Dasar Kerahsiaan Agoda


Pengenalan

Kemas Kini Terakhir pada Jun 2017

Agoda.com dimiliki dan diusahakan oleh Agoda Company Pte. Ltd. (“Agoda” atau "kami"), sebuah syarikat yang berdaftar di Singapura. Dasar Kerahsiaan berikut menerangkan cara kami sebagai pengawal data mengumpul, menggunakan, mendedahkan dan memproses maklumat peribadi yang kami kumpul tentang individu (“Data Peribadi”) yang berkaitan dengan perkhidmatan yang disediakan oleh Agoda melalui laman yang beralamat di www.agoda.com ("Laman"). Rujukan kepada Laman disifatkan sebagai termasuk terbitannya, termasuk tetapi tidak terhad kepada laman sesawang dan aplikasi mudah alih. Dengan melawat Laman ini, anda membenarkan Agoda mengumpul, menggunakan, mendedahkan dan memproses Data Peribadi anda seperti yang diterangkan dalam Dasar Kerahsiaan ini.

Agoda boleh menyemak semula Dasar Kerahsiaan ini dari semasa ke semasa untuk menggambarkan perubahan dalam undang-undang, amalan kami dalam pengumpulan dan penggunaan Data Peribadi, ciri-ciri Laman kami atau kemajuan dalam teknologi. Jika kami membuat penyemakan semula yang mengubah cara kami mengumpul atau menggunakan Data Peribadi anda, perubahan tersebut akan dimasukkan dalam Dasar Kerahsiaan ini dan tarikh ia berkuat kuasa akan tertera di bahagian awal Dasar Kerahsiaan ini. Oleh itu, anda patut menyemak Dasar Kerahsiaan ini dari semasa ke semasa supaya anda mengetahui dasar dan amalan terkini kami. Agoda juga akan menyiarkan sebarang perubahan material sebelum melaksanakan perubahan tersebut. Jika anda tidak bersetuju dengan apa-apa perubahan atau pindaan kepada Dasar Kerahsiaan ini, sila berhenti daripada menggunakan Laman ini. Anda akan dianggap sebagai telah bersetuju dengan apa-apa pindaan kepada Dasar Kerahsiaan ini apabila anda menggunakan Laman ini selepas tarikh kuat kuasa pindaan.

Maklumat Yang Kami Kumpul

Kami mengumpul Data Peribadi anda yang anda berikan kepada kami semasa menggunakan Laman ini. Data Peribadi mungkin termasuk nama anda, alamat, nombor telefon, butiran kad kredit, alamat e-mel, nama penginapan, lokasi penginapan dan/atau tempoh menginap. Sebagai tambahan, apabila menggunakan Laman kami, walaupun anda tidak membuat tempahan, kami boleh mengumpul maklumat lain seperti alamat IP anda, data geografi, kewarganegaraan dan kata laluan anda, keutamaan carian bagi carian khusus, pelayar yang anda gunakan, dan maklumat sistem operasi komputer anda, versi aplikasi, tetapan bahasa dan halaman yang telah ditunjukkan kepada anda. Jika anda menggunakan peranti mudah alih, kami juga mungkin mengumpul data yang mengenal pasti peranti mudah alih anda, tetapan dan ciri-ciri khusus peranti dan maklumat latitud/longitud, dan jika anda menyertai program Agoda, kami mungkin mengumpul maklumat tambahan terhad daripada penginapan tentang penginapan anda, sebagai contoh, senarai caj (tanpa nama) sebagai sebahagian daripada program 'Agoda Reception'. Apabila anda membuat tempahan, sistem kami merekod kaedah dan laman sesawang yang anda gunakan untuk membuat tempahan.

Melindungi Data Peribadi Anda

Bagi menghalang akses tanpa izin, kami mengekalkan prosedur fizikal, elektronik dan organisasi yang munasabah untuk melindungi Data Peribadi terhadap pemusnahan secara tidak sengaja atau yang menyalahi undang-undang atau kehilangan secara tidak sengaja, pengubahan, atau pendedahan atau akses tanpa izin. Bagi melindungi transaksi kad kredit, Agoda.com menggunakan teknologi Lapisan Soket Selamat untuk menyulitkan maklumat kad kredit semasa transit.

