Skip to content

Panduan Beli-Belah Tokyo: Tempat Terbaik untuk Cari Fesyen Jepun & Pasar Lambak

Panduan Beli-Belah Tokyo: Tempat Terbaik untuk Cari Fesyen Jepun & Pasar Lambak

Teroka pusat beli-belah di Tokyo daerah demi daerah dan temui gudang beli-belah bergemerlapan, pasar tradisional malahan mesin layan diri di jalanan. Jika anda hanya ingin menengok-nengok barang di kedai di Tokyo, kemungkinan besar anda telah berada di tengah-tengah daerah beli-belah. Daerah beli-belah di Tokyo dibina di sekeliling mercu tanda bandar paling popular, tempat tarikan utama dan stesen subway.

AGODA EXTRA: Jalan-jalan di Tokyo dipenuhi dengan mesin layan diri yang menjual segala-galanya yang anda perlukan ketika percutian anda di Jepun

Shinjuku_Yodabashi Camera_Isetan

1. Cari gajet elektronik, jenama mewah dan kelengkapan kamera di SHINJUKU

Tiba di stesen kereta api paling sibuk di dunia dan jelajah di daerah komersil paling luas, sesak dan hiruk-pikuk. Lawatan anda di Shinjuku akan membawa anda ke pusat beli-belah seperti Isetan dan Odakyu. Jika anda lebih gemarkan alatan elektronik, hala ke barat ke Stesen Shinjuku dan temui kawasan kejiranan yang penuh dengan Kamera Yodobashi kedai permainan video dan kedai multimedia. Kedai utama lain di daerah ini termasuk Keio Department Store (Keio Hyakkaten) dan Lumine 1 serta Lumine 2.

Daftar Masuk di Shinjuku Granbell Hotel, Keluar Ke Yodobashi Camera Shinjuku Granbell Hotel Teroka lebih banyak hostel dan pangsapuri Stesen Kereta Api Shinjuku

Ginza_hi-so_Chuo-dori_Ginza Mitsukoshi

2. Jelajah pusat beli-belah mewah di zon bebas trafik di GINZA

Pusat beli-belah dan butik termasyhur boleh ditemui sepanjang Chuo Dori, laluan 1 kilometer yang dikenali sebagai Syurga Pejalan Kaki, popular pada hujung minggu kerana ditutup untuk trafik pada waktu tengah hari. Walaupun anda tidak membawa wang yang banyak untuk beli semuanya di Ginza, dengan hanya berjalan-jalan di pusat beli-belah mewah seperti Ginza Six dan Ginza Mitsukoshi adalah pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Untuk sesuatu yang sedikit berbeza, pergi ke kedai alat tulis di Ginza Itoya, atau bawa kanak-kanak ke Hakuhinkan dan Don Quijote (DONKI) untuk mencari syurga permainan dan pelbagai cenderahati.

Daftar Masuk di Daiwa Roynet Hotel Ginza, Keluar Ke Ginza Mitsukoshi Daiwa Roynet Hotel Ginza Teroka lebih banyak pangsapuri dan hotel kapsul di Ginza

Akihabara_Electric Town_Yodobashi Camera

3. Alami budaya otaku Tokyo dan anime Jepun di AKIHABARA

Beli-belah barangan elektronik di Akihabara untuk mengalami budaya otaku, atau peminat setia anime, manga dan budaya pop masyarakat Jepun. Pelbagai kedai menjual barangan elektronik, kelengkapan kamera, permainan video, collectibles dan pakaian cosplay terkini. Juga dikenali sebagai Akihabara Electric Town (Denki-gai), tarikan paling popular di sini termasuk Yodobashi Camera, Yamada Denki LABI Akihabara dan LAOX (Kedai Utama Akihabara). Lawat 2k540 Aki-Oka Artisan untuk berbelanja di bawah landasan kereta api, dan singgah di kejiranan Jimbōchō dan teroka lebih 170 buah kedai buku di sana.

