Rumah Urut Singapura: Panduan untuk Spa dan Pelarian Mewah Terbaik

Rumah Urut Singapura: Panduan untuk Spa dan Pelarian Mewah Terbaik background image

Bersiar-siar boleh memenatkan. Pengunjung yang sakit badan selepas seharian kembara kaki di Rizab Alam Semula Jadi Bukit Timah atau tawar-menawar di Orchard Road disarankan untuk melawat rumah urut di Singapura. Pengunjung yang mencari pengalaman sekali seumur hidup patut menempah Suite Spa Cello Concerto di Ritz Carlton Millenia Singapore. Namun begitu, Chinatown penuh dengan spa ringkas yang menawarkan perkhidmatan urut untuk kurang daripada satu dolar seminit!

Urut Singapura-Urut kepala

Perkhidmatan Urut Mewah Terbaik

Pencari perkhidmatan urut yang bersedia untuk pengalaman pengenduran teragung pasti menemui banyak pelarian mewah di Singapura. Beberapa perkhidmatan urut terbaik di Singapura terdapat di dalam hotel-hotel di bandar, maka menginap di hotel yang mempunyai spa merupakan pilihan bijak. Menempah perkhidmatan urut di hotel juga memberi tetamu akses kepada kemudahan spa, yang selalunya telah termasuk kemudahan tambahan seperti bilik wap dengan seduhan kayu putih, taman tafakur, kolam air masin, dan pancuran terbuka peribadi.

The Ritz-Carlton Spa

1. The Ritz-Carlton Spa, Singapore | The Ritz-Carlton, Millenia Singapore

The Ritz-Carlton Spa, Singapore di The Ritz-Carlton, Millenia Singapore menawarkan perkhidmatan urut aromaterapi tradisional, tisu dalam dan batu panas, tetapi perkhidmatan urut paling mewah yang mereka tawarkan ialah Cello Concerto. Pemanjaan diri teragung, urut 90 minit ini disegerakkan dengan irama cello concerto yang dimainkan secara langsung di dalam suite spa yang luas. Pengalaman urut yang mengasyikkan ini menenangkan minda dan memanjakan badan. Jika anda ingin menambah rawatan tambahan, spa ini turut terkenal untuk perkhidmatan La Mer Miracle Broth Facial yang mereka tawarkan.

Daftar Masuk ke The Ritz-Carlton, Millenia Singapore, Langkah Keluar ke Marina Bay

The Ritz-Carlton, Millenia Singapore

Urut Singapura-Remède Spa

2. Remède Spa di The St. Regis Singapore

Remède Spa di The St. Regis Singapore menumpukan kepada membawa tradisi lama kepada hadirin yang moden dan arif. Lebih khusus, rawatan spa yang menekankan kuasa memulih air. Air dalam semua bentuk, dari ais hingga wap, digabungkan dalam kebanyakan rawatan yang ditawarkan oleh spa ini. Walaupun Remède Spa menawarkan perkhidmatan urut tradisional Sweden dan tisu dalam, Warm Vichy Shower Massage merupakan rawatan istimewa spa ini. Sesi 60 minit ini berlaku di atas meja marmar hangat, di bawah banyak kepala pancuran mandi yang dipasang di siling, dan termasuk memberus kering nyahtoksin dan urut muka. Ini mungkin cara terbaik untuk mengatasi gangguan ritma harian dan memulakan percutian Singapura anda dengan tenang.