Cara Kami Menggunakan Maklumat Yang Kami Kumpul - Kad Kredit dalam Fail

i) Penggunaan Umum: Kami menggunakan Data Peribadi dan maklumat lain yang dikumpulkan melalui Laman ini untuk (a) mendaftarkan anda dengan Laman dan mencipta akaun pengguna anda, (b) menyediakan produk dan perkhidmatan yang anda minta (terutamanya untuk memproses dan mengesahkan tempahan anda dengan pembekal penginapan atau pembekal lain) selepas mengesahkan kelayakan anda, (c) menyampaikan kepada anda maklumat tentang produk dan perkhidmatan kami di Laman ini atau di laman sesawang lain dan untuk berkomunikasi dengan anda setakat yang perlu untuk menyediakan perkhidmatan yang diminta tersebut, (d) membangunkan ciri-ciri yang akan menjadikan perkhidmatan yang disediakan di Laman ini lebih mudah untuk digunakan, (e) menambah baik pengalaman pengguna, latihan dalaman dan tujuan pengoptimuman am, (f) mengesan dan mencegah fraud dan kegiatan haram atau tidak diingini yang lain, atau (g) menghubungi anda sekiranya terdapat masalah dengan tempahan anda. Hal ini termasuk permintaan belian yang lebih pantas, khidmat sokongan pelanggan yang lebih baik dan notis perkhidmatan baharu serta tawaran istimewa yang tepat pada masanya.

ii) Aktiviti Pemasaran dan Peringatan: Kami juga menggunakan maklumat anda untuk aktiviti pemasaran, seperti yang dibenarkan undang-undang. Sebagai contoh:

  • Apabila anda membuat tempahan dengan kami, mendaftar akaun pengguna, melengkapkan atau mengisi maklumat di dalam borang tempahan, atau memberikan maklumat perhubungan anda, kami boleh menggunakan maklumat perhubungan anda untuk menghantar berita tentang produk dan perkhidmatan yang berkaitan dan berguna untuk pengembara. Dengan kebenaran anda – jika kebenaran diperlukan oleh undang-undang tempatan – kami juga akan mengirim surat berita berkala menerusi e-mel. Anda boleh memilih untuk keluar atau berhenti melanggan daripada komunikasi pemasaran kami pada bila-bila masa menggunakan pautan "Unsubscribe" dalam setiap surat berita atau komunikasi, atau anda boleh menguruskan langganan menerusi akaun anda (jika anda mempunyai akaun).
  • Berdasarkan maklumat yang anda kongsikan dengan kami, tawaran individu mungkin akan dipaparkan kepada anda di Laman, dalam aplikasi mudah alih atau laman sesawang pihak ketiga, termasuk laman media sosial. Tawaran ini mungkin merupakan tawaran yang anda boleh tempah terus di Laman, atau tawaran atau produk pihak ketiga yang kami fikir anda mungkin berminat.
  • Jika anda masih belum memuktamadkan tempahan dalam talian, kami akan menghantar peringatan untuk meneruskan tempahan anda. Kami percaya perkhidmatan tambahan ini berguna untuk anda kerana ia membolehkan anda meneruskan tempahan tanpa perlu membuat carian semula penginapan atau mengisi semula maklumat tempahan dari awal.
  • Sila lihat seksyen di bawah dengan tajuk “Kuki, Tag Halaman dan Penggunaan Data” tentang cara kami menggunakan data ini untuk tujuan pengiklanan.
  • Harap maklum, e-mel pengesahan dan mesej teks yang dihantar selepas anda membuat tempahan dan juga e-mel ulasan tetamu yang dihantar selepas anda pulang bukan merupakan mesej pemasaran. Mesej-mesej ini adalah sebahagian daripada proses tempahan anda. Mesej-mesej ini masing-masing mengandungi maklumat untuk anda mendaftar masuk di penginapan yang ditempah, dan alat untuk anda menilai penginapan selepas pulang. Anda akan terus menerima mesej-mesej ini walaupun anda telah memilih untuk tidak menerima mesej pemasaran kami.

    iii) Kad Kredit dalam Fail: Semasa log masuk, anda boleh menyimpan maklumat kad kredit dalam akaun peribadi anda untuk membuat tempahan dan pembayaran lebih pantas pada masa hadapan. Butiran kad anda sentiasa selamat menggunakan penyulitan tahap tinggi dan anda boleh log masuk ke akaun peribadi anda untuk memadam, mengedit atau menambah butiran tertentu kad kredit. Atas faktor keselamatan, nombor tidak boleh diedit (tetapi butiran kad boleh dipadamkan). Apabila melihat butiran kad, hanya 4 digit terakhir boleh dilihat. Harap maklum, kami akan menyimpan 4 digit terakhir kad kredit anda dengan selamat setelah tempahan dibuat (ini perlu untuk menguruskan sebarang bayaran balik untuk tempahan tersebut).

