Akaun Saya (daftar masuk)



Refreshing Session...

Terma dan syarat

Terma dan Syarat

Peruntukan-peruntukan berikut membentuk dasar Program Ganjaran Agoda. Peruntukan ini bertujuan untuk melindungi anda, ahli Ganjaran Agoda, Agoda Company Pte Ltd [Agoda], ahli Agoda Travel Network dan syarikat gabungannya yang mengambil bahagian. Penyertaan anda dalam program ini akan dikawal oleh peruntukan-peruntukan ini, dan ia adalah tanggungjawab anda untuk membaca dan memahami kesemua mereka. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Khidmat Ganjaran Agoda atau laman-laman yang menyertai Agoda Travel Network, termasuk agoda.com.

Dengan menyertai Program Ganjaran Agoda, mata yang diurus niaga, atau menggunakan mana-mana aspek program, anda bersetuju untuk terikat dengan garis panduan ini. Peraturan-peraturan program tidak boleh digantikan atau diubah, kecuali secara bertulis daripada

Syarat Am

1. Keahlian Ganjaran Agoda dan faedahnya ditawarkan mengikut budi bicara Agoda Company Pte Ltd dan syarikat gabungannya, dan Agoda mempunyai hak untuk menamatkan Program atau menukar peraturan Program, peraturan-peraturan, faedah, syarat penyertaan atau tahap ganjaran, secara keseluruhan atau sebahagiannya, pada bila-bila masa, dengan atau tanpa notis, walaupun perubahan boleh menjejaskan nilai Mata Ganjaran sudah terkumpul. Agoda boleh, antara lain, menarik balik, menghadkan, mengubahsuai atau membatalkan mana-mana Tawaran Istimewa Ahli Sahaja; meningkatkan tahap mata yang diperlukan bagi mana-mana tempahan hotel; mengubahsuai atau mengawal pemindahan Mata Ganjaran atau faedah; menambah jumlah tarikh blackout yang tidak terhad; atau mengehadkan bilangan tempahan hotel dan tawaran istimewa tersedia di mana-mana atau semua hartanah. Ahli Ganjaran Agoda, ketika mengumpul Mata Ganjaran, tidak boleh bergantung kepada ketersediaan berterusan Tawaran Khas atau tahap ganjaran, dan ahli mungkin tidak boleh mendapatkan semua Tawaran Istimewa ditawarkan atau menggunakan Mata Ganjaran di semua hartanah.

2. Penyertaan dalam Program Ganjaran Agoda ("Program") adalah tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat, kaedah-kaedah, peraturan, dasar, dan prosedur ("Peraturan Program") yang Agoda boleh, menurut budi bicaranya, menerima pakai dari semasa ke semasa. Agoda mempunyai hak mutlak untuk mentafsir dan menggunakan Peraturan Program. Sebarang kegagalan mengikuti Peraturan Program, sebarang penyalahgunaan keistimewaan Program, sebarang kelakuan memudaratkan kepentingan Agoda, atau apa-apa salah nyataan mana-mana maklumat yang diberi kepada Agoda atau gabungannya oleh mana-mana ahli, atau sesiapa yang lain yang bertindak bagi pihak ahli, boleh mengakibatkan penamatan keahlian beliau, pembatalan mata terakru, ganjaran atau faedah, atau kedua-duanya.

3. Agoda berhak untuk mengaudit mana-mana dan semua akaun Ganjaran Agoda pada bila-bila masa untuk mematuhi Peraturan Program, tanpa notis kepada ahli Program. Sekiranya audit mendedahkan percanggahan atau kemungkinan pelanggaran, pemprosesan permintaan penebusan anugerah boleh ditangguhkan sementara menunggu penyelesaian audit.

4. Setiap ahli hendaklah bertanggungjawab untuk sentiasa mengambil tahu Peraturan Program dan jumlah Mata Ganjaran dalam akaunnya. Agoda akan cuba untuk menasihati ahli aktif tentang pelbagai perkara kepentingan melalui apa-apa cara sebagaimana yang sesuai, seperti ringkasan akaun, surat berita dan laman webnya, tetapi Agoda tidak akan mempunyai sebarang liabiliti bagi sebarang kegagalan untuk berbuat demikian.

