Polisi Kerahsiaan Agoda


Pengenalan

Kemas Kini Terakhir: Jun 2016

Agoda.com dimiliki dan diusahakan oleh Agoda Company Pte. Ltd. (“Agoda” atau "kami"), sebuah syarikat yang berdaftar di Singapura. Polisi Kerahsiaan berikut menerangkan cara kami sebagai pengawal data mengumpul, menggunakan, mendedahkan dan selain itu memproses maklumat yang boleh dikenali secara peribadi yang kami kumpul mengenai individu (“Data Peribadi”) berkaitan dengan perkhidmatan yang disediakan oleh Agoda melalui laman yang beralamat di www.agoda.com ("Laman"). Rujukan kepada Laman disifatkan sebagai termasuk terbitan daripadanya, termasuk tetapi tidak semestinya terhad kepada laman web mobile dan aplikasi. Dengan melawat Laman, anda mengizinkan pengumpulan, penggunaan, pendedahan dan pemprosesan Data Peribadi anda seperti yang diterangkan dalam Polisi Kerahsiaan ini.

Kadang-kala, Agoda mungkin menyemak semula Polisi Kerahsiaan ini untuk menggambarkan perubahan dalam undang-undang, amalan kami dalam pengumpulan dan penggunaan Data Peribadi, ciri-ciri Laman kami atau kemajuan dalam teknologi. Jika kami membuat penyemakan yang mengubah cara kami mengumpul atau menggunakan Data Peribadi anda, perubahan tersebut akan dipaparkan dalam Polisi Kerahsiaan ini dan tarikh ia berkuat kuasa akan tertera di bahagian awal Polisi Kerahsiaan ini. Oleh itu, anda patut menyemak Polisi Kerahsiaan ini dari semasa ke semasa supaya anda mengetahui polisi dan amalan terkini kami. Agoda juga akan menunjukkan perubahan penting sedemikian dengan jelas sebelum melaksanakan perubahan tersebut. Jika anda tidak bersetuju dengan apa-apa perubahan atau pengubahsuaian kepada Polisi Kerahsiaan ini, sila hentikan penggunaan Laman. Anda akan dianggap sebagai telah bersetuju dengan apa-apa pengubahsuaian terhadap Polisi Kerahsiaan apabila anda menggunakan Laman selepas tarikh berkuatkuasa pengubahsuaian.

Maklumat Yang Kami Kumpul

Kami mengumpul Data Peribadi mengenai anda yang anda berikan kepada kami semasa menggunakan Laman. Data Peribadi mungkin termasuk nama anda, alamat, nombor telefon, nombor kad kredit, alamat emel, nama hotel, lokasi hotel dan/atau tempoh menginap. Sebagai tambahan kepada ini, apabila menggunakan Laman kami, walaupun anda tidak membuat tempahan, kami mungkin mengumpul maklumat lain seperti alamat IP, data geografi, kewarganegaraan dan kata laluan anda, serta pilihan carian berkaitan dengan carian spesifik, pelayar yang anda gunakan, dan maklumat sistem operasi komputer, versi aplikasi, tetapan bahasa dan halaman yang telah ditunjukkan kepada anda. Jika anda menggunakan peranti mudah alih, kami mungkin akan mengumpul maklumat yang mengenal pasti peranti mudah alih, tetapan khusus peranti serta ciri-ciri dan maklumat longitud dan latitud. Apabila anda membuat tempahan, sistem kami mendaftar anda mengikut platform dan laman web yang anda gunakan untuk membuat tempahan.

Melindungi Data Peribadi Anda

Bagi menghalang akses tanpa izin, kami mengekalkan prosedur fizikal, elektronik dan organisasi yang munasabah untuk melindungi Data Peribadi terhadap pemusnahan secara tidak sengaja atau yang menyalahi undang-undang atau kehilangan secara tidak sengaja, pengubahan, atau pendedahan atau akses tanpa izin. Bagi melindungi transaksi kad kredit, Agoda.com menggunakan teknologi Lapisan Soket Selamat untuk menyulitkan maklumat kad kredit semasa penghantaran.