    Perkongsian Data Peribadi Anda

    Agoda boleh berkongsi Data Peribadi anda dengan pembekal seperti pihak penginapan, pihak ketiga yang membekalkan penginapan seperti Booking.com dan pihak ketiga lain yang kami lantik untuk menjalankan perkhidmatan bagi pihak kami, seperti program kesetiaan pihak ketiga, perkhidmatan pengehosan sesawang, analisis data, pemasaran (juga di laman sesawang pihak ketiga tersebut), perkhidmatan pelanggan, perkhidmatan kad kredit dan pembayaran serta perkhidmatan lain yang berkaitan. Jika anda menyertai program 'Agoda Reception' seperti yang dijelaskan dalam Terma Penggunaan, Agoda boleh berkongsi data kad kredit anda dengan penginapan yang anda tempah, namun hanya setakat yang perlu bagi membolehkan program 'Agoda Reception' dan caj berkaitan oleh penginapan yang ditempah. Pihak ketiga tersebut bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan dan kerahsiaan Data Peribadi serta memproses Data Peribadi tersebut hanya dengan arahan kami.

    Seperti yang dinyatakan dalam Terma Penggunaan dan bagi membolehkan Agoda menawarkan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan, Agoda mungkin mendapatkan penginapan daripada pihak ketiga yang membekalkan penginapan dan sehubungan itu, Agoda boleh berkongsi Data Peribadi anda dengan pihak ketiga tersebut, yang mungkin juga termasuk syarikat lain di bawah Priceline Group seperti Booking.com, tetapi hanya setakat maklumat yang diperlukan untuk memastikan tempahan Agoda anda ditempah dengan penginapan berkaitan. Selanjutnya, dan untuk tujuan yang sama, pihak ketiga yang membekalkan penginapan tersebut juga boleh berkongsi Data Peribadi anda hanya setakat yang diperlukan dengan penginapan berkaitan yang telah dikontrakkan oleh mereka. Dalam kes tersebut, Agoda akan terus menyediakan perkhidmatan tempahan dan perkhidmatan sokongan lain yang berkaitan dengan penginapan yang anda tempah melalui Agoda.

    Dalam sesetengah kes, Agoda mungkin memerlukan anda membuat transaksi terus dengan pihak ketiga untuk mendapatkan perkhidmatan, atau apabila anda menggunakan Laman ini untuk menempah bilik penginapan atau mendapatkan perkhidmatan lain (seperti mata di bawah program kesetiaan pihak ketiga), kami boleh memberikan Data Peribadi anda kepada penginapan tersebut atau pihak ketiga lain yang terlibat.

    Agoda boleh mencadangkan perkhidmatan lain (biasanya “tambahan”) untuk membantu merancang perjalanan anda, untuk menawarkan faedah tertentu (cth. mendapat mata untuk program kesetiaan atau perbatuan pihak ketiga) atau untuk tujuan lain yang mungkin menarik minat anda. Perkhidmatan-perkhidmatan ini ditawarkan oleh pihak ketiga. Seperti yang dinyatakan di atas, data berkaitan tentang perkhidmatan ini mungkin akan dikongsi dengan pihak ketiga tersebut untuk memastikan perkhidmatan optimum.

    Rakan Perniagaan Kami bekerja dengan rakan-rakan perniagaan dari seluruh dunia. Sesetengah rakan perniagaan ini mengedarkan atau mengiklankan perkhidmatan kami serta membantu rakan perniagaan kami yang lain mengedarkan dan mengiklankan perkhidmatan berkaitan pelancongan mereka sendiri. Rakan-rakan perniagaan ini mungkin termasuk kumpulan Priceline, sebuah kumpulan termasuk agoda.com. Ini bermakna perkhidmatan mereka diintegrasikan dengan laman sesawang/aplikasi kami, mereka boleh menunjukkan anda iklan yang telah disesuaikan, atau perkhidmatan tempahan dalam talian agoda.com diintegrasikan dalam laman sesawang/aplikasi mereka.

