Daerah Marais: Panduan Tarikan, Beli-Belah & Hotel Paris

Daerah Marais: Panduan Tarikan, Beli-Belah & Hotel Paris background image

Mengikut sejarah, Marais merupakan sebuah daerah aristokrat di Paris, dan suasana klasik dan mewah ini kekal hingga ke hari ini meskipun daerah ini lebih mengalu-alukan pengunjung dari pelbagai lapisan masyarakat. Dengan seni bina prarevolusi, serambi anjung yang menawan dan jalan pejalan kaki yang dibarisi kedai, kawasan ini memang mempesonakan dan merupakan tempat yang baik untuk bersiar-siar. Le Marais juga mempunyai banyak hotel pereka yang menawan, maka kebarangkalian untuk anda menemukan tempat yang baik di Marais untuk menjadi pangkalan anda adalah tinggi. Menawarkan kelab malam, galeri dan teras kebudayaan masyarakat Yahudi di Perancis, Marais Paris merupakan daerah penting bagi ramai orang dan perlu menjadi lokasi utama untuk dikunjungi dalam senarai lawatan Paris anda.

Marais-kegiatan untuk dilakukan-Paris-Perancis-Gereja Notre Dame

Pengenalan kepada Daerah Marais, Paris

Terletak berhampiran dengan Sungai Seine, Marais juga terletak berhampiran dengan banyak tarikan paling terkenal di Paris, termasuk Gereja Notre Dame. Marais juga merupakan tempat kediaman novelis Perancis terkenal, Victor Hugo, dan rumahnya kini dijadikan muzium yang boleh dikunjungi di kawasan ini. Dengan akses mudah kepada bas dan metro, serta terletak di lokasi pusat, Marais merupakan destinasi terkenal untuk pengunjung dan juga disayangi oleh orang tempatan. Untuk lawatan anda yang seterusnya ke Paris, pertimbanglah untuk menginap di kejiranan meriah dan bersejarah Marais!

Daftar Masuk ke Le 20 Prieure Hotel, Langkah Keluar ke Notre Dame

Marais-Kegiatan untuk dilakukan-Paris-Perancis-Le 20 Prieure Hotel

Marais-Kegiatan untuk dilakukan-Paris-Perancis-hotel butik

Lawatan Paris: Hotel di Daerah Marais

Daerah yang sentiasa mengikut perkembangan terkini ini mempunyai banyak hotel butik yang baik, jadi jika anda tidak mahu menginap di rangkaian hotel terkemuka dan ingin menghayati keunggulan sejarah Paris, menginaplah di salah satu hotel hebat berikut di Marais.

Marais-kegiatan untuk dilakukan-Paris-Perancis-Hotel Jeanne d'Arc Le Marais

Hotel Jeanne d’Arc Le Marais

Hotel Jeanne d’Arc Le Marais terletak di Marais dan hanya 2 minit berjalan kaki dari Dataran Place des Vosges yang mengagumkan. Dengan Wi-Fi percuma disediakan di dalam semua bilik, sarapan Eropah yang menawarkan pastri Perancis yang lazat, serta perkhidmatan mengemas setiap hari dan kaunter sambutan 24 jam, Hotel Jeanne d’Arc Le Marais merupakan pilihan yang baik untuk penginapan anda di Marais. Alamat hotel ini ialah 3, rue de Jarente, 4th – Centre Pompidou, Paris, France, 75004.

Pengangkutan berhampiran dengan Hotel Jeanne d’Arc Le Marais

Marais-kegiatan untuk dilakukan-Paris-Perancis-Grand Hôtel Malher

Grand Hôtel Malher

Dengan lokasi yang baik, Wi-Fi percuma di dalam semua bilik dan kawasan umum, daftar masuk 24 jam, serta penyimpanan bagasi dan pengemasan harian, Grand Hôtel Malher bersedia menjadi tempat kediaman anda di Paris. Grand Hôtel Malher terletak hanya beberapa minit dari stesen metro, menjadikannya lokasi pangkalan yang baik di Marais kerana anda boleh bergerak pergi balik hotel dengan mudah. Pertimbanglah untuk menginap di Grand Hôtel Malher semasa lawatan anda yang seterusnya ke Paris. Alamat hotel ini ialah 5 Rue Malher, 4th – Centre Pompidou, Paris, France, 75004.

Pengangkutan berhampiran dengan Grand Hôtel Malher

Marais-kegiatan untuk dilakukan-Paris-Perancis-Hotel Dupond-Smith

Hotel Dupond-Smith

Baru diubah suai, Hotel Dupond-Smith merupakan tempat menginap yang baik di Marais. Dengan bilik larangan merokok yang indah, termasuk TV LCD/plasma, internet wayarles percuma, penyaman udara, dan lain-lain, Hotel Dupond-Smith mengalu-alukan anda untuk menyertai mereka di Marais. Alamat hotel ini ialah 2 rue des Guillemites, 4th – Centre Pompidou, Paris, France, 75004.

Pengangkutan berhampiran dengan Hotel Dupond-Smith

Daftar Masuk ke Hotel Magenta 38 by HappyCulture, Langkah Keluar ke Eglise Saint Laurent

Marais-kegiatan untuk dilakukan-Paris-Perancis-Hotel Magenta 38 by HappyCulture

Marais-kegiatan untuk dilakukan-Paris-Perancis-Places des Vosges

Beli-belah dan Kegiatan untuk Dilakukan di Daerah Marais

Marais merupakan sebuah kejiranan bersejarah dan mengagumkan, dan mempunyai banyak tarikan menarik untuk diteroka. Selain itu, disebabkan oleh lokasinya, Marais juga merupakan pangkalan yang baik kerana terletak berhampiran dengan banyak tarikan utama lain di Paris. Berikut adalah beberapa tempat menarik yang boleh anda lawati di Marais, tetapi pastikan anda meneroka sendiri kerana terdapat banyak permata yang tersembunyi di kawasan ini!

  • Places des Vorges: Dataran terancang tertua di Paris dan masih menarik orang tempatan dan pelancong kerana menjadi tempat pertemuan yang baik. Dengan laluan pejalan kaki bergerbang yang indah, taman di tengah-tengah, dan kedai yang aneh tetapi menarik, pastikan anda berjalan-jalan di Places des Vosges semasa berada di kawasan ini.
  • Temple du Marais: Gereja protestan yang indah ini terletak di Marais dan pada asalnya dibina sebagai biara Roman Katolik. Kaya dengan sejarah, gereja ini diasaskan pada 1619 dan wajar dilawati semasa anda berada di kawasan ini.
  • Rue des Rosiers: Jalan ini merupakan jalan Yahudi paling terkenal di Marais dan mempunyai pelbagai saumaah, kedai buku istimewa dan restoran yang lazat. Jika anda mencari pengalaman yang menakjubkan dan kaya dengan sejarah di Marais, jangan lupa melawat Rue des Rosiers.

Daftar Masuk ke Hotel Concorde Montparnasse, Langkah Keluar ke Muzium Jean Moulin

Marais-kegiatan untuk dilakukan-Paris-Perancis-Hotel Concorde Montparnasse

Marais-kegiatan untuk dilakukan-Paris-Perancis-bistro Perancis-makanan

Pilihan Makan Terbaik di Daerah Marais

Marais terkenal dengan masakannya yang mengagumkan dan kepelbagaian makanan yang ditawarkan. Sama ada anda mencari restoran berusia hampir 100 tahun di nadi Marais, atau sesuatu yang lebih kontemporari, Marais tidak akan mengecewakan anda. Marais juga terkenal dengan hidangan falafel yang lazat-lazat, jadi pastikan anda makan satu atau dua hidangan semasa berjalan-jalan di kawasan ini. Dan pastikan anda keluar awal kerana Marais terkenal untuk pastri dan roti sarapannya yang lazat dan, apabila anda berada di Paris, anda perlu makan banyak karbohidrat kerana Paris mempunyai beberapa roti terbaik di dunia. Keluar dan makan di beberapa lokasi menakjubkan ini di Marais!

  • Le Petit Marché: Terletak berhampiran dengan Dataran Place des Vosges, bistro ini menawarkan pelbagai masakan gabungan dan, walaupun agak mahal, kualitinya sepadan dengan harga. Jika anda mencari tempat istimewa untuk makan, pertimbanglah untuk singgah di Le Petit Marché.
  • Máncora Cebicheria: Jika anda gemar makanan laut yang segar (terutamanya, ceviche), anda tidak perlu mencari jauh, pergilah ke Máncora Cebicheria. Restoran Marais ini menawarkan tapa yang menarik, bir Peru, dan pelbagai pilihan ceviche. Tinggalkan ruang untuk pencuci mulut (panna cotta di sini memang hebat).
  • L’As du Fallafel: Jika anda mencari makanan yang enak tetapi ringkas, maka L’As du Fallafel merupakan tempat untuk anda. Menawarkan shawarma, kebab dan falafel, restoran ini menyediakan makanan yang ringkas dan murah, tetapi lazat. Semasa berjalan-jalan di Le Marais, singgahlah makan di restoran ini!

Daftar Masuk ke Hotel Du Plat d’Etain, Langkah Keluar ke Muzium Musee des Arts et Metiers

Marais-kegiatan untuk dilakukan-Paris-Perancis-Hotel Du Plat d'Etain

Marais-Kegiatan untuk dilakukan-Paris-Perancis-aktiviti malam-lounge

Pilihan lounge, bar dan aktiviti malam berhampiran dengan Marais

Marais mempunyai pelbagai aktiviti malam yang menarik untuk hampir semua orang. Dari bar dan kafe yang mesra hinggalah kelab malam, kelab LGBTQ, dan pelbagai lagi, terdapat banyak keseronokan di Marais. Berikut adalah beberapa tarikan malam terkemuka di Marais sebagai panduan anda, tetapi jangan takut untuk meneroka kejiranan yang menarik ini – anda tidak tahu keseronokan yang akan anda temukan di Marais selepas matahari terbenam pada hari tersebut!

  • Lizard lounge: Mempunyai suasana kota, bar ini mempunyai dua tingkat, dipengaruhi budaya Amerika, dan sering dikunjungi oleh orang tempatan dan ekspatriat. Dengan makanan yang lazat, minuman yang enak dan kakitangan yang mesra, singgahlah di Lizard Lounge semasa berada di kawasan ini.
  • La Perle: Hampir penuh sepanjang masa, dan memang terkenal, La Perle merupakan tempat yang baik untuk dikunjungi jika anda mencari makanan yang enak dan murah, minuman yang lazat, dan suasana malam yang menarik. Bersedialah untuk berseronok di La Perle!
  • Le Sherry Butt: Suasana di Le Sherry Butt menenangkan dan ada kelas, dengan hiasan yang indah, kakitangan yang hebat, dan koktel yang dibuat dengan baik. Jika anda ingin minuman yang lazat di Marais, singgahlah di Le Sherry Butt.

Daftar Masuk ke Best Western Hotel Ronceray Opera, Langkah Keluar ke Muzium Musee Grevin

Marais-kegiatan untuk dilakukan-Paris-Perancis-Best Western Hotel Ronceray Opera

Marais-kegiatan untuk dilakukan-Paris-Perancis-Stesen Metro Chemin Vert

Pilihan Pengangkutan di Daerah Marais

Paris terhubung dengan baik melalui sistem metro dan basnya, serta perkhidmatan kereta api wilayah. Jika anda ingin bergerak di sekitar bandar dengan mudah, pilihan terbaik ialah dengan menggunakan pengangkutan awam. Sementara metro boleh membawa anda hampir dengan kebanyakan tempat pelancongan utama di Paris, bas akan membawa anda lebih dekat dengan tempat yang lebih kecil. Kedua-dua sistem pengangkutan ini boleh digunakan dengan mudah.

Marais mempunyai akses ke Laluan 1 Metro, melalui Stesen Metro Saint Paul, namun Stesen Metro Rambuteau, Stesen Metro Chemin Vert dan Stesen Metro Sully-Morland terletak di sempadan daerah ini, oleh itu anda mempunyai banyak pilihan metro di kawasan ini. Apabila anda berada di Marais, anda disarankan untuk bersiar-siar dengan berjalan kaki di kawasan ini, sekiranya boleh. Kejiranan ini merupakan sebuah kejiranan indah yang dipenuhi dengan kekayaan tempatan yang mengagumkan, kedai-kedai menarik, dan tempat makan yang enak. Oleh itu, lebih baik anda meneroka tempat ini dengan berjalan kaki.

Jika anda ingin menggunakan bas di Paris, anda boleh membeli tiket daripada pemandu, atau beli lebih awal di kedai-kedai serbaneka yang menjual rokok (dipanggil Tabacs). Anda disarankan untuk membeli tiket lebih awal. Sahkan tiket anda di salah satu mesin di dalam bas (terdapat terminal kecil yang menebuk tiket anda) dan, semasa turun dari bas, pastikan anda turun dari pintu belakang kerana orang akan naik dari pintu depan.

Pastikan anda menyimpan tiket bas dan metro sepanjang masa, jika tidak, anda boleh didenda jika ditemui tanpa tiket! Selain itu, semasa waktu puncak, pengangkutan awam akan menjadi sibuk dan sesak. Jika anda tidak sukakan kesesakan atau tidak suka berhimpit-himpit, jangan naik transit awam pada waktu puncak. Kadangkala berjalan kaki ke destinasi anda adalah lebih baik dan lebih tenang.

Pilihan Pengangkutan Lain Berhampiran dengan Daerah Marais

Meskipun Paris merupakan bandar yang terhubung dengan baik, kadangkala anda mungkin tidak mahu mengambil transit awam untuk pulang. Jangan risau, kerana Paris mempunyai pelbagai pilihan lain selain transit awam. Jika anda sedang berjalan-jalan di bandar, memanggil teksi tidak susah. Selain itu, jika anda mencari cara mudah untuk ke lapangan terbang selepas lawatan anda tamat (atau ke hotel semasa anda tiba), gunakanlah teksi.

Jika anda berminat menggunakan perkhidmatan perkongsian kereta, Paris mempunyai pelbagai pesaing di kawasan ini. Sama ada anda ingin menggunakan Uber, atau salah satu syarikat tempatan, seperti LeCab atau SnapCar, terdapat banyak pilihan perkongsian kereta disediakan di sekitar bandar ini untuk membawa anda ke tempat tujuan anda.

Jika anda ingin keluar dari bandar, anda mungkin menggunakan kereta api RER (perkhidmatan wilayah) atau salah satu kereta api kelajuan tinggi yang terdapat di Paris. Perjalanan menggunakan kereta api sangat terkenal di Eropah dan merupakan pilihan alternatif yang baik selain memandu atau menaiki pesawat dan, dengan banyak stesen kereta api di sekitar bandar ini, mudah sahaja untuk ke negara-negara Eropah yang lain, atau ke kawasan lain di Perancis , dari Paris.

Ketika keluar berjalan-jalan, ingatlah bahawa anda boleh sahaja bertanya kepada concierge hotel anda tentang kaedah pengangkutan terbaik untuk membawa anda ke tempat tujuan anda. Orang tempatan selalunya mempunyai nasihat yang baik tentang cara untuk bergerak di bandar mereka, jadi jangan takut untuk berbual dan mendapatkan nasihat.

Paris merupakan sebuah bandar yang mengagumkan, dan tempat yang baik untuk sesat. Berjalan-jalanlah di sepanjang Sungai Seine, singgah di kedai makan tempatan dan nikmati makanan dan wain dengan orang tempatan, dan nikmati keindahan bandar ini semasa anda berehat dan berseronok di Paris.

Daftar Masuk ke Avalon Hotel Paris Gare du Nord, Langkah Keluar ke Gereja St-Vincent de Paul

Marais-kegiatan untuk dilakukan-Paris-Perancis-Avalon Hotel Paris Gare du Nord

Lihat lebih banyak pangsapuri dan hotel di daerah Marais

Anda juga mungkin suka

Next
Tarikan Mesra Keluarga di Ehime | 7 Perkara Seronok untuk Dilakukan dengan Kanak-kanak Image

Tarikan Mesra Keluarga di Ehime | 7 Perkara Seronok untuk Dilakukan dengan Kanak-kanak

Ehime ialah sebuah wilayah Jepun yang terletak di sepanjang pantai barat laut pulau Shikoku. Ia terkenal dengan iklim panas dan persekitaran semula …

Bersiar-siar di Kyoto | Panduan untuk Kereta Api Peluru, Bas Tempatan & Penyewaan Basikal Image

Bersiar-siar di Kyoto | Panduan untuk Kereta Api Peluru, Bas Tempatan & Penyewaan Basikal

Bekas ibu kota Jepun, Kyoto, adalah sebuah bandar yang penuh dengan tradisi dan penuh dengan kebiasaan yang menarik. Di sebalik kuil ikonik …

Pasar Nishiki | Kedai Terbaik untuk Dilawati & Makanan di Kyoto's Pantry Image

Pasar Nishiki | Kedai Terbaik untuk Dilawati & Makanan di Kyoto's Pantry

Sama ada anda sedang mencari hidangan lazat untuk memikat selera anda, sejarah berbilang abad yang kaya untuk diterokai, atau pengalaman budaya biasa …

Panduan ke Taman Maruyama | Lihat Bunga Sakura & Terokai Gion di Kyoto Image

Panduan ke Taman Maruyama | Lihat Bunga Sakura & Terokai Gion di Kyoto

Terletak di berhampiran lereng bukit Daerah Higashiyama di Kyoto, Taman Maruyama ialah oasis semula jadi yang menakjubkan dengan keindahan dan daya tarikan. …

Lawatan Sehari dari Fukuoka | 5 Idea Jadual Perjalanan untuk Lawatan Sehari DIY di Kyushu Image

Lawatan Sehari dari Fukuoka | 5 Idea Jadual Perjalanan untuk Lawatan Sehari DIY di Kyushu

Fukuoka mungkin ibu kota Kyushu, tetapi ia bukan satu-satunya bandar yang patut dilihat di pulau paling selatan Jepun. Bandar ini berfungsi sebagai …

Jadual Perjalanan Bali 5 Hari | Panduan Pemasa Pertama untuk Percutian Sempurna di Indonesia

Bali ialah syurga pengembara sebenar di mana anda tidak akan kehabisan perkara untuk dilihat dan dilakukan. Satu-satunya cabaran ialah memikirkan tarikan dan …

Istana Imperial Kyoto - Lawatan Berpandu, Waktu & Tarikan Berdekatan di Jepun Image

Istana Imperial Kyoto - Lawatan Berpandu, Waktu & Tarikan Berdekatan di Jepun

Istana Imperial Kyoto ialah tingkap ke dalam sejarah empayar Jepun yang kaya, menawarkan pengunjung gambaran sekilas seni bina yang elegan dan taman …

Perkara yang Boleh Dilakukan di Dubrovnik, Croatia | 15 Tidak Boleh Terlepas Aktiviti & Tarikan Image

Perkara yang Boleh Dilakukan di Dubrovnik, Croatia | 15 Tidak Boleh Terlepas Aktiviti & Tarikan

Selalunya dipanggil “mutiara Adriatik,” Dubrovnik sudah tentu sesuai dengan julukan. Bandar yang indah di pantai selatan Croatia ini adalah salah satu destinasi …

Kehidupan Malam Bangkok | Bar, Kelab & Kawasan Hiburan Malam Popular Terbaik

Bangkok terkenal dengan kehidupan malam yang meriah dan eklektik, menawarkan sesuatu untuk semua orang, daripada pengunjung bar kasual kepada mereka yang ingin …

Pasar Chatuchak: Melawat Pasar Terbesar di Bangkok

Pasar Chatuchak adalah pasar yang luas terletak di Daerah Chatuchak dari Bangkok. Ia sering dikenali sebagai “Pasar Hujung Minggu Chatuchak” kerana kebanyakan …

Bar Atas Bumbung di Bangkok | Tempat Hiburan Malam dengan Pemandangan & Koktel yang Hebat

Sama ada anda sedang menghirup koktel istimewa atau menikmati segelas wain yang berkualiti, pemandangan panoramik dari tinggi di atas jalan-jalan yang sibuk …

Panduan Pasar Malam Taipei: 13 Bazar & Lawatan Makanan DIY Terbaik

Pasar malam Taipei adalah bahagian yang meriah dan penting dalam pesona bandar ini, menawarkan pengalaman mengasyikkan ke dalam budaya tempatan, makanan dan …

19 Tempat Urut Thai di Bangkok | Studio Bajet & Spa Mewah

Tiada perjalanan ke Thailand lengkap tanpa merasai urutan Thai asli di Bangkok. Selain melihat cantik kuil Thai dan cuba sedap makanan jalanan, …

Hotel Terbaik di Tokyo: 13 Penginapan Mewah & 5 Bintang Terbaik

Pemandangan hotel Tokyo adalah gambaran yang mempesonakan bandar itu sendiri: gabungan harmoni tradisi dan inovasi termaju. Bagi pengembara yang arif, kelimpahan hartanah …

Panduan Lapangan Terbang Taipei - Maklumat Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan Taiwan

Jika anda terbang ke Taipei, kemungkinan besar anda akan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan Taiwan (TPE, Lapangan Terbang Taipei). Terletak kira-kira …

Kelab di Seoul: Bar, Teater & Aktiviti Kehidupan Malam Terbaik

Pemandangan kehidupan malam Seoul adalah dinamik dan pelbagai seperti bandar itu sendiri, menawarkan sesuatu untuk semua orang, sama ada anda ingin berehat …

Masa Terbaik untuk Melawat Taipei - Aktiviti & Tarikan untuk Setiap Musim

Kebanyakan orang memikirkan Taipei 101 apabila ia datang ke tempat ikonik untuk dikunjungi di ibu negara Taiwan. Tidak dinafikan, kerana semua orang …

10 Perjalanan Sehari yang Hebat dari Paris | Lihat Desa di Perancis Image

10 Perjalanan Sehari yang Hebat dari Paris | Lihat Desa di Perancis

Paris ialah bandar luar biasa yang dipenuhi dengan sejarah, budaya dan mercu tanda terkenal di dunia, tetapi kadangkala, pelarian pantas ke kawasan …

Membeli-belah Myeongdong & Perkara Terbaik untuk Dilakukan di Seoul

Sebagai salah satu daerah pelancongan utama di Seoul, Myeongdong menarik pengunjung dari seluruh dunia ke kedai-kedai mewah dan tarikan komersial yang lain. …

6 Perjalanan Sehari Osaka & Percutian Ajaib - Perjalanan Jepun

Lawatan sehari di Osaka penuh dengan istana bersejarah, mata air panas dan gunung. Lawati tempat berhampiran salah satu bandar paling popular di Jepun.

Lawatan Sehari Terbaik dari Tokyo | 8 Tempat untuk Percutian Pantas melalui Kereta Api Peluru

Rangkaian kereta api peluru Tokyo memudahkan anda melarikan diri dari bandar selama sehari dan menerokai pelbagai destinasi yang menarik. Sama ada anda …