Sangat Bagus
Skor lokasi
Wi-Fi percuma semua bilik
tab panas
sauna
bar
taman
Berbaloi dengan harga | 6.9 |
Jarak ke pusat bandar | 46 km |
Rating lokasi | 7.8 |
Nikmati sarapan bufet lazat di Legend Cherating Beach Resort.
Terdapat 3 restoran di lokasi di Legend Cherating Beach Resort untuk memudahkan anda. Anda boleh pilih pilihan makanan yang luas termasuk asia dan antarabangsa. Masakan disediakan di bufet semasa waktu operasi.
Anda boleh pilih ruang di dalam untuk acara perjumpaan anda. Acara besar dan perjumpaan seperti acara persendirian dan perkahwinan boleh diadakan di Legend Cherating Beach Resort.
Tempat acara di lokasi dan perkhidmatan acara yang memudahkan menjadikan Legend Cherating Beach Resort pilihan terbaik untuk mengadakan mesyuarat. 5 kawasan Boleh menampung sehingga 300 orang. Peralatan mesyuarat disediakan untuk membantu acara atau mesyuarat perniagaan anda.
Resort tepi pantai yang terletak di pantai peranginan Cherating adalah destinasi percutian yang sempurna. Tetamu dapat meluangkan masa dengan pelbagai aktiviti rekreasi pantai di samping dapat menikmati keindahan pantai yang masih terpelihara di Semenanjung Malaysia. Lokasinya adalah 45 kilometer dari bandar Kuantan, sesuai dikunjungi pelancong tanpa mengira tujuan sama ada untuk perniagaan atau bersantai. Resort yang berada di kawasan seluas 6.5 hektar ini berbangga kerana memiliki pelbagai fauna yang eksotik dan persekitaran semulajadi yang menarik, sesuai untuk aktiviti sukan. Bilik tetamunya dihias dengan tema moden tetapi masih mengekalkan ciri-ciri hiasan maritim, sesuai untuk ketenangan. Legend Cherating Beach Resort adalah kawasan percutian tepi pantai yang ideal buat pelancong yang inginkan lokasi cantik, bilik penginapan selesa dan kemudahan moden.
Kanak-kanak dan katil tambahan
Katil tambahan adalah bergantung kepada bilik yang anda pilih, sila periksa polisi bilik individu untuk maklumat lebih lanjut.
Semua kanak-kanak dialu-alukan.
Umur tetamu | Katil tambahan |
---|---|
Bayi dari 0 hingga 2 tahun [termasuk] | Menginap percuma jika menggunakan katil sedia ada. Katil bayi disediakan atas permintaan |
Kanak-kanak dari 3 hingga 5 tahun [termasuk] | Menginap percuma jika menggunakan katil sedia ada. Jika anda perlukan katil tambahan, caj tambahan akan dikenakan. |
Tetamu yang berumur 6 tahun dan ke atas dianggap sebagai orang dewasa. | Harus guna katil tambahan yang akan dikenakan caj tambahan. |
Lain-lain
![]() Legend Cherating Beach Resort | Berbaloi! ![]() | ![]() | ![]() | |
Tempat Makan | Sarapan disediakan | Sarapan disediakan | Sarapan disediakan | Sarapan disediakan |
Markah oleh tetamu | Baik 4261 ulasan 7.0 Lokasi 7.8 | Sangat Bagus 2707 ulasan 7.3 Lokasi 7.5 | Baik 3323 ulasan 6.5 Lokasi 7.3 | Baik 2534 ulasan 6.9 Lokasi 7.7 |
Kawasan | Kampung Baharu Cherating | Kampung Baharu Cherating | Kampung Baharu Cherating | Kampung Baharu Cherating |
Tunjuk ulasan yang menunjukkan
Hotel yang tenang”
Kami mendaftar masuk pada jam 4 ptg. Tetapi cuaca tidak menarik, hujan renyai2. Anak2 da ready nak mandi laut dan kolam renang tapi cuaca semakin teruk. Tapi nak buat macam mana book waktu musim hujan.