    Apabila anda membuat tempahan melalui salah satu laman sesawang atau aplikasi rakan perniagaan kami, sesetengah data peribadi yang anda berikan kepada mereka akan dihantar kepada kami. Jika khidmat pelanggan disediakan oleh rakan perniagaan, agoda.com akan berkongsi butiran berkaitan tempahan anda dengan rakan perniagaan (seperti dan apabila diperlukan) untuk menyediakan khidmat sokongan yang sesuai dan cekap kepada anda. Apabila anda membuat tempahan menerusi salah satu laman sesawang rakan perniagaan kami, rakan perniagaan tersebut boleh menerima sebahagian daripada data peribadi anda yang berkaitan dengan tempahan tersebut. Data ini digunakan untuk tujuan dalaman mereka (seperti tujuan analisis) dan, jika diminta oleh anda, untuk pentadbiran program kesetiaan atau pemasaran.

    Apabila anda membuat tempahan di laman sesawang rakan perniagaan kami, sila baca dahulu dasar kerahsiaan mereka jika anda ingin memahami cara rakan perniagaan kami memproses data peribadi anda. Apabila kami menawarkan anda produk dan/atau perkhidmatan berkaitan pelancongan yang lain, maklumat anda boleh dikongsi dengan rakan perniagaan yang mengambil bahagian untuk tujuan memproses permintaan anda. Untuk tujuan pengesanan dan pencegahan fraud dan seperti yang diperlukan, kami juga boleh berkongsi maklumat tentang pengguna kami dengan rakan perniagaan.

    Melainkan untuk pendedahan yang dinyatakan dalam Dasar Kerahsiaan ini atau sebagaimana yang diperlukan atau dibenarkan oleh undang-undang dalam mana-mana bidang kuasa berkaitan seperti yang dinyatakan di bawah, dan pendedahan Data Peribadi anda dan maklumat yang diperlukan untuk melengkapkan tempahan anda dengan penginapan pilihan anda, dan perkongsian Data Peribadi tertentu dengan rakan perniagaan terpilih jika berkaitan (butiran anda akan digunakan untuk tujuan laporan dan analisis sahaja), kami tidak akan mendedahkan Data Peribadi anda kepada pihak ketiga tanpa kebenaran anda. Walau bagaimanapun, kami berhak untuk mendedahkan Data Peribadi anda kepada (kumpulan) syarikat sekutu kami (di dalam dan di luar negara asal anda), termasuk pekerja (kumpulan) syarikat sekutu kami dan ejen dan wakil kami yang boleh dipercayai yang mempunyai akses kepada maklumat ini dengan kebenaran kami dan yang perlu tahu atau mempunyai akses kepada maklumat ini untuk melaksanakan perkhidmatan yang diminta oleh anda (termasuk perkhidmatan pelanggan) dan penyiasatan (audit/pematuhan) dalaman.

    Agoda boleh, selaras dengan undang-undang yang diguna pakai, mendedahkan Data Peribadi untuk melindungi diri kami terhadap liabiliti, menjawab sepina, proses kehakiman, permintaan sah, waran atau serupanya daripada pihak berkuasa atau pegawai penguat kuasa undang-undang, untuk menyiasat fraud atau kesalahan lain atau sebagaimana yang diperlukan atau dikehendaki untuk mematuhi undang-undang yang diguna pakai, memelihara kepentingan kami atau kepada pembeli yang berkaitan dengan sebarang jualan, penyerahan atau pemindahan lain kesemua atau sebahagian daripada perniagaan atau syarikat kami. Kami juga boleh, selaras dengan undang-undang yang diguna pakai, mendedahkan Data Peribadi untuk menguatkuasakan atau mengenakan terma dan syarat yang berkaitan dengan perkhidmatan kami, atau melindungi hak, harta atau keselamatan Agoda, pengguna kami atau orang lain.

    Dalam keadaan yang diterangkan di atas, penerima Data Peribadi mungkin berada di bawah bidang kuasa yang mungkin tidak menyediakan tahap perlindungan data yang setara dengan bidang kuasa di tempat anda.

