Agoda Melancarkan “Vaxxed To Go” Untuk Menyokong Usaha Imunisasi Malaysia

Dengan program vaksinasi secara besar-besaran yang menjadi tonggak pemulihan utama bagi kesihatan awam dan ekonomi di Malaysia, Agoda telah melancarkan kempen Vaxxed To Go untuk menyokong usaha imunisasi di seluruh negara Malaysia. Kempen Vaxxed To Go melihatkan Agoda dan rakan-rakan perhotelannya memberikan insentif kepada pelancong-pelancong yang telah mendapat dos vaksin lengkap dengan tawaran percutian dan faedah tambahan. Menerusi kempen ini, Agoda berharap dapat menyatupadukan mereka yang dalam industri pelancongan dan hospitaliti untuk membantu negara pulih kembali kepada keadaan normal.

Kempen Vaxxed To Go adalah selaras dengan perlaksanaan Pelan Pemulihan Negara Malaysia (PPN), yang meletakkan vaksinasi sebagai satu daripada tiga penunjuk nilai ambang utama untuk pembukaan semula sektor ekonomi dan sosial secara berperingkat.

Malaysia merupakan antara negara yang mempunyai kadar vaksinasi yang terpantas di dunia dengan Program Imunisasi Kebangsaan COVID-19 dan setakat 31 Julai, kira-kira 63% populasi yang layak telah mendaftar untuk mendapatkan suntikan vaksin. Dengan adanya inisiatif Vaxxed To Go Agoda, pengusaha-pegusaha penginapan boleh memberikan sokongan kepada usaha vaksinasi kebangsaan dan meraih manfaat daripada tempahan daripada pelancong-pelancong yang telah divaksinasi penuh dan sedang mencari cara selamat dan berbaloi untuk melancong.

Rakan-rakan perhotelan yang menyertai kempen Vaxxed To Go akan mendapat sokongan pemasaran menyeluruh daripada pihak Agoda, yang akan memastikan peningkatan keterlihatan dan dedahan kepada tempat-tempat penginapan yang mengambil bahagian. Ini akan meliputi pelbagai rangkaian pemasaran termasuk media sosial, promosi perentang, dan pop-up. Para pelanggan boleh melayari pakej-pakej Vaxxed to Go dengan mudah melalui laman utama khas yang telah dioptimumkan untuk paparan komputer atas meja dan telefon bimbit.

“Setelah berbulan menjalani perintah kawalan pergerakan, ramai rakyat Malaysian yang tidak sabar untuk melancong semula apabila ia dibenarkan kelak. Rakyat Malaysia sememangnya gemar melancong sejak dahulu lagi, justeru dengan mempromosikan konsep “Vaxxed To Go” — tawaran hebat eksklusif untuk pelancong-pelancong yang telah mendapat dos vaksin yang lengkap, Agoda berharap dapat mendorong lebih ramai rakyat Malaysiauntuk merasa lebih selamat dan yakin untuk melancong semula, dan mendapatkan suntkan vaksin COVID-19,” kata Mr. Cleland Robertson, Pengarah Negara, Malaysia dan Brunei, Agoda.

“Selain daripada aspek perlindungan kesihatan awam, kadar peningkatan inokulasi adalah penting bagi mencetuskan pemulihan ekonomi negara pada keseluruhannya,khususnya bagi sektor pelancongan dan hospitaliti. Agoda juga berharap dapat memberikan inspirasi kepada pemain-pemain industri untuk memainkan peranan mereka dalam membantu Malaysia bagi mencapai imuniti kelompok dengan segera,” tambah beliau.

Dengan adanya Vaxxed To Go, rakan-rakan perhotelan boleh menawarkan diskaun kepada pelanggan-pelanggan yang telah mendapat dos vaksin yang lengkap apabila pelancongan domestik dibenarkan kelak, berserta faedah istimewa seperti peningkatan taraf bilik, atau diskaun makanan dan minuman. Tempat-tempat penginapan ini juga akan menyenaraikan pakej-pakej khas untuk pengalaman-pengalaman di lokasi, seperti aktiviti-aktiviti peranginan dan tawaran spa. Vaxxed To Go adalah sambungan kepada tawaran Agoda Special Offers, yang telah dilancarkan dalam bulan Mei di beberapa buah negara pasaran. Dengan Malaysia sebagai pasaran rintis untuk kempen ini, Agoda mempunyai sasaran untuk melancarkan Vaxxed To Go ke lebih banyak negara pasaran dalam tempoh beberapa bulan akan datang.