Cara Kami Menggunakan Maklumat Yang Kami Kumpul

i) Penggunaan Umum: Kami menggunakan Data Peribadi dan maklumat lain yang dikumpulkan melalui Laman (a) untuk mendaftarkan anda dengan Laman dan membuat akaun pengguna anda, (b) untuk menyediakan kepada anda produk dan perkhidmatan yang diminta (terutamanya untuk memproses dan mengesahkan tempahan anda dengan pembekal penginapan atau pembekal lain) selepas mengesahkan bukti kelayakan anda, (c) untuk menyediakan kepada anda dengan maklumat mengenai produk dan perkhidmatan kami di Laman atau di laman web lain dan untuk berkomunikasi dengan anda setakat yang perlu untuk menyediakan produk dan perkhidmatan tersebut, (d) untuk membina ciri-ciri yang akan menjadikan perkhidmatan yang disediakan di Laman lebih mudah untuk digunakan dan (e) untuk pengalaman pengguna yang lebih baik dan kegunaan-kegunaan pengoptimuman am, (f) untuk mengesan dan mencegah fraud dan kegiatan haram atau tidak diingini yang lain atau (g) untuk menghubungi anda sekiranya ada masalah dengan tempahan anda. Ini termasuk permintaan belian yang lebih pantas, sokongan pelanggan yang lebih baik dan notis perkhidmatan baru serta tawaran istimewa.

ii) Aktiviti Pemasaran & Peringatan: Kami juga menggunakan maklumat anda untuk aktiviti pemasaran, seperti yang dibenarkan undang-undang. Sebagai contoh:

  • Apabila anda membuat tempahan dengan kami, membuat akaun pengguna, menyempurnakan, atau memasukkan maklumat dalam borang tempahan atau memberikan maklumat perhubungan anda kami mungkin akan menggunakan maklumat perhubungan anda untuk mengirim berita tentang produk dan perkhidmatan berkaitan pelancongan yang serupa. Dengan kebenaran anda – jika kebenaran diperlukan oleh undang-undang tempatan – kami juga akan mengirim surat berita biasa menerusi emel. Anda boleh meminta dikecualikan, atau berhenti melanggan dari komunikasi pemasaran kami pada bila-bila masa menggunakan pautan "Henti Langgan" dalam setiap surat berita atau komunikasi, atau anda boleh menguruskan langganan menerusi akaun anda (jika anda mempunyai akaun).
  • Berdasarkan maklumat yang anda kongsikan dengan kami, tawaran khusus mungkin akan ditunjukkan kepada anda pada Laman, dalam aplikasi mobile atau laman web pihak ketiga, termasuk laman sosial. Tawaran ini mungkin ialah tawaran yang anda boleh tempah terus pada Laman, atau tawaran pihak ketiga atau produk yang kami fikir anda mungkin berminat.
  • Jika anda masih belum memuktamadkan tempahan online anda, kami akan mengirim peringatan untuk meneruskan tempahan anda. Kami percaya perkhidmatan tambahan ini berguna untuk anda kerana ia membenarkan anda meneruskan tempahan tanpa perlu mencari sekali lagi atau mengisi semula maklumat tempahan.
  • Harap maklum emel pengesahan dan SMS yang dihantar selepas tempahan anda dan emel ulasan tetamu yang dihantar selepas anda mendaftar keluar adalah bukan mesej pemasaran kerana ia adalah sebahagian daripada proses tempahan penginapan. Ini membolehkan anda untuk mendaftar masuk dan menilai penginapan selepas tempoh menginap jika anda mahu. Anda akan terus menerima mesej ini walaupun anda telah meminta dikecualikan daripada mesej pemasaran kami. Ulasan tetamu adalah tidak wajib namun akan membantu pelanggan lain untuk membuat keputusan.

