Pelbagai pilihan makanan Osaka boleh ditemui di setiap penjuru jalan tetapi beberapa tempat makan terbaik di Osaka tersorok di lorong belakang dan bilik bawah tanah yang sukar dicari. Mencari “kappo” ini, seperti yang dipanggil penduduk setempat, mungkin menjadi satu pengembaraan tetapi ganjaran daripada mencuba masakan istimewa wajib cuba dan beberapa makanan terkenal di “Dapur Jepun” ini amat berbaloi!
Jepun
Maklumat Pelancongan Osaka: Panduan untuk Beli-Belah Bebas Cukai, Memberi Tip dan Visa di Jepun
Mendapatkan maklumat pelancongan Osaka sebelum ke Jepun ialah kunci untuk menyesuaikan diri dengan budaya setempat dan mengetahui semua zon beli-belah bebas cukai di bandar ini! Berjuta-juta pengunjung ke Jepun bebas masuk tanpa visa, dan setiap pelancong di Osaka dijemput untuk log masuk ke kawasan Wi-Fi percuma di seluruh bandar.
Lawatan Sehari Osaka: Onsen Terbaik Amagasaki, Hiburan Malam & Beli-Belah
Pengunjung yang ingin melihat budaya tempatan Jepun sebenar suka menginap di Amagasaki. Daerah ini dinamakan “Ama” oleh penduduk tempatan, terletak di barat laut Osaka di Wilayah Hyogo dan merupakan percutian popular untuk penduduk Osaka yang menikmati izakaya (bar tempatan) dan onsen (mandi awam). Amagasaki hanya 10 minit perjalanan dengan kereta api dari Osaka, membuat penginapan di kejiranan bersejarah ini lebih menarik lagi!
Percutian di Osaka: Aktiviti & Tempat Menarik Berhampiran Stesen Shinsaibashi
Jika tujuan utama anda ke Osaka adalah untuk membeli-belah, maka Shinsaibashi adalah destinasi yang tepat. Selain jalan yang dipenuhi butik dan pusat beli-belah, di Shinsaibashi anda juga boleh menaiki feri menyusuri sepanjang Tombori River Walk, lawat kuil bersejarah dan menikmati hiburan malam.
Tempat menginap di Osaka – Panduan Perjalanan ke Hotel & Tempat Menarik
Mengetahui tempat menarik di setiap kawasan akan membantu anda menentukan tempat menginap di Osaka. Bandar terbesar ketiga di Jepun ini terbahagi kepada dua kawasan utama – Kita, yang bermaksud ‘utara’, dan Minami, yang bermaksud ‘selatan’. Setiap wilayah ini dipecahkan kepada beberapa kawasan yang berpusat di Shinsaibaishi, Dotonbori, dan Namba..
Waktu Terbaik untuk ke Osaka: Panduan Cuasa & Tarikan Bermusim
Kalau tujuan utama anda ke Osaka adalah untuk melihat keindahan bunga sakura atau bergambar di antara daun yang menguning semasa musim luruh, anda datang ke tempat yang tepat! Tapi jika anda mencari lebih daripada itu, jangan bimbang, kerana Osaka menawarkan lebih daripada sekadar gambar yang menarik. Dan yang lebih istimewa, keindahan Osaka boleh dinikmati tanpa mengambil kira musim di Jepun. Yang pasti, percutian ke Osaka semasa musim sejuk dan musim panas sama menakjubkan!
Universal Studios Japan: Panduan Pengunjung Kali Pertama ke Taman Tema Osaka
Tips dan panduan bercuti ke Universal Studios Jepun
Taman tema terbesar di Osaka dan juga taman hiburan kedua paling banyak dikunjungi di Jepun selepas Tokyo Disneyland. Universal Studio Japan merupakan salah satu daripada 4 Universal Parks & Resorts di dunia, dan Taman Tema Universal pertama yang dibina di Asia.
Istana Osaka: Beli Tiket & Lawat Mercu Tanda Paling Bersejarah di Jepun
Istana Osaka bukan sekadar mercu tanda Osaka paling disayangi namun mercu tanda ini juga paling disanjungi di seluruh Jepun. Sejarah Istana Osaka boleh dijejak pada lewat kurun ke-16, apabila bekas panglima dan pahlawan Toyotomi Hideyoshi memulakan pembinaan istana ini sebagai tanda penyatuan negara yang musnah akibat perang.
Panduan Beli-Belah Tokyo: Tempat Terbaik untuk Cari Fesyen Jepun & Pasar Lambak
Teroka pusat beli-belah di Tokyo daerah demi daerah dan temui gudang beli-belah bergemerlapan, pasar tradisional malahan mesin layan diri di jalanan. Jika anda hanya ingin menengok-nengok barang di kedai di Tokyo, kemungkinan besar anda telah berada di tengah-tengah daerah beli-belah. Daerah beli-belah di Tokyo dibina di sekeliling mercu tanda bandar paling popular, tempat tarikan utama dan stesen subway.
AGODA EXTRA: Jalan-jalan di Tokyo dipenuhi dengan mesin layan diri yang menjual segala-galanya yang anda perlukan ketika percutian anda di Jepun
Mercu Tanda Tokyo: 5 Tarikan Utama & Tempat untuk Dilawat
Mercu tanda Tokyo merangkumi segala-galanya dari agama hinggalah kebudayaan moden. Tangkap gambar bandar Tokyo dari dek pemerhatian pencakar langit di Minato, atau alami kuil purba dan gusti sumo di Asakusa. Tokyo mungkin membina reputasinya dengan teknologi moden, namun di bawah limpahan ratusan cahaya neon, terdapat banyak lagi mercu tanda yang menunggu untuk diteroka.
AGODA EXTRA: Semasa berkelana di Tokyo, anda mungkin akan sampai ke stesen kereta api paling sibuk di dunia. Stesen Shinjuku menerima secara purata 3.5 juta penumpang setiap hari dan mempunyai 36 platform. 17 platform lagi boleh ditemui di luar untuk landasan yang dihubungkan. Anda mungkin tidak akan dapat menemui platform yang betul kali pertama kerana terdapat lebih 200 pintu keluar di Stesen Shinjuku!