Sangat Bagus
Skor lokasi
160 m ke pengangkutan awam
540 m dari pantai
Wi-Fi percuma semua bilik
penyaman udara
Kedai
Berbaloi dengan harga | 7.8 |
Rating lokasi | 7.5 |
Lapangan terbang terhampir | Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LGK) |
Jarak ke lapangan terbang | 7.4 km |
Daftar masuk adalah dari 02:00 PM. dan masa daftar keluar adalah sehingga 12:00 PM. Anda boleh memohon daftar masuk awal atau daftar keluar lewat semasa membuat tempahan, tertakluk kepada ketersediaan. Tetamu yang mendaftar masuk atau keluar sebelum atau selepas tempoh khusus boleh dikenakan bayaran tambahan. Hotel menawarkan khidmat penyimpanan bagasi kepada tetamu sebelum pendaftaran masuk dan selepas pendaftaran keluar. Meja depan sentiasa dibuka pada siang hari atau malam.
Untuk mereka yang membawa kereta sendiri, Geopark Hotel Oriental Village mempunyai tempat letak kereta di lokasi untuk memudahkan anda. Tempat letak kenderaan adalah percuma untuk tetamu. Jika anda mencari pengangkutan untuk bersiar-siar di sekitar Langkawi dengan pengangkutan peribadi, hotel boleh mengaturkan perkhidmatan teksi.
Geopark Hotel Oriental Village adalah bukan 100% larangan merokok. hotel Menawarkan bilik boleh merokok dan bilik dilarang merokok untuk tetamu. Anda boleh meminta jenis bilik pilihan anda semasa membuat tempahan, namun bilik adalah tertakluk kepada ketersediaan.
Selamat datang ke Geopark Hotel Oriental Village. Ia dikelilingi tasik dan dilatari pemandangan Gunung Mat Cincang, berada di dalam kawasan Kampung Oriental, Langkawi. Tempat ini sentiasa sibuk, penuh keriangan dan menjadi kawasan pelancongan berciri Malaysia dan Asia yang lengkap. Lokasi hotel ini adalah di Teluk Burau, 12 kilometer dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, di kaki bukit Gunung Machincang dan berada di barat laut pulau. Geopark Hotel Oriental Village menawarkan percutian yang ideal jauh dari kesibukan kota dan menghubungkan ke Taman Geo Langkawi, taman geo pertama seumpamanya di Asia Tenggara. Tempahlah sekarang untuk menikmati layanan penuh kemesraan di Geopark Hotel Oriental Village. Hanya masukkan tarikh percutian dan hantar borang tempahan secara online kami untuk meneruskan tempahan di Geopark Hotel Oriental Village.
Kanak-kanak dan katil tambahan
Katil tambahan adalah bergantung kepada bilik yang anda pilih, sila periksa polisi bilik individu untuk maklumat lebih lanjut.
Semua kanak-kanak dialu-alukan.
Umur tetamu | Katil tambahan |
---|---|
Bayi dari 0 hingga 1 tahun [termasuk] | Menginap percuma jika menggunakan katil sedia ada. Katil tambahan boleh diminta terus dari penginapan. |
Kanak-kanak dari 2 hingga 12 tahun [termasuk] | Menginap percuma jika menggunakan katil sedia ada. Jika anda perlukan katil tambahan, caj tambahan akan dikenakan. |
Tetamu yang berumur 13 tahun dan ke atas dianggap sebagai orang dewasa. | Harus guna katil tambahan yang akan dikenakan caj tambahan. |
Lain-lain
![]() Geopark Hotel Oriental Village | Berbaloi! ![]() | ![]() | ![]() | |
Tempat Makan | Sarapan disediakan | Sarapan disediakan | Sarapan disediakan | Dapur |
Markah oleh tetamu | Sangat Bagus 1501 ulasan 7.2 Lokasi 7.5 | Hebat 476 ulasan 9.0 Lokasi 9.1 | Hebat 1034 ulasan 8.3 Lokasi 8.4 | Hebat 226 ulasan 8.2 Lokasi 8.6 |
Kawasan | Teluk Burau | Kuah | Kuah | Tanjung Rhu |
Tunjuk ulasan yang menunjukkan
lokasi strategik”
sesuia untuk mereka yang ingin berbulan madu, yang ingin jauh dari kesibukan . sunyi dan sejuk... memang terasa tenteram... pagi2 boleh merasai nyaman di kaki gunung... tenang dan mudah ke kereta kabel (hanya sebelah sahaja) ... ada tarikan dalaman dengan rusa2 yang jinak yang boleh diberi susu dan membelai mereka... gajah yang boleh dinaiki...