    iii) Kad Kredit dalam simpanan: Apabila melog masuk, anda boleh menyimpan maklumat kad kredit dalam akaun peribadi anda untuk membuat tempahan dan pembayaran lebih pantas pada masa hadapan. Maklumat kad anda sentiasa selamat menggunakan penyulitan tahap tinggi dan anda boleh sentiasa melog masuk dalam akaun peribadi anda untuk membuang, menyunting atau menambah maklumat tertentu kad kredit. Atas faktor keselamatan, nombor ini tidak boleh disunting (namun maklumat kad boleh dibuang) Apabila melihat maklumat kad, hanya 4 digit terakhir nombor kad boleh dilihat. Harap maklum kami akan menyimpan 4 digit terakhir kad kredit anda dengan selamat setelah tempahan dibuat (ini perlu untuk menguruskan sebarang permintaan bayaran balik untuk tempahan tersebut)

    Berkongsi Data Peribadi Anda

    Agoda mungkin berkongsi Data Peribadi anda dengan pembekal seperti pihak penginapan dan pihak ketiga lain yang kami lantik untuk menjalankan perkhidmatan bagi pihak kami, seperti perkhidmatan pengehosan web, analisis data, pemasaran (juga di laman web pihak ketiga tersebut), perkhidmatan pelanggan, perkhidmatan kad kredit dan pembayaran yang berkaitan. Semua pihak ketiga sedemikian bertanggungjawab untuk mengekalkan keselamatan dan kerahsiaan Data Peribadi serta memproses Data Peribadi tersebut hanya mengikut arahan kami.

    Dalam sesetengah kes, Agoda mungkin memerlukan anda membuat transaksi terus dengan pihak ketiga untuk menerima perkhidmatan, atau apabila anda menggunakan Laman untuk menempah bilik di penginapan atau menerima perkhidmatan lain (seperti mata di bawah program kesetiaan pihak ketiga), kami mungkin akan memberikan Data Peribadi anda kepada penginapan tersebut atau pihak ketiga lain yang terlibat.

    Agoda mungkin akan mencadangkan perkhidmatan lain (biasanya “add-ons”) untuk membantu merancang perjalanan anda, untuk menawarkan faedah tertentu (contohnya mendapat mata untuk program kesetiaan atau perbatuan pihak ketiga) atau untuk tujuan lain yang mungkin menarik minat anda. Perkhidmatan-perkhidmatan ini ditawarkan oleh pembekal pihak ketiga. Seperti yang dinyatakan di atas, data relevan tentang perkhidmatan ini mungkin akan dikongsi dengan pembekal pihak ketiga tersebut untuk memastikan perkhidmatan optimum.

    Melainkan untuk pendedahan yang dinyatakan dalam Polisi Privasi ini atau sebagaimana yang dikehendaki oleh undang-undang dalam mana-mana bidang kuasa berkaitan seperti yang dinyatakan di bawah, dan pendedahan Data Peribadi anda dan maklumat yang diperlukan untuk melengkapkan tempahan anda dengan penginapan pilihan anda dan perkongsian Data Peribadi tertentu dengan rakan niaga terpilih dalam hal yang relevan (butiran anda akan digunakan untuk tujuan laporan dan analisis sahaja), kami tidak akan mendedahkan Data Peribadi anda kepada pihak ketiga tanpa kebenaran anda. Walau bagaimanapun, kami berhak untuk mendedahkan Data Peribadi anda kepada (kumpulan) syarikat sekutu kami (di dalam dan di luar negara asal anda), termasuk pekerja (kumpulan) syarikat sekutu kami dan ejen yang dipercayai dan wakil-wakil yang mempunyai akses kepada maklumat ini dengan kebenaran kami dan yang perlu tahu atau mempunyai akses kepada maklumat ini untuk melaksanakan perkhidmatan yang diminta oleh anda (termasuk perkhidmatan pelanggan) dan penyiasatan (audit / pematuhan) dalaman.

    Agoda mungkin, dalam pematuhan terhadap undang-undang yang berkenaan, mendedahkan Data Peribadi untuk melindungi diri kami terhadap liabiliti, menjawab sepina, proses kehakiman, permintaan sah daripada pegawai penguat kuasa undang-undang atau sebagaimana yang diperlukan atau dikehendaki untuk mematuhi undang-undang yang diguna pakai, atau kepada pembeli berkaitan dengan sebarang jualan, penyerahan atau pemindahan lain kesemua atau sebahagian daripada perniagaan atau syarikat kami. Kami juga mungkin, dalam mematuhi undang-undang yang terpakai, mendedahkan Data Peribadi untuk menguatkuasakan atau mengenakan terma dan syarat yang berkaitan dengan produk dan perkhidmatan kami, atau melindungi hak, harta atau keselamatan Agoda, pengguna kami atau orang lain.

