Merlin Hotel
Tempat letak kereta dan Wi-Fi sentiasa percuma, jadi anda boleh kekal berhubung dan datang dan pergi sesuka hati. Terletak dengan baik di Port Dickson Waterfront sebahagian daripada Port Dickson, penginapan ini meletakkan anda berdekatan dengan tarikan dan pilihan tempat makan yang menarik. Jangan pulang sebelum melawatRumah Api Cape Rachado yang terkenal.
Tunjuk lagi
Sorotan
Fasiliti
tempat letak kereta
Wi-Fi percuma semua bilik
peti deposit keselamatan
Wi-Fi di tempat awam
bilik keluarga
kawasan merokok
pengemasan harian
penginapan bebas asap rokok
merlin osem”
sangat berpuas hati dengan bilik yg cantik dan bersih staf yang mesra pelanggan. sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai urusan dan terpaksa bermalam terutama bagi mereka yg mempunyai urusan di pejabat pentadbiran port dickson. thanks merlin hotel memudahkan urusan saya...hotel bajet yg murah tapi osemm...
Lihat promosi bilik
Best Hotel For Short Vacation”
Hotel yang bersih..selesa..friendly staff..parking pun free..lokasi yang strategik..berdekatan dengan PD Waterfront..cuma dinding tidak soundproof..boleh dengar suara orang dari bilik sebelah yang tengah bergurau2 dengan anak dia..tengah2 malam pula tu..Overall suma terbaik..Thanks Merlin Hotel
Lihat promosi bilik
penginapan di merlin hotel”
Penginapan di Merlin Hotel adalah dibuat pada saat akhir. Namun, amatlah berbaloi memandangkan Hotel ini masih baru (terdapat pembaikan pulih). Design luaran yang sangat menarik dan bilik yang sangat kemas dan teratur. Tidak serabut dan yang paling penting mempunyai kebersihan yang sangat baik. Petugas yang peramah dan cepat memberikan maklumbalas. Keselamatan bilik turut terjaga kerana terdapat 'indicator'/ 'alarm' sekiranya pintu tidak ditutup rapat.
Lihat promosi bilik
keselesaan”
hotel merlin dari segi keselesaan dan kebersihan sangat memuaskan hati..cumanya parking agak terhad..sarapan pagi patut kena ada..
Lihat promosi bilik
Merlin hotel cantik dan jimat”
Saya berpuas hati tentang segalanya di merlin. Bilik bersih, staff peramah 😙
Lihat promosi bilik
Berbaloi”
Hotel yang cantik dan selesa untuk keluarga dengan anak kecil. Berbaloi dengan ringgit yang dibelanjakan kerana suami dan anak tidur lena sehingga pagi. Hotel perlu meletakkan tanda arah atau signage yang lebih jelas kerana lokasi hotel yang ditutup oleh bangunan kosong disebelah.
Lihat promosi bilik
Hotel terbaik untuk nilai wang anda”
Walaupun taraf hotel hanya 2 bintang tetapi ia lebih dr itu. Terbaik sekali hotel ini mempunyai ruang parking tersendiri dan tidak berkongsi dng bangunan lain. Ia turut meletakkan security di kawasan parking menjadikan penginapan lebih selesa dan tenang.
Lihat promosi bilik
Honey Moon”
sangat menarik..sesuai utk org yang baru berkahwin..saya suka deco yang hotel merlin buat..
Lihat promosi bilik
" Ok " untuk penginapan bajet”
Hotel tak jauh dengan laut.. senang nak cari tempat makan.. Kakitangan tak ada masalah.. Parking ok.. Bilik besar, sangat berbaloi dengan harga.. Cuma, kelengkapan yg saya dapat sangat tak ok.. Cadar tilam kotor.. Tuala mandi ada kesan darah or something yang dah kering.. banyakkkkkk pulak tu kesan tompok²nya.. But overall ok
Lihat promosi bilik
relax n cool”
pada pendapat sy jika taman permainan ditukar ganti dengan gym or swimming pool lagi best..dan buka cafe dikawasan rehat hotel
Lihat promosi bilik
Mudah utk sampai, selesa walaupun kawasan agak kecil. ”
Berada dijalan utama, oleh itu mudah utk ke tempat lawatan yg lain. Penambahbaikan 1. Kawasan terhad tapi landskap perlu utk tambah keindahan persekitaran. Cadangan Vertical Garden. 2. Dlm kawasan hotel perlu ada pokok pasu yg segarkan pemandangan.
Lihat promosi bilik
hotel jimat”
Sesuai utk transit, atau last minit tak jumpa hotel.... hotel ok kena dgn harga... yang paling aku suka dekat dengan masjid tu senang nak smbahyang... terbaek...
Lihat promosi bilik
Review”
7/10. so so pasal servis hotel. saya datang pukul2 lebih still tak boleh cek in sebab bilik belum bersihkan. kettle dalam bilik tak berfungsi. sy suka hotel ni sebab dekat dengan kawasan kedai kedai, dekat dengan pantai n tepi jalam so tak sunyi sangat.
Lihat promosi bilik
Sangat Hebat”
HOTEL YANG BERSIH. BILIK SELESA DAN LOKASI YANG AMAT SESUAI UNTUK BERCUTI.
Lihat promosi bilik
Good”
Suasana hotel yang selesa, bilik yang kemas dan berdekatan dengan bandar.
Lihat promosi bilik
hotel baru yang cantik”
secara keseluruhannya, saya amat berpuas hati dengan hotel ini. Cuma saya mohon agar jubin dinding di dalam bilik air diberus bagi menjamin kebersihan hotel baru ini.
Lihat promosi bilik
Hotel Merlin P.D”
Semuanya ok. Bilik, Pekerja dan keselesaan bilik yang bagus. Boleh di pertingkatkam dengan mewujudkan cafe. Tahap keselamatan perlu di pertingkatkan lagi. Almari pakaian harus di sediakan untuk memudahkan pengungjung. Secara keselurahan hotel ini terbaik untuk percutian bajet seisi keluarga
Lihat promosi bilik
selesa,harga berpatutan”
Bilik selesa, toilet bersih, kawasan hotel bersih.
Lihat promosi bilik
terbaik”
hotel yg bersih...selesa...lokasi ug strategik
Lihat promosi bilik
Berbaloi dengan wang anda”
1-Bilik twin bed, bilik luas, bilik air lengkap dengan berus gigi, aircond sejuk, tv sekali dengan astro dan serikata melayu 2-Ada tingkap tapi tak boleh buka sebab menghadap stor, sedikit kecewa. 3-Parking sendiri, malam ada yang jaga parking tu. 4-Wifi open tapi laju, tengok youtube tanpa lag. 5-Kurang kedap bunyi, boleh dengar orang berborak lalu lalang kat depan bilik.
Lihat promosi bilik