Agoda Hero Banner

Cari Hotel di Solo (Surakarta), Indonesia

414 rumah percutian dan hotel

Fakta ringkas tentang Solo (Surakarta), Indonesia

Penginapan414 penginapan
Hotel popularRed Planet Solo
Kawasan popularLaweyan
Harga setiap malam dariRM21
Lapangan terbangRuang Tunggu Bandara Adi Sumarmo
Alasan untuk berkunjungBudaya

Fakta ringkas tentang Solo (Surakarta), Indonesia

Penginapan414 penginapan
Hotel popularRed Planet Solo
Kawasan popularLaweyan
Harga setiap malam dariRM21
Lapangan terbangRuang Tunggu Bandara Adi Sumarmo
Alasan untuk berkunjungBudaya

Cari kawasan sekitar di Solo (Surakarta)


Baru Ditempah


Baru dilihat oleh pengguna Agoda


Tanggapan pengunjung terhadap Solo (Surakarta)



Maklumat lanjut Solo (Surakarta)

Solo, sebuah bandar di Jawa Tengah terletak di pinggiran Yogyakarta. Kedua-dua bandar ini lambang kekuasaan dan bukti kekuatan empayar Mataram pada masa silam. Di akhir pemerintahan kerajaan ini, kuasa pemerintahan beralih ke Yogyakarta. Pelancong berpeluang mendekati tarikan kebudayaan dan sejarah di Solo tanpa tekanan dan kesibukan seperti bandar besar dan moden yang lain.

Solo menjadi kuasa besar di rantau Asia Tenggara pada kurun ke 18 apabila pemerintah Jawa, Pakubuwono II memindahkan pusat kerajaannya ke sini. Ketibaannya di Solo adalah kesan daripada pembahagian kesultanan oleh Syarikat Hindia Timur Belanda. Separuh kesultanan lagi bertapak di Yogyakarta.

Kebanyakan hotel di Solo merupakan penginapan kelas pertengahan yang menawarkan harga yang berpatutan dan lokasi di tengah-tengah bandar. Terdapat beberapa pilihan butik yang boleh ditemui di sini, manakala hotel-hotel bertaraf lima bintang dibina di atas sebidang tanah yang besar yang terletak agak jauh dari pusat bandar. Selain itu, berhampiran dengan Lapangan Terbang Adisumarmo masih terdapat beberapa pilihan hotel.

Di tengah-tengah pusat bandar terdapat dua buah istana diraja. Kraton Surakarta merupakan istana kediaman bagi bekas pemerintah wilayah ini. Ia menggabungkan motif seni Jawa dan Eropah. Istana kedua pula ialah Puri Mangkunegaran yang menjadi kediaman bagi pegawai rendah parti memerintah. Tarikan lain di Solo termasuk Muzium Radya Pustaka yang terkenal dengan pameran kebudayaan dan Taman Hiburan Sriwedari.

Walaupun Solo agak sepi dari acara hiburan, tetapi masih terdapat beberapa aktiviti mengisi ruang ini seperti pertunjukan tarian dan lagu tradisional yang popular di kalangan pengusaha hotel di Solo. Teater Sriwedari adalah tempat yang paling 'hidup' kerana mengacarakan pertunjukan kebudayaan enam malam seminggu.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan hotel dan tempat-tempat di Solo, sila klik pada Solo map di sebelah kiri halaman.


null