Sunderland Motel
Mulakan perjalanan anda ke permulaan yang baik dengan menginap di hartanah ini, yang menawarkan wi-fi percuma di dalam semua bilik. Terletak dengan baik di Kuah sebahagian daripada Langkawi, penginapan ini meletakkan anda berdekatan dengan tarikan dan pilihan tempat makan yang menarik. Jangan pulang sebelum melawatCenang Beach yang terkenal. Sebagai bonus tambahan, restoran disediakan di lokasi untuk memenuhi keperluan anda dengan mudah.
tempat letak kereta
Wi-Fi percuma semua bilik
simpanan bagasi
ATM
Kedai
Restoran
khidmat bilik
hotel yang strategik untuk membeli-belah”
Tempat yang strategik dan sangat sesuai untuk membeli-belah kerana berada di tengah-tengah pekan Kuah. Mudah untuk pergi ke tempat-tempat yang menarik di sekitar Langkawi kerana kemudahan pengangkutan yang senang untuk disewa. Biliknya bersih cuma kemudahan bagi mendapatkan air untuk dminum agak terhad.Secara keseluruhannya, Sunderland Motel sangat sesuai untuk pelancongan seisi keluarga.
Lihat promosi bilik
hotel bagus sesuai dan murah.”
Tempat/lokasi sesuai di tengah kuah, mudah utk membeli barang berhampiran Ismail group dan bank-bank. Terima kasih pihak pengurusan kerana tolong pos dan pulang telefon bimbit saya yang tertinggal di motel. Thank you Sunderland Motel, jika p langkawi pasti Sunderland motel pilihan utama.
Lihat promosi bilik
menginap di sunderland”
Bikik 334 mempunyai katil yg cukup besar dan selesa. Selimut, cadar,tuala mandi dan tandas yg bersih. Cuma masalahnya tombol pintu tandas rosak (patah), pintu tandas tidak boleh dibuka dari sebelah dalam. Begitu juga dengan pancuran showernya rosak...terima kasih, saya dan keluarga akan tetap memilih sunderland sebagai tempat penginapan apabila berkunjung ke langkawi di masa akan datang.
Lihat promosi bilik
hotel menarik dan perkhidmatan dengan senyuman”
hotel ini memenuhi ciri-ciri tempat penginapan yang selesa.kedudukan hotel ini sangat strategik iaitu berada di pekan kuah dan ini menyenangkan saya untuk mencari hotel ini walaupun hanya pertama kali datang ke tempat itu.layanan yang diberikan oleh pekerja disitu amat mesra pelanggan dan kelengkapan hotel ini boleh ditingkatkan dengan mempelbagaikan servis.harga amat berpatutan dan dapat dinikmati oleh semu golongan.secara kesuluruhanya,saya sebagai pelajar universiti berpuas hati dengan layanan hotel ini disamping harga yang berpatutan.
Lihat promosi bilik
hotel ini agak baik untuk pelancongan yang ekonomi”
hotel ini amat menarik bagi mereka yang melancong bersama keluarga atau 'grouping'. ini kerana ia menyediakan bilik dengan 3 katil bagi mereka yg melancong lebih dari 2 orang. lokasi nya di tengah2 pekan kuah amat sesuai bagi mereka yang ingin membeli belah. ini adalah kerana hotel ini dikelilingi oleh pusat- pusat membeli belah duty free yang menawarkan harga sungguh istimewa. apa yang lebih menarik ialah hotel ini berada di sebelah tapak pasar malam yang menawarkan pelbagai pilihan tidak terhad kepada pakaian dan makanan tetapi barang- barang cenderahati yang boleh dibawa pulang buat keluar dan sahabat handai. perjalan ke jeti feri kuah juga tidak sukar kerana lokasinya terletak hanya 10 minit dari jeti feri kuah dan stesen teksi hanya terletak bersebelahan dengan hotel ini. restoran- restoran juga banyak terdapat di sekitar hotel ini dengan menawarkan pelbagai citarasa termasuk dari negara jiran thailand.saya mengesyorkan hotel ini untuk pelancongan keluarga.
Lihat promosi bilik
tempat yang paling stategik utk bershopping!!”
hotel ini sangat dekat dengan kedai - kedai utk kita bershopping di langkawi... penat survey..boleh balikke bilik dulu...peas tu leh sambong survey n shopping...tak payah sewa kereta pun..kalo tujuan utama ke langkawi utk bershopping...perkhidmatan ke airpot..senang..sebab kat bawah motel ini ada station teksi...!!!!best....
Lihat promosi bilik
Enjoy mginap di Sunderland Motel”
Mginap di Sunderland Motel yg berada ditgh pekan kuah mmg sgt ssuai utk mereka yg suka mbeli belah.Kedai makan punya ada disekeliling.serta kita mudah nak kemana pun.
Lihat promosi bilik
Pengalaman pertama di Langkawi”
Memang betul la komen yang saya baca sebelum ni tentang pekerja di Hotel berkenaan...memang sgt biadab...berani dia bertengkar dgn saya mengenai jumlah katil yang sepatutnya tiada tapi diadakan di dalam Maklumat Bilik 'AGODA'...apa yang saya baca tak sama seperti yang dinyatakan...jangan tertipu dengan maklumat yang dinyatakan..sebab saya tempah bilik yang mempunyai 2 katil single dan 1 katil double...maksudnya 'dan'...bukan 'atau'...tapi dia tetap pertahankan 'atau'...kononya pilihan...memamng sangat biadap pekerja perempuan itu..mohon agar pihak pengurusan motel berkenaan dapat membuat pemantauan terhadap biadapnya pekerja anda di motel berkenaan...bagus pekerja lelaki yang memohon maaf atas salah faham seperti yang dinyatakan didalam agoda... Saya tak akan menginap di motel berkenaan lagi, kerna sikap pekerja berkenaan yang biadab. Bukti maklumat yang mengatakan bilik SUPEROR STANDARD ada tingkap memang menyatakan bilik berkenaan mempunyai 2 katil single & 1 katil double..saya ada simpan gambarnya...anda semua boleh membuat semakan di web agoda..dgn menaip sunderland motel... Sekian terima kasih.
Lihat promosi bilik
Bersesuaian dengan harga yang ditawarkan”
Saya bersama isteri dan anak perempuan kami terasa tenang dan selesa berada di hotel ini, dengan ciri reka bentuk dalaman dan susunan yang baru lagi sempoi bersesuaian dengan harga yang dikenakan. Bilik air yang bagi saya amat bersih dan menarik rekaannya amat selesa untuk digunakan. Terletak di tengah-tengah pekan baru Kuah yang sememangnya dikelilingi surga membeli belah terutama bagi kaum perempuan dan anak-anak. Senang untuk mencari tempat makan dan dengan harga yang berpatutan.
Lihat promosi bilik
satisfied”
I am satisfied with my staying in Sunderland Hotel. Hopefully me and family will be staying here another time.
Lihat promosi bilik
hotel yg selesa d lokasi yg tepat”
Penginapan yg bersesuaian untuk pasangan ataupun keluarga.Lokasi di tengah pusat bandar memudahkn untuk pelanggan mendapatkan sebarang keperluan.Bank d depan motel mudah untu pengeluaran wang.tq
Lihat promosi bilik
Penginapan di tengah bandar”
Sebuah hotel yang terletak di tengah bandar kuah dan terletak dekat dengan pasar malam, kedai untuk membeli belah dan murah
Lihat promosi bilik
lokasi yang bagus terletak di tengah pekan kuah”
Perkhidmatan yang bagus dan terletak betul-betul di tengah pekan kuah. Harga yang berpatutan dengan keluasan bilik cuma katil agak keras.
Lihat promosi bilik
Lokasi yang strategik”
Ini adalah pengalaman pertama saya menginap di motel ini. Keadaan motel agak bersih dan teratur, cuma bilik agak kecil dan tiada pemandangan keluar. Motel ini terletak ditengah -tengah bandar Kuah dan dikelilingi oleh kawasan membeli-belah. Ianya amat sesuai untuk sesiapa yang ingin membeli-belah dan menginap di tempat yang agak murah.
Lihat promosi bilik
lokasi strategik tp bilik kecil”
motel yang bersih sebab baru cuma bilik agak kecil dan ruang solat yang sempit. tapi di bawah ada night market setiap hr khamis hingga sabtu dan tempat yang sesuai untuk shoping kerana di tengah2 kedai2
Lihat promosi bilik
Lokasi hebat tetapi bilik kecil”
merupakan hotel badget yang bersih. lokasi yang terletak ditengah bandar menyerlahkan kehebatannya. walaubagaimanapun tiada alat pemanas air agak mengecewakan pelanggan, kerana ada pelanggan yang terdiri daripada warga emas letih untuk berjalan jauh bagi mendapatkan air panas. dari segi kebersihan hotel ini sangat baik.
Lihat promosi bilik
hotel yang selesa”
hotel yang menarik kerana betoi² di pekan kuah tetapi keadaan tilam yang terlalu keras.......
Lihat promosi bilik
Askes ke hotel yang modah serta lokasi yang baik ”
Amat baik, harga berpatutan serta betul-betul berapa di tengah pekan kuah untuk tujuan membeli belah serta window shopping.
Lihat promosi bilik
water heater rosak!”
1. lokasi - berada di tengah tengah kedai bebas cukai. kalau penat ke, banyak barang sangat beli, boleh naik atas dulu rehat-rehat. di bawah motel terdapat tmpt teksi. tak memerlukan kenderaan untuk pergi membeli belah. 2. tmpt makan. - sangat dekat dengan chinese restaurant. tapi restoren melayu pun ada jugak. 3. toilet - toilet bersih tapi bau busuk.., sangat! maybe sistem kumbahan yang teruk. and takde kepala shower! hotel sediakan kepala shower tu macam hos tepi toilet seat cuma dia letak bahagian atas. kreatif sangat! pastu heater tak berfungsi... 4. aircond - tetengah pagi buta aircond dah tak sejuk sebab aicond switch to kipas.
Lihat promosi bilik
Hotel yang bersih”
Bilik bersih cuma gelas yang disediakan agak kotor. Tilam terlalu keras. Bilik air bersih. Kepada semua wanita yang suka shopping, motel ni memang sesuai kerana berdekatandengan kedai haji ismail group dan pasar malam
Lihat promosi bilik