Daftar Masuk ke The St. Regis Singapore, Langkah Keluar ke Orchard Road

The St. Regis Singapore

Urut Singapura-Spa di Mandarin Oriental, Singapura

3. Spa di Mandarin Oriental, Singapore

Mandarin Oriental, Singapore mempunyai kolam renang terbuka dengan pemandangan bandar yang menakjubkan. Oleh itu, pengunjung seharusnya meluangkan masa untuk berenang sebelum atau selepas janji temu urut. Semasa tiba, anda akan disambut dengan teh istimewa spa dan dijemput untuk bersantai di lounge sebelum rawatan anda. Urut istimewa di Spa Mandarin Oriental, Singapore ialah Oriental Essence, yang menggunakan minyak pati tradisional seperti kemenyan, halia dan limau mandarin digabungkan dengan ulian tekanan sederhana yang amat sesuai untuk mengendurkan simpulan yang boleh berlaku selepas perjalanan. Pengunjung yang ingin memulihkan badan daripada berminggu-minggu atau berbulan-bulan membongkok memandang komputer riba atau telefon bimbit disarankan menempah 90 minit sesi Digital Wellness Escape, sesi urut yang menumpukan pada kepala, tengkuk, bahu, dan tangan dan direka untuk mengendurkan ketegangan yang disebabkan oleh penggunaan melampau peranti digital.

Daftar Masuk ke Mandarin Oriental Singapore, Langkah Keluar ke Singapore Flyer

Mandarin Oriental Singapore

TEMPAH HOTEL DI SINGAPURA HARI INI

Urut Thai

Perkhidmatan Urut Murah Terbaik

Pengunjung dengan bajet kecil yang masih ingin merawat sakit badan selepas penerbangan jauh atau seharian bersiar-bersiar akan mendapati bahawa Singapura mempunyai banyak pilihan perkhidmatan urut murah. Kebanyakan dari perkhidmatan urut paling mesra dompet di Singapura boleh ditemui di rangkaian rumah urut dengan lokasi-lokasi di sekitar badan. Selain itu, Chinatown juga mempunyai banyak pilihan yang murah.

1. Healing Touch Spa

Mempunyai tujuh cawangan di sekitar Singapura, Healing Touch Spa merupakan pilihan mudah untuk perkhidmatan urut yang bagus pada harga murah. Pengunjung boleh memilih antara lima jenis urut, antara 45 minit hingga dua jam. Harga bermula kurang daripada 60 SGD satu jam, dan spa ini biasanya mempunyai promosi untuk pelanggan yang pertama kali datang. Pengunjung yang ingin memaksimumkan masa mereka seharusnya melawat cawangan Healing Touch (Fort Canning, River Valley) untuk meneruskan lawatan ke Fort Canning Park.

Daftar Masuk ke Hotel Fort Canning, Langkah Keluar ke Fort Canning Park

Hotel Fort Canning

2. Green Apple Spa

Pengunjung yang ingin urut ringkas pada harga yang hebat perlu berkunjung ke Green Apple Spa di North Bridge Road berhampiran dengan Pusat Warisan Melayu. Terkenal untuk urut kaki yang mereka tawarkan, Green Apple Spa merupakan tempat sesuai untuk mengakhiri hari yang panjang berjalan kaki. Tetamu bagaikan berada di dalam panggung, duduk di atas kerusi tangan empuk menghadap skrin TV besar yang menayangkan pelbagai cerita blokbuster. Satu jam urut kaki berharga kurang daripada 40 SGD, dan Green Apple Spa dibuka hingga 4am, oleh itu pengunjung kelab malam boleh singgah untuk urut selepas menari sepanjang malam.

Daftar Masuk ke Marina Bay Sands, Langkah Keluar ke Pusat Warisan Melayu

Marina Bay Sands

3. Massage Master

Massage Master berbangga dengan keupayaan mereka menawarkan harga yang munasabah sementara masih menggunakan minyak aromaterapi semulajadi dan menawarkan kemudahan yang bersih dan selesa. Spa ini menawarkan keahlian sebanyak $10 setahun, dan ahli boleh menikmati potongan kira-kira 10% untuk semua perkhidmatan sementara mengumpul mata yang boleh ditebus untuk diskaun tambahan. Selain perkhidmatan urut satu badan antara 60 hingga 120 minit, pengunjung ke Massage Master boleh memilih urut kepala, bahu atau kaki serta perkhidmatan tambahan lain seperti berbekam dan ear candling. Terletak di Bedok Road, Massage Master dibuka hingga 2am setiap hari.

