Hotel Seri Malaysia Marang
Tempat letak kereta dan Wi-Fi sentiasa percuma, jadi anda boleh kekal berhubung dan datang dan pergi sesuka hati. Terletak dengan baik di Kampung Paya sebahagian daripada Marang, penginapan ini meletakkan anda berdekatan dengan tarikan dan pilihan tempat makan yang menarik. Kolam renang dalam, restoran dan kolam renang luar adalah antara kemudahan istimewa yang akan meningkatkan penginapan anda dengan kemudahan di lokasi.
Tunjuk lagi
Sorotan
Fasiliti
tempat letak kereta
Wi-Fi percuma semua bilik
peti deposit keselamatan
lawatan
Wi-Fi di tempat awam
Hotel yang selesa dan terbaik di Marang”
Hotel Seri Malaysia Marang adalah satu-satunya hotel yang terbaik yang ada di Marang memandangkan tiada hotel lain yang setaraf di kawasan tersebut. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kekurangan terutama dari segi keadaan bangunan & bilik yang agak usang. Terdapat serangga seperti nyamuk dan lipas, mungkin kerana kurangnya pemantauan oleh pihak hotel. Penghawa dingin juga nampak agak kurang diselenggara namun boleh dipakai. Servis oleh staff adalah bagus & mereka sedia membantu pelanggan yang memerlukan sebarang bantuan. Kedudukan hotel ini yang tidak berada di tepi pantai mungkin tidak menjadi pilihan orang ramai tetapi sesuai bagi mereka yang mempunyai urusan tertentu di sekitar Marang. Secara keseluruhannya, hotel ini agak selesa dan berbaloi dengan wang yang perlu dibelanjakan.
Lihat promosi bilik
Hotel yang selesa dan menjimatkan ”
Hotel Seri Malaysia Marang adalah satu-satunya hotel yang terbaik di Marang memandangkan tiada hotel lain yang setaraf dengannya di sekitar Marang. Walau bagaiamanapun terdapat beberapa kekurangan di hotel ini terutama sekali keadaan bangunan dan bilik yang agak uzur. Terdapat juga serangga seperti nyamuk dan lipas berkeliaran mungkin disebabkan kurangnya pemantauan oleh pihak hotel. Penghawa dingin juga agak kurang uzur tetapi masih lagi berfungsi dengan baik. Perkhidmatan oleh staff yang mesra dan sedia membantu pelanggan yang memerlukan bantuan. Lokasi hotel agak kurang menarik kerana tidak berada di tepi pantai dan pelanggan perlu berjalan kaki jauh untuk menuju ke sana. Secara keseluruhannya, hotel ini begitu sesuai bagi mereka yang mementingkan ketenangan suasana dan dapat memberi penjimatan wang ringgit.
Lihat promosi bilik
Hotel yang agak selesa dan berbaloi”
Hotel Seri Malaysia Marang adalah satu-satunya hotel yang terbaik di Marang memandangkan tiada hotel lain yang setaraf ada di sekitar Marang. Walau bagaiamanapun terdapat beberapa kekurangan di hotel ini terutama sekali keadaan bangunan dan bilik yang agak usang. Terdapat juga serangga seperti nyamuk dan lipas berkeliaran, mungkin kerana kurangnya pemantauan oleh pihak hotel. Penghawa dingin juga agak kurang diselenggara tetapi masih lagi berfungsi dengan baik. Perkhidmatan oleh staff yang mesra dan sedia membantu pelanggan yang memerlukan sebarang bantuan. Lokasi agak kurang menarik kerana tidak berada betul-betul di tepi pantai dan pelanggan terpaksa berjalan kaki jika hendak ke sana. Secara keseluruhan, hotel ini amat sesuai bagi mereka yang mementingkan ketenangan dan penjimatan wang ringgit.
Lihat promosi bilik
Hotelnya agak baik dan layanan juga baik”
Keadaan hotelnya agak sederhana, bilik yang kami menginap agak selesa. Lokasi hotel adalah baik kerana berhampiran dengan pantai dan bandar Marang. Selain itu, di sekitar hotel terdapat gerai-gerai makan yang dibuka waktu malam bagi kemudahan pengunjung yang ingin menekmati suasana malam di tepi pantai.