pengalaman yang memuaskan..”
cukup memuaskan. walaupun lokasi yang agak jauh tapi aku rasa ini bukan masalah. - pilihan sarapan yang sedikit tapi semua tu sedap..especially hot dog tu...aku ambil banyak!!! - tak ada tempat untuk beli air minum lepas jam 8pm dan hotel tidak mempunyai perkhidmatan air minum. - hanya satu tempat makan je lepas 8pm...japanese food. - petugas yang cukup mesra. aku tanya banyak tentang persekitaran hotel dan mereka beri jawapan dengan bagus dan mesra!
Hotel tidak menyediakan cafe pada waktu malam”
hotel yang selesa dan merupakan hotel yang terdekat jika ingin menaiki skycab cable car langkawi. begitu juga lokasi hotel ini yang terdekat jika ingin ke telaga harbour terminal. cuma yang paling mengecewakan ialah apabila malam tiada kedai makan langsung di sekitar hotel ini dan kami tidur dengan keadaan lapar. mudah untuk mendapatkan teksi melalui hotel.
hotel menarik dan perkhidmatan yang baik”
tempat penginapan yang selesa dan tenang pada waktu malam. bersebelahan kereta kabel.walau bagaimanapun servis makanan untuk sarapan pagi tidak memuaskan.jenis makanan yang sama dan terhad setiap hari.
hotel menarik dan perkhidmatan yang yang memuaskan”
hotel ini selesa untuk percutian yang inginkan ketenangan. berada di dalam kawasan kereta kabel amat memudahkan untuk mengalami pengalaman menaikinya. terdapat taman haiwan yang tidak berbayar seperti taman rusa dan anab disekitar kawasan hotel yang mana boleh meluangkan masa bersama anak-anak jika hanya ingin bersantai bersama keluarga di masa terluang. kedudukan hotel yg agak jauh dari bandar (mengambil masa lebih kurang 20 ke 30 minit untuk ke bandar kuah)namun sesuai bg mereka yang ingin kan suasana geopark yang bersesuaian dengan tema hotel tersebut. harga yang diberikan oleh agoda sgt berpatutan dan kami sekeluarga menikmatinga.
lokasi menarik”
berpuas hati... namun agak jauh dari keperluan utama seperti makan dan lain2 (malam)... temnpat menarik dngan adanya cable car yang hanya bersebelahan, taman haiwan, anda boleh memegang rusa, arnab, memberi makan dll, gajah boleh dinaiki... aktiviti lasak...
Menarik, berbaloi dan menyeronokkan. ”
Semua baik.
Sangat tenang dan dekat dengan alam semula jadi.”
Percutian yang tenang dan menyeronokkan, lokasi kegemaran pelancong kerana keindahan tempat peranginan dan aktiviti yang menarik serta keindahan alam semula jadi.
SELESA DAN MENARIK”
SELESA DAN DIKELILINGI DENGAN PERMANDANGAN YANG MENARIK, PUSAT REKREASI YG TERKENAL DAN PUSAT BELI - BELAH YANG BERDEKATAN.
Tenang dan panorama indah”
Geopark Hotel Oriental Village merupakan kawasan rehat yang sesuai bagi pasangan yang inginkan kedamaian dan penuh panorama yang indah. Berdekatan dengan Langkawi cable car. Cuma masa perjalanan ke hotel agak jauh dari jeti atau lapangan terbang.