    Dasar Kami Tentang Kuki, Tag Halaman dan lain-lain

    Dengan mengunjungi Laman kami, anda memberi kebenaran untuk penggunaan kuki, tag, piksel, kit pembangunan laman sesawang ("SDK") dan antaramuka program aplikasi ("API") seperti yang diterangkan di bawah. Laman kami menggunakan sesi dan kuki berterusan serta tag halaman untuk mengumpul dan menyimpan maklumat tertentu tentang anda. Kuki adalah secebis data yang dihantar ke komputer anda daripada Laman dan disimpan dalam cakera keras komputer anda. Tag halaman ialah secebis kod yang membaca dan menulis data kuki. Kuki atau tag halaman mungkin daripada Agoda dan/atau pihak ketiga yang bekerja dengan kami. Kuki sesi lenyap dari komputer anda apabila anda menutup pelayar. Kuki berterusan kekal di komputer anda selepas pelayar telah ditutup, tetapi boleh dipadamkan pada bila-bila masa melalui tetapan pelayar anda. Penggunaan kuki dan tag halaman mungkin berbeza dan diterangkan dalam seksyen yang berkaitan di bawah.

    Memilih Keluar

    Jika anda ingin menghalang pelayar anda daripada menerima kuki, jika anda ingin dimaklumkan apabila kuki disimpan pada komputer anda atau jika anda mahu memadamkan kuki daripada komputer anda, sila lakukan perubahan yang perlu dalam tetapan pelayar Internet anda, biasanya di bawah bahagian "Help" atau "Internet Options". Jika anda mematikan atau memadam kuki dalam tetapan pelayar Internet anda, anda mungkin tidak dapat mengakses fungsi atau ciri penting Laman ini, dan anda akan dikehendaki untuk memasukkan semula butiran log masuk anda. Sila ambil perhatian bahawa memilih untuk tidak menyimpan kuki pihak ketiga (lihat di bawah) tidak bermakna bahawa anda tidak lagi akan menerima atau terdedah kepada pengiklanan dalam talian atau analisis pemasaran. Ia bermakna bahawa rangkaian yang anda pilih untuk keluar tidak lagi akan menghantar iklan yang disesuaikan dengan keutamaan sesawang dan corak penggunaan anda. Sila ambil perhatian juga bahawa jika anda memadamkan semua kuki dalam pelayar anda, atau menggunakan pelayar atau komputer berbeza, anda perlu melengkapkan prosedur pilih keluar sekali lagi.

    Maklumat dan Alat Pilih Keluar

    Jika anda inginkan maklumat lanjut tentang amalan pengumpulan maklumat oleh syarikat pengiklanan pihak ketiga dan pilihan anda untuk mengecualikan maklumat ini daripada digunakan oleh syarikat-syarikat ini, atau anda mahu dikeluarkan daripada pemasaran keutamaan dalam talian, anda boleh menggunakan alat pilih keluar berikut:

    Program pengiklanan tingkah laku NAI:

    http://www.networkadvertising.org/consumer/opt_out.asp;

    dan berkenaan aplikasi mudah alih kami, anda boleh menggunakan alat pilih keluar berikut:

    http://www.google.com/ads/preferences/html/intl/en/mobile-about.html;

    dengan menghantar e-mel kepada appsflyer di: privacy@appsflyer.com

    Untuk dikeluarkan daripada program analisis, anda boleh menggunakan alat berikut:

    https://tools.google.com/dlpage/gaoptout?hl=en;

    http://www.microsoft.com/en-us/privacystatement/default.aspx;

    https://help.yahoo.com/kb/SLN4525.html;

    http://help.yahoo.co.jp/common/sys/sys-26.html;

    http://www.baidu.com/duty/safe_control.html

    Agoda mungkin menambah pautan lain yang berkaitan dari semasa ke semasa untuk menyokong hak kerahsiaan anda.

    Kuki, Tag Halaman dan Penggunaan Data

    Kuki Agoda

    Agoda menggunakan kuki sesi untuk memastikan anda dilog masuk sepanjang lawatan anda ke Laman.

    Agoda menggunakan kuki berterusan untuk "mengindividukan" Laman untuk setiap pengguna dengan mengingati maklumat tentang lawatan dan aktiviti pengguna di Laman, contohnya, bahasa yang anda pilih, atau butiran log masuk anda supaya anda tidak perlu memasukkan semula butiran tersebut pada lawatan akan datang ke Laman.

