Hebat
Skor lokasi
Wi-Fi percuma semua bilik
bilik wap
penyaman udara
pengemasan harian
pusat kecergasan
Berbaloi dengan harga | 8.1 |
Jarak ke pusat bandar | 25 km |
Rating lokasi | 8.2 |
Lapangan terbang terhampir | Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (SZB) |
Jarak ke lapangan terbang | 6.8 km |
Daftar masuk adalah dari 3:00 PM dan daftar keluar adalah sehingga 12:00 PM. Anda boleh memohon daftar masuk awal atau daftar keluar lewat semasa membuat tempahan, tertakluk kepada ketersediaan. Tetamu yang mendaftar masuk atau keluar sebelum atau selepas tempoh khusus boleh dikenakan bayaran tambahan. Pihak penginapan menawarkan khidmat penyimpanan bagasi kepada tetamu sebelum pendaftaran masuk dan selepas pendaftaran keluar. Meja depan sentiasa dibuka pada siang hari atau malam.
Terletak di bandar Shah Alam, Grand BlueWave Hotel Shah Alam yang bertaraf 5 bintang ini dikelilingi kawasan perumahan mewah dan dekat dengan pusat membeli-belah serta restoran yang menarik. Pengunjung juga boleh singgah ke Plaza Alam Sentral dan Shah Alam Mall. Terdapat 341 buah bilik yang selese dan suites yang dilengkapi kemudahan peralatan moden. Hotel yang berkelas tinggi ini menawarkan lokasi dan bilik yang menarik yang pasti amat sesuai untuk pengunjung yang mempunyai urusan perniagaan mahupun melancong. Grand BlueWave Hotel Shah Alam adalah hotel yang terbaik sekiranya anda berkunjung ke Malaysia.
Kanak-kanak dan katil tambahan
Katil tambahan adalah bergantung kepada bilik yang anda pilih, sila periksa polisi bilik individu untuk maklumat lebih lanjut.
Semua kanak-kanak dialu-alukan.
Umur tetamu | Katil tambahan |
---|---|
Bayi dari 0 hingga 3 tahun [termasuk] | Menginap percuma jika menggunakan katil sedia ada. Katil bayi disediakan atas permintaan |
Kanak-kanak dari 4 hingga 11 tahun [termasuk] | Menginap percuma jika menggunakan katil sedia ada. Jika anda perlukan katil tambahan, caj tambahan akan dikenakan. |
Tetamu yang berumur 12 tahun dan ke atas dianggap sebagai orang dewasa. | Harus guna katil tambahan yang akan dikenakan caj tambahan. |
Lain-lain
![]() Grand BlueWave Hotel Shah Alam | ![]() | Berbaloi! ![]() | ![]() | |
Tempat Makan | Sarapan disediakan | Sarapan disediakan | Sarapan disediakan | Dapur |
Markah oleh tetamu | Hebat 5874 ulasan 8.2 Lokasi 8.2 | Hebat 6473 ulasan 8.3 Lokasi 8.5 | Hebat 4527 ulasan 8.7 Lokasi 8.6 | Baik 72 ulasan 7.2 Lokasi 7.7 |
Kawasan | Shah Alam City Center | Shah Alam City Center | Shah Alam City Center | I City |
Tunjuk ulasan yang menunjukkan
bilik luas dan ada bath tub”
harga berpatutan, bilik luas dan untuk yang ada anak kecil sgt selesa since katil besar, boleh muat 4 orang. ada bath tub untuk anak2 main dan mandi. dan juga kolam di tingkat 4 sangat mendamaikan. terdapat indoor playground untuk anak2 kecil bermain.
Sangat Hebat”
smua memuaskan...
Kebersihan bilik kurang memuaskan, cadar dan sarung bantal x tukar sedangkan saya tinggal 4 malam.”
Keadaan bilik kurang memuaskan, perlu tambahbaik bahagian kekemasan bilik,sepatutnya cadar dan sarung bantal perlu ditukar selepas 2 hari, warna cadar agak lusuh dan kotor. 2. Kedudukan hotel sangat strategik kerana berada di sebelah jalan utama dan tiada masalah pengangkutan. 3. Staf semuanya friendly.
Sangat Bagus”
Bilik dan perabut agak usang berbanding harga hotel yg agak mahal juga.
Sangat Bagus”
cantekk
Sangat Hebat”
Although I was in this hotel for a night, it was very good experience. The condition is perfect for its star ranking. Location not so far from the main town and even i went to Sunway pyramid by grab car with not more than 30 mins. Worth for the money.
Terbaik lah”
Bilik saya diupgrade dari deluxe ke bilik suite. Memang best bilik luas. Tv lcd ada dua. Facility hotel pun ok..ada swimming pool kanak2 dan dewasa, gym dll. Dekat dgn masjid biru Shah Alam dan dataran kemerdekaan.
Selesa dan menyenangkan”
Penginapan yang berbaloi walaupun cuma satu malam. Bilik yang luas dan selesa serta kakitangan yang bersedia membantu.Cuma pihak Hotel tidak menyediakan seterika di dalam bilik hotel atau "upon request" yang mana menyukarkan pengguna untuk ke bilik di tingkat lima( bilik seterika).