Lokasi menarik di Gunung Mat Cinchang”
Harga agak berpatutan, hotel ini setaraf dgn 2 bintang shj. Kawasan persekitaran sgt sesuai utk famili kerana byk tempat yg boleh dilawati. Hotel hanya berhadapan dgn stesen cable car gunung Mat Cinchang. Bilik agak kecik dan sempit utk famili.
Lokasi yang menarik”
hotel yang agak menarik untuk di lawati kerana semua ada di sekitar hotel..cable car hanya terletak depan pintu hotel,dan banyak aktiviti yang boleh dilakuakan pada waktu siang juga sesuai untuk anak kecil kerana banyak permainanan...tapi bila malam menjelang sekitar jam 8mlm keadaan berubah sama sekali,,, seperti "ghost town' dan makan pada waktu malam juga restaurant agak jau dari kawasan hotel.
Lokasi Hebat bersebalahan Cable Car”
Bilik hotel yang betul-betul bersebelahan dengan cable car. Pemandangan yang menarik pada waktu petang. terdapat juga tempat untuk menaik gajah bersebelahan dengan hotel. Terdapat juga taman dan tasik yang cantik. amat cantik. terdapat juga pusat spa yang mempunyai urutan ikan.bagus sekali
YBJ”
Pengalaman 3hari 2malam bersama anak-anak amat berkualiti dan mengasyikkan. Suasana bilik boleh dikatakan baik dan memuaskan. Suasana persekitaran amat indah dengan berlatarbelakangkan Gunung Machincang yg turut menempatkan kereta kabel.Pengalaman menaiki kereta kabel amat menarik dan tidak dapat dilupakan.Anak-anak turut seronok bermain dan memberi rusa makan didalam kawasan Oriental Village. Begitu juga pengalaman menyaksikan harimau pertama diLangkawi, amat berkesan terutamanya bagi anak-anak. Banyak ilmu yang boleh dipelajari disekitar kawasan Oriental Village ini.
Hotel Geopark Nampak Mewah”
Keseluruhannya saya berpuas hati menetap selama 3 malam di bilik superior hotel ini. Lokasinya di dalam Oriental Village dan bersebelahan Cable Car sangat mengagumkan.Pelbagai aktiviti boleh dilakukan pada waktu siang. Selain menaiki cable car, kami dapat melihat dan memberi makan arnab, rusa yang sangat jinak dan gajah. Kedudukan haiwan-haiwan ini betul-betul di sebelah hotel kami. Kami juga boleh menunggang gajah!. Selain itu kami dapat berjalan-jalan melihat/membeli cenderahati di lebih 10 buah kedai di sekeliling Oriental Village. Pelbagai aktiviti menarik lagi disediakan di sekitar hotel. Kita boleh berjalan mengelilingi tasik atau menaiki boat sambil memberi ikan makan. Kita boleh berenang di swimming pool yang bersaiz sederhana di sekitar hotel. Tidak perlu risau tentang makanan sebab banyak restoran dan kafe disediakan.Restoran Jepun pun ada!Walaubagaimanapun, keadaan persekitaran hotel sunyi ketika malam. semua kedai cenderahati tutup,hanya beberapa restoran sahaja yg buka. Rasanya lebih meriah kalau ada live band performance atau movie show.
Lokasi sesuai ”
banyak aktiviti boleh dlakukan di dalam oriental village..
Pasti datang lagi”
staff yang baik dan peramah”
Hotel yang menarik, persekitaran yang aman ”
Geopark Hotel merupakan hotel yang bagus,bilik yang besar dan selesa. Sekeliling hotel pula padat dengan kedai,seronok berjalan2 di sekitar hotel tersebut. Hotel pun bersih.
Lokasi menarik, bilik selesa cuma fasiliti bad”
Suasana dan lokasi yang sesuai utk percutian keluarga, pemandangan juga menarik , cuma fasiliti terutama aircond dan tv yang agak kurang memuaskan.