Daftar Masuk ke Hotel 81 Changi, Langkah Keluar ke Bedok Road

Hotel 81 Changi

TEMPAH HOTEL DI SINGAPURA HARI INI

Urut Singapura-Urut coklat

Perkhidmatan Urut Istimewa Terbaik

Banyak spa di Singapura yang menawarkan perkhidmatan urut ibu atau pasangan. Urut batu panas juga sering dibuat dan merupakan alternatif baik kepada urut yang lebih tradisional. Pengunjung yang berminat mencuba sesuatu yang baharu akan menemukan beberapa spa di bandar ini yang menawarkan pengalaman urut yang benar-benar unik. Pengunjung yang ingin mencuba urutan yang tidak ditawarkan di tempat tinggal mereka perlu mempertimbang untuk menempah salah satu rawatan unik ini.

1. Spa Esprit

Pengunjung ke Singapura yang berminat mencuba sesuatu yang baharu semasa percutian mereka pasti ingin menempah janji temu di Spa Esprit. Terletak di Orchard Road, Spa Esprit menawarkan semua perkhidmatan urut dan rawatan muka yang ditawarkan oleh spa tradisional. Perkhidmatan yang membezakan Spa Esprit ialah perkhidmatan urut Super Vibrator mereka, yang menggunakan terapi tenaga zaman baru untuk mencipta rawatan yang unik bagi setiap tetamu. Perkhidmatan urut ini bermula dengan bacaan biotenaga, dengan hasilnya digunakan untuk membuat campuran minyak pati yang digunakan dalam urut Lomi Lomi 90 minit. Sesi urut ini diakhiri dengan irama daripada mangkuk Tibet.

Daftar Masuk ke Yotel Singapore Orchard Road, Langkah Keluar ke Orchard Road

Yotel Singapore Orchard Road

2. ESTHEVA Spa

Terletak di dalam Marina Mandarin Singapore Hotel di nadi Marina Square, ESTHEVA Spa menawarkan salah satu rawatan spa termanis di Singapura. Perkhidmatan Chocolatier Massage mencipta pengalaman pelbagai deria yang menggunakan kelebihan unsur antioksidan coklat untuk mendapatkan kulit yang terasa lembut dan tegang. Kafeina di dalam coklat melancarkan peredaran darah, dan baunya merangsang rembesan endorfin, memastikan tetamu meninggalkan spa dengan bertenaga.

Daftar Masuk ke Marina Mandarin Singapore Hotel, Langkah Keluar ke Marina Square

Marina Mandarin Singapore Hotel

3. Nimble/Knead

Pengunjung yang berminat untuk mencuba teknik urut dari serata dunia akan menemukan pelbagai pilihan di Nimble/Knead, sebuah spa di kawasan Tiong Bahru, Singapura. Menu spa Nimble/Knead menawarkan urut tradisi dari Timur dan Barat. Tetamu boleh memilih urut Sweden, Thai, Shiatsu, atau Bali dengan masa yang berbeza-beza. Mungkin tawaran paling unik di spa ini ialah The Sculptor’s Handiwork. Sesi urut ini bermula dengan urutan yang padu untuk mengurangkan selulit. Tahap berikutnya melibatkan urutan minyak panas dan selimut hangat; balutan sejuk memulihkan keseimbangan metabolisme dan melengkapkan rawatan.

Daftar Masuk ke Sofitel Singapore City Centre, Langkah Keluar ke Tiong Bahru

Sofitel Singapore City Centre

4. Aramsa – The Garden Spa

Terletak di Bishan, Aramsa – The Garden Spa menawarkan pelarian yang subur menghijau daripada kesibukan jalan Singapura. Spa ini direka untuk menghasilkan perasaan tenang dan bersatu dengan alam. Setiap bilik rawatan mempunyai laman dalam dengan tab dan pancuran mandi terbuka. Rawatan istimewa spa ini ialah urutan Botanical Energy, yang dicipta untuk menggunakan chi (tenaga) badan bagi merangsang pemulihan dan perasaan tenang. Sesi urut bermula dengan pengelupasan seluruh badan dan berakhir dengan rendaman terapeutik di dalam mandian herba.