Lokasi yang strategik”
Secara keseluruhannya sangat memuaskan, kakitangan hotel yang peramah dan sentiasa sedia untuk membantu. Kemudahan meletak kereta memuaskan. Cuma pemandu yang keluar dari kawasan parkir perlu keluar ke jalan raya dan membuat ü turn di jalan raya untuk kembali semula ke hadapan lobby hotel.
hotel ini menarik.. kemas dan mewah.. ”
saya suka semuanya di sini kecuali tv sahaja.. saya harap in future they can upgrade their tv to LCD flat screen tv.. then i can give 10/10 for hotel review.. also if they can add bath rope.. come on, 5 star hotel..
Bilik hotel yang menarik bersih cantik”
Sangat berpuas hati dengan layanan staff. keadaan bilik yang bersih dan kemas. Ruang bilik yang luas. indoor pool yang menarik, kolam untuk kanak-kanak yang bagus. waktu operasi sehingga 9 malam. Ruang legar yang selesa. internal design yang sangat menarik dan cantik. cuma kawasan letak kereta tingkat bawah agak kecil dan sempit.
Sangat selesa dan menenangkan”
Katil yang selesa, bilik luas dan tab mandi. Sesuai untuk pasangan. Saya menyukai kolam renang, jakuzi dan sauna hotel. Check in dan out yang pantas. Bilik diupgrade dari Deluxe ke Club secara percuma. Internet juga diberi percuma sebagai komplimentari.
Suasana yang tenang”
Hotel ini menyediakan bilik yang selesa dan luas, sesuai dengan keluarga yang bersaiz sederhana. Lokasi di tengah bandaraya shah alam memudahkan saya untuk keluar ke tempat-tempat yang menarik di Shah Alam seperti Tasik Shah Alam, Plaza Alam Sentral dan SACC Mall.
Selesa dan aman”
Hotel ini hebat dan menarik untuk keluarga saya menginap. Ia berada di lokasi bandar dan berdekatan dengan masjid sultan salahuddin shah, shah alam. Pusat-pusat membeli belah berada berhambiran dengan hotel ini. Bangunan-bangunan pertadbiran kerajaan negeri berada berdekatan dengan hotel ini juga. Kedudukan hotel ini berada di kedudukan ditengah-tengah antara kuala lumpur dan bandar diraja klang. Saya akan mencadangkan hotel ini kepada rakan-rakan saya nanti.
Hotel Mewah yang selesa”
Penginapan yang selesa kerana bilik yang luas, tetapi kurang puas hati dengan tv kerana masih menggunakan tv yang lama bukan lcd terkini... air cond kuat sangat walau pun dah tutup maybe aircond luar masuk kedalam bilik, pelayan kaunter check in kurang senyuman maybe sebab saya masuk lambat dah ngantuk agaknya dah pukul 12 tgh malam.. walaubagaimanapun amat selesa...
bilik yang besar dan selesa dan petugas yang mesra”
kami agak terkejut melangkah masuk ke bilik yang baru di refurbish memang cantik nampak seperti hotel baru, kami tidak meletakkan harapan yang tinggi pada mulanya kerana memandangkan keadaan parking kereta yang buruk. Mendaftar masuk dan keluar di concierge adalah cepat memandangkan kami telah menempah lebih awal menggunalan agoda. Khidmat room service amat sedap dan waktu menunggu makanan adalah berpatutan.
Hotel ini adalah hotel yang pertama kali saya stay”
Saya rasakan hotel ini hebat kerana saya dapati ia sebuah hotel yang lama tetapi masih kelihatan cantik dan bersih. Biliknya yang bersih dan luas lagi selesa. Kemudahan internet yang laju dan free. Bilik air yang luas dan selesa untuk pelanggan muslim. Lokasi hotel ini yand berada di tengah ibu negeri selangor iaitu Shah Alam yang berhampiran dengan pusat perniaggaan. Terdapat juga sebuah taman awam yang terletak berhampiran dengan hotel ini. Pekerja hotel yang mesra.
Selesa, makanan sarapan pagi amat menarik”
Memuaskan, check in 3pm, check out 12pm. Agak cepat mendaftar masuk dengan menggunakan perkhidmatan agoda, kerana semua butiran da disediakan. Size bilik agak memuaskan, tapi TV masih TV yang lama, bukan LCD or LED. Channel tempatan adalah lebih dari channel international .
Pilihan yang terbaik adalah hotel ini”
Saya amat selesa menginap di sini kerana layanan yang mesra dari kakitangan. Makanan pun sedap-sedap belaka. Bilik yang selesa, hotel ini di tengah-tengah pusat bandar Shah Alam, mudah untuk mendapatkan keperluan.
Terbaik untuk wang anda. Layan bagus”
Kami di saat akhir membuat booking dengan Agoda. Tak sampai 1/2 jam Booking kami telah tersedia. Front desk yang bagus. Layanan bagus. Bilik yang bagus. Makanan sarapan yang pelbagai. Kolam renang juga bersih. Kami sekeluaraga berpuas hati.