    Agoda juga menggunakan kuki berterusan atau tag halaman untuk menganalisis tingkah laku anda semasa melayari Laman untuk membolehkan kami memperbaiki Laman dan perkhidmatan kami serta menyesuaikan pengiklanan kami (melalui e-mel, di Laman kami, dan di laman sesawang lain) mengikut minat pengguna kami. Kuki dan tag halaman sedemikian mengumpul maklumat mengenai halaman yang anda lawati di Laman dan carian yang anda lakukan.

    Analisis Laman Sesawang

    Pihak ketiga mungkin menggunakan kuki berterusan untuk menganalisis tingkah laku anda semasa melayari Laman ini serta laman sesawang lain yang membolehkan kami untuk memperbaiki Laman dan perkhidmatan kami. Platform analisis laman sesawang mungkin akan digunakan bagi mengumpul maklumat bukan peribadi untuk laporan seperti laporan tanggapan, laporan demografik dan laporan minat. Untuk memilih dikeluarkan daripada pengumpulan maklumat oleh pihak ketiga untuk tujuan analisis, sila klik pada satu atau lebih pautan pihak ketiga dalam seksyen "Alat Pilih Keluar" di atas.

    Kuki Pihak Ketiga, Tag Halaman dan Data Cincang

    Syarikat-syarikat pengiklanan pihak ketiga kami mungkin meletakkan kuki atau tag halaman pada beberapa halaman yang anda lawati di Laman ini. Kuki atau tag halaman ini direka untuk mengumpul maklumat bukan peribadi untuk menganalisis minat dan carian ketika melawat Laman kami dan untuk memberi anda perkhidmatan iklan yang disesuaikan kepada minat dan carian anda apabila anda melawat Laman kami atau laman sesawang lain atau semasa anda menggunakan aplikasi mudah alih. Maklumat bukan peribadi yang dikumpul melalui kuki dan tag halaman mungkin boleh dikongsi dengan pihak ketiga yang lain bagi tujuan menguruskan dan mensasarkan iklan dan untuk analisis penyelidikan pasaran. Sebagai tambahan, kami boleh berkongsi data cincang sehala (tidak boleh ditafsirkan) dengan pembekal pihak ketiga yang menggunakan produk penyasaran pengiklanan. Pembekal pihak ketiga tersebut biasanya menggunakan pengenal pasti peranti cincang untuk menghubungkan pengenal pasti tersebut kepada pengguna mereka sendiri dan menyampaikan iklan yang disesuaikan mengikut sejarah lawatan pengguna ke Laman. Akibatnya, pembekal pihak ketiga akan menunjukkan iklan kami dan/atau rakan kongsi kami di laman sesawang atau aplikasi mudah alih lain.

    Pengiklanan

    Agoda boleh menggunakan kombinasi kuki dan tag halaman di atas untuk menyesuaikan pengalaman anda dengan Laman, aplikasi mudah alih dan iklan kami mengikut keutamaan anda. Kami menggunakan paparan dan pemasaran semula carian untuk menyesuaikan kandungan iklan untuk pengalaman lebih baik.

    Sekiranya pengiklanan lain tidak memerlukan penggunaan kuki atau tag halaman, data pihak ketiga digunakan untuk menentukan masa iklan Agoda akan ditunjukkan.

    Agoda berusaha secara munasabah untuk tidak mengumpul, dan untuk menghalang penggunaan maklumat peribadi dalam pengiklanan pihak ketiga, melainkan anda telah memberikan kebenaran. Untuk memilih dikeluarkan daripada pengumpulan maklumat oleh pihak ketiga untuk tujuan pengiklanan, sila klik pada pautan pihak ketiga dalam seksyen "Alat Pilih Keluar" di atas.

    Pengiklanan dan kandungan di laman sesawang lain

    Agoda menggunakan alat-alat pihak ketiga untuk mengedarkan iklan di pelbagai laman sesawang. Agoda tidak menyokong atau mengesahkan matlamat, tujuan atau kenyataan laman sesawang yang memaparkan iklan kami.

    Maklumat daripada rakan lain

    Dalam sesetengah kes, entiti sekutu, rakan perniagaan atau pihak ketiga lain boleh berkongsi maklumat dengan kami. Sebagai contoh, jika anda masuk atau log masuk ke Laman kami melalui media sosial seperti Facebook, kami boleh mengumpul maklumat daripada anda seperti nama pengguna, imej, senarai rakan dan maklumat lain yang dibenarkan digunakan oleh kami melalui perkhidmatan tersebut. Secara amnya, kebenaran untuk memberikan maklumat tersebut adalah melalui pembekal perkhidmatan tersebut sendiri dan bergantung kepada penggunaan aplikasi daftar masuk tunggal pembekal perkhidmatan atau perkhidmatan serupa yang lain. Secara amnya, kami boleh bekerjasama dengan rakan kami untuk menggunakan maklumat ini bagi menambah baik dan mengindividukan penggunaan Laman kami selaras dengan dasar ini.