Lihat promosi bilik
Hotel di atas bukit”
Biasanya memilih hotel kerana lokasi, kali ini mencari hotel dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Dungun. Lokasi di atas bukit, manakala pemandangannya ke Laut China Selatan. Terdapat kolam renang kecil untuk kanak-kanak bermain, dihadapannya terdapat taman perbandaran, bolehla kalu nak bersenam...bagi yang nak ke Pulau Kapas (dekat je) boleh juga kalu nak bermalam di sini dulu... dekat je dengan Jeti Marang.
Lihat promosi bilik
penginapan paling best dan hebat”
Terlalu hebat.itu yang boleh saya katakan.walaupun penginapan ini dikatakan bertaraf 2 bintang, saya rasakan ia seperti 5 bintang. Layanan pwtugas yang sangat memuaskan dan baik hati.makanan yang sedap.keselesaan bilik yang sangat mengagumkan.saya rasakan semua orang wajib menikmati keindahan hotel ini.tambahan lokasi bersebelahan laut yang sangat mendamaikan.
Lihat promosi bilik
LOKASI DAN FASILITI”
BAGI SAYA SEMUA ADALAH TERBAIK. RATEING STAR PADA RUANGAN FACILITIES DIBERI 4 BINTANG SBB HOTEL INI MERUPAKAN PREMIS LAMA. TAK LOGIK LA NAK BAGI 5 BINTANG.
Lihat promosi bilik
Sesuai untuk pasangan baharu kahwin (sunyi)”
Secara umumnya, situasi bilik dan kadar bayaran amat sesuai dirasakan. amat berbaloi. Cuma, masalah pintu bilik yg agak sukar dibuka. Dua(2) kali saya terpaksa memanggil staf hotel membantu untuk membuka pintu bilik saya (ini bukan cerita dongeng). Satu Perkara lagi, kebetulan bilik saya berhampiran pondok jaga (pengawal). Setiap kali saya lihat.. tidak sekalipin ada pengawal di situ. Mungkin kebetulan semasa saya lihat pengawal sedang meronda?! Apapun, tahniah atas perkhidmatan yang diberikan. Saya sekali lagi menegaskan..
Lihat promosi bilik
selesa dan amat berbaloi dengan caj.”
Very simple hotel and suitable for small family with pool facilities.
Lihat promosi bilik
hotel cantik dan pemandangan menarik ”
Tempat menarik. Harga bilik yang tidak mahal kerana pada masa ini restoren tidak beroperasi. Mudah untuk menikmati makanan tradisional orang terengganu.
Lihat promosi bilik
Saluran tv tidak jelas.”
Walaupun kami duduk di bilik dalam tempoh yang singkat hanya untuk berehat dan bermalam tetapi kami perlu menonton televisyen sebagai santai minda. Namun penerimaan saluran tidak jelas. Hanya saluran tv9 tapi gambar tidak jelas. Bosan...
Lihat promosi bilik
Hotel Yang Sunyi ..”
Hotel sunyi..Tiada Penginap selain kumpulan kami.. nasib baik ambik 3 bilik. Hotel akan ditutup tidak lama lagi. Bilik pertama yang diberi tiada tv
Lihat promosi bilik
hotel yang berpatutan”
penginapan yang baik dan hotel berada di dalam kelasnya.
Lihat promosi bilik
Tempat menarik dengan harga berpatutan.”
Berdekatan di kuala sungai dan perkampungan nelayan.
Lihat promosi bilik
Baik”
Tidak sesuai untuk warga emas kerana tiada lif untuk ke tingkat atas
Lihat promosi bilik
Phone, televisyen and enternet sighnal poor...”
Cuba bagi yang terbaik
Lihat promosi bilik
penginapan yang selesa dan memuaskan”
penginapan yang selesa.kawasan yang tenang.parkir yang memuasakan.cuma tahap keselamatan agak membimbangkan disebabkan terdapat sedikit kerosakkan pada tangga.kolam juga agak kecil.
Lihat promosi bilik
selesa”
selesa
Lihat promosi bilik
Kemudahan hotel perlu ditingkatkan”
kurang memuaskan kerana siaran televisyen yg kurang jelas serta tidak ada makan pagi disediakan.. sebab cafe ditutup
Lihat promosi bilik
lokasi menarik”
Lokasi berhampiran jeti ke pulau kapas. Katil nampak usang dan air cond yg lama.
Lihat promosi bilik