Daftar Masuk ke Shangri-la Singapore, Langkah Keluar ke Bishan

Shangri-la Singapore

TEMPAH HOTEL DI SINGAPURA HARI INI

Anda juga mungkin suka

Next
Tarikan Mesra Keluarga di Ehime | 7 Perkara Seronok untuk Dilakukan dengan Kanak-kanak Image

Tarikan Mesra Keluarga di Ehime | 7 Perkara Seronok untuk Dilakukan dengan Kanak-kanak

Ehime ialah sebuah wilayah Jepun yang terletak di sepanjang pantai barat laut pulau Shikoku. Ia terkenal dengan iklim panas dan persekitaran semula …

Bersiar-siar di Kyoto | Panduan untuk Kereta Api Peluru, Bas Tempatan & Penyewaan Basikal Image

Bersiar-siar di Kyoto | Panduan untuk Kereta Api Peluru, Bas Tempatan & Penyewaan Basikal

Bekas ibu kota Jepun, Kyoto, adalah sebuah bandar yang penuh dengan tradisi dan penuh dengan kebiasaan yang menarik. Di sebalik kuil ikonik …

Pasar Nishiki | Kedai Terbaik untuk Dilawati & Makanan di Kyoto's Pantry Image

Pasar Nishiki | Kedai Terbaik untuk Dilawati & Makanan di Kyoto's Pantry

Sama ada anda sedang mencari hidangan lazat untuk memikat selera anda, sejarah berbilang abad yang kaya untuk diterokai, atau pengalaman budaya biasa …

Panduan ke Taman Maruyama | Lihat Bunga Sakura & Terokai Gion di Kyoto Image

Panduan ke Taman Maruyama | Lihat Bunga Sakura & Terokai Gion di Kyoto

Terletak di berhampiran lereng bukit Daerah Higashiyama di Kyoto, Taman Maruyama ialah oasis semula jadi yang menakjubkan dengan keindahan dan daya tarikan. …

Lawatan Sehari dari Fukuoka | 5 Idea Jadual Perjalanan untuk Lawatan Sehari DIY di Kyushu Image

Lawatan Sehari dari Fukuoka | 5 Idea Jadual Perjalanan untuk Lawatan Sehari DIY di Kyushu

Fukuoka mungkin ibu kota Kyushu, tetapi ia bukan satu-satunya bandar yang patut dilihat di pulau paling selatan Jepun. Bandar ini berfungsi sebagai …

Jadual Perjalanan Bali 5 Hari | Panduan Pemasa Pertama untuk Percutian Sempurna di Indonesia

Bali ialah syurga pengembara sebenar di mana anda tidak akan kehabisan perkara untuk dilihat dan dilakukan. Satu-satunya cabaran ialah memikirkan tarikan dan …

Istana Imperial Kyoto - Lawatan Berpandu, Waktu & Tarikan Berdekatan di Jepun Image

Istana Imperial Kyoto - Lawatan Berpandu, Waktu & Tarikan Berdekatan di Jepun

Istana Imperial Kyoto ialah tingkap ke dalam sejarah empayar Jepun yang kaya, menawarkan pengunjung gambaran sekilas seni bina yang elegan dan taman …

Perkara yang Boleh Dilakukan di Dubrovnik, Croatia | 15 Tidak Boleh Terlepas Aktiviti & Tarikan Image

Perkara yang Boleh Dilakukan di Dubrovnik, Croatia | 15 Tidak Boleh Terlepas Aktiviti & Tarikan

Selalunya dipanggil “mutiara Adriatik,” Dubrovnik sudah tentu sesuai dengan julukan. Bandar yang indah di pantai selatan Croatia ini adalah salah satu destinasi …