    Kami telah berkerjasama dengan Facebook untuk menyediakan kandungan yang diindividukan di Agoda untuk ahli Facebook. Jika anda adalah pengguna Facebook dan Agoda dan telah log masuk ke Agoda menerusi fungsi daftar masuk tunggal Facebook, Laman kami akan diindividukan untuk anda dengan memaparkan sejarah maklumat/penginapan rakan Facebook anda dan juga penginapan akan datang di penginapan yang boleh ditempah melalui Laman ini, melainkan anda memilih untuk dikeluarkan daripada fungsi ini (lihat maklumat lanjut di bawah). Maklumat yang dipaparkan termasuk nama, nama penginapan, data tentang penginapan, lokasi penginapan, ulasan anda di peginapan lampau, bilik hotel dan harga bilik hotel. ("Maklumat Penginapan"), dan maklumat berkaitan boleh dipaparkan dan diindividukan untuk anda di halaman carian penginapan di Laman, dan kalendar carian antara tempat lain. Tambahan, Maklumat Penginapan anda juga akan dipaparkan kepada rakan Facebook anda yang juga merupakan pelanggan Agoda dan telah mendaftar masuk menerusi fungsi daftar masuk tunggal Facebook di Laman, seperti yang dipaparkan dalam halaman carian mereka seperti dinyatakan di atas dalam Laman dan dikemas kini setiap kali anda menempah menerusi Agoda.

    Cara memilih keluar: Agoda telah memudahkan cara untuk anda memilih keluar daripada fungsi ini pada bila-bila masa dengan: menekan "tidak" di i) halaman terima kasih selepas anda membuat tempahan, dan ii) dalam halaman urus tempahan saya di Laman. Selanjutnya, jika anda memerlukan bantuan untuk memilih keluar, anda boleh menghubungi pasukan khidmat pelanggan kami pada bila-bila masa.

    Cara untuk Mengakses atau Menukar Maklumat Peribadi Anda

    Jika anda ingin mengemas kini sebarang Data Peribadi yang anda berikan sebelum ini, atau untuk melaksanakan sebarang hak akses, pembetulan, penghapusan, atau bantahan terhadap pemprosesan Data Peribadi yang anda mungkin miliki di bawah undang-undang yang terpakai, sila hubungi kami melalui halaman Khidmat Pelanggan. Untuk melindungi kerahsiaan dan keselamatan anda, kami akan mengesahkan identiti anda sebelum memberikan akses atau membuat perubahan kepada Data Peribadi anda. Sebarang permintaan untuk mengakses Data Peribadi anda akan akan dijawab dalam tempoh masa yang munasabah. Anda juga boleh membantah pemprosesan Data Peribadi anda untuk tujuan pengiklanan dan pasaran dan kajian pendapat. Kami berhak mengenakan bayaran yang munasabah untuk akses tersebut selaras dengan undang-undang yang terpakai.

    Jika anda ingin menghubungi Pegawai Perlindungan Data Agoda atau wakil khidmat pelanggan tentang isu kerahsiaan menerusi e-mel, anda boleh mengirimkan e-mel kepada:

    dpo@agoda.com

    Selain itu, anda juga boleh menghantar surat berdaftar kepada Pegawai Perlindungan Data Agoda di alamat berikut:

    Agoda Company Pte. Ltd.
    c/o Data Protection Officer
    30 Cecil Street
    Prudential Tower #19-08
    Singapore 049712

    Anda juga boleh menghubungi Pegawai Perlindungan Data kami di nombor khas berikut:
    +65 641 552 90 (Singapura, caj dikenakan) atau mana-mana nombor yang akan kami berikan dari semasa ke semasa.

