
Green Village Langkawi Resort
Mulakan perjalanan anda ke permulaan yang baik dengan menginap di hartanah ini, yang menawarkan tempat letak kereta percuma. Terletak dengan baik di Pantai Tengah sebahagian daripada Langkawi, penginapan ini meletakkan anda berdekatan dengan tarikan dan pilihan tempat makan yang menarik. Pastikan anda meluangkan sedikit masa untuk melawat Underwater World serta Cenang Beach berdekatan. Sebagai bonus tambahan, restoran disediakan di lokasi untuk memenuhi keperluan anda dengan mudah.
teksi lapangan terbang
tempat letak kereta
Wi-Fi percuma semua bilik
daftar masuk/keluar [ekspres]
kemudahan BBQ
simpanan bagasi
bar
Berbaloi dengan harga yang dikenakan”
sangat berpuas hati menginap di Green Village Langkawi Resort. Staf yang rajin dan peramah. layanan yang baik sepanjang menginap di resort tersebut. lokasi berdekatan pantai tengah. agak tenang berbanding di pantai chenang. sesuai untuk pasangan mahupun yang berkeluarga.
Lihat promosi bilik
Jauh dari jalan utama tapi menyenangkan”
lebih menekankan konsep santai, resort ini menyediakan kemudahan beriadah, gym, snooker, foosball dan kolam renang kecil yang sesuai untuk mereka yang ingin menenangkan fikiran dari arus kemodenan. tiada siaran tv/astro tapi anda boleh meminjam koleksi cd/dvd mahupun buku untuk dibaca tanpa sebarang caj. walaupun bilik agak kecil tetapi ianya dibersihkan setiap hari dan dilengkapi dengan kemudahan membuat air teh/kopi serta dekat dengan pantai dan kedai/cafe lain.
Lihat promosi bilik
Penginapan yang selesa, berbaloi untuk wang anda”
Dengan kemudahan yang disediakan dan bayaran yang mampu untuk percutian santai, green village memang sesuai disinggahi. saya pasti memberitahu kawan-kawan mengenainya.
Lihat promosi bilik
chalet menarik dan cantik cuma bilik agak kecil.”
jika mahukan chalet yg mudah parking dan jauh skit dr kesesakan di pantai chenang,resort ini amat bersesuaian. persekitaran juga amat tenang dan susun atur resort juga menarik. cuma keluasan bilik agak kecil. trdapat swimming pool dan bar .malam bolehn layan wifi dan dvd. layanan juga boleh tahan memuaskan.
Lihat promosi bilik
hotel selesa”
Sangat selesa dan kawasan hotel yang aman. Sangat sesuai bagi mereka yang penat berjalan seharian, pasti mendapat ketenangan di hotel ini.bilik yang sederhana, tandas yang bersih, selesa dengan aircond dan kipas,pemanas air juga disediakan.
Lihat promosi bilik
affordable hotel, near beach”
Berpuas hati dengan bilik. Lokasi menarik. Swimming pool besar. Kena sediakan ubat nyamuk - terlalu banyak nyamuk dan landscape hotel masih boleh diperbaiki.
Lihat promosi bilik
tempat tenang. anak2 suka sbb ada kolam. cumanya jauh skit dr pantai. ”
tempat yg tenang. jauh sedikit dr pantai. cumanya kolam perlu dibersihkan selalu. ada kaca dlm kolam, mgkn sbb mat salleh minum malam trsbt. luka sedikit di kaki anak2 tp dlm kawalan. anak2 masih seronok mandi kolam. sbb tidak berasak2 dgn org ramai.
Lihat promosi bilik
Lokasi baik tetapi bilik kecil”
Layanan kakitangan hotel bagus dan lokasi menarik kerana berdekatan dengan pantai. Bilik terlalu kecil tiada saluran tv tempatan hanya dvd membuatkan kami bosan berada di bilik. Tiada almari untuk menyimpan pakaian & hanya terdapat cermin di bilik air meyebabkan kurang selesa. Pilihan sarapan yang terhad tiada kepelbagaian.
Lihat promosi bilik
family berpuas hati ”
baik,masalah nyamuk tapi xlah teruk sangat masih selesa penginapan yang tenang.. aduan tentang bilik cepat diatasi segala keperluan bilik seperti tuala mandi dan air mineral ditambah tanpa perlu meminta.i like the servis.. bfast walau xbyk pilihan tapi still kenyang dan sedap sesuai dengan harga penginapan.