Sangat Hebat”
Lokasi yang strategik. Swimming pool yang cantik dan di jaga dengan baik. Bilik Grand Deluxe yang besar bersih dan kemas. Hotel mesra pelanggan. Sesuai untuk meraikan ibu/bapa yang berumur kerana kemudahan kerusi roda di sediakan. Kakitangan yang baik dan terlatih merangkumi semua bahagian. Sangat berpuas hati secara keseluruhannya.
value for money”
Pros: bilik penginapan yg luas dengan suhu penghawa dingin yang sejuk, kolam mandi yg luas, pantai yang cantik, staf yg mesra pelanggan Cons: tempat letak kereta yg agak jauh dari bilik, tuala mandi agak lusuh, ruang lobi yang agak suram dan tidak banyak kemudahan indoor game, surat khabar percuma hanya diberikan pada hari pertama
Nyaman dan Selesa”
Best duduk sini. Staff ok, bilik pun bersih. Cuma koridor ada tempat2 tertentu yang kurang bersih. Pemandangan tepi pantai yang sungguh ohsem. Tapi tak boleh mandi sebab ombak kuat dan nampak dari kejauhan pandai kemerahan. Mungkin disebabkan bauksit. Kolam tepi pantai sahaja. Antara resort yang baik di cherating
Memuaskan”
Tempah bilik superior tapi dinaik taraf oleh pekerja hotel dengan pemandangan laut. Namun perlu di pastikan kemudahan dlm bilik yg sempurna. Tv tidak berfungsi dengan baik. Kerja pembaikian perlu sebelum bilik disewakan.
Hotel resort yang menarik”
Hotel yang pernah dikunjungi dahulu. Hotel lama tetepi masih mengekalkan keindahan semulajadi dan kebersihannya. Lokasi yang jauh dari hiruk pikuk kota menjadikan ia sangat tenag. Disambut dengan senyuman dan layanan mesra staf. Bilik luas dan bersih walaupun hotel lama. Makanan sarapan pagi amat menyelerakan dengan hidangan tempatan dan antarabangsa.Kami pasti akan kembal.i lagi kesini...
Suasana yang tenang dan damai”
Bilik yang sangat selesa. Lokasi tepi pantai dan kemudahan kolam renang yang terbaik Aktiviti riadah yang pelbagai Cuma ada staf yang datang ke bilik untuk semak kelengkapan bilik pada waktu pagi sedikit mengganggu privasi.
Pelbagai Aktiviti”
Walaupun Musim Hujan pada bulan 12. Kumpulan kami seramai 40 orang dapat mengadakan aktiviti melukis batik secara sepontan tanpa menempah awal. Kami juga membuat pertandingan memanah dalam bangunan. Pekerja yang ramah.
Percutian tepi pantai yang mempersona”
Sangat menarik kerana bilik yang luas dan selesa. Malah bilik yang diperolehi terletak di ground floor memudahkan untuk mengakses kolam renang yang sangat dekat. Pantainya juga cantik dan bersih. Menu breakfast yang pelbagai dengan menu masakan tempatan. Cuma agak sesak ketika cuti sekolah kerana terlalu ramai pengunjung dan seminar/kursus yang diadakan di sini.
Hotel lama tapi punyai pantai persendirian hebat”
hotel ni agak lama tetapi punyai karakter tersendiri. ciri terbaik hotel adalah pool yang amak menarik sesuai untuk bersantai bersama keluarga dan juga kedudukan pantai yang indah sejauh mata memandang. mungkin akan menginap semula pada masa akan datang.
Hotel selesa dan menarik”
hotel yang sangat sesuai untuk percutian bersama anak-anak dan keluarga. Hotel yang mempunyai kolam renang yang luas dan selesa. Berhampiran dengan kawasan pantai untuk aktiviti sukan pantai. Terdapat aktiviti sukan pantai disitu. Hotel yang luas dan selesa
Resort dengan aktiviti bervariasi”
Sambutan yang menyenangkan di kaunter menggamit kami sekeluarga untuk pantas meneroka aktiviti seterusnya yang ada di resort.Kolam renangnya yang luas cukup memikat,sarapan pagi yang cukup memuaskan dan aktiviti outdoor terutamanya ATV meredah belantara agak mencabar dan mengujakan. Cukup berbaloi dengan harga yang ditawarkan Agoda untuk pengalaman percutian seperti ini.
tempat yang tenang dan selesa.”