    Peranti Mudah Alih

    Kami mempunyai aplikasi percuma untuk pelbagai peranti mudah alih dan menggunakan versi laman sesawang biasa kami yang telah dioptimumkan untuk pelayaran di telefon pintar dan tablet. Aplikasi dan laman sesawang mudah alih ini memproses maklumat peribadi yang anda berikan kepada kami seperti yang laman sesawang kami lakukan – dan ia juga membenarkan anda menggunakan perkhidmatan lokasi untuk mencari penginapan berhampiran. Dengan kebenaran anda, kami boleh menghantar pemberitahuan dengan maklumat tentang tempahan anda, tempahan berpotensi pada masa hadapan atau sebagai sebahagian daripada program Agoda yang anda sertai, termasuk kupon. Anda boleh memberi kami kebenaran mengakses data lokasi anda atau maklumat perhubungan untuk menyediakan perkhidmatan yang anda minta. Apabila anda memuat naik gambar dari peranti mudah alih anda, gambar anda mungkin ditandakan dengan maklumat lokasi anda. Sila baca arahan di peranti mudah alih anda untuk memahami cara menukar tetapan dan membolehkan perkongsian data tersebut atau penerimaan (atau pilih keluar daripada menerima) pemberitahuan (termasuk SDK dan data token pemberitahuan). Sistem operasi peranti berlainan mungkin mempunyai tetapan lalai berbeza, oleh itu, biasakan diri dengan tetapan berkaitan pemberitahuan.

    Pengesanan Silang Peranti

    Kami mungkin menggunakan pengesanan silang peranti untuk mengoptimumkan perkhidmatan dan aktiviti pemasaran kami. Ini boleh dilakukan dengan atau tanpa penggunaan kuki. Untuk maklumat lanjut tentang kuki dan teknologi lain yang serupa, sila lihat perenggan berkenaan Kuki di atas. Dengan pengesanan silang peranti, Agoda boleh mengesan tingkah laku pengguna merentasi pelbagai peranti. Sebagai sebahagian daripada pengesanan silang peranti, Agoda boleh menyatukan data yang dikumpul dari pelayar atau peranti mudah alih tertentu dengan komputer atau peranti lain yang disambungkan kepada komputer atau peranti yang digunakan untuk mengumpul data.

    Untuk mengoptimumkan kandungan komunikasi Agoda kepada anda, Agoda menyatukan carian dan tempahan yang anda lakukan dari komputer dan peranti berlainan. Jika anda tidak mahu Agoda menyatukan data tersebut untuk tujuan mengoptimumkan komunikasi kepada anda, sila batalkan langganan daripada komunikasi Agoda cth. surat berita.

    Pengiklanan peribadi yang dipaparkan kepada anda di laman sesawang lain atau dalam aplikasi boleh ditawarkan berdasarkan aktiviti anda di komputer dan peranti yang bersambung. Dengan memilih keluar daripada program pengiklanan tingkah laku NAI (lihat perenggan Kuki di atas), anda boleh memilih untuk keluar daripada pengesanan silang peranti untuk tujuan pengiklanan. Harap maklum, apabila anda log keluar daripada akaun pengguna anda, ia tidak bermakna bahawa anda memilih keluar daripada pengiklanan diindividukan.

    Kami juga boleh menggunakan pengesanan silang peranti untuk mengoptimumkan kandungan yang anda lihat di laman sesawang dan/atau aplikasi kami. Dengan memilih keluar daripada program pengiklanan tingkah laku NAI (lihat perenggan Kuki di atas) dan dengan log keluar daripada peranti atau komputer anda, anda boleh memilih untuk keluar daripada pengesanan silang peranti untuk tujuan pengiklanan.

    Peringatan Khas untuk Kanak-Kanak di Bawah Umur

    Individu berumur bawah 18 tahun tidak layak menggunakan perkhidmatan tempahan penginapan di Laman kami. Kanak-kanak di bawah umur biasanya boleh menemani ibu bapa atau penjaga sah mereka yang telah menempah penginapan, kecuali jika dinyatakan sebaliknya dalam dasar penginapan.

    Bahasa

    Dasar Kerahsiaan ini pada asalnya disediakan dalam bahasa Inggeris. Terjemahan dalam bahasa-bahasa lain disediakan untuk kemudahan anda. Jika terdapat sebarang percanggahan antara versi bahasa Inggeris dengan versi terjemahan, versi bahasa Inggeris akan diguna pakai.

    Terma Penggunaan

    Sila rujuk Terma Penggunaan Agoda untuk maklumat lanjut penggunaan Laman kami. Dasar Kerahsiaan ini adalah sebahagian daripada Terma Penggunaan kami.