5. Pengumpulan Mata Ganjaran dan penebusan mata terbabit adalah tertakluk kepada Peraturan Program tertentu yang digubal oleh Agoda. Setiap ahli adalah bertanggungjawab untuk membaca bahan-bahan terbabit untuk memahami hak dan tanggungjawab beliau di bawah Program. Tiada mata, faedah, ganjaran yang diperoleh atau diberikan di bawah Program boleh dipindahkan atau diperuntukkan.

6. Program Ganjaran Agoda diseleggarakan bagi manfaat dan penyertaan ahli individu sahaja. Hanya individu layak untuk keahlian Ganjaran Agoda, dan setiap ahli boleh mengekalkan hanya satu akaun. Akaun berganda akan tertakluk kepada pembatalan.

Hanya ahli yang dinamakan dalam akaun layak untuk akses kepada maklumat akaun peribadi. Rakan gabungan Agoda dan kakitangan Priceline.com, Agoda Company Ltd, Agoda Company Pte. Ltd atau mana-mana anak syarikat milik penuh syarikat-syarikat ini tidak layak untuk menyertai Program Ganjaran Agoda.

7. MATA GANJARAN TERAKRU BUKAN MERUPAKAN HARTA AHLI DAN TIDAK MEMPUNYAI NILAI DI LUAR PROGRAM INI. GANJARAN MATA ADALAH KREDIT YANG AGODA BOLEH BATALKAN PADA BILA-BILA MASA SEBAGAIMANA YANG DINYATAKAN DI SINI. GANJARAN MATA TIDAK BOLEH DITUKARKAN UNTUK TUNAI, DIPERUNTUKKAN, DITUKARKAN, ATAU DIPINDAHKAN, KECUALI SEPERTI DINYATAKAN DI SINI, DAN TIDAK BOLEH DIPINDAHKAN SELEPAS KEMATIAN, SEBAGAI SEBAHAGIAN DARIPADA PERKARA HUBUNGAN DOMESTIK, ATAU SELAINNYA OLEH OPERASI UNDANG-UNDANG.

8. Segala data peribadi dan maklumat-maklumat yang dikumpulkan daripada anda berhubung dengan Program ini akan digunakan selaras dengan (a) dasar Polisi Privasi bagi laman web berkenaan yang anda langgani sebagai Ahli. Klik disini untuk melihat maklumat lanjut mengenai dasar privasi bagi laman web www.agoda.com. Maklumat yang diberikan oleh Ahli boleh dipindahkan kepada atau daripada Pembekal Perkhidmatan (cth nya: hotel) untuk memudahkan penyertaan Ahli didalam program yang disediakan. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut bagaimana maklumat ini mungkin digunakan oleh Pembekal, sila rujuk dasar Privasi Pembekal.

9. Agoda berhak untuk memberhentikan keahlian mana-mana Ahli yang menggunakan Program ini dalam cara yang tidak konsisten dengan Terma dan Syarat ini atau mana-mana persekutuan, negeri, wilayah, undang-undang wilayah atau tempatan, statut, undang-undang kecil, garis panduan, atau ordinan. Penamatan keahlian boleh mengakibatkan kehilangan semua Mata Ganjaran yang diperolehi,faedah dan keistimewaan. Di samping pemberhentian keahlian Program, Agoda akan mempunyai hak untuk mengambil tindakan pentadbiran yang sesuai dan/atau tindakan undang-undang, termasuk pendakwaan jenayah, sebagaimana yang difikirkannya perlu mengikut budi bicara mutlaknya.

10. Sebarang percubaan oleh mana-mana individu untuk mengganggu operasi Program yang sah boleh dianggap sebagai pencabulan undang-undang jenayah dan sivil, dan sekiranya percubaan tersebut dibuat, Agoda berhak untuk mendapatkan ganti rugi daripada individu tersebut ke tahap sepenuhnya yang dibenarkan oleh undang-undang. Kegagalan Agoda untuk menguatkuasakan mana-mana terma dan syarat ini tidak akan membentuk pengecualian itu, atau mana-mana lain, peruntukan.