Daftar Masuk ke Akihabara Washington Hotel, Keluar ke Akihabara Electric Town Akihabara Washington Hotel Teroka lagi hotel dan pangsapuri di Akihabara

Shimokitazawa_Shimo-Kitazawa Station

4. Cari pakaian terpakai dan piring hitam di SHIMOKITAZAWA

Tarikan utama untuk pelajar Tokyo dan artis muda, Shimokitazawa, juga dipanggil Shimokita dan kadangkala “Shimo,” memaparkan peruncit bebas, kedai pakaian terpakai dan kedai piring hitam. Berbelanja di Shimokita garage department untuk fesyen vintage, dan singgah di Best Sound Records untuk menghayati zaman kegemilangan piring hitam. Daerah ini terletak di sekitar Stesen Shimo-Kitazawa, dan lorong sempit di sana hanya boleh sampai dengan berjalan kaki.

Daftar Masuk di SHIMOKITA HOSTEL, Keluar ke Shimokitazawa SHIMOKITA HOSTEL Teroka lagi hotel dan pangsapuri di Shibuya

Harajuku_Omotesando Hills_Takeshita Street_Cat Street

5. Bersiar-siar sambil membeli-belah di HARAJUKU

Harajuku ialah destinasi paling popular di Tokyo untuk warga tempatan dan pelancong. Terletak bersebelahan Yoyogi Park, antara Stesen Harajuku dan Omotesando Hills, Harajuku memenuhi keperluan belia muda namun juga menawarkan pilihan kurang extreme kepada golongan dewasa dan keluarga. Cari kedai trendy, pakaian vintage, kafe hip dan bar sepanjang Takeshita Street dan Cat Street. Golongan kanak-kanak boleh menemui hiburan di Kiddy Land, dan untuk beli-belah mewah, cuba Omotesando Hills.

Daftar Masuk ke Tokyu Stay Shibuya Shin Minami Guchi, Keluar ke Cat Street Tokyu Stay Shibuya Shin Minami Guchi Teroka lagi hotel kapsul dan hostel di Harajuku

Tokyo Flea Market_Ohi Racecourse Flea Market_Yoyogi Park Flea Market

6. Cari barangan terpakai bersama-sama penduduk tempatan di PASAR LAMBAK paling terkenal di Tokyo

Dedikasi Tokyo terhadap kitar semula telah mewujudkan budaya yang obses dengan barangan terpakai. Walaupun hanya dibuka sekali-sekala, pasar lambak terdapat merata-rata di bandar, yang memikat penduduk tempatan dengan harga murah, makanan jalanan yang pelbagai dan suasana yang menawan.

Pasar Lambak Popular di Tokyo

Pasar Lambak Bandar Tokyo (Ohi Racecourse Flea Market): Ōikeibajō-mae Station (Tokyo Monorail).

Pasar Antik Oedo: dibuka 2 kali setiap bulan pada hari Ahad, pasar ini berhampiran Stesen Tokyo dan mempunyai 250 kedai yang menjual barangan selepas perang.

Yoyogi Park Flea Market: biasanya setiap hari Ahad, pasar lambak ini dianggap sebagai paling trendy dan popular di Tokyo. Terletak di bahagian selatan Yoyogi Park, pasar ini juga menganjurkan Yoyogi Park Earth Day Flea Market sekali sebulan.

Pasar Lambak Shinjuku Mitsui Building: dibuka sebulan sekali di Shinjuku Mitsui Building berhampiran Stesen Shinjuku.

Daftar Masuk ke Hotel Bougainvillea Shinjuku, Keluar ke Pasar Lambak Yoyogi Hotel Bougainvillea Shinjuku Teroka 10 hotel terbaik di Tokyo

Anda juga mungkin suka

Hotel Terbaik di Tokyo: 13 Penginapan Mewah & 5 Bintang Terbaik

Hotel Terbaik di Tokyo: 13 Penginapan Mewah & 5 Bintang Terbaik

Pemandangan hotel Tokyo adalah gambaran yang mempesonakan bandar itu sendiri: gabungan harmoni tradisi dan inovasi termaju. Bagi pengembara yang arif, kelimpahan hartanah 5 bintang memberikan cabaran yang menarik, masing-masing bersaing untuk mendapatkan perhatian dengan janji kemewahan yang tiada tandingannya. Pertubuhan ini bukan sekadar tempat untuk berehat; ia adalah pengalaman yang mengasyikkan, direka untuk memenuhi setiap […]