Maklumat Pelancongan Osaka: Panduan untuk Beli-Belah Bebas Cukai, Memberi Tip dan Visa di Jepun

This post is also available in: English 简体中文 繁體中文(台灣) 繁體中文(香港) Deutsch Magyar 日本語 한국어 Português Português ไทย Indonesian Italiano

Mendapatkan maklumat pelancongan Osaka sebelum ke Jepun ialah kunci untuk menyesuaikan diri dengan budaya setempat dan mengetahui semua zon beli-belah bebas cukai di bandar ini! Berjuta-juta pengunjung ke Jepun bebas masuk tanpa visa, dan setiap pelancong di Osaka dijemput untuk log masuk ke kawasan Wi-Fi percuma di seluruh bandar.

Maklumat pelancongan Osaka_visa ke Jepun

Maklumat Pelancongan Osaka | Visa Jepun

Pengecualian visa Jepun meliputi lebih dari 60 buah negara, dan kebanyakan pelancong boleh berada di Jepun hingga 90 hari. Rakyat Thailand dan Brunei ditawarkan visa pelancong 15 hari, dan rakyat negara lain perlu memenuhi sayarat yang ditetapkan sebelum dibenarkan masuk ke Jepun.

Layari Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri Jepun untuk maklumat pelancong dan visa terkini.

Maklumat pelancongan Osaka_penduduk Osaka_selatan Bandar Osaka

Maklumat Pelancongan Osaka | Penduduk Osaka

Sejak pertengahan kurun ke-20, penduduk Osaka berjumlah lebih daripada dua juta penduduk tetapi pada tahun 1940, dengan lebih daripada 3.2 juta penduduk, Osaka merupakan bandar terbesar di Jepun dengan jumlah penduduk melebihi 400,000 orang daripada jumlah penduduk Tokyo. Kini, Osaka ialah bandar ketiga terbesar di Jepun dan terdiri dari 24 ward, dengan daerah pusat ditetapkan sebagai Kita di utara dan Minami di selatan.

Wilayah Osaka, termasuk Bandar Osaka, mempunyai 42 majlis perbandaran dan jumlah penduduk melebihi sembilan juta orang. Wilayah ini merangkumi tujuh peratus daripada jumlah penduduk Jepun.

Maklumat pelancongan Osaka_beli-belah bebas cukai di Osaka

Maklumat Pelancongan Osaka | Cukai dan Pusat Beli-Belah Bebas Cukai di Jepun

Semua pelancong ke Jepun, kecuali kanak-kanak kecil, perlu membayar cukai pulang sebanyak 1,000 yen. Cukai ini digunakan untuk meningkatkan kualiti pelancongan dan menyediakan sumber tentang mercu tanda kebudayaan dan tarikan semula jadi di Jepun. Cukai jualan, dikenali sebagai cukai penggunaan, ialah 8 peratus (angka 2019) di seluruh Jepun. Jumlah kedai bebas cukai yang banyak membolehkan pelancong asing membeli hampir apapun tanpa membayar cukai. Pasport diperlukan untuk menuntut pulangan cukai. Kebanyakan kedai memerlukan pelanggan membayar harga penuh barangan dan kemudian ke kaunter khidmat pelanggan berasingan untuk menuntut pulangan cukai.

Maklumat pelancongan Osaka_memberi tip di Jepun

Maklumat Pelancongan Osaka | Memberi Tip di Jepun

Memberi tip bukan amalan di Jepun, dan dalam kebanyakan kes, tip akan ditolak apabila dihulurkan kepada pekerja perkhidmatan. Ketiadaan bayaran bonus ini tidak pernah menjejaskan kualiti perkhidmatan yang diterima oleh pelancong sepanjang kunjungan mereka. Seperti tempat-tempat lain di Jepun, pengunjung Osaka akan menikmati layanan istimewa daripada pelayan restoran, teksi yang kemas dan rapi, dan perhatian penuh kakitangan hotel walau di mana-mana jua mereka berada.

Maklumat pelancongan Osaka_Wi-Fi percuma Jepun

Maklumat Pelancongan Osaka | Capaian Internet

Japan Connected-free Wi-Fi: Wi-Fi disediakan secara percuma di kebanyakan hotel dan restoran tetapi pelancong boleh bergerak dengan bebas dan yakin dengan memuat turun aplikasi Japan Connected-free Wi-Fi. Aplikasi ini mengandungi peta kawasan khas Wi-Fi yang terdapat di seluruh bandar. Pelancong boleh Snapchat dari lapangan terbang atau memenuhi laman Instagram mereka dari pusat beli-belah terbaik, muzium dan mercu tanda bersejarah bandar Osaka.

Kad SIM: satu lagi kaedah untuk kekal terhubung adalah dengan membeli kad SIM untuk data sahaja. Kad boleh dibeli di Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai dan Lapangan Terbang Itami. Tidak pasti sama ada anda ingin membeli kad SIM selepas mendarat? Kad SIM juga dijual di kedai serbaneka dan bahagian IT pusat beli-belah.

Sewaan Pocket Wi-Fi: keluarga dan kumpulan boleh menerima manfaat dengan menyewa penghala Wi-Fi mudah alih. Banyak syarikat di Jepun menawarkan perkhidmatan mampu milik ini. Syarikat akan menghantar peranti tersebut ke hotel anda dan anda boleh meninggalkannya di hotel pada hujung percutian anda. Pengunjung juga boleh menyewa peranti tersebut di kedua-dua lapangan terbang di Osaka.

Daftar Masuk ke hotel atau pangsapuri di Namba  

Osaka Hinode Hotel Nipponbashi

 

Fraser Residence Nankai Osaka

 

Hotel Hillarys

 Terokai Osaka