Sambil kita menyambut bulan perayaan Syawal, Agoda , salah satu syarikat pelancongan digital paling pesat berkembang di dunia, berkongsi desinasi di serata dunia yang mempunyai masjid menakjubkan untuk anda lawati.
1. Masjid Biru – Istanbul, Turki
Salah satu daya tarikan pelancong di Turki yang dibina di antara tahun 1609 dan 1616, Masjid Biru ini adalah hasil wawasan seni bina Sultan Ahmet I dari Empayar Uthmaniyah ketika baginda berusia 13 tahun. Masjid megah ini mempunyai 6 menara tinggi, berbanding masjid-masjid tradisional yang hanya mempunyai 1 hingga 4 menara, dan ia harus dikunjungi dalam kumpulan lawatan berpandu yang kecil bagi mempelajari tentang masjid bersejarah ini.
2. Masjid Kul Sharif – Kazan, Russia
Terletak di Kazan, sebuah kota di barat daya Russia, Masjid Kul Sharif yang amat menakjubkan ini telah dbina semula pada tahun 2005 dengan ciri-ciri seni bina moden setelah dimusnahkan pada tahun 1552. Masjid ini adalah antara yang terbesar di Eropah dan mempunyai 3 kawasan utama iaitu bangunan masjid, batu peringatan dan sayap pentadbiran.
3. Masjid Hassan II – Casablanca, Maghribi
Masjid Hassan II adalah salah satu masjid terbesar di benua Afrika dan ia menampilkan menara masjid yang tertinggi di dunia dengan ketinggian 210m. Dihiasi dengan jubin-jubin berbentuk geometri Islamik, kecantikan masjid ini menjadi satu keajaiban untuk disaksikan oleh anda sendiri. Masjid ini juga merupakan salah satu masjid di Maghribi yang membenarkan pelawat bukan beragama Islam memasukinya.
4. Masjid Besar Sheikh Zayed – Abu Dhabi, UAE
Suatu seni bina yang mengagumkan, Masjid Besar Sheikh Zayed merupakan salah satu masjid terbesar di dunia, dengan kapasiti 40,000 jemaah pada satu-satu masa. Masjid ini menampilkan dinding marmar seputih salji, candelier kristal emas 24-karat dan permaidani tenunan tangan yang terbesar di dunia yang berukuran 5,630 m². Masjid ini dilawati lebih 5 juta pengunjung setiap tahun.
5. Masjid al-Haram – Mekah, Arab Saudi
Tapak ziarah untuk menyempurnakan ibadah Haji dan Umrah, Masjid al-Haram adalah masjid paling suci mengikut kepercayaan umat Islam dan mampu menampung sehingga 4 juta jemaah. Layari Agoda.com/umrah untuk lebih daripada 200 pilihan penginapan yang ditawarkan pada kadar istimewa bagi para jemaah yang mengunjungi kota Mekah.
6. Masjid Putra – Putrajaya, Kuala Lumpur
Menampilkan kubah merah jambu, Masjid Putra yang dibina menggunakan batu granit berwarna ros ini adalah salah satu mercu tanda paling ikonik di Putrajaya. Tersergam di tepian Tasik Putrajaya, masjid ini mempamerkan gabungan seni reka bentuk Timur Tengah dengan kehalusan seni bina tempatan. Masjid yang tingginya 116m ini mempunyai 3 kawasan utama – dewan solat, halaman dan pelbagai kemudahan pembelajaran yang boleh memuatkan 15,000 jemaah pada satu-satu masa.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi press@agoda.com.