    Dalam keadaan yang diterangkan di atas, penerima Data Peribadi mungkin berada di bidang kuasa yang mungkin tidak menyediakan tahap perlindungan data yang setara dengan undang-undang di bidang kuasa negara anda.

    Polisi Kami Mengenai Kuki dan Tag Piksel

    Dengan mengunjungi Laman kami, anda memberi kebenaran untuk penggunaan kuki dan tag seperti yang diterangkan di bawah. Laman kami menggunakan sesi dan kuki berterusan serta tag piksel untuk mengumpul dan menyimpan maklumat tertentu mengenai anda. Kuki adalah sebahagian kecil data yang dihantar ke komputer anda daripada Laman dan disimpan dalam cakera keras komputer anda. Tag halaman ialah secebis kod yang membaca dan menulis data kuki. Kuki atau halaman tag mungkin dari Agoda dan/atau pembekal pihak ketiga yang kami pilih. Kuki sesi lenyap dari komputer anda apabila anda menutup pelayar. Kuki berterusan kekal di komputer anda selepas pelayar telah ditutup, tetapi boleh dipadam pada bila-bila masa melalui tetapan pelayar anda. Penggunaan kuki dan tag halaman mungkin berbeza dan diterangkan dalam seksyen yang sesuai di bawah.

    Keluar

    Jika anda ingin menghalang pelayar anda daripada menerima kuki, jika anda ingin dimaklumkan apabila kuki disimpan pada komputer anda atau jika anda mahu memadamkan kuki daripada komputer anda, sila lakukan perubahan yang perlu dalam tetapan pelayar Internet anda, biasanya di bawah bahagian "Help" atau "Internet Options" Jika anda menyahdayakan atau memadamkan kuki dalam tetapan pelayar Internet anda, anda mungkin tidak dapat mengakses fungsi atau ciri penting Laman ini, anda akan dikehendaki untuk memasukkan semula butiran log masuk anda. Sila ambil perhatian bahawa mengecualikan kuki pihak ketiga (lihat di bawah) tidak bermakna bahawa anda tidak lagi akan menerima atau tertakluk kepada pengiklanan dalam talian atau analisis pemasaran. Ia bermakna bahawa rangkaian yang anda pilih untuk kecualikan tidak lagi akan menyampaikan iklan yang disesuaikan dengan pilihan web dan corak penggunaan anda. Sila ambil perhatian juga bahawa jika anda mengosongkan semua kuki dalam pelayar anda, atau menggunakan pelayar atau komputer berbeza, anda perlu melengkapkan prosedur 'opt-out' sekali lagi.

    Maklumat dan Alat Keluar

    Jika anda inginkan maklumat lanjut mengenai amalan pengumpulan maklumat oleh syarikat pengiklanan pihak ketiga dan pilihan anda untuk mengecualikan maklumat ini daripada digunakan oleh syarikat-syarikat ini atau anda mahu dikecualikan daripada pemasaran keutamaan dalam talian, anda boleh menggunakan alat keluar berikut:

    //www.networkadvertising.org/consumer/opt_out.asp;

    dan berkenaan aplikasi mobile kami, anda boleh gunakan pilihan alat keluar berikut:

    //www.google.com/ads/preferences/html/intl/en/mobile-about.html;

    //www.appsflyer.com/opt-out.

    Untuk keluar daripada program analisis, anda boleh gunakan alat berikut:

    https://tools.google.com/dlpage/gaoptout?hl=en;

    //www.microsoft.com/en-us/privacystatement/default.aspx;

    https://help.yahoo.com/kb/SLN4525.html;

    //help.yahoo.co.jp/common/sys/sys-26.html;

    //www.baidu.com/duty/safe_control.html

    Agoda mungkin akan menambah pautan relevan lain dari masa ke masa untuk menyokong hak kerahsiaan anda.