Kehidupan Malam Bangkok | Bar, Kelab & Kawasan Hiburan Malam Popular Terbaik

Bangkok terkenal dengan kehidupan malam yang meriah dan eklektik, menawarkan sesuatu untuk semua orang, daripada pengunjung bar kasual kepada mereka yang ingin …

Pasar Chatuchak: Melawat Pasar Terbesar di Bangkok

Pasar Chatuchak adalah pasar yang luas terletak di Daerah Chatuchak dari Bangkok. Ia sering dikenali sebagai “Pasar Hujung Minggu Chatuchak” kerana kebanyakan …

Bar Atas Bumbung di Bangkok | Tempat Hiburan Malam dengan Pemandangan & Koktel yang Hebat

Sama ada anda sedang menghirup koktel istimewa atau menikmati segelas wain yang berkualiti, pemandangan panoramik dari tinggi di atas jalan-jalan yang sibuk …

Panduan Pasar Malam Taipei: 13 Bazar & Lawatan Makanan DIY Terbaik

Pasar malam Taipei adalah bahagian yang meriah dan penting dalam pesona bandar ini, menawarkan pengalaman mengasyikkan ke dalam budaya tempatan, makanan dan …

19 Tempat Urut Thai di Bangkok | Studio Bajet & Spa Mewah

Tiada perjalanan ke Thailand lengkap tanpa merasai urutan Thai asli di Bangkok. Selain melihat cantik kuil Thai dan cuba sedap makanan jalanan, …

Hotel Terbaik di Tokyo: 13 Penginapan Mewah & 5 Bintang Terbaik

Pemandangan hotel Tokyo adalah gambaran yang mempesonakan bandar itu sendiri: gabungan harmoni tradisi dan inovasi termaju. Bagi pengembara yang arif, kelimpahan hartanah …

Panduan Lapangan Terbang Taipei - Maklumat Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan Taiwan

Jika anda terbang ke Taipei, kemungkinan besar anda akan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan Taiwan (TPE, Lapangan Terbang Taipei). Terletak kira-kira …

Kelab di Seoul: Bar, Teater & Aktiviti Kehidupan Malam Terbaik

Pemandangan kehidupan malam Seoul adalah dinamik dan pelbagai seperti bandar itu sendiri, menawarkan sesuatu untuk semua orang, sama ada anda ingin berehat …

Masa Terbaik untuk Melawat Taipei - Aktiviti & Tarikan untuk Setiap Musim

Kebanyakan orang memikirkan Taipei 101 apabila ia datang ke tempat ikonik untuk dikunjungi di ibu negara Taiwan. Tidak dinafikan, kerana semua orang …

10 Perjalanan Sehari yang Hebat dari Paris | Lihat Desa di Perancis Image

10 Perjalanan Sehari yang Hebat dari Paris | Lihat Desa di Perancis

Paris ialah bandar luar biasa yang dipenuhi dengan sejarah, budaya dan mercu tanda terkenal di dunia, tetapi kadangkala, pelarian pantas ke kawasan …

Membeli-belah Myeongdong & Perkara Terbaik untuk Dilakukan di Seoul

Sebagai salah satu daerah pelancongan utama di Seoul, Myeongdong menarik pengunjung dari seluruh dunia ke kedai-kedai mewah dan tarikan komersial yang lain. …

6 Perjalanan Sehari Osaka & Percutian Ajaib - Perjalanan Jepun

Lawatan sehari di Osaka penuh dengan istana bersejarah, mata air panas dan gunung. Lawati tempat berhampiran salah satu bandar paling popular di Jepun.

Lawatan Sehari Terbaik dari Tokyo | 8 Tempat untuk Percutian Pantas melalui Kereta Api Peluru

Rangkaian kereta api peluru Tokyo memudahkan anda melarikan diri dari bandar selama sehari dan menerokai pelbagai destinasi yang menarik. Sama ada anda …