Terima mata bagi program kesetiaan anda!
number of reviews

Pelanggan kami menyukai Siem Reap berdasarkan 72,000 ulasan

  1. Destinasi
  2. Lebih lanjut tentang Siem Reap

Cari kawasan sekitar di Siem Reap

Tunjuk peta Kemboja
Lihat peta semua penginapan kami di Siem Reap

Siem Reap

Terkenal sebagai lokasi Angkor Wat dan tersenarai sebagai Taman Arkeologi Angkor oleh UNESCO, sektor pelancongan merupakan punca ekonomi Siem Reap. Siem Reap adalah sebuah bandar kecil yang tenang, sangat mesra pelancong - menerima matawang dollar US dalam setiap urusniaga, penginapan yang ditawarkan di sini adalah antara yang termurah di Asia dan Pub Street menyediakan peluang untuk pengembara beramah mesra.

Hotel yang terdapat di sini merangkumi semua jenis,dari yang paling asas hinggalah kepada paling mewah. Pengangkutan tuk tuk dan teksi motosikal adalah cara yang paling praktikal untuk bergerak di sini dan Pub Street menghidangkan pelbagai jenis makanan. Makanan tempatan berbaloi untuk dicuba - ular dan katak adalah snek kegemaran setempat dan boleh didapati di pusat karaoke terbuka atau restoran Khmer bertaraf tinggi, Meric. FCC Angkor, kurang terkenal berbanding cawangannya di Phnom Penh, masih merupakan tempat yang paling hebat untuk menikmati minuman di bandar ini.

Taman Arkeologi Angkor terletak di luar Siem Reap. Ia meliputi kawasan berkeluasan ratusan kilometer persegi di mana destinasi tumpuan utama ialah Angkor Wat, Angkor Thom (terkenal kerana filem Tomb Raider) dan Pre Rup, runtuhan kuil Khmer dari abad ke-10. Setiap kawasan ini memerlukan seharian untuk diterokai dan masa yang paling baik adalah pada awal pagi dan lewat petang kerana haba sub-tropika dan kumpulan orang ramai membuatkan kunjungan di tengah hari sesuatu yang mencabar.

Selain kawasan kuil, Siem Reap mempunyai pelbagai aktiviti menarik untuk pelancong. Eko-pelancongan adalah sesuatu yang popular, diketengahkan oleh bandar ini untuk mewujudkan pelancongan mapan di mana pelancong dapat menyokong komuniti tempatan melalui lawatan ke rumah anak yatim, membeli barangan buatan tangan daripada pasar malam atau mengunjungi kawasan perkampungan berhampiran. Di Siem Reap terdapat muzium periuk api yang menarik untuk dilawati, tinggalan daripada zaman perang Kemboja.

Penerbangan antarabangsa ke Siem Reap mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Angkor, yang mengambil masa selama 15 minit perjalanan dari pusat bandar. Hotel yang terdapat di sepanjang jalan lapangan terbang Siem Reap membolehkan pengunjung sampai ke lapangan terbang pada kadar yang segera dan pada masa yang sama turut menyenangkan pengunjung untuk ke pusat bandar dan Angkor Wat.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan hotel dan kawasan di sekitar Siem Reap, sila klik pada peta Siem Reap di sebelah kiri halaman.