11. Semua soalan atau pertikaian mengenai kelayakan seseorang individu untuk Program, pendapatan, penggunaan, atau penukaran Mata Ganjaran, atau pematuhan Ahli dengan Terma dan Syarat ini akan diselesaikan oleh Agoda mengikut budi bicara mutlaknya.

12. Jika mana-mana peruntukan dalam Terma dan Syarat ini didapati tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan oleh mahkamah yang mempunyai bidang kuasa berwibawa, peruntukan tersebut akan terputus daripada baki Terma dan Syarat ini, yang sebaliknya akan kekal dalam berkuatkuasa dan berkesan sepenuhnya.

13. Terma dan Syarat ini hendaklah ditafsirkan selaras dengan Undang-Undang Singapura tanpa mengira di mana permohonan untuk keahlian telah disempurnakan oleh Ahli atau diserahkan kepada Agoda. Dalam apa-apa tindakan atau proses perundangan lain berkenaan dengan sebarang perkara atau benda berkaitan dengan Terma dan Syarat ini atau Keahlian yang dikemukakan oleh Ahli kepada bidang kuasa bukan eksklusif Singapura.

Larangan Jualan atau Barter

14. Penjualan atau barter sebarang Mata Ganjaran itu, anugerah atau faedah lain daripada Agoda dilarang dengan nyata. Sebarang Mata Ganjaran, anugerah atau faedah yang dipindahkan, diserahhakkan atau dijual dengan melanggar Peraturan Program, di samping untuk mendedahkan ahli kepada penalti yang selainnya dikaitkan dengan pelanggaran, mungkin dirampas atau dibatalkan.

Penggunaan tempahan hotel yang telah diperoleh melalui pembelian, barter, atau perlakuan lain yang melanggar Peraturan Program boleh mengakibatkan pembatalan tempahan, penafian kemasukan ke hotel berkenaan dengan tempahan di bawah nama tetamu, dan, pada budi bicara Agoda, penyempurnaan menginap hotel hanya setelah melakukan pembayaran pada kadar yang berkenaan.

Aktiviti Akaun

15. Mana-mana ahli yang gagal pada bila-bila masa untuk melibatkan diri dalam aktiviti akaun bagi tempoh dua puluh empat (24) bulan berturut-turut adalah tertakluk kepada penamatan keahlian beliau dan dilucuthakkan semua Mata Ganjaran terakru.

16. "Aktiviti Akaun," bagi maksud Peraturan ini, hendaklah disifatkan berlaku apabila ahli yang Mata Ganjarannya terakru dalam akaunnya dalam apa jua cara yang ditetapkan dalam Peraturan ini, atau sebaliknya seperti yang diluluskan oleh Agoda, atau apabila ahli menebus sebarang Ganjaran Agoda atau hadiah rakan kongsi dengan pengunaan Mata Ganjaran dalam akaun ahli.

Akruan Mata Ganjaran

17. Hanya ahli Ganjaran Agoda layak mengakru Mata Ganjaran dalam Program ini dengan memanfaatkan kaedah akruan yang diiktiraf di bawah Program ini. Seseorang ahli tidak boleh mengakru Mata Ganjaran bagi penggunaan perkhidmatan, sama ada tempahan hotel atau sebaliknya, oleh mana-mana orang lain, haiwan, objek, atau entiti.

18. Terkini, Mata Ganjaran boleh diakru dengan membuat tempahan hotel melalui agoda.com atau mana-mana laman web lain milik Agoda Travel Network, dengan menggunakan kad kredit yang sah untuk membayar tempahan atau pembelian barangan atau perkhidmatan bagi Mata Ganjaran terakru. Agoda secara nyata berhak untuk menubuhkan tambahan syarat untuk mengakru Mata Ganjaran, untuk memadam mana-mana atau semua syarat yang kini diiktiraf, atau untuk mengecualikan jenis transaksi tertentu daripada pengumpulan Mata Ganjaran. Untuk mendapatkan Mata Ganjaran dengan membuat tempahan hotel, ahli mesti log masuk dengan memasukkan kata nama dan kata laluan yang sah. Mata Ganjaran akan dikreditkan ke akaun ahli hanya jika ahli telah membuat sekurang-kurangnya satu tempahan sebelum 1 April 2014.

