Fakta ringkas tentang Vientiane, Laos
Penginapan | 404 penginapan |
Hotel popular | V Hotel Vientiane |
Kawasan popular | Pusat Bandar Vientiane |
Harga setiap malam dari | RM21 |
Lapangan terbang | Lapangan Terbang Antarabangsa Wattay |
Alasan untuk berkunjung | Siar-siar, Budaya, Restoran |
Cari kawasan sekitar di Vientiane
Promosi Hari Ini
Tanggapan pengunjung terhadap Vientiane
Vientien merupaka ibu negara Laos. Phat That Luang merupakan kebanggan Loas. Byk tempat tarikan yang
Siti Khalijah, Malaysia
bandar yang tenang tidak terlalu sibuk pasar malam yang menarik dengan kerajinan kraf tangan harga barang
che hasnah, Malaysia
Vientiane Sebuah bandar yang agak menarik dan amat selamat dikunjungi semua bangsa dan lapisan masyarakat,jangan
NORAZA, Malaysia
Tempat yang sesuai kepada mereka yang mempunyai bajet yang rendah utk melancong dan membeli belah. juga
Ratu Humairah, Malaysia
Hotel terbaik Vientiane dengan sarapan
Jelajah lagi penginapan percutian
Destinasi popular lain di Laos
Maklumat lanjut Vientiane
Vientiane - ibu negara Lao PDR - adalah sebuah ibu negeri paling kecil di dunia, walaupun begitu, ia memiliki kelebihan dari segi tarikan. Terletak di Sungai Mekong di Lembah Mekong, Vientiane mempunyai iklim sub-tropika dan kehidupan di sini berlalu dengan santai.
Disebabkan oleh penjajahan Perancis, Vientiane mempunyai kebudayaan campuran yang dapat dilihat dengan jelas pada senibina, nama jalan dan makanan. Restoran Perancis boleh didapati di sepanjang Avenue Lane Xang dan sajian lazat Perancis- baguette - sentiasa ada di mana-mana.
Tempat yang paling sesuai bagi menghayati suasana Vientiane adalah di pinggir Mekong, tempat yang menjadi tumpuan restoran yang menghidangkan masakan laut segar dan Beer Laos, dibuka sehingga ke malam. Makanan Laos kurang pedas berbanding makanan negara jirannya, Thailand, dan daging cincang - larb - salah satu masakan tempatan yang perlu dicuba. Pengaruh Vietnam terdapat dalam hampir kesemua sajian Vientiane.
Untuk membeli-belah, pelancong dan penduduk tempatan akan mengunjungi Talat Sao - pasar pagi. Dibuka sepanjang hari, pasar ini menjual sutera dan pakaian. Cenderamata agama, DVD, barangan elektronik dan kraftangan turut dijual dan keseluruhan kompleks dilengkapi penghawa dingin menjadikan suasana selesa ketika membeli-belah berbanding pasar-pasar lain di Asia Tenggara.
Destinasi pelancongan terkemuka Vientiane adalah Patuxay, Pagar Kemenangan. Patuxay adalah monumen yang berada di tengah-tengah Vientiane - struktur yang sama seperti Arc de Triomphe - dihiasi dengan patung Buddha dan Hindu serta memiliki menara tinjau di puncaknya. Tempat bersejarah lain yang terletak di pinggir pusat bandar adalah Taman Buddha, di mana hampir 200 buah patung simen Buddha dan Hindu menghiasi taman ini.
Walaupun terdapat pelancong yang tiba di Lao menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Wattay, satu lagi cara lain yang lebih murah dan menyeronokkan untuk ke Vientiane adalah dengan menaiki keretapi. Keretapi yang membawa penumpang dari Vientiane ke Stesen Hua Lumphong di Bangkok berlepas pada setiap malam.
Bagi mendapatkan lebih informasi mengenai hotel dan mercu tanda lain di Vientiane, sila klik pada peta Vientiane di sebelah kiri halaman.