Lihat promosi bilik
Bad Experience / Pengalaman Buruk”
Bad experience here. Please do not believe the pictures you see in the internet. You will be greeted by a group of dogs upon arrival. Dirty room. There are patches on the sheets, blankets. I had to check out and stay at another hotel. The pool is also dirty. Not suitable for Muslim traveler. ********************* Jangan percaya pada gambar di internet. Palsu belaka. 1. Tiba di kaunter reception untuk Check In - Tunggu 20 minit tiada siapa di kaunter. 2. Anjing menyalak, kemudian sekumpulan anjing muncul di kawasan kaunter reception dan cuba mencium kaki pelanggan. Anak-anak menjerit takut. Terpaksa dihalau agar pergi jauh. 3. Kemudian muncul pemuda, bukan warga tempatan - Ia seperti warga sebelah Afrika. Terkial-kial untuk proses check-in kerana individu yang menjaga kaunter tiada. Pemuda itu hanyalah pekerja housekeeping. 4. Dibawa ke resort rumah papan. Sebaik dibuka, lantai berhabuk. Apabila ditanya, pemuda berkenaan kata ia sudah dikemas. 5. Terkejut cadar, sarung bantal, selimut tidak ditukar. Bau busuk. Ada beberapa kesan tompokan pada cadar, sarung bantal dan pelapik tilam. Ada juga helaian rambut gugur. 6. Bilik mandi, air perlahan. 7. Disediakan minuman Nescafe 3in1 tetapi cerek air (kettle) tidak disedakan. Macam mana nak masak air. Nak bancuh susu anak pun tak boleh. 8. Anjing - Anjing boleh masuk ke kawasan resort kerana pintu pagar tepi resort dibuka. Anjing berkeliaran mencari makan dan buang najis merata tempat. Di tangga resort kita pun dia datang. 9. Kolam renang - Air keruh dan kotor. Daun-daun kering yang gugur terdapat dalam dasar kolam. Untuk kolam kanak-kanak, terdapat pasir iaitu macam orang pijak pasir di laut, datang cuci kaki. 10. Jam 5 petang saya buat keputusan untuk Check-Out. Tak sempat bermalam dan terpaksa booking hotel lain di Kuah. Saya mengadu kepada salah seorang pekerja (penjaga kaunter depan yang merupakan orang Filipina). Dia kata, semua sebenarnya sudah dibersihkan. Dan saya minta dia pergi sendiri dan lihat b
Lihat promosi bilik
MENYERAMKAN!!!”
Saya bercadang untuk tidak lagi stay di sini dilain masa. Gambar yang dipaparkan pada tempahan sama sekali tidak seperti keadaan sebenar resort. Kawasan resort sangat sunyi dan sangat menyeramkan. Kemudahan dalam bilik sudah lama dan kurang bersih. Layan pekerja agak baik tetapi....saya rasa kurang selesa. Bagi pengunjung yang kurang selesa dengan keadaan yang sunyi dan MENYERAMKAN ada baiknya jangan stay di sini.
Lihat promosi bilik
Memuaskan”
Susana yang tenang ala2 kampung...bebas mandi kolam...Wifi yg bagus...chalet yg sesuai untuk keluarga....peti ais yg besar....peralatan yg cukup......cuma tiada channel tv & telifon utk call pengurusan....penggunaan katil kayu yg bagus cuma cantikkan sedikit....tilam,bantal,sarung tilam,sarung bantal,tuala & selimut tolong tukar yg baru...sarapan mungkin boleh cari tukang masak tempatan & menepati garis panduan kementerian kesihatan seperti tidak memakai seluar pendek & selipar....patung2 yg ada disekitar kws mungkin boleh dipindahkan di bilik yg sesuai utk memberi keselesaan pa dangan utk tetamu yg beragama lain.
Lihat promosi bilik
Terima Kasih”
Penginapan yang agak sederhana buat yang mempunyai keluarga dan anak-anak kecil. Pekerja amat mesra dan membantu walaupun bilik yg kami duduki mengalami kebocoran pada sistem penghawa dingin.
Lihat promosi bilik
Percutian di Langkawi yg bertemakan Green Village”
Suasana yg sunyi dan mendamaikan dn sesuai utk anak kecil kerana tersedia kolam renang cuma Keadaan bilik yg kecil, sbg muslim ruang utk solat sempit, pintu tandas yg sudah rosak tombolnya..
Lihat promosi bilik
Pengalaman di Green Village”
Tempat mandi tersumbat. Taman yang kering, rumput byk mati, mungkin sebab cuaca yang panas. Kualiti breakfast perlu diperbaiki
Lihat promosi bilik
Hotel dalam taman”
Gambaran mulanya tidak seperti dalam paparan sesawang. Namun persekitaran yang menarik Dan kondusif beserta faciliti yang mencukupi. Kondisi bilik yang kecil Dan tipikal.
Lihat promosi bilik
Resort yang simple , menarik dan bersih”
Selesa , simple dan dekorasi antik yg menarik, staff yang membantu. Tiada siaran tv tetapi dvd player disediakan
Lihat promosi bilik
Keselesaan hotel dgn keadaan kolam renang”
Memuaskan hati saya
Lihat promosi bilik
JIMAT UTK WANG”
URUSAN BERJALAN LANCAR. KAKITANGAN YG MESRA DAN TERBAIK UTK PERCUTIAN BAJET ANDA.
Lihat promosi bilik
dikelilingi kebun”
privasi tetapi keadaan chalet mengamalkan pelbagai agama, penuh dengan pokok-pokok seperti kebun.
Lihat promosi bilik