Dekorasi bilik yang cantik, kemas, dan paling best menghadap laut, angin laut terus ke bilik. Suasana pantai yang nyaman. Servis hotel memang terbaik. Kolam renang besar. Byk aktiviti yang boleh di buat.. cuma kedai makan area cherating ni tak best.. sarapan pagi ok laaa.. saya akan kembali ke sini lagi..
lokasi hebat dengan pandangan yang menarik”
bagi saya, The Legend Resort Cherating sangat sesuai untuk beristirehat bersama keluarga dan kawan2, terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan, bilik yang selesa, kolam renang yang luas dan bersih , pekerja yang mesra dgn pelancong. berhampiran pantai. sangat santai.
bilik menghadap pantai dengan hotel yang eksklusif”
hilang segala stress bila menginap di hotel yang berlatarkan pemandangan pantai. saya akan suggest kepada kawan-kawan saya serta saudara mara saya tentang kehebatan hotel ini. pastinya keselesaan menjadi nadi perkhidmatan hotel ini di samping layanan mesra staf terhadap pelanggan seperti saya.
lokasi percutian keluarga”
Kami sekeluarga menginap di Legend Hotel selama 2 malam pada hujung cuti sekolah yang lepas. Bilik yang disediakan sungguh selesa untuk kami sekeluarga. Kolam renang yang besar membolehkan kami sekeluarga termasuk anak yang kecil yang baru setahun lebih berendam sepuas - puasnya. Sarapan pagi yang disediakan juga pelbagai dan menyelerakan. Lokasi hotel ini juga berdekatan dengan pelbagai jenis restoran bergantung kepada selera masing - masing samada ikan bakar atau pun gulai kawah. Gerai - gerai menjual keropok lekor juga banyak di sini.
The Legend Hotel Cherating”
Sebuah hotel yang menarik untuk diinapi tetapi pihak hotel perlu membuat pemantauan dan memperbaiki perkhidmatan dari segi front line kerana staff agak kurang berpengalaman dan tiada tarikan dengan layanan yang hambar serta sombong. Ini dapat menambah jumlah pengunjung ke hotel akan datang.
Tidak pasti lah berbaloi ke tidak ”
Suasana bangunan lama, perabot bilik dah buruk, tv masih guna yang lama, barang gym ada yg rosak, lapik meja pool koyak. Yang elok cuma kolam mandi sahaja. Tidak berbaloi jika anda bayar harga bilik mahal.
Booking Facility buat keliru”
Saya booking pada tarikh ini dengan harga yang ditawarkan kerana harga bilik TERMASUK DINNER.. TIDAK dinyatakan pun DINNER hanya diberikan untuk 1 MALAM SAHAJA, sepatutnya nyatakan awal-awal, pakej harga bilik provide dinner untuk 1 malam sahaja, ini tidak dinyatakan langsung dan mengelirukan pelanggan. Kami check in lambat sebab traffic jammed pada hari tersebut, tak dinner terlebih dahulu , terus check in kerana pada fikiran kami pakej telah termasuk dinner selama penginapan yang kami booking, bila sampai di reception baru tau hanya untuk 1 malam, jadi pada pendapat saya harga pakej tersebut amat-amat TIDAK BERBALOI dengan harganya !! Harap pihak Legend Resort Cherating dan Agoda lebih telus dalam memberi info tentang harga pakej.. sebab kedua-dua organisasi ini ada 'nama'..jangan sampai pelanggan lari kepada perkhidmatan yang lain cthnya Trivago atau Booking.com !
Hotel n staff terbaik ”
Allhamdulilah saya sekeluarga amat berpuas hati dgn percutian di hotel ini.saya sudah menginap sebanyak 3 kali .kolam yg besar pantai yg bersih dan indah.banyak sya baca tentang komen hotel nya yg agak lama bagi saya itu tida masalah yg penting bersih dan boleh digunakan lagi.staff dia dari kaunter hingga ke housekeeping mmg cemerlang sesibuk mcm mana pun dia akan layan dgn profesional..