Terima mata bagi program kesetiaan anda!
number of reviews

Pelanggan kami menyukai Sapporo berdasarkan 17,000 ulasan

  1. Destinasi
  2. Lebih lanjut tentang Sapporo

Cari kawasan sekitar di Sapporo

Tunjuk peta Jepun
Lihat peta semua penginapan kami di Sapporo

Sapporo

Kurang daripada 150 tahun, Sapporo adalah salah sebuah bandar baru di Jepun. Ia dibangunkan oleh kerajaan Jepun dengan mengambil pandangan ramai pakar asing dan hasilnya Sapporo memiliki sedikit suasana Barat. Sapporo merupakan destinasi kunjungan pelancong yang penting di kepulauan utara Hokkaido, memiliki taman, muzium dan festival tahunan.

Pada setiap awal Februari adalah tempoh masa yang amat sibuk kerana penganjuran Festival Salji Sapporo. Acara ini bermula pada tahun 1950an apabila beberapa arca ais dipamerkan di Taman Odori. Dalam pelbagai aspek, Festival Salji ini boleh dikatakan sebagai acara penting Sapporo, dengan menerima kunjungan daripada pengukir arca dan penonton dari serata dunia. Arca ais yang bercahaya dan cantik serta lebih 10,000 orang salji akan memenuhi taman dan hadapan kedai. Hotel di pusat bandar Sapporo sangat sibuk pada masa ini dan dinasihatkan kepada pengunjung untuk menempah bilik terlebih awal.

Pada masa lain sepanjang musim sejuk di Sapporo dipenuhi dengan peluncur salji kerana terdapat kemudahan bertaraf dunia yang dibina sempena penganjuran Sukan Olimpik Musim Sejuk pada tahun 1972. Walaubagaimanapun, pelancongan masih mendapat tempat pada musim panas kerana pelancong dapat menikmati taman-taman botani dan taman hutan. Tarikan utama lain di Sapporo adalah muzium terutama Perkampungan Bersejarah Hokkaido, Muzium Seni Moden dan gabungan taman botani dan muzium yang diuruskan oleh Universiti Hokkaido.

Kawasan komersial utama terletak di selatan Stesen Sapporo. Tempat makan termasuk restoran makanan laut dan kedai mee. Hotel yang lebih besar di Sapporo mempunyai restoran antarabangsa tersendiri.

Bagi mereka yang tiba bukan dengan menaiki keretapi di Stesen Sapporo, mereka akan masuk menerusi Lapangan Terbang Sapporo - Chitose. Hotel berdekatan lapangan terbang sesuai untuk mereka yang tiba pada lewat malam manakala perkhidmatan bas dan keretapi komuter beroperasi pada waktu biasa.

Bagi mendapatkan lebih informasi mengenai hotel dan mercu tanda lain di Sapporo, sila klik pada peta Sapporo di sebelah kiri halaman.

Tip melancong di Sapporo : Jika melawat pada bulan Februari, jangan lupa untuk berkunjung ke festival salji Sapporo