    Kuki, Tag Halaman dan Penggunaan Data

    Kuki Agoda

    Agoda menggunakan kuki sesi untuk memastikan anda dilog masuk sepanjang lawatan anda ke Laman.

    Agoda menggunakan kuki berterusan untuk "memperibadikan" Laman untuk setiap pengguna dengan mengingati maklumat mengenai lawatan pengguna ke Laman, contohnya, bahasa yang anda pilih, butiran log masuk anda secara terperinci supaya anda tidak tidak perlu untuk masukkan semula butiran itu pada lawatan akan datang anda ke Laman.

    Agoda juga menggunakan kuki berterusan atau tag piksel untuk menganalisis tingkah laku anda semasa melayari dan lawatan anda kepada Laman membolehkan kami untuk memperbaiki Laman dan perkhidmatan kami serta menyesuaikan pengiklanan kami (melalui emel, pada Laman kami, dan di laman web lain) mengikut kepentingan pengguna kami. Kuki dan tag piksel sedemikian mengumpul maklumat mengenai halaman yang anda lawati di Laman dan carian yang anda lakukan.

    Analisis Laman Web

    Syarikat pihak ketiga mungkin menggunakan kuki berterusan untuk menganalisis tingkah laku anda semasa melayari laman web dan lawatan anda ke Laman ini serta laman web lain yang membolehkan kami untuk memperbaiki Laman dan perkhidmatan kami. Platform laman web analisis mungkin akan digunakan bagi mengumpul maklumat yang tidak boleh dikenali untuk laporan seperti laporan tanggapan, laporan demografik dan laporan minat. Untuk meminta dikecualikan daripada pengumpulan maklumat oleh pihak ketiga untuk tujuan analisis, sila klik pada satu atau lebih pautan pihak ketiga dalam seksyen "Alat Keluar" di atas.

    Kuki Pihak Ketiga dan Tag Halaman

    Syarikat-syarikat pengiklanan pihak ketiga kami mungkin meletakkan kuki atau tag piksel pada beberapa halaman yang anda lawati di Laman. Kuki atau pixel tag ini direka untuk mengumpul maklumat bukan peribadi yang dikenal pasti untuk menganalisis minat dan carian anda ketika melawat Laman kami dan untuk memberi anda perkhidmatan iklan yang khusus untuk kepentingan dan carian anda apabila anda melawat Laman kami atau laman web lain atau semasa anda menggunakan aplikasi mobile. Maklumat bukan peribadi yang dikumpul melalui kuki dan tag piksel mungkin akan dikongsi bersama dengan pihak ketiga yang lain bagi tujuan menguruskan dan mensasarkan iklan dan analisis penyelidikan pasaran. Sebagai tambahan, kami mungkin akan mengongsi data sehala (tidak boleh ditafsirkan) dengan pembekal pihak ketiga produk penyasaran pengiklanan. Pembekal pihak ketiga tersebut biasanya menggunakan pengenal pasti peranti cincangan untuk menyampaikan iklan khas berdasarkan lawatan silam pengguna ke Laman. Sebagai akibatnya, pembekal pihak ketiga mungkin akan menunjukkan iklan kami pada laman web lain atau aplikasi mobile.

    Pengiklanan

    Agoda mungkin akan menggunakan kombinasi kuki dan tag halaman di atas untuk menyesuaikan pengalaman anda dengan Laman, aplikasi mobile dan iklan kami mengikut pilihan anda. Kami menggunakan paparan dan pemasaran semula carian untuk menyesuaikan kandungan iklan untuk pengalaman lebih baik.

    Jika pengiklanan lain mungkin tidak memerlukan penggunaan kuki atau tag halaman, data pihak ketiga digunakan untuk menentukan bila iklan Agoda akan ditunjukkan.

    Agoda berusaha secara munasabah untuk tidak mengumpul, dan untuk menghalang penggunaan maklumat yang boleh dikenali dalam pengiklanan pihak ketiga, melainkan anda telah memberikan kebenaran. Untuk dikecualikan daripada pengumpulan maklumat oleh pihak ketiga untuk tujuan pengiklanan, sila klik pada pautan pihak ketiga dalam seksyen "Alat Keluar" di atas.

    Pengiklanan dan kandungan di laman web lain

    Agoda menggunakan alat-alat pihak ke-3 untuk mengedarkan iklan di pelbagai laman web. Agoda tidak menyokong atau mengendors matlamat, sebab atau pernyataan laman web yang menunjukkan iklan kami.

    Cara untuk Mengakses atau Menukar Maklumat Peribadi Anda

    Jika anda ingin mengemas kini sebarang Data Peribadi yang anda sediakan sebelum ini, atau melaksanakan sebarang hak akses, pembetulan, penghapusan, atau tentangan terhadap pemprosesan Data Peribadi yang anda mungkin miliki di bawah undang-undang yang terpakai, sila hubungi kami melaluihalaman Khidmat Pelanggan. Untuk melindungi privasi dan keselamatan anda, kami akan mengesahkan identiti anda sebelum memberikan akses atau membuat perubahan kepada Data Peribadi anda. Sebarang permintaan untuk mengakses Data Peribadi anda akan akan dijawab dalam tempoh masa yang munasabah. Anda juga mungkin boleh membantah pemprosesan Data Peribadi anda untuk tujuan pengiklanan dan pasaran dan penyelidikan pendapat. Kami berhak mengenakan bayaran yang munasabah untuk akses tersebut mengikut undang-undang yang terpakai.

    Jika anda ingin menghubungi Pegawai Perlindungan Data Agoda atau wakil khidmat pelanggan tentang isu kerahsiaan menerusi emel, anda boleh mengirimkan emel ke:

    dpo@agoda.com

    Anda juga boleh menghantar surat berdaftar kepada Pegawai Perlindungan Data Agoda di alamat berikut:

    Agoda Company Pte. Ltd.
    c/o Data Protection Officer
    30 Cecil Street
    Prudential Tower #19-08
    Singapore 049712

    Anda juga boleh menghubungi Pegawai Perlindungan Maklumat kami di nombor khas berikut:
    +65 641 552 90 (Singapura, caj dikenakan) atau mana-mana nombor yang akan kami berikan dari masa ke masa.

    Peranti Mudah Alih

    Kami mempunyai aplikasi percuma untuk pelbagai peranti mudah alih dan menggunakan versi lamab web biasa kami yang telah dioptimumkan untuk mobile. Aplikasi ini dan laman web mobile memproses maklumat peribadi yang anda berikan kepada kami seperti yang laman web kami lakukan – dan ia juga membenarkan anda menggunakan perkhidmatan lokasi untuk mencari penginapan berhampiran. Dengan kebenaran anda, kami mungkin mengirim pemberitahuan tolak dengan maklumat tentang tempahan anda.

    Peringatan Khas untuk Kanak-Kanak di Bawah Umur

    Individu di bawah umur 18 tahun tidak layak menggunakan perkhidmatan tempahan penginapan pada Laman kami. Anak di bawah umur biasanya boleh menemani ibu bapa atau penjaga sah mereka yang telah menempah penginapan, kecuali jika dinyatakan sebaliknya dalam polisi penginapan.

    Bahasa

    Polisi Kerahsiaan ini pada asalnya disediakan dalam bahasa Inggeris. Terjemahan dalam bahasa-bahasa lain tersedia untuk kemudahan anda. Jika terdapat sebarang percanggahan di antara versi bahasa Inggeris dan versi terjemahan, versi bahasa Inggeris akan diguna pakai.

    Terma Penggunaan

    Sila rujuk Terma Penggunaan Agoda untuk maklumat lanjut penggunaan Laman kami. Polisi Kerahsiaan ini adalah sebahagian daripada Terma Penggunaan.


    Agoda.com ialah sebahagian daripada The Priceline Group, peneraju pelancongan dalam talian & perkhidmatan berkaitan.

    AS-AGWEB-3A03