terbaik
Hotel Sentral Seaview Penang @ Beachfront
Tanjung Bungah,Penang - Lihat di peta
"penginapan sehari semalam ( suite room ) mang terbaik... sarapan.. tak mcm 3 bintang nyer hotel rasanya, staff ok ramah, cuma yg perlu penambahbaikan dri sudut kelongaran untuk masuk kedalam kolam... tanpa baju, tanpa tudung.. klu duduk amerika saya terima.. tapi kita kat malaysia kot.. and some of the customer beragama islam, kesian tngk budak yg di arahkan keluar dri kolam sebab memakai tudung ketika mandi kolam nak marah bangla tu hanya menjalankan tugas(not a racist statement just for info) fix this will gave you 5 star..... p/s tak digalakan sangat mandi laut, dri tingkat 10 boleh nampak ngan jelas jellyfish... banyak plak tu"
Tunjuk lebih banyak
7.3

Sangat Bagus

8802 ulasan

Harga purata setiap malam
$ 43
The Light Hotel Penang
Seberang Jaya,Penang - Lihat di peta
"Layanan terbaik, hotel bersih sesuai dgn taraf 5 bintang. Harga berbaloi. Sarapan pagi sedap. Kakitangan di pintu masuk sanggup dtg ke kereta saya jauh di tempat parking walaupun sy tak panggil dan tolong angkat beg2 hingga ke bilik hotel. Terima kasih atas servis hotel terbaik di penang"
Tunjuk lebih banyak
8.7

Hebat

6394 ulasan

Harga purata setiap malam
$ 73
Summer Tree Hotel Penang
Georgetown,Penang - Lihat di peta
"Bilik Hotel sangat selesa dan bersih..Katil dan bantal empuk. Saya suka sgt dgn interior bilik air dia moden.. Lobi dia sangat la cantik ala2 hipster.. staf pon baik. pak guard dia paling best.. dari kereta sampai lobi dia hantar kami sekeluarga ke lobi.Banyak2 hotel saya check in di penang..hotel ni bagus sbb ada Laundry self service.. sng nk basuh baju. Next time sy akan duk sini lagi. Tq."
Tunjuk lebih banyak
8

Hebat

1732 ulasan

Harga purata setiap malam
$ 13
PARKROYAL Penang Resort
Batu Ferringhi,Penang - Lihat di peta
"Ini adalah pertama kali saya menginap di Parkroyal Penang, Pada pendapat saya, Park royal Penang adalah hotel yang cantik dan selesa untuk menginap samada bersama pasangan mahupun bersama keluarga. Restoran di tepi pantai sesuai untuk makan malam bersama pasangan dalam keadaan romantik. Petugas-petugas yang peramah dan sentiasa menolong anda. "
Tunjuk lebih banyak
8.6

Hebat

7383 ulasan

Harga purata setiap malam
$ 114
Bayview Hotel Georgetown
Georgetown,Penang - Lihat di peta
"sangatlah berbaloi. bilik air yang luas. ada bathtub , shower room , air laju . Bilik sgt luas. Recommended. Nexttime dtg penang lgi , sudah semestinya bayview destinasi saya . Skarang sy di melaka . Amik hotel prima melaka . Sgt mengecewakan . Dgn range harga yg semmemangnya sama! . Tapi kualiti bilik jauh beza . Parking pon xde . Kalau tahu mcmni sy rela bayar bayview hotel Melaka untuk harga rm140 semalam adalah lagi berbaloi . Terima kassih bayview hotel menjadi tempat kenangan pertama honeymoon saya "
Tunjuk lebih banyak
7.6

Sangat Bagus

7923 ulasan

Harga purata setiap malam
$ 36
Pearl View Hotel
Seberang Perai,Penang - Lihat di peta
"Keseluruhan hotel ini sangat baik, berdekatan dengan pusat membeli belah penang central, sarapan pagi yang enak dan lazat. Cuma dari segi pendaftaran masuk hotel agak lambat dan pekerja hotel kebanyakan masih baru. Saya terpaksa menunggu sehingga hampir 45 minit sebelum dapat masuk ke bilik. Keseluruhan baik untuk perbincangan bisnes."
Tunjuk lebih banyak
6.8

Sangat Bagus

2600 ulasan

Harga purata setiap malam
$ 34
Ixora Hotel Penang
Seberang Perai,Penang - Lihat di peta
"Sudah 4 kali menginap di sini , hotel bersih , anak sangat suka sebab pool kids best, dekat dgn shopping complexs , senang cari makan just jalan kaki aja, ada wifi & handphone yg bole dibawa kemana2 , servis & staff yg peramah , tidak berkira jika anak2 kecil breakfast, sebab anak sy tak mkn sgt pon waktu pagi , hotel ini tidak berkira macam hotel yg kami pergi sebelum nie, anak2 makan roti sekeping pon da charge RM35 seorang, thats why kami reapeat stay di ixora , hope so mereka akan tetap seperti yg kami rasa sekarang . Saya rekemen pd kawan2 juga pasal hotel ni, lain kali kami akan menginap lagi insyallah"
Tunjuk lebih banyak
7.9

Sangat Bagus

4084 ulasan

Harga purata setiap malam
$ 51
Hotel Palm Inn Butterworth
Butterworth,Penang - Lihat di peta
"Jika ke Penang pasti akan datang kembali dan akan mencadangkan pada kawan-kawan. Hotel juga berhampiran dengan kemudahan lain yang kita perlukan."
Tunjuk lebih banyak
7.7

Sangat Bagus

1684 ulasan

Harga purata setiap malam
$ 22
The Blanket Hotel Seberang Jaya
Seberang Jaya,Penang - Lihat di peta
"hotel ini ada kemudahan ironing board but tak sediakan iron. so, susah untuk kita iron baju or what. jadi, cadangan saya untuk hotel ini perlulah sediakan iron kepada customer kerana di situ tertulis ada ironing facilities but iron tiada. ruang 15 sq.m, ni kecil. jadi pelanggan haruslah melihat terlebih dahulu ruang di sq,m tersebut sebelum nak book sesuatu hotel. overall is okay and berbaloi dengan harganya . "
Tunjuk lebih banyak
7.6

Sangat Bagus

1412 ulasan

Harga purata setiap malam
$ 24
Hotel Kamelia
Kepala Batas,Penang - Lihat di peta
"Yang nak singgah untuk menginap di area Bertam, Hotel Kamelia adalah yang paling sesuai. Jangan lupa tentang parking, download dan install apps parking. Nanti receptionist akan bagitau, kalau tidak kena saman parking dengan Majlis Bandaraya."
Tunjuk lebih banyak
7.2

Sangat Bagus

47 ulasan

Harga purata setiap malam
$ 16

Fakta ringkas tentang Penang, Malaysia

Penginapan3,280 penginapan
Hotel popularHotel Sentral Seaview Penang @ Beachfront
Kawasan popularGeorgetown
Harga setiap malam dariRM21
Lapangan terbangLapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang
Alasan untuk berkunjungRestoran, Siar-siar, Pantai

Cari kawasan sekitar di Penang


Promosi Hari Ini
Diskaun 10%
Tamat dalam masa 1 minggu!
Dapat diskaun tambahan 10% termasuk promosi hebat di Paris
Diskaun 10%
Tamat dalam masa 1 minggu!
Sah untuk tempahan yang dibuat antara 30 Jul 2021 hingga 12 Ogos 2021 bagi penginapan yang menunjukkan pilihan untuk memasukkan kod kupon dalam borang tempahan.
Cari penginapan
Diskaun 8%
Tamat dalam masa 6 hari!
Dapat diskaun 8% di penginapan anda di Dubai sekarang
Diskaun 8%
Tamat dalam masa 6 hari!
Sah untuk tempahan yang dibuat antara 24 Jul 2021 hingga 6 Ogos 2021 bagi penginapan yang menunjukkan pilihan untuk memasukkan kod kupon dalam borang tempahan.
Cari penginapan
Diskaun 5%
Tamat esok!
Anda mahu bercuti? Dapatkan diskaun 5% di Koh Samui.
Diskaun 5%
Tamat esok!
Sah untuk tempahan yang dibuat antara 26 Jul 2021 hingga 1 Ogos 2021 bagi penginapan yang menunjukkan pilihan untuk memasukkan kod kupon dalam borang tempahan.
Cari penginapan

Baru Ditempah


Baru dilihat oleh pengguna Agoda


Tanggapan pengunjung terhadap Penang




Maklumat lanjut Penang

Ketika semenanjung Tanah Melayu berada di bawah jajahan Belanda, Syarikat India Timur Inggeris telah berlabuh di sebuah kepulauan terpencil yang kemudiannya dibangunkan sebagai sebuah pelabuhan. Tidak lama selepas itu, pedagang-pedagang dari serata pelusuk dunia terutamanya dari China bertali arus berkunjung dan menjadikan pelabuhan tersebut sebagai tempat persinggahan dan dagangan. Maka lahirlah Pulau Pinang sebagai pelabuhan dan pusat perdagangan antarabangsa ketika itu. Kini, Pulau Pinang bukan sahaja dikenali dunia sebagai salah satu pelabuhan terkenal, malah sebagai destinasi perlancongan yang dihiasi pantai-pantai indah, senibina bersejarah, dan variasi makanan yang unik.

Georgetown, ibu kota Pulau Pinang telah diiktiraf UNESCO sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO berdasarkan peninggalan bersejarah yang terdapat di sekitarnya. Antara tinggalan sejarah yang sentiasa menjadi tarikan termasuklah rumah agam Cheong Fatt Tze (yang turut menawarkan pakej penginapan), Fort Conrwallis dan Dewan Bandaraya Lama yang terkandung seribu satu kisah dan sejarah penjajahan British dan migrasi kaum Cina. Penginapan di Pulau Pinang merangkumi hotel-hotel dari senibina warisan silam sehingga resort-resort mewah yang terletak di sekitar ibu kota Georgetown dan Batu Feringghi.

Jika ingin bersantai menikmati keindahan pantai, Batu Feringghi merupakan pilihan terbaik untuk para pengunjung. Terletak di utara Pulau Pinang, Batu Feringghi menawarkan pelbagai pilihan hotel dan resort, restoran-restoran makanan laut dan butik-butik yang bakal menggamit keinginan pengunjung. Ketika waktu biasa, hotel dan resort sekitar Batu Feringghi lazimnya akan menawarkan pengunjung dengan pelbagai pakej-pakej yang menarik dan kadar sewa yang jauh lebih murah dari kadar biasa.

Waktu kemuncak bermula sebelum sambutan Hari Krismas dan berterusan sehingga sambutan Tahun Baru Cina yang lazimnya disambut pada lewat Januari atau awal Februari. Pada ketika ini, kadar penginapan hotel dan resort akan melambung jauh lebih mahal dari kadar biasa dan tawaran-tawaran menarik selalunya tertumpu kepada pengunjung yang membuat tempahan awal. Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang merupakan salah satu lapangan terbang yang terbaik di Malaysia yang menyediakan penerbangan ke kota-kota utama di Asia Tenggara dan Selatan Pasifik.

Untuk maklumat lanjut berkenaan hotel dan pelbagai lokasi menarik sekitar Pulau Pinang, klik peta interaktif Pulau Pinang di sebelah kiri laman ini.


null