19. Mata Ganjaran boleh diakru hanya untuk penginapan hotel yang sebenarnya berlaku atau dilaksanakan oleh ahli selepas tarikh pendaftaran rasmi ahli, dan hanya boleh digunakan untuk akaun ahli. Mata Ganjaran terakru bagi tempahan hotel yang disempurnakan akan dikreditkan ke akaun ahli 30 hari selepas tarikh berlepas dari hotel. Mata Ganjaran hanya akan dikreditkan untuk tempahan hotel yang sebenarnya dibuat oleh ahli. Mata Ganjaran tidak akan diberikan untuk pembatalan tempahan hotel.

20. Mata Ganjaran boleh diakru untuk tempahan yang telah dijelaskan dan disempurnakan di hotel yang mengambil bahagian. Jumlah Mata Ganjaran terakru akan ditentukan oleh amaun tunai yang dibayar oleh Ahli. Amaun tunai adalah jumlah bayaran yang dicaj kepada kad kredit Ahli, tertakluk kepada sebarang pembayaran balik, caj, pelarasan atau aktiviti yang tidak dapat disahkan.

Ahli Premier boleh mengakru Mata Ganjaran pada kadar 20 mata bagi setiap dolar yang dicajkan kepada kad kredit mereka. Ahli Elite75 boleh mengakru Mata Ganjaran pada kadar 31.25 mata bagi setiap dolar yang dicajkan kepada kad kredit mereka.

21. Jika Agoda atau mana-mana rakan niaga Agoda secara tidak wajar menafikan akruan atau faedah kepada ahli, liabiliti akan dihadkan nilai bersamaan akruan atau faedah itu.

22. Mata GanjaranAgoda akan dikreditkan hanya untuk kadar diterbitkan yang layak, dan bukan untuk hotel yang Agoda telah dikontrakkan berdasarkan komisen sahaja, penginapan percuma, sewa atau tiket, diskaun industri, kadar kumpulan atau kadar promosi istimewa. Mata Ganjaran Agoda tidak akan terpakai terhadap sebarang caj kad kredit yang dibuat secara langsung dengan pihak hotel.

23. Hanya individu yang dikontrak untuk penempahan hotel menerima kredit Mata Ganjaran untuk perkhidmatan yang diberikan.

24. Agoda mempunyai hak untuk menjadikan mata bonus dan tawaran promosi tersedia secara terpilih kepada ahli-ahli tertentu pada bila-bila masa, berdasarkan sejarah tempahan dan aktiviti tempahan, lokasi geografi, penyertaan dalam program atau faktor-faktor lain yang ditentukan mengikut budi bicara sepenuhnya Agoda.

25. Agoda akan, dalam kebanyakan kes, mengkredit akaun ahlinya dengan Mata Ganjaran yang diakrukan. Bagaimanapun, menjadi tanggungjawab setiap Ahli untuk memastikan mata ganjaran telah dikreditkan dengan sempurna. Apabila Ahli mendakwa mendapat Mata Ganjaran tetapi tidak dikreditkan ke dalam akaun, atau dalam kes-kes yang disifatkan Agoda memerlukan pengesahan, Agoda berhak untuk meminta bukti akruan daripada Ahli, termasuk tetapi tidak terhad kepada salinan resit atau dokumentasi yang sama untuk mengesahkan sebarang transaksi yang didakwa telah dilaksanakan. Sebarang tuntutan untuk Mata Ganjaran oleh ahli dan bukti akruan mesti diterima oleh Agoda dalam tempoh dua belas bulan selepas tarikh Mata Ganjaran tersebut telah didakwa diperolehi.

Penamatan Tempoh Mata Ganjaran

26. Mata Ganjaran terakru dalam akaun Ahli hendaklah dikekalkan di dalam akaun sehingga ditebus atau sehingga tempoh tamat, mengikut mana-mana yang terdahulu.

27. Mata Ganjaran yang diperolehi dalam satu tahun kalendar kekal sah sehingga 31 Disember tahun kalendar seterusnya selepas itu. Mata yang tamat dalam setiap tahun kalendar mesti ditebus untuk anugerah sebelum 31 Disember. Mata yang tidak ditebus atau luput pada 31 Disember adalah tidak sah dan dipadam dari akaun. Akaun dengan Mata Ganjaran terakru yang tamat untuk tempoh 2 tahun penuh ditetapkan sebagai dorman dan Agoda mempunyai hak untuk menutup akaun tersebut selepas tamatnya mana-mana Mata Ganjaran selebihnya.

Dalam kes-kes Mata Ganjaran, atas apa-apa sebab, dikeluarkan dari akaun, sebagai penebusan anugerah, dan kemudiannya dikembalikan, pulangan Mata Ganjaran untuk akaun tidak boleh dikira sebagai aktiviti akaun

Penebusan Anugerah

28. Anugerah yang ditebus dan jumlah Mata Ganjaran yang diperlukan untuk menebus setiap anugerah akan ditetapkan oleh pihak Agoda dan diberikan untuk ahli-ahli sahaja. Agoda akan menubuhkan proses penebusan anugerah, tetapi penebusan pada dasarnya bermaksud pertukaran Mata Ganjaran dalam akaun ahli untuk anugerah tertentu.

29. Mata yang ditebus ketika melakukan tempahan yang tidak boleh dipulangkan tidak akan dikembalikan jika berlaku pembatalan.

30. Mata Ganjaran yang diperolehi dalam dua atau lebih akaun berbeza tidak boleh digabungkan untuk menebus apa-apa anugerah.

31. Ganjaran Agoda untuk tempahan hotel akan tertakluk kepada polisi tarif, kontrak dan polisi penginapan di tempat di mana ahli dijadualkan menginap.

32. Struktur anugerah adalah tertakluk kepada pengubahsuaian, pembatalan atau pindaan mengikut budi bicara pihak Agoda, dengan atau tanpa notis. Jumlah Mata Ganjaran yang diperlukan untuk menebus mana-mana anugerah boleh meningkat dengan ketara, mana-mana anugerah boleh ditarik balik, dan sekatan ke atas mana-mana anugerah atau penebusan boleh dikenakan pada bila-bila masa. Pengumpulan Mata Ganjaran tidak melayakkan ahli Program kepada sebarang hak yang berkaitan mana-mana anugerah atau Program ini. Anugerah hendaklah sah hanya atas syarikat-syarikat yang menyertai Program Ganjaran Agoda seperti yang ditentukan oleh Agoda. Penyertaan syarikat-syarikat akan memaparkan dengan jelas logo Ganjaran Agoda dan proses tempahan akan menunjukkan dengan jelas jika Mata Ganjaran boleh ditebus atau terakru. Agoda tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa perubahan yang mengakibatkan pembatalan penyertaan hartanah dari program.

33. Agoda tidak akan bertanggungan atau bertanggungjawab dalam apa jua cara untuk sebarang akibat cukai yang boleh disebabkan oleh penyertaan Ahli dalam Program. Setiap Ahli adalah sepenuhnya bertanggungjawab bagi pembayaran semua cukai dan faedah perlu dibayar yang diperolehi sebagai hasil daripada penyertaan Ahli tersebut dalam Program dan pendapatan, penukaran, pegangan dan/atau penggunaan Mata Ganjaran dan bagi semua kewajipan pemfailan dan obligasi melaporkan yang terpakai. Ahli harus berunding dengan penasihat cukai mereka mengenai pengumpulan, penukaran dan penggunaan Mata Ganjaran.

34. Pembekal Perkhidmatan boleh ditambah atau dikeluarkan daripada Program pada bila-bila masa dengan atau tanpa notis. Sekiranya Pembekal dikeluarkan dari Program, Ahli masih akan mengekalkan sebarang baki Mata Ganjaran dalam Akaun Ahli yang telah diperolehi melalui Pembekal tersebut.


AS-AGWEB-3C01