Cari Hotel di Yogyakarta, Indonesia

1776 rumah percutian dan hotel

  • Harga (setiap malam)
    MYR 0 - MYR 1,280 +
  • Markah oleh tetamu
    Semua
  • Taraf bintang
    & lebih
Tapis carian anda

Baru Ditempah


Baru dilihat oleh pengguna Agoda


Tanggapan pengunjung terhadap Yogyakarta


Cari kawasan sekitar di Yogyakarta


Maklumat lanjut Yogyakarta

Yogjakarta merupakan daerah tujuan pelancong yang utama di Pulau Jawa, Indonesia untuk menikmati keindahan seni budaya dan adat resam. Pelancong dapat melihat keunikan tarian tradisional, persembahan wayang kulit, gamelan, dan sendatari Jawa yang unik. Beberapa hotel terbaik boleh didapati di beberapa tempat bersejarah sekitar Yogjakarta.

Ianya merupakan daerah pertama setibanya pelancong di kota Yogjakarta, yang menyaksikan pertembungan di antara gaya hidup tradisi Jawa dan gaya hidup moden yang saling berkait rapat di antara satu sama lain.

Yogja yang merupakan pusat kerajaan Mataram kuno seribu tahun silam memiliki peradaban yang tinggi turut mementingkan pemerintahan beraja, di mana Sultan mempunyai kuasa untuk menentukan sesuatu urusan. Kerajaan inilah yang membina Candi Borobudur yang merupakan candi Buddha terbesar di dunia, 300 tahun sebelum pembinaan Angkor Wat di Kemboja. Kesultanan Yogja mendirikan istana (kraton) yang menjadi tempat tinggal Sultan dan keluarga mengabadikan tradisi Jawa di tengah-tengah kepesatan gaya hidup moden. Pelancong digalakkan untuk berkunjung ke kraton untuk melihat dengan lebih dekat lagi.

Bagi tujuan membeli belah, terdapat pasar utama yang menjual pelbagai barangan dapur, rempah ratus dan juga pakaian. Yogja juga terkenal dengan kraftangan bermutu tinggi Indonesia seperti tekstil batik serta rekaan seni tradisional dan kontemporari.

Setelah sehari suntuk berjalan-jalan, membeli belah dan melawat muzium, lawatan tidak lengkap tanpa menjamu aneka sajian tempatan. Sajian khas kota Yogjakarta seperti "Gudeg" pastinya akan menambat hati pelancong yang ingin merasakan kelainan makanan tempatan disamping kuih muih dan aneka snek.

Lapangan Terbang Antarabangsa Adisucipto terletak di pinggir bandar, berhampiran dengan penginapan di Yogjakarta. Terdapat penerbangan antarabangsa dan domestik yang menghubungkan Yogjakarta dengan kota-kota lain di Pulau Jawa ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai hotel-hotel dan tempat menarik lain di Yogjakarta, sila klik peta Yogyakarta di sebelah kiri halaman.
<Sebelum
Mac 2018
IsSeRaKhJuSaAh
   1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031 
Selepas>
April 2018
IsSeRaKhJuSaAh
      1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30