Tempat menginap di Osaka – Panduan Perjalanan ke Hotel & Tempat Menarik

This post is also available in: English العربية 简体中文 繁體中文(台灣) 繁體中文(香港) Dansk Français Deutsch עברית Magyar 日本語 한국어 polski Português Português Русский Español ไทย Türkçe Indonesian Italiano

Mengetahui tempat menarik di setiap kawasan akan membantu anda menentukan tempat menginap di Osaka. Bandar terbesar ketiga di Jepun ini terbahagi kepada dua kawasan utama – Kita, yang bermaksud ‘utara’, dan Minami, yang bermaksud ‘selatan’. Setiap wilayah ini dipecahkan kepada beberapa kawasan yang berpusat di Shinsaibaishi, Dotonbori, dan Namba..

Shinsaibashi_America Village_Osaka_Japan

1. Cari tempat beli-belah terbaik di SHINSAIBASHI

Shinsaibashi ialah destinasi beli-belah terkemuka di Osaka. Menginap di hotel di Shinsaibashi meletakkan anda dekat dengan pusat beli-belah seperti Daimaru Shinsaibashi dan Namba Parks. America Village (Americamura) juga menjadi tumpuan pemuda-pemudi di Osaka. Tarikan utama di kawasan ini ialah Arked Beli-Belah Shinsaibashi, yang menawarkan kedai-kedai utama dan lorong jalan yang penuh dengan butik tempatan, izakaya (bar Jepun), kafe dan kawasan muzik secara langsung. Kawasan ini terhubung dengan Dotonbori, dan anda boleh makan tengah hari di Kani Doraku dan menyusuri Tombori River Walk untuk ke mercu tanda seperti Papan Iklan Glico dan Kuidaore Taro, badut bermain dram di Bangunan Nakaza Cuidaore.

Daftar Masuk ke OOKINI Hotels Shinsaibashi Sennencho Apartment, Langkah Keluar ke America Village (Americamura)

OOKINI Hotels Shinsaibashi Sennencho Apartment

Teroka lagi hotel dan pangsapuri berhampiran Stesen Shinsaibashi

Umeda_Nakanoshima River Cruise_Nakanoshima Garden Bridge_Osaka_Japan

2. Alami hiburan malam dan beli-belah mewah di UMEDA

Menginap di Umeda meletakkan anda dekat dengan hab pengangkutan utama di Osaka, Stesen Osaka dan Stesen Umeda. Kereta api ini bukan sahaja menghubungkan anda kepada seluruh bandar, namun juga membawa penumpang ke Kyoto dan Kobe. Umeda adalah lebih sibuk daripada kebanyakan subbandar di Osaka, dan hotel-hotel memberikan fokus kepada kelas perniagaan dan pelancong mewah, namun pelawat menyukai Umeda kerana dekat dengan mercu tanda seperti Umeda Sky Building dan Kitashinchi, iaitu kawasan kehidupan malam mewah yang popular dengan gadis geisha dan pelanggan bangsawan. Stesen Umeda berada di tengah-tengah pusat beli-belah mega seperti Grand Front Osaka dan HANKYU Department Store Umeda, dan bersempadan dengan terusan di Nakanoshima. Anda boleh berlayar dengan Nakanoshima River Cruise dan melewati destinasi seperti Nakanoshima Festival Tower, jambatan Taman Nakanoshima dan Museum of Oriental Ceramics, Osaka. Anda juga akan menemui Osaka Science Museum di Nakanoshima.

Daftar Masuk ke Hotel IL Grande Umeda, Langkah Keluar ke Taman Nakanoshima

Hotel IL Grande Umeda

Teroka lagi hotel dan pangsapuri berhampiran Stesen Umeda

Namba Station_Namba HIPS_Ebisu Bridge_Osaka_Japan

3. Berehat selepas penerbangan panjang berhampiran STESEN NAMBA

Jika anda mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai, tempat terbaik untuk menginap di Osaka adalah mungkin berhampiran Stesen Namba. Perjalanan dari Stesen Kansai-Airport ke Stesen Namba mengambil masa lebih kurang 45 minit dan berhenti berhampiran pusat beli-belah Namba City dan pusat rekreasi Namba Parks. Namba terletak di sebelah selatan Terusan Dotombori dan Jambatan Ebisu, yang menghubungkan pelancong ke Shinsaibashi. Anda boleh menaiki wahana di depan bangunan Namba HIPS atau meluangkan hari berhampiran Taman Nipponbashi dan Denden Town, yang terkenal dengan barangan elektronik dan bekalan kamera.

Daftar Masuk ke Hotel WBF Hommachi, Langkah Keluar ke Jambatan Ebisu

Hotel WBF Hommachi

Teroka lagi rumah tumpangan dan hotel asmara di Namba

Shin-Osaka Station_Yodo River_Yodogawa Riverside Park

4. Bersiar-siar ke bandar terkenal, menginap di hotel murah berhampiran STESEN SHIN-OSAKA

Jika anda ke Osaka dengan menaiki kereta api laju, berkemungkinan anda akan berhenti di Stesen Shin-Osaka, salah sebuah hab pengangkutan utama Osaka yang terletak di sebelah utara Sungai Yodogawa (Yodo). Kawasan ini adalah tempat berkumpulnya para pelancong yang ingin menjelajah bandar-bandar sekitar seperti Hiroshima, Kyoto dan juga Tokyo. Oleh kerana banyaknya jumlah pelancong yang melewati kawasan ini setiap hari, hotel-hotel berhampiran Stesen Shin-Osaka kekal murah sepanjang tahun. Tidak banyak tempat menarik di kawasan ini, namun Umeda hanya berjarak 8 minit dengan kereta api.

Daftar Masuk ke Cityroute Hotel, Langkah Keluar ke Yodogawa Riverside Park

Cityroute Hotel

Teroka lagi hotel dan hostel berhampiran Stesen Shin-Osaka

Tennoji_Keitakuen Garden_100-yen shop_Osaska_Japan

5. Jurugambar dan pelancong beg galas berkampung di hostel di TENNOJI

Untuk lebih mengenal sisi tradisional dan sejarah Osaka, pilih hotel di Tennoji. Wilayah di sebelah timur ini mempunyai tempat menarik seperti Zoo Osaka Tennoji dan mercu tanda seperti kuil Shitennoji. Jelajah kawasan kejiranan antarabangsa Shinsekai sambil menikmati pemandangan dari menara Tsutenkaku. Tennoji terkenal kerana mercu tandanya, namun lebih terkenal kerana banyak rumah tumpangan dengan harga yang berpatutan dan juga kedai 100-yen. Cari kawasan hijau di Taman Tennoji (Tenshiba), dan lawat Taman Keitakuen dan Muzium Bandar Osaka. Juga terletak di Tennoji ialah Abeno Harukas, bangunan tertinggi di Jepun.

Daftar Masuk ke bnb Primo 02, Langkah Keluar ke Zoo Osaka Tennoji

bnb Primo 02

Teroka lagi ryokan dan hostel di Tennoji

Amagasaki_Nishimuko Park_Oido Park_Osaka_Japan

6. Nikmati hiburan tempatan sambil menyelami budaya Jepun di AMAGASAKI

Anda sudah puas bersiar-siar di Osaka? Kini tiba masanya untuk anda mengalami kehidupan penduduk tempatan di Amagasaki. Wilayah di sebelah barat laut Osaka ini terletak di Wilayah Hyogo, namun perjalanan ke Osaka mengambil masa kurang daripada 10 minit dengan kereta api. Amagasaki terkenal kerana kehidupan malamnya yang meriah. Suasana yang tenang menyambut anda sebaik anda menjejakkan kaki di sini. Kawasan ini ialah destinasi popular bagi penduduk tempatan untuk meluangkan hujung minggu dan tempat yang sempurna untuk berehat dari kesibukan Osaka. Jangan lupa untuk melawat kompleks sukan Hyogo Prefectural Amagasaki Forest dan Taman Nishimuko. Jika anda bersama keluarga pastikan untuk singgah di Taman Oido yang mempunyai taman permainan dan taman bunga ros yang indah.

Daftar Masuk ke Amagasaki Plaza Hotel, Langkah Keluar ke Taman Nishimuko

Amagasaki Plaza Hotel

Teroka lagi hotel dan rumah